Tuesday, November 30, 2010

Cuti tahunan aku approve arini~

.
Iyahhuuu...Esok aku cuti. Annual leave yer. Sekian lama keje baru nak apply cuti. Sebab aku cuti ni adalah untuk tujuan nak shopping baju seragam untuk kahwin kakak aku tahun depan. Hehe. Bukan baju seragam la tapi baju tema. Yelah da nama pon wedding jadi biarlah excited lebih sikit.

Loratkan sampai nak kene amek annual leave untuk bershopping. Ade sebabnya. Sebabnya kami tanak pegi shopping time weekend, bayangkan keluar gi Jalan TAR hari Sabtu dan Ahad. Konfem-konfem la punggung berlaga punggung. Nak-nak time ni ngah hebat mega sale sana sini. Nanti aku pegang kain ni kak Timah pegang jugak, kak Zabedah pon berkenan jugak, tak datang lagi kak Yam nak nak berbeli berpapan-papan kain.

Jadi keputusan yang sangat wajar adalah amek annual leave untuk pergi shopping. Terkorban satu annual leave aku. Tapi takpe semata-mata untuk kakak kesayangan aku ni. Bulan dua tahun depan dia da nak kawen. Beberapa bulan je lagi. So far aku tengok persiapan oke la, da banyak progres. Mesti lagi kencang bila makin dekat nanti.

Ape la rupe dia bila da jadi bini orang kan~




:::shopping is the best therapy kan?::: 

Kalau tak suke jangan bace!

.
Oke gedik tak saya kalau saya kate saya terasa nak kawennnn sangat2 sejak dah keje ni. Hohoho. Betol. Padahal keje baru 3 bulan. Lama dah saya simpan benda ni dalam hati tapi arini terasa cam nak meluah kat belog kesayangan saya ni. Even saya takde calon, atau dalam erti kate lain saya yang membuatkan calon suami saya hilang, tapi dengan tak malunya saya kate yang saya dah rasa macam nak kawen.

Saya perasan jugak yang saya akan mudah tertarik kalau empunyer blog tu da kawen. Lagi-lagi plak kalau dah kawen dan dah beranak kecik sorang dua atau pun ngah pregnant. Blog-blog yang macam ni mesti saya akan baca dengan excited setiap kali diorang wat entri baru.

Mungkin sebab saya belom melaluinya, jadi saya teruja nak tau macam mana seorang ibu mengandung, seorang isteri, seorang ibu beranak satu melalui kehidupan masing-masing.

Ni adalah blog yang palingggg saya suke bace. Juliahoneyshake. Saya memang suke gila bace belog ni. Empunyer blog nama Julia. Say jumpe belog ni masa blogwalking kat blog Perempuan Jomblo. Bila first bace blog Julia ni rasa cam welcome sangat kat belog dia. Dan saya suke cara penulisan dia. Tapi sekarang ni saya rasa macam something missing sebab Julia dah stop berblogging for awhile due tu some reasons. Dia ade anak yang sangat somel oke!!!

Then belog ni pon saya suke bace. Carnation. Empunyer blog ni dulu satu kolej dengan saya, kawen masa tahun akhir belajar dan sekarang ade baby under construction dalam perut dia. Huhuhu. Cerita-cerita dia pon suwet jek.

Yang ni pon saya suke singgah jugak KireeCasio. Saya kenal blog ni dari kawan baik saya Siti. Dia yang introduce. Tak kenal pon tuan belog ni. Tapi eversince bace blog ni terus jatuh chinta. Masa mula-mula follow empunyer blog ni baru je kawen, dan oleh kerana belog dia best, saya sanggup bace setiap older post and entri dia yang lama-lama sampai la khatam. Part yang paling saya suke bace masa dia mula-mula kawen. Oh suweettnyee! Buatkan saya terus berangan nak kawen jugak. Huhu.

Dan ini blog mother of two. Ekceli empunyer blog adalah isteri cousin saya sendiri. Isteri abang Adam. Empunyer blog dah ada anak dua. Dan saya suke jugak cara penceritaan dia. Suwet jugak. Sekarang anak dah dua. Sorang laki sorang pompuan. Dua-dua pon comel.

Ini plak belog ibu tabah. Icaziesyira. Sekarang saya suke jugak bace belog ini. Empunyer blog ade anak yang autisme. Mula-mula bace saya dapat rasa tabahnya perempuan ni untuk mendidik anak dia yang autisme. Dan dari ayat-ayat dia saya tau yang betapa besar harapan dia untuk melihat anak dia membesar macam kanak-kanak lain. Dan dari belog ini jugak saya byk belajar mengenai kanak-kanak autisme. Saya doakan Ayeesha akan semakin menunjukkan perubahan positip dan boleh memanggil ibu dia dengan perkataan 'mama' buat pertama kalinya.

Motip saya gemar bace blog-blog yang jatuh dalam kategori ni jelaslah menunjukkan tahap-gedik-nak-kawen-even-calon-takde. Dan ERRRRRRrrrrrr....ape motip tetibe aku nak ber'saya-saya' dalam entri ini. Selalunya dok aku-engkau jek. Mungkin harus supaya nampak efek gedik dan mengada-ngada.

Kalau sesiapa yang mencebik bila bace entri ni maap la ye, ada yang cam menyampah pastu terus kate 'gedik kot!', saya mohon ampun la ek. Sekali sekala nak gedik kat belog sendiri pe salahnye ye dak!!!


'aku-tak-gedik...cume gatei cikit jek. hohoho'

::agak-agak boleh tak saya survive dengan 'PJJ' ???::

Monday, November 29, 2010

terasa rasa

.
Aku terasa hati dengan satu hamba Allah, eh bukan satu tapi lebih dari satu. Aku tau, dalam situasi tu aku tak patut dan tak layak pon untuk terasa ke, kecik ati ke apetah lah nak panas ati. Tapi itulah yang aku rasa. Ade gak la aku cuba pujuk-pujuk ati. Bermonolog kat diri sendiri buat-buat dialog dalam hati.

"alaaa relax la ona. takkan hal tu pon nak wat terasa hati. da org taknak, tanak libatkan ko. takkan nak terhegeh-hegeh"

"alah, sudahlah..benda kecik pon nak terasa2 plak ko ni ona"

--------->antara ayat aku pada diri sendiri.

Konon cuba nak bajet cool, bajet cam nothing happened kan. Uff. Bila merajuk2 terasa2 camni terasa jiwa tua makin kekurangan kasih sayang. Huh!

Oke. Cukop. Tak perlu merapu meraban lagik. Sadap u!!

Monday, November 22, 2010

1.34am

takde yang lebih membahagiakan melainkan dia!

:-)

Saturday, November 20, 2010

Ada sape-sape yang wat camneh?


nyesal time exam dl bila aku tak tau nak jawab tak wat camni

at least boleh buat cekgu aku gelak

untung-untung dapat markah free!


HEPI WEEKEND!!!

::nape makin jauh..uuuuuuuuu :(

Friday, November 19, 2010

Birthday DO-PLOH-PAT aku~


Cik Vedah : Umur ko berapa?
Aku : Kenapa?
Cik Vedah : Saje nak tau...ni befday ko yang ke berapa.
Aku : Oh...yang ke do-ploh-pat   *sambil kepala tunduk cakap bisik-bisik* 

Yea. Aku tahu, aku dah tua. Dah doplohpat. Tapi kan Kak Nita Sarawak kata umur hanyalah angka. Angka jeh! Kalau bilang doplohpat tu guna jari kaki campur jari tangan tak cukup lagi empat je jari je. Okelah dari tak cukup lagi 20 jari kan. Ahaha!



18 November tahun lepas *mode flashback* aku sambut birthday seperti gambar di atas. Tahun lepas aku kene habes-habesan. Baru lepas miting KKC. Masa turun ke PKP tu aku tau dah memang KENAA la nih. Standby. Masuk PKP sume MTM da ada, berlakon cam takde pape berlaku. Huh!

Then masok je bilik MTM tetibe------------> incik ex boypren pegang kek untuk kiteee. Yeay. Nyanyi ramai-ramai. Tepuk-tepuk. Tapi hati masih gusar. Musykil. Dalam hati kate "takkan kek je...mana tepung tak pon telor".

Aku biasa pedajal orang time besday. Takkan korang relax jek. Dan tetibe ada bunyi bising gile kat telinga. Betol2 kat telinga aku......... WOOHHHHH!!!!!!!!! KORANG SERANG AKU DENGAN SPRAY BUIH!!!!!!!!! (cam lam gmbr atas). Fine! Berlari aku satu PKP. Try dapatkan spray tuh. Tapi Mr Qamarul tak mo lepas. Fine! Ahaha. Then dah penat baru dapat potong kek atas meja pingpong tuh. Pastu aku dengan bangganya kate "sebbek buih jep bukan tepong! haha. selamat aku".

Rupanya itu hanya mukadimah. Korang pakat panggil aku keluar dari PKP, konon nak aku tolong pasang khemah kan. Aku berdiri je tengah dewan tu 'ARGHHHH. Dunia gelap!!!! Apa yang masok mata ni!! Oh no! TEPOONNGG! Siut. Aku ingat terlepas dari kene tepong tawar, rupanya ada serangan fasa ke dua. Uh, indahnya donia~ Berlari pecut lagi cuba rampas plastik tepong. Bila tepong dah berpas dari tangan ke tangan, bayangkanlah 1 dewan bersepah. Tepong bergelimpangan. Satu hal pulak kita mengemas kan. Ahahha. 

Bila ingat semua ni aku senyum sorang jek. Best sangat time tuh. Even penat+comot+berlengas, tapi hepinya malam tuh tak terkata. Thank pada sume MTM malam tuh especially Aida, Ajaq, Dalila, Odah, Q dan tak lupe incik exbf sebab celebs sama-sama malam tuh. 

*kembali pada mood zaman sekarang*

Tapi itu kesah tahun lepas. 365 hari yang lepas. 18 November tahun ini sambut dengan famili. Dah takde lagi sesi tepong tawar, kene mengena. Kalau kene tepong pon tepong tu mak dah siap masak jadi kuih untuk dimakan. Kan berpaedah tu.

Balik-balik aje dari keje semalam, lebeh kurang pukul 7--------->SURPRISE! Ade kek birthday! Hikhik. Tertacing seketika. Jenis famili aku kalau sambut besday kitorang takdelah meriah bagai nak rak. Even dengan sebijik kek dah cukup buat aku hepi sebab as long as aku bersama dengan insan yang aku panggil mak ayah adik dan along, ke empat-empat insan ni da cukup buat birthday aku bermakna. Aku tak boleh bayangkan hidup tanpa salah seorang dari mereka.

Along kata dia mintak cina tu tulis 'HAPPY 24th BIRTHDAY GEDIK!' Tapi tetibe tak muat kek pulop. Haha. Niat tak baik ko tergendala takpe tahun depan suruh cina tu kecik kan font jadi font 4.5. Kecik gilos kot 4.5. Ahaha.

Silalah enjoy dengan gmbr2 di bawah. Oleh kerana emak dengan along tak pakai tudung, ayah dengan adik plak tak berbaju separuh bogel (oh sambutan hari jadi paling lucah!) maka hanya gambar aku jela yang masok. Yang lain itu SENSORED! 


 dan lagi~
 .
.
Dan birthday tahun ini yang buat aku makin tacing adalah 3 entri khas yang dibuat oleh insan yang bermakna dalam hidup aku. Bila bace rasa kembang kuncup kembang kucup hidong. Oh sayang korang! Sila-lah klik kat nama-nama bawah dan silalah bace okeh. Aku dah link-kan~

Incik Poet
Sistah Lurunna yang somel
Ajaq Geng Luch Seumur Hidup
*sudi2 la klik*

Terima kasih untuk semua birthday wishes korang untuk aku.
--Terima kasih pada yang wish di wall facebook (tacing!)
--Terima kasih pada yang wish kat henfon (tacing!)
--Terima kasih pada yang wish kat email (tacing!)
--Terima kasih pada opismate yang nyanyi ramai-ramai masa morning meeting
--Terima kasih pada bos wish jgk (aku dapat angpau besday nanti weh!)
--Terima kasih pada wat entri untuk aku (yang ni mmg tacing gile!!)


--------- Ini status fesbuk aku currently. And i mean what i said dalam ayat di atas. Ikhlas dari lubuk ati yang soci ini oke. Terima kasih pada semuaaaaaa yang wish! Aku sangat hargainya!


Terasa bajet di situ~

Dan lagi satu gambar anak dara pak rahman yang da masok DO-PLOH-PAT tahun ni adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Guess what! 
TAK NAMPAK TUA KAN!! KAN? KAN?!

*aloh nampak korang angguk. kantoi~*
p/s-sila abaikan tudung selekeh cam hendon tuh~


::okelah. hope you enjoy your reading. have a nice weekend yaw::
::uhuh, sok koje. shit!::

Wednesday, November 17, 2010

Harus nonton sih!

.
.
.


GILAK AHH!!
Tonton trailer ni, pasang head phone volume paling kuat.
Then pastikan jarak muka dengan skrin laptop dua jengkal jek.
Tekan play.

Whoaaaaaaa!
Meremang!
 Sebab exsaited mao tengok.
Wajib wajib wajib nonton even apa halangan. 
Sape nak gi tengok ngan aku?? Aku tak plan nak tgk ngan sape lagi nih.. hohooho


::Harry Potter and the Deathly Hallows: Part I----->wait for me!!!::

lembuuu itu~

~
Selamat Hari Raya Aidil Adha/Haji/Qurban
~

Tahun ini raya di Kolumpo aje. Sebab cuti tak panjang, satu hari je, tengah minggu lak tu jadi kalau kondisi macam tu konfem2 raye Kolumpo aje tak balik kampung. Tapi even raya Kolumpo meriah tu tetap boleh tahan la.

Tahun ini depan umah ada wat korban. Mak pon ade letak nama untuk korban kali ni. Jadi pagi-pagi lepas balik solat raya depan umah dah meriah dah. Sume dah standby nak laksanakan ibadah korban. Yang excited ofkos la kanak-kanak kan. Mana budak pompuan after tgk proses sembelih2 ni, muka tu scary jek. Sape soh tgk kalau takot. Tgk cam akak ni ha, dok umah je. Tak gentar pon. Hohohoho

Tahun ini menu raya haji mak masak mihun sup, bergedil, nasi impit dan goreng samosa instant yang diorder dari pakcik zamri. Diulang ayat kat atas 'mak masak' ye, aku hanya pembantu as always. Bantu makan dan melicin hidangan. Itu tugas rasmi dan haqiqi. Ntah bila la nak pandai masak ye cik ona. Melantak da champion dah. Takpa bak kata-kata aku kat Shida Shanley tadi, bila da dapat seru nak kawen mesti semangat nak masak. Hohohoho.

Okiee. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam. Tidak kiralah di mana anda meraikan raya kali ini *di kolej, di universiti, di rumah, di KL, di kampung, di bandar, di oversea, di mana-mana ajelah*. Semoga anda menikmati dan merasaikan erti pengorbanan yang sebenar.

Sempena raya kali ini, aku berhasrat korbankan segala perangai-perangai buruk aku dan berubah menjadi insan yang lebih baik sebagai anak, adik, kakak dan sebagai hambaNYA. InsyaAllah.

Karem dah nak sembelih. 
Karim dah di tombangkan.
Pakcik tu sebut nama penama-penama korban tahun ini. 
Tengok pakcik yang pegang mike tu. Siap mike2 bagai. Hehhe. Melaporkan detik2 la kot. 

Oh Karim!!


::okelah. korang sambut raya haji kat mane? meriah tak?::
.
.
.
SELAMAT HARI RAYA SUMERRR~

Sunday, November 14, 2010

3.52pm

.
Exam PTD sudah lepas. Satu kelegaan. Lulus atau tak terserah pada rezeki. Yelah, orang pegi exam dengan tak study langsung agak-agak cane la result gamaknya. Oh, malas mao pikir. Result exam keluar 24 Disember ni, jadi hanya doa yang terbaik ajer.

Exam dari 9 pagi sampai 5 petang ade 6 paper semuanya. Boleh bikin gila sekejap sebab lama dah tinggalkan exam2 ni sejak abez belajar. Abez je jawab paper esei terus rasa pening, haha ape kes stress ker? Tapi alhamdulillah berjaya abez kan keenam2 paper tu.Ayah tanya:

Ayah:  ' Cane leh jawab tak?'
Aku:   'Jawab memang boleh betul ke tak tu yang tak tau'
Ayah: 'Okee'

Pegi exam ayah anta, before turun kereta ayah sempat pesan "masa rehat nanti cari la kawan makan sama". Uh apekah?!! Ayat tu cam penah dengar 17 tahun yang dulu je mase darjah satu. Ayah tak sedar ke anak dara dia ni da besau panjang. Haha.

Aku takda la letak harapan. Kalau tak lulus, tahun depan memang nak amek lagi. Nyesal juga pegi dengan tak study. Bukan tanak study ye cume tak sempat oke. Susah nak tumpu study malam2 sebab badan penat sangat balik keje dan bila pegang buku satu perkara je yang aku ingat---TIDO!!! Lain la zaman belajar dulu, study sampai tunduk-tunduk. Tapi tu duluuuuu la kan.

Soalan dia ekceli senang cuma tak baca tu yang sangkut sikit tu. Soalan math pon pakai ikut logik and very basic calculation. Pecahan, peratusan. Takde la math pecah otak tu. Aku yang bengap math ni pon kata boleh tahan senang, orang lain yang terer math mesti kacang je. Cuma masa jela tak cukup. 40 soalan 45 minit. Ketar tangan aku ujung2 tak siap lagi tapi masa nak abez da. ahaha. By the way thanx God its over. Berdoa untuk yang terbaik ajelah.

--------------------

Last week, rasa ngantok sangat hadap PC kat opis jadi tiba2 datang mood untul buat financial planning untuk gaji yang dapat tiap-tiap bulan tu. Da masok tiga bulan aku keje dan rasanya dah wajar dah start saving. Kalau tak gaji tu abez ntah ke mana je. Gaji pon tak besar mana jadi harus bijak membajet.
---bagi mak sikit.
---hulur kat ayah sikit.
---tolak untuk touch and go LRT.
---tolak sebulan makan.
---peruntukan shopping and belanja benda mengarut.
dan satu lagi benda yang perlu masuk dalam list adalah PTPTN. Semalam chitchat dengan Shida Shanley. Kata kat dia yang aku dah terbukak hati nak start bayar PTPTN. Hohooho. Terbukak ati tuh. Shida kata start bulan satu tahun depan boleh tukar perjanjian untuk tukar interest dari 4% ke 1%. Untuk batch aku start bulan 1 tahun depan lah. Kalau pikir hutang PTPTN ni memang sempot. Mana PTPTN diploma. PTPTN degree few semester before dapat biasiswa lagi. Total-total boleh berdarah jantung den  ni ha pikir utang PT yang botimbun tuh.

--------------------

Laptop terkene serangan hebat sekarang ni. Mao format tak tau nak anta kat mana. Kalau dulu zaman belajar senang jek nak cari tukang-format yang murah dan yakin servis tip-top. Ni da kat umah kat celah mana la nak anta. Mahal tu jangan nak kata la. Nak anta format pon maluk jek sebab laptop tu da retak, tak campur dengan gedabak dia lagi. Takot orang format tu gelakkan jek. Haha. Tapi OS dia sume elok lagi, lagi pon sayang woooo, itu bapak aku beli mase diploma dulu. Hargai dan sayang sangat. Okeh, kene gagahkan juga untuk hantar format!!

--------------------

Today weekend. Rehat-rehat aja kat umah. Malas mao keluar sebab esok keje, jadi rehat puas-puas. Tak lama harry potter akan release. Tapi aku tak tengok lagi yang muviee sebelum ni, jadi ade sape2 tak yang ade nak pinjam tengok buleeyyy. Hehehehe.

--------------------

Hanya gara-gara aku wat status 'cepatlah kaya' kat facebook aritu, ade makhluk bumi ni tak sudah-sudah paste kat wall aku ajak aku join bisnes dia, jadi kaya la gamaknya. Bukan aku taknak tapi aku tak minat la nak join bisnes-bisnes cenggitu. Plus aku kenal ko pon 5 ari je masa training aritu, tu pon kenal 5 ari aku rasa cam ade something wrong cikit dengan perangai ko. Jadi aku tanak letak risiko. Jadi aku dah btau ko sekali yang aku tak berminat dengan bisnes2 stail camni, so please stop inviting me. I got my own way to gain lots of money. So please do respect my decision k. Tapi aku tetap doakan ko berjaya dengan bisnes tu. Takde salahnya bisnes ko tu cuma aku tak berminat. Saving aku pon tak banyak mana untuk aku melabur. So sekali lagi aku btau 'aku tak minat'.

-------------------

Okelah. GTG. Perut lapar mao mentekedarah. Ape cer hujung minggu blogger2 semua??. BTW, hepi weekend to all~

Sunday, November 7, 2010

Facebooker dan kerenah dan ragam~



Bagi orang-orang yang da bekerja, perkataan weekend atau melayu kata ujong minggu adalah sangat sangat dinanti. Dulu kalau zaman belajar hari cuti adalah hari-hari. Sebab boleh direka sendiri. Dan boleh isytihar cuti ikut suka kaki dan hati. Kalau rasa cam seksa gila nak bangun pegi kelas pagi nak2 yang kol 8 yang lecturer strict akan kunci pintu lecture room sharp pukul 8, jawabnya akan terjadilah annual leave half day. Kelas pagi isytihar cuti bila kelas petang semangat nak gi sebab bgn dah tgh hari cukup tido 8 jam. Haha.

Tapi tu dulu time belajar. Bila time dah bekerja ni kalau kepala gila buat gak perangai macam ni namanya menempah tiket ke kerak bumi paling dalam tu ha. Lambat seminit punch card dah jadi kaler merah confirm confirm attendance allowance bulan tu tak dapat punya.

Oke sebenarnya nak cite pasal weekend sebab bila weekend baru la dapat online dengan proper dan sepenuh perhatian. Kalau ari biasa takkan adenya la nak bukak laptop pandang pon tanak sebab kalau da start mengonline jawabnya mata dan bontot lekat je depan laptop sampai tido pon lewat. Jadi ujong minggu adalah waktu terbaik untuk mengqadak dan mengkhatam facebook yang tertunggak dan belogwalking di blog2 orang sambil dengan senang hati komen mengkomen.

Dan bila view status facebook sorang demi sorang, skrol ke bawah lagi then bace status sorang demi sorang, kita da boleh bace da personaliti orang tu macam mane. Dalam friendlist facebook aku, aku takkan sewenang-wenangnya (wow ayat) meng-accept orang yang aku tak kenal. Setakat 'thanks for the add saya sebenarnya tak kenal awak sekadar tak menambah kenalan' memang bolayan yek. Sebab facebook ni worldwide, so better be careful dari benda tak baik terjadi.

Dan beberapa minggu lepas jadi benda tak elok kat my auntie punya facebook di mana ada si polan yang dia tak kenal tag dia dengan gambar2 yang sangat tidak senonoh. Bila cakap tidak senonoh tu korang pikir la sendiri ek. Si polan tu takde pon lam frenlist dia ntah macam mane blh plak dia tag men-tag ni. So blogger yang ade facebook (i think sume pon da ade facebook kan sekarang. ade ke yg takde?) better control your privacy setting. Don't just simply approve orang yang tak kenal sebab boleh jadi mereka tu stalker ke. Yela budakbudak sekarang ni kalau kat status tu sampai pi berak pon nak letak kat status kan. Jadi orang sangat boleh tau pergerakan kita dan sebab inilah kita perlu berhati-hati especially ladies kan.

Oke sambung pasal status facebook menggambarkan personaliti seseorang (sebenarnya inilah topik yang i nak kipas. epp silap nak kupas). Bila aku bace status si polan tu, si polan ni, cam kelakar pon ade. Oke mari kita berbincang isu nih dan aku bagi contoh sekali ek.

Situasi pertama:

"cinta kenapa kau pergi tinggalkan aku di saat aku sangat memerlukan kehadiran mu sayang. datanglah kepada ku kerana aku tidak sanggup melewati harihari ku tanpa insan yang bergelar chenta hatiku"
"semoga saya dipertemukan dengan cinta sejati. sunyi rasa hati tanpa insan bergelar kekasih hati"
"saya tak mahu terluka lagi kerana cinta"
"saya sedih melihat awak bahagia dengan si dia"


Perghhh!!. Dalam frenlist aku ade sorang minah ni yang ade penyakit nih. Setiap kali aku online dan bila tgk status dia mostly semua berkisar pasal cinta. Meratapi cinta. Bahagia cinta. Sedih kerana cinta. Ditinggalkan cinta. Mostly pasal hati dia yang duka lara pasal cintalah. Memang aku rimas giler dan last2 aku hide kan dia. Nak buang dari frenlist cam kensian plak. Hide jelah. Bila dia asik letak status cinta cintun ni buat orang pikir  "kesiannya budak ni kurang kasih sayang". Manusia spesies ni kalau dia wat kuiz-kuiz kat facebook sume pon berkaitan dengan cinta contohnya macam 'Tarikh perkahwinan anda','Kenali jodoh anda melalui huruf namnya', 'hurup terakhir dan hurup pertama orang yang mencintai anda', 'What type of bopren do you want'. Pendek kate kuiz pasal jodoh dan cinta lah. Rimas der!!

Oi dik, ko tu belajar lagi dik oi, jadi better lah fokus kat study tu dari dok pikir dan meratapi pasal cinta. Bila tiba masanya datang la cinta, kawen la engko kan. Kalau nak kene riso pasal kawen2 cinta2 ni aku lagi patot riso dik oi, tapi buat pe nak sesak jiwa raga kan. Adelah jodoh yang tuhan tentukan. Ko fokus jela study biar grad nanti result kua gempak gaban.

Situasi ke dua:

"WEH, AKU MEMANG TAK PUAS ATI DENGAN KO. AKU CABAR KO KITE RENTAP TENGOK SAPE JANTAN"
"SIAL BETOL MAKI AKU. IKOT AKU LA NAK MEMEKAK KE HAPE. KALAU KAU TAK PUAS ATI KO LA YANG BERAMBUS DARI SINIH"
"JAHANAM PUNYA KEDAI!!. BAYAR MAHAL MAKANAN CAM HARAM. GUA BAKAR KEDAI LU MALAM NIH, LU TENGOK LA NASIB LU MALAM NIH!!!"
"CILAKA GESEL MOTOR AKU. BABI BARUA TOL!!!!" 


WHOAAAA....cam scarykan.bagi aku scary mary lah gak. Status facebook kalau tak carut, kalau tak baran, kalau tak menyumpah seranah memang macam tak cukup syarat. Bagi aku fesbuker kategori ni pon ade masalah emosi dan masalah mental. Hari-hari cam idop dia cam ditimpa malang. hari-hari idop dia cam tak puas ati dengan orang. Dan biasanya orang akan komen samada sokong atau sejukkan hati dia la kan. Macam "sabar bro, bawak mengucap"  "ko kenapa marah2. sabar separuh dari iman". Tak kurang jugak yang suka bakar lagi amarah dia macam "kalu ko nak bakar ajak aku, lama doh aku tak wat keje2 haram cani". Takpon "lu rogol je anak dia der".

Aku kalau ade lam frenlist aku yang stail cenggini cepat cepat aku remove. Wat sentap aku je bace orang2 yang cetek pemikiran canih. Kawan tak kawan kalau dah status tu kejenya nak maki orang je better gua remove. Hehehe.Orang macam ni macam memang da takde kesedaran sivik. Tak pasti la kalau dia rasa dengan tindakan dia letak status cam tu orang rasa dia cool ke, jaguh ke, hebat ke. Yang pasti orang macam ni aku akan kate 'Kensiannya ko. Ishk ishk ishk'.

Situasi ketiga:

"Baby i love u so much. I miss you even more right now"
"I mish my mucuk. Muah muah muah lebiu. You are my soul and i can't live without you sayang"
"Sayang bila lagi nak jumpa. I rindu tau. Rindu u sangat2 sampai rasa cam nak nangis"
"EMUUUAAAAHHHHHHHH"
"CAK!! Cayang da mangun dah. Cayang ni bangunlah jom teman baby pegi tengok wayang. Nanti baby merajuk kang baru tau. Cayang tak sayang baby ker. Hukhukhuk"

 Urghhhhhh. Aku geli. Meremang juga ye kawan2. Jeles tu jauh sekali. Senang cakap kat diorang ni 'pi cari hotel la weh'. Dalam facebook pon da separa sangap. Kategori manusia macam ni pon aku sangat tak faham dan aku memang tanak faham. Yelah kalau sekali dua letak status macam ni aku leh terima la kan. Kot2 la dia nak orang tau yang mamat@minah ni dia yang punya. Tapi kalau dah siang pagi petang maghrib subuh asar semua pon status muah muah lebiu lebiu cani aku pon leh naik baran.Cam ko sorang je ade kekasih atikan.
Dan oleh kerana itulah facebook dicipta ade 'private mesej' ye untuk anda meluahkan resah gelisah keluh kesah dan ayat ayat memualkan anda tu secara pribadi yang hanya boleh dibace oleh anda dan pasangan anda. Tak perlu nak tayang seluruh dunia sebab bila orang bace orang gelakkan anda adelah bukannya orang kate 'oloh aloh aloh suweetttnya korang!'. Tidak ye, tidak sama sekali, orang takkan kate macam tu, mungkin for the first time ye, tapi selepas itu orang akan muntah darah. Percayalah.

Dan kalau perasan pesen orang yang macam ni jugaklah bila dia gadoh dengan pasangan dia or putus hubungan korang akan saksikan drama swasta 300 episod tanpa iklan. Time tu keluarlah segala sumpah seranah maki makian caci cacian. Cam menyesal seumur idop la kenal dengan mamat or minah tu.Mase bercinta bagai nak rak loving loving tapi bila putus atau gado hamek kao. Korang bayangkan lah sendiri.
HALO!! Jangan obses sangat la dengan cinta, ye memang kita perlukan cinta tapi jangan sampai hidup dikuasai dan dikaburi dengan cinta. Satu je yang aku leh cakap dengan orang macam ni "Kensian kao!".

Dan kalau ikotkan macam-macam lagi perangai orang yang kita boleh bace hanya melalui status kat facebook. Macam ade orang kalau kita perasan status mesti ada nada-nada berlagak dan nak menunjuk. Yang tu adelah sorang dua aku perasan macam tu sebab ape yang buat aku yakin kate niat nak berlagak dan menunjuk sebab setiap kalu status mesti menggambarkan yang mahal mahal, best2 dan orang macam ni jarang sekali nak letak status yang duka2. Betol tau. Korang ade tak lam frenlist orang macam ni. Orang macam ni takdelah sampai aku buang dari frenlist. Sebab takde bagi effect dalam hidop pon.

Then ade jugak kategori kalau status tu pasal keluar ke sana, keluar ke sini, berjimba ke sana berjimpa ke sini. Macam da takde keje lain ke ko, tak study ke kalau dah 24 jam asik kua jek kan. Mungkin dia kaki jalan dan jenis bontot panas bila tak buat ape2 kan. Takpelah sebab yang ni pon kategori 'asal ko bahagialah minah'.


Aku plak jenis kategori mane ke. Haha. Aku rasa rasa la kan, aku cam kategori yang sentiasa kering idea. Sebab aku rasa (yang ni aku rasa la kan), aku cam jarang je update status. Tak tau lah nak tulis ape. Tengok ade orang tu setiap jam akan update. Gerak ke katil update, gerak ke kerusi update, pusing kanan cikit update. Update je manjang dan ini aku kategorikan dalam grup 'kami obses gila dengan facebook'. hehehehe. Tapi siyes, aku memang kurang idea sikit nak tulis ape kat facebook dan fakta yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama adalah (haha.ayat tak bley blah)  aku spend more hours on my blog than fesbuk. Yup, aku lagi sayang blog aku dari fesbuk. Compare dengan fesbuk aku banyak dating dengan blog sendiri. Visit blog orang macam-macam ilmu, fakta dan pengalaman idop orang aku leh bace dan tau. Mane yang baik jadikan pengajaran.


Jenuh plak menaip da rasenya. Okelah. Korang rasa korang duduk dalam kategori ape ek sebagai fesbuk-rian. Feel free to share.

Friday, November 5, 2010

Shall we start now??

Gosh!! Its been awhile i'm not updating any particular news about myself. If i have something to blame on, what can I say is my work. Once i reached home, the only thing came out in my mind is rest and have a long sleep before start my daily work routine at the office for the next day. So tonight allow me to bebel and keep bebeling at own my space. So shall we start?

Phewww~
Time flew so fast and its almost 3 months I've been working at that recruitment firm. So far few things happened and its gave me a different view about working. I learned a lot and what can I say is I love what i'm doing at that firm. Evendo its more to human resource management, but I take it as an opportunities for me to gain as much experiences as I can. Day by day I motivate myself to do better than yesterday. This is just the beginning of new life, so don't put so much negative coz we never know what will happen next in our life, its either can be worse or be better. Ragam bos and colleagues tu normallah kan in dunia kerja. Just accept and learned for good. Of course if I want to compare between study year and working, life as a student is so much fun and now I missed all those moments. Due to few incident at my office, now I rather to keep my mind to think that 'I came here to earn money not to involved in office's dramas or politics'. A negative thinking friend does make me learn a lot about 'donia kerja'. For me you better change your attitude rather than change your job. Because if you keep thinking those negative thinkings, no matter where you go you fill find troubles. So dear, you better keep your mouth shut because i am so lemas when you keep telling me that you want to resign but in the end you never did pon kan. Kalau berani wat la betul2 kan. Haha.

Life become single again for me are so pathetic. Sometime I felt i am so pathetic loner. Lonely and loner. To find someone better seems to be impossible. He is so nice and perfect but yet I still dumped him. So bodoh but what can I say when its comes to feeling feeling punya hal kan. I ask Allah to smoothen my journey for seeking a asben. Looks around and saw everybody happy with their own life make me ask for more from Allah but I know I give too little but ask to many from Him. Forgive me Allah. So I kept telling myself to bersyukur of what I have.

Next week I going to sit for PTD examination. Thoughout my besties, only 3 of us got the invitation for the exam. Isi sama2 but last2 tak semua dapat gi. Maybe this time is my rezeki and I'm going to do my very best for that exam. Last weeks i heard some rumors about this exam. But i decide to just ignore it due to its not important because I am not very sure whether that rumors boleh pakai ke tak. Nama pon da rumors kan. So this evening I drop by at KLCC and went to Kinokuniya alone to buy that 'Malaysia Kita' book. If you going to sit for that exam so you better read that book because people told its worked and will help you. Plus alert for any current news. Uffss..the truth is, I hate reading. Oh okay2 I'll use better sentence. Its sounds too negative. 'I dont like reading that much'. Hurm better. So I warning you brain, nuerons, cerebellum, cerebrum, medula, you guys better make yourself fully working for this whole week. If not, you tau lah nasib you all!!!!

I am terrible loser. Until now still cant drive car. Got licence but just kept it in purse. My purse looks thick but fulled with crap thing, plus my licence-lah. Buang karan je ade lesen. Dad keep promise to practice on weekend but when it comes to weekend ayah cam wat2 lupa je. In the end I felt like a loser. Even wanna go nearest places pon takbley padahal kete ayah ade jek depan umah. Uff.. One more thing dengan gaji yang a bit cikai cani how come I want to buy a car. Please, I am desire to own a car. Phewww ke sana phewww ke sini. Best2..hihi..(eh tetibe da cakap Melayu balik nih) haha. Seeee...how not bersyukur I am. Keep complaining. Oke2, syukur alhamdullillah for everythings I have God. Once again I'm sorry.

Oke. I think I'am going to merepek meraban because it almost reach midnight. My eyes a bit sleepy so it is high tendency for my to talking craps. So better I get going. Later I update more about myself. (Cam la korang nak tau kan) Hakhak.

.pampering myself with favorite.

.how my future will be eh?.


And to those who celebrate your birthday on November, I wish you hepi birthday and please wish back to me because my birthday also falls on November. Yippi.

('.^)
.