Friday, July 1, 2011

This is a very very very quick update - Part 1

.
Selain daripada Allah, hanya mak je yang benar benar benar benar faham apa yang aku lalui sekarang. Terima kasih ya Allah kerana aku masih mempunyai insan yang aku panggil emak.

Sememangnya sifat seorang ibu itu memang akan menenangkan anaknya di saat anak itu melalui tempoh2 yang sukar dalam hidup. Sejak akhir-akhir ni rasa tertekan sangat dengan situasi yang sedang aku hadapi ni. Jika sebelum ini kalau aku tertekan, aku masih boleh bertahan dan kentalkan jiwa. Sebab aku rasa aku tough la jugak untuk hadapi semua ini. Tapi bermula dari hari ini, bila bercakap pasal perkara ini mesti aku tak boleh elak untuk meng-genangkan air mata. (ayat bm salah aku tau).

Selama berbulan-bulan aku boleh bersabar tapi hari ini aku dengan yakin katakan yang sabar aku telah capai pada limitnya. Kalau aku teruskan aku boleh jadi gila or sasau. Tadi lepas luahkan pada mak, mak bagai ada super power menenangkan aku. Even ayat yang mak tuturkan sound simple, tapi cukup terkesan untuk buat aku jumpa solution pada masalah aku. 

Jadi, berbekalkan semangat yang emak bagi tadi, akan aku kentalkan jiwa raga aku untuk menjalani hari esok lusa tulat tubing dan seterusnya until la keputusan yg aku capai tu dilaksanakan. 

Mak, semoga nasihat mak itu sukses dan Ona harapkan keberkatan dari kata-kata mak tadi. Moga rezeki menyebelahi Ona.  

---aku tak dapat nak reveal ape masalah aku tu sebab aku rasa belom selamat untuk aku reveal. sebab takot orang itu stalk blog aku. so nanti aku akan ceritakan k. (ada ke yang nak tunggu. consider ada jela eh)

---Shida, klu ko bace ni mesti ko paham kot. Ko kan paling tau update pasal aku. Kalau tak paham sila roger as always. N incikhati pon mesti paham gak kot. Dia pon orang kedua yang kuat sokong tindakan aku ni.

---Moga ayah paham situasi aku ni. Please don't garang-garang wahai ayahku yang tomei2. hukhuk