Thursday, September 30, 2010

Dalam banyak-banyak kisah~

---Kisah 1---
Uff. da lama sangat tak online dengan proper. on9 pon kejap2 tu pon gune henfon. setakat gune henfon lama mana la sangat boleh explore. so arini online dengan proper. tu pon online sebab terpaksa. nak kene survei menyusahkan pengesanan graduat tu. kang tak jawab kang tak blh plak amek jubah konvo ahad ni. jadi bila da siap jawab survei jenguk la fb sekejap and blogwalking sekejap. bila view tu view tu menganga nganga mulut tengok si tu da berubah, si ni da jadi macam ni, si tuha da personaliti baru. berubah dengan drastik. macam da setahun tak on9 bila tengok macam2 hal jadi kat sekeliling. tapi siyes terkujat2 tengok tadi.

---Kisah 2---
Oh, aku terharu sebab kehilangan timbul tenggelam aku kat blog n fb macam dirasai dan dirindui. hekhek. ramai juga yang tanya mane menghilang. tak ilang cuma da jarang online. bila weekend pon da malas nak bukak laptop. pikir nak rest je bila weekend and spend masa ngan family tak pon hang out. aktibiti menghonline ni memang da kurang sejak keje ni. aida--akak tak ilang, cume senyap je. mai--rindu mai jgk. adik odah--tunggu akak datang kolej ek. yana--yana pon perasan ek akak missing in action, tak pi mane la, cane interbiu??'

Dan aku sangat terharu dengan adik somel husna adilah yang rinduuu merindu dengan kakak dia ni. hehe. sila lihat gambar dibawah sebagai bukti kerinduan dia.

sungguh tacing bila baca tau!!

'dear husnaadilah,
akak pon rindu awak tau. rindu awak kejut akak bangun tido,
rindu awak ketok pintu bilik akak make sure akak da bangun mase kelas pagi,
rindu tengok awak pisat2 masok toilet nak shishi.
rindu tgk awak jalan lenggang lenggok bawak bakul mandi pi toilet.
rindu sume2 kenangan ngan awak n kengkawan kite.
rindu awak n kimchu.
bila blogwalking tu even jarang2 on9 tp once blogwalking mesti jenguk blog awak.
awak cane keje? da lebih 3 bulan kan kat emerio.
keje bagus2 nanti dapat naik pangkat naik gaji.
nanti konvo kite jumpe tau, nak bergambar sesama2 puas2,
pas konvo ntah bila blh jumpa lagi kan.
tak sabar nak jumpa awak ngan yang lain2 mase konvo nanti.
make sure sume vouge the vass oke. tak sabar nak jalan atas pentas sambil dabik dada bangga woo da ade degree. hehe. biala orang nak kate degree je pon kan.hehe'



---Kisah 3---
bila da berpisah dengan kawan after abez blaja ni, mengajar aku untuk lebih menghargai apa yang ada disekeliling aku. last weekend kua dengan adik kesayangan haida rojana. hehe. suke panggil dia dengan cara macam tu. nama elok2 sedap aida rozana aku tukar ke jawa sikit jadi aida rojana. lama tak jumpa makin sihat je dia. aku jugak la yang menten je tak naik2. haih. bila da jumpa segala cite nak cite. segala gosip nak refresh. dapat 1 hari pon tak cukup bercerita. jadi akan diplan next meeting. harap next ramai dapat hang out sama. siyes tak mao terputus hubungan dengan sume2 bff nih. aida ni klu tengok muvee cite ganas2 lawan2 tembak2 ni, dia punye terkejut kiut sikit, terkejut je trus sebut 'AKAKKKKKK!!!' then bunyi pistol 'AKAKKKK', then orang jahat kuar tibe2 'AKAKKKKK TERKEJUTTTT'. Comelkan?? hihihi.

mensuap suap dengan aida

oke. senget kan kepalaaa. oke. tegak balik.




---Kisah 4---
oke. ekceli cam ade instinct this week akan lunch sama. sekali betul. lunch sama after krisis kecil. and i am glad coz i have ask for forgiveness. yela, tetibe je senyap after that case, siyes after few days terus rasa bersalah. yela, takot terkecikkan ati orang. tapi bila tengok dia ok je tadi so lega lah, so kite still kawan k. and i am really2 appologize for what i have say and did. thanks la teman aku pekena nasi beringin yang orang kate sedap tu.

---Kisah 5---
lambtop(err laptop) makin lembap lembap dan terus menerus lembap. sape2 boleh tolong format dengan free. cara format laptop aku da terlupe, so tak berani da nak format sendiri. sekali bile buat nanti terus tak blh guna tu baru betul haru biru ungu.

---Kisah 6---
Uhh, sekarang ini she shanley da pindah opis baru. gudluck ye kawan. rajin2 kemas opis baru, nanti baru ade semangat berkobar2 pegi keje ye. sheshe, thanx ek selalu dgr masalah n story mory aku. thnx for everything. sayang ko!!!

---Kisah 6---
Ekceli nak sangat cite pasal raya since raya kali ini syiokk owww. tapi tunggu next entry atau next2 sebab banyak nak cite. tengok sume orang cite raya masing2 tergugat plak kan. kehkeh. jadi tunggu ye pada sape yang nak tunggu. klu aku cam tetibe lupe nak update sila sound aku dengan amaran keras.

---Kisah 7---
Nak cite pasal keje gak. Tapi tunggu jugak lah next2 entry ek. Owh sekarang makin mengenali hidup bekerja ni. Macam2 ragam, susah n senang payah sukar gembira suka duka sume ade. Sedang cuba adapt dunia bekerja yang sebenar. Oyeah. Sila tekan likes seribu kali.

---Kisah terbaru---
Aku ngantok sok nak keje. Nila padahnya bila online, hajat untuk buat survei pengesanan graduar jeeee. tu jeeeeee. tapi tengok da tersangkut siap update blog padahal mengantok gile nih. oke la. ciow dulu. harap kisah2 di atas boleh tebus entry2 yang lama tak update.


::owhh, aku eksaited mao jumpe 6 besties n adik2 di kc dan juga HRDrians weekend ini. tak sabar tak sabar tak sabar, harap2 dapat cuti sabtu ni::

Wednesday, September 8, 2010

dari Kolumpo ke Rembau~

.
Fine. Esok aku masih kene kerja. Half day. Orang da sebok-sebok bakar lemang, wat rendang, rebus ketupat, pasang langsir, borak-borak ngan sepupu sepapat makcik pakcik, aku still keje sok. Huwah! Sonok amat! Ape nak buat, baru keje kene la sacrifice. Nasib baik esok half day, kol 1 tepat tak kurang tak lebeh terus punch card cabot balik kampong.

Puan Emak, Encik Ayah, dan Cik Puan kakak da selamat da sampai kat kampong. Tinggal la aku n adik kat rumah. So besok jadi perantau kehormat, balik kampong sendiri dengan adik naik komuter. Mujurlah negeri sembilan aje, terjejak jugak tanah negeri sembilan tu dengan komuter kan. Tulah, sape soh tak reti bawak kete lagi, kan da susah. Len kali lesen tu wat bahan bakar lemang je ona.

Raya ni mahu rehat sepuas2nya. Makan sepuas-puasnya. Raya pertama selepas tamat belajar. Lain sungguh rasenya raya semasa bergelar pelajar n raya bila da bekerja ni. Cuma tahun ini masih belom boleh distribute duit raya sebab duit gaji pon tak seberapa untuk bulan ni sebab half aje dapat. Maklum la start keje pon tgh bulan kan. Maka haruslah dapat setengah je.

Balik ke KL pon kene balik sendiri sebab cuti tak banyak n kene masok keje agak awal. Sadis terasa tapi cuba kentalkan hati dan jiwa ni. Kalau tak mau ade je yg wat keje monteng memonteng ni kang. Jadi ade sesapa yang sudi teman saya balik ke kolumpo ibu negara Malaysia ni??? Owh takde rupenya. Yelah, biarlah abe2 bangla yang teman. Haha.

Oke mata sudah mengantok. Nak masok tido suda. Memandang kat kampong nanti nak on9 pon internet cam siput merangkak, maka aku wish terus ajelah raya wishes oke. Ready! Go!
.
.
.
pada sahabat2, rakan2, kawan2,
kosmet HRD, ex kosmet Diploma Pembangunan Manusia,
ex skulmate SMK Taman Melati,
ex-skulmate di SRK Gombak Satu,
rakan2 di Kolej Canselor,
ofismate di Millennium,
mentor saya di opis, Cik Aimie,
sahabat2 MTM 0910,
geng luc (anda tahu sape anda),
besties yang bertujuh itu; Shida, CT, Amy, Ecah, Dalila, Fira,
besties DPM; Ada, Ila, Gee, Lin,
besties skuling time, Baizura, Fynaz, Fizah,
ex2 boypren,
warga Gombak
sepupu sepapat pakcik makcik
rakan-rakan blogger
rakan2 fesbuk n friendster
dan sesapa ajelah

beta ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

(yang batin tu kalau adelah)
aahaha

maaf atas segala kekhilafan
maaf atas ketelanjuran kata
ke-over-an menyakat n bergurau
maaf di atas hati yang terguris
maaf atas salah bicara
maaf di atas tindakan tanpa sedar
maaf maaf dan maaf


Semoga lebaran kali ini membawa kegembiraan buat semua umat Islam. Sambutlah hari kemenangan setelah berpuasa selama sebulan ini dengan penuh rasa syukur dan nikmat di atas kurniaan tuhan.

Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari ini adalah yang terbaik yang telah ditentukan oleh-Nya.

Salam Lebaran buat semua

::maaflah, aku tak punya masa untuk edit gmbr dan tagged memasing dengan raya wishes, blog ini harap mencukupi::

.
.

Wednesday, September 1, 2010

Terima kasih untuk hari yang indah sebagai sahabat~

.
Mungkin ape yang aku katakan belom cukup jelas untuk kau faham. Atau mungkin ayat yang aku tuturkan terlalu berlapik hinggakan maksud yang aku hendak sampaikan jadi kabur pada pandangan engkau. Mungkin ruangan ini tempat terbaik untuk aku sampaikan apa yang ada dalam isi hati ini. Aku terpaksa gunakan ruangan ini. Maaf.

Dari hari ke hari keadaan dah semakin kekok buat aku sebenarnya. Dan itulah jawapan kepada persoalan kau 'kenapa aku lain'. Aku bimbang kau menaruh harapan sedangkan aku tidak pernah mewujudkan harapan tu. Aku sendiri masih keliru dengan keadaan hati aku. Dah pernah aku katakan yang aku cuba wujudkan jarak antara kite. Ada reason yang sangat kukuh kenapa aku nyatakan ayat ni dan maybe ayat ini membawa macam2 pengertian. Mungkin pada aku, aku pandang dari satu sudut pengertian, tapi bagi pihak engkau pula engkau memahaminya dari sudut yang berbeza. Atau mungkin juga engkau faham apa yang aku maksudkan, cuma kau tak endahkan maksud apa yang aku katakan tu.

Dari awal lagi aku mintak engkau untuk hormat keadaan aku, hormat situasi aku. Aku nyatakan secara lisan, aku sampaikan dengan cara yang baik sebab aku tanak ada pihak yang terasa atau terguris. Aku tidak mahu bermain dengan perasaan orang, ye perasaan kau. Dan itulah yang aku cuba lakukan, untuk tidak mempermainkan perasaan orang (lagi).

Sekarang ini, aku mahu masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Ini bukan masanya untuk kau bercakap soal hati. Sebab secara jelas aku nyatakan pada kau aku belom sedia untuk apa2. Ye, jujur aku cakap aku masih keliru dengan perasaan aku pada ex aku. Aku masih hormat perasaan dia pada aku. Dan itu juga yang aku minta kau lakukan.

Aku pernah menghampakan perasaan orang, orang yang cukup baik pada aku, yang cukup sabar dengan kerenah aku, orang yang cukup setia menanti aku. Jadi aku sangat perlukan masa untuk pulihkan isi hati aku. Aku baru bekerja sekarang, banyak yang aku cita-citakan, jadi aku mahu masa untuk diri aku stabil dengan life baru aku ni. Dan sememangnya, saat ini aku memang tanak fikir apa2 mengenai cinta dan perasaan.

Aku tak kenal kau dan kau juga tak kenal aku. Jadi aku minta engkau jangan tanya aku dengan soalan2 yang hanya akan kecewakan kau. Aku tanak dan tidak memberikan kau apa2 harapan. Tak pernah terbit di mulut aku tentang 'kita' kerana memang aku tak pernah wujudkan 'kita'.

Maafkan aku andai apa yang aku perkatakan ini mengguris hati kau. Kau buat aku terpaksa. Dan ini lah yang terjadi bila aku terpaksa dan keadaan memaksa. Aku harap kau faham maksud aku. Pasti selepas ini keadaan akan jadi canggung dan kekok antara aku dan kau. Bukan aku yang minta, bukan juga kau.

Maaf juga andai aku membuai perasaan kau, aku tidak terniat untuk cuit perasaan kau, dan jujur aku hanya anggap kau sebagai sahabat.

Terima kasih untuk hari yang indah sebagai sahabat.


.Salam.


.