Sunday, August 21, 2011

Kalau ada rasa riak tu, pi buang jejauh.


Eh bila da update entri bawah ni jadi cam gian pulak. Nak wat entri lagi. Maka jom jari2 ku menari2 atas laptop ini.

Cane dengan persiapan raya korang? Aku light2 je. Biasa2 je. Even baju baru pon takde tau. Aku recycle je baju kurung moden yang aku wat sempena kakak aku kawen bulan 2 aritu. Entahlah, raya tahun ni feeling biasa-biasa je. Nak kate excited sangat pon tak, nak kate make donno sangat pon tak. Mungkin jiwa tua da menguasai diri. Tapi ada satu part yang aku excited. Aku dengan cousin2 belah mak, kitorang ni ada acara tahunan. Setiap kali raye mesti ada plan utk buat aktiviti bersama. Macam jalan2 ke. Holiday ke. Ape2 lah.

So tahun2 yang lepas kitorang pergi Blue Lagoon, Port Dickson, then ada jugak berjimba ke Melaka. So this year belom decide lagi nak pi mane. Tapi memasing excited utk wat aktiviti lasak. So harap2 menjadi la plannyer.

Jom cite benda lain plak.

Aku kan bila on FB n browsing2 n skroll2 la wall fb tu, kengkadang rasa ter-annoy sangat dengan status2 orang yang berjiwa berlagak ni. Aku selalunya akan detect, akan ada sesetengah FB-rian yang setiap kali update status mesti ada bau-bau riak. Aku tak tau lah korang macam mane, mungkin pada pendapatan korang bila korang bace tu macam nothing je kan atau korang memang jenis yang hati kering yang mmg tak suke amek port benda2 macam ni. Tapi aku pon takde la amek port pon, tapi bile kite terbace, setiap kali si polan2 tu update status mesti nak grand, mesti nak up.

Tak payah lah aku bagi contoh kan sebab maybe korang leh bayangkan. Dan aku pon takde la tuju pada mane2 specific person, aku just menulis secara randomly sahaja. Sebab kadang-kadang ter-rimas jugak la mata aku membacanye. Tapi mane la tau kan memang betul idop dia sentiasa disinari kebahagiaan dan ke-best-an kan berpanjangan, dia update pon tanpa ada niat nak riak, sekadar dia nak sharing is caring. Aku yg yang emo2 nak ter-annoy kan. Boleh jadi jugak.

Tapi pesen aku ni pon pemalas nak update status fb (apetah lagi update blog, haha). Even aku sdg gumbira atau ada benda2 best yang jadi dalam idop aku, kalau time tu aku takde rasa pon nak share dengan public, aku takde la update status fb utk mention betapa bestnya aku. Sebab aku pon takde la terlaku taksub dengan fb dan aku taknak menaksubkan diri aku dengan fb. Setengah orang tak boleh hidop takpe fb, jadi aku tak la jadi macam tu. So aku nak treat FB ni biasa-biasa je, bukan hamba FB.

Ape yang aku cakap kan kat atas ni takde la penting mane pon. Takde la isu besar yang perlu diperdebatkan kan. Cuma terasa nak menulis pasal sesetangah orang yang menjadi FB ni tempat untuk menunjuk-nunjuk. Kan perasaan riak itu antara sifat syaitan. Jadi bila kite menghapdet status tu elakkan lah niat nak bermegah-megah. Tapi andai kate mmg niat tu mulus suci murni nak ber-sharing, tak salah pon. Itu kan hak memasing.

Korang plak cane. Ade ke ter-annoy dengan ape2 status di FB. Feel free to share.

Ok lah. Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain.

Thank you for reading!

Saturday, August 20, 2011

Suka duka berlagu riang!


Kekoknye nak update blog. Sebab lama betul tak menulis entri yang panjang lebar. Kalau update pon aci je letak gambar sekeping itu pon cilok dari emel.

Masa sangatlah takde untuk membolehkan aku share ape2 pon kat sini. Bila da kerja ni masa rehat yang ada memang nak gunakan untuk benda2 yang betol2 berfaedah. Maksudnya untuk tido. Dan juge utk luangkan masa dengan famili. Jadi yang mampu hanya blog walking dan kalau rajin drop la comment kan.

Jadi memandangkan tersangat la kekok nak menulis entri, agak2 kire aci la ek aku bercerita gune point form. Sebab senang nak lompat2 cerita kan. Ok. Ayomatgetsetgo!!

1. Hari ni dah ramadhan yang ke 20 kan. Kejaappp betol hari berlalu, tinggal lagi 10 hari je nak pose pastu yak yak yeay berhari raya lah kita. Tibe2 dalam otak ni bergema lagu raya senario 'hari raya, semua bagai nak gile, bila puasa buat-buatlah lupe.....'. 10 malam terakhir ni boleh la kite sama-sama double triple kan amal ibadah, mujur-mujur leh bertemu dengan malam lailatul qadarkan.

2. Aku ni baru lepas ber'cuti', bukan bercuti pegi holiday tp cuti orang pompuan tu. Total tinggal pose 10 hari. Humak ai banyaknye. Azam tahun depan nak ganti pose awal2 la. Tapi setiap tahun pon letak target nak ganti pose awal2, sudahnya dekat2 nak ramadhan gak baru berkobar-kobar mengganti. Korang yang gegurl gegurl ni bape ari tinggal pose? Sama meriah cam aku kerr? Haha

3. Nak story pasal keje lah. Stakat ni aku masih setia keje kat company yang sekarang ni. 11 Ogos 2011 aritu genap 1 tahun aku kerja situ. Dalam tahan tak tahan keje situ bertahan gak aku setahun. Dulu masa mula2 join company tu aku letak hajat nak paling lama pon keje dalam setahun jek. Jadi bila da capai setahun ni, terus aku berkobar-kobar nak cari kerja baru. Tapi itulah, peluang tak banyak. Hakikatnye sekarang ni kalau nak mudah memang kene guna orang dalam, gune kabel. Maka malanglah aku kerana aku tidak dikelilingi dengan banyak kabel2 elektrik yang boleh zasss aku masok mane2 company. 

Tapi last 2 week aku ada gi satu interview kat satu company oil n gas. Siap MC aritu, tipu bos kate konon2 aku period pain, padahal gi interview. Masa interview tu dah sehabez daya dah wat yang terbaik. Maka kuar dari bilik interview, terus letak harapan yang tinggi harap2 akan terpilih utk gi second interview. 

"any feedback kami akan btau dalam masa 1 minggu. kalau awak terpilih utk gi second interview, kami akan call, tapi kalau dalam masa seminggu takde jawapan, maka awak tak terpilih, tapi kami akan simpan jgk la resume awak, kami takkan simply buang resume candidates"-------ini kate2 interviewer tersebut.

Maka sampailah ke hari ini telah seminggu berlalu, aku masih belom terima apa2 feedback. Jadi ape maknenyeerrr?? Nan hado lah kau dapat keje tu ona oi!!! hahaha. Redha jelah dengan ape yang terjadi. Mungkin bukan rezeki kan, ada lah tu rezeki yang lebih baik yang Allah janjikan. 

Dan the best part is baik punye tipu bos kate nak MC, last2 rahsia terbongkar. Tiga orang yang dangerous di opis dapat detect aku pi interview. Cuak bagai nak mati, sumpah mmg aku cuak. Korang pi lah tanya aida rozana, shida, fira, afzan, syu, hani (pura2 lah korang kenal ek name2 ni), pi tanya diorang macam mane aku cuak. Hahahaha. 

Eh, berperenggan perenggan plak cite pasal keje kan. Ngehngeh~

Oke mari masok poin nombor empat. 

4. Maka kalau ada sesape2 yang ada jawatan kosong untuk HR Exec, sila la roger2 aku sebab aku mmg berazam dengan penuh membara untuk tukar kerja baru. Tempat keje sekarang ni mengundang aku untuk dapat darah tinggi sebab bos aku sangaattttttlahhhhhhh psiko!!! Moga dikurniakan kesabaran untuk masih bertahan dengan company ni. (poin nombor empat pon pasal keje gak ek, ape la)

5. Last week sempat berbuka bersama2  besties dan ex-HRDrian. Shida, ecah, dalila, aida rozana dan lin. Wah, gembira sangat bertemu besties after longgg time no see kan! Gelak mmg luas lah! Tak hengat melawak. Sampai perut nak cramp n tekak nak muntah balik bergelak ketawa. Agaknya kalau cukup korum satu geng ada especially amy ada, harusssss lah lebih melahar mulut memasing. Yang pasti aku gembira sebab among my besties bila ktorang berjumpa kemeriahan dan keriuhan tu tetap cam dulu2. 

6. Kan kakak aku kawen kan bulan 2 aritu kan, makanyee tadaaaaaa dia sudah membuntingkan dirinya. Pregnant sudah kakak aku, tak sabar nak dpt anak buah yang pertama. Dan haruslah mak ayah aku tak sabar nak dapat cucu kan. Tapi usia baby kakak aku dalam 2 bulan ++ la, jadi perut belom besar lagi. Tak sabar nak tgk perut akak aku besar. Pastu tak sabar nak belikan baju baby utk baby akak aku. So insyaAllah dalam bulan 3 tahun depan aku bakal bergelar makngah. Rasa2 macam nak soh anak buah aku panggil aku 'mama na'. Macam best je ek. Ke over?

Okelah. Da dekat nak berbuka nih. Apa la punye anak dara kan tak menolong mak. Eh tadi da tolong da, tolong potong2 bawang. Pastu lari online jap. Ni nak tolong hidang plak. Sebelom mak aku membebel berlagu bernada riang, better aku ciow. 

Selamat Berbuka!!!!!

note---incik hati pegi Kota Kinabalu dengan parentnye. Nak ikot!! Hahahaha.

Sunday, August 14, 2011

Have a great day~


Memandangkan lamaaaaaaa saaaangaatttttt tak update blog, jadi aci tak kalau nak update dgn nak share satu gambar kat bawah ni

Enjoice....















Hahaha..



Korang gelak tak? Aku first time tgk tergelak jugak la sorang2 depan pc opis. 
Ke korang da penah tgk before ni.
Sebab kalau adik aku, ape je gambar or video yang aku tunjuk kat dia mesti dia kate dengan muke tonyee dia " adik tgk da pon"
Jadi elok2 aku excited nak share jadi terbantut feeling.
Pape pon kalau korang belom tgk harap dapat ceriakan jam2 terakhir ujung minggu korang.
K la. Tu saje utk kali ini.

Have a great day ahead!


Regards,
onanonakona