Sunday, October 30, 2011

It just an entry


Perasaan adalah sangat pelik. Atau mungkin unik. Mungkin pada satu saat kita merasakan yang kita punyai sesuatu atau seseorang, namun pada saat yang berikutnya kita merasakan yang kita tiada siapa-siapa by our side. Sedangkan apa yang kita punyai itu tidaklah ke mana-mana pun. Tidak hilang tidak menjauh. Cuma perasaan yang mengaburi otak untuk membuatkan minda berfikir begitu. Kemudian hormon yang disalahkan, kononnya perasaan kecamuk. Alah, sifat biasa manusia, apa jua yang boleh untuk dijadikan tempat untuk menuding jari, supaya kesalahan itu tak nampak atas kekhilafan sendiri.

____________~

Bila kita termenung dalam-dalam, apa akhirnya apa yang akan kita bayangkan? Realiti atau fantasi. Atau mungkin penyesalan. Tapi aku jarang jugak termenung, jadi aku tak pasti jawapannya. Cuma apa yang aku tau bila aku termenung aku jadi ngantok. Bila aku termenung bibir aku akan menjuih. Haha. Tabii semulajadi. 

____________~

Pada hakikatnya, dengan hanya berharap, keinginan itu takkan jadi kenyataan. Jangan terlalu mudah tuturkan ayat 'insyaAllah adalah rezeki' kalau diri itu sebenarnya langsung tidak berusaha. Cemburu melihat yang lain, namun sedar diri belum cukup berusaha. Sehinggalah sampai pada satu tahap bila diri rasa mengalah dan hanya menunggu pada caturan takdir.

____________~

Ternyata apa yang abstrak itu sukar betol untuk diluahkan. Jangan terlalu dipercayai pada hati kerana 'ikut hati itu nanti mati, ikut rasa itu binasa'. Perempuan itu dikurniakan dengan 9 akal 1 nafsu; Mengapa. Ntah. 



Regards,
silentmonologue

-Don't get confuse with above writings-I just feel like want to write about it even it is not related to anyone or even to myself at all-
   

Salam to all!

Thursday, October 20, 2011

Yang tak best dan suam suam kuku



Yang tak best

Semenjak dua tiga arini macam da sakitkan hati seseorang jek. Mungkin kerana stress, mungkin sebab ape yang kite aspect orang tu buat tapi orang tu asik bagi seribu alasan untuk buat kerja tu sekadar ala kadar je. Aku di-push client, dapat client yang cakap ikot sedap mulut, jadi aku have no choice utk push balik orang yang aku assign kan untuk wat keje tu. Aku dah guide sebaik yang mungkin, tp end up keje tu jadi tak seperti yang diharapkan.

Argghh. Keje tu sgt kritikal, jadi aku kene jugak jadi ter-pushy sikit. Tapi last-last rasa bersalah plak. Tapi aku takde choice kan. Kerja tu ekceli dia kene settle sorang, tapi disebabkan dia macam tak mampu, jadi kene la aku cover sebab nanti klu outcome terok aku jugak yang kene bantai dengan klien. Masalahnya bila aku cover keje dia, keje aku plak yang ntah ke mana.

Hadoi. Bos setakat ni perangai da ok cikit. Opismet plak ntah ape2. (Tapi kan aku rasa bos aku tu bukan da ok, cume aku je yang dah ter-imun dengan perangai dia). Arrggghhh. Byknye sumber stress kat opis ni. Tua cepat mak tau!

Itulah dunia kerja. Tak sudah2 dengan rasa stress dengan macam2 kerenah orang.

Yang sepatutnya best tapi jadi suam-suam kuku

18 Oktober lepas besday chentaa hatiku. Jangan kan kata nak celebret sesama, nak cakap tepon lama2 on his besday pon tak dapat. Huwaaa. Aku ni bz dari pagi hingga ke petang, dari petang bawak ke malam. Dia plak masa hari jadi dia plak la nak ada kem segala bagai. Maka dia pon bz sampai ke tengah malam. Jadi hari itu berlalu begitu saja tanpa dimanfaatkan dengan aktiviti gayut di telefon sampai panas tinga. Maka kredit free maxis sempena besday pon dibazirkan begitu sahaja. Aiseh ruginyeee.

Tapi ape pon saya mengewishkkan awak

SELAMAT HARI LAHIRRR!! HEPI BORN DAY!!

(ucapan yang jiwang-jiwang tu da bg kan dalam mesej. kehkeh :)

Ucapan terakhir sempena bday-------Cepat pinang saya k. Hahahahaha :P