Monday, November 21, 2011

Kita tgk lagi 5 hingga 10 tahun lagi.


Belum kahwin lagi tapi gambar dah berpelok bagai. Agaknye bila da kawen mau letak gambar separa bogel kat profile picture @ display picture. Tak salahkan kalau aku nak kecam benda yang da memang terang2 haram dan berdosa. Itulah, fesbuk ni kalau tak buka rasa nak buka, bila dah buka mengucap je tgk gambar kawan2 kite yang dulunya sama2 hingusan dengan aku tapi sekarang da jadi serupa paris hilton or lindsay lohan.

Apa perasaan diorang letak gambar macam tu? Bangga eh?

Takut tgk life style budak zaman sekarang. Tonggang arak tanpa rasa segan silu. Merokok jangan cakaplah, muka bangga kuar kan asap kepol2 konon bajet dia superstar bila merokok depan public. Kesian pulak bile tgk adik2 yang cakap terjerit-jerit and trying so hard to look cool by smoking. Kakak know lah your intention is only to get attention from public.

Agaknye lagi 10 tahun akan datang macam mane budaya/life style/tahap pemikiran/iman budak-budak remaja nye kan? Sekarang ni pon macam dah tahap scary, lagi 10 tahun akan datang, macam mane agaknya. Or maybe tak payah tunggu 10 tahun, 5 tahun pon da cukup untuk tgk apa pattern terbaru mereka?

Apa yang pasti tugas untuk membesarkan anak-anak zaman sekarang dan zaman 5 - 10 tahun akan datang pastinya mencabar secabar-cabarnya. Kadang-kadang cara didikan ibubapa dah betul, tapi akhirnya terpesong sebab pengaruh rakan-rakan yang punya sifat ingin tahu dan sifat mencuba yang tinggi. Aku sendiri tak pasti pattern apa yang terbaik yang didik mereka. Namun, jika kita berpegang pada satu akidah dan iman yang sama, insyaAllah cara mendidik anak guna pendekatan 'mendekati Allah' itu adalah kaedah yang terbaik. Dekat diri dengan Allah, maka dekatlah anak dengan kita.

Aku cakap banyak macam aku da kawen n da ada anak kan. Haha. InsyaAllah satu hari nanti!

Sunday, November 20, 2011

Apa perasaan aku pada takdir andai.....


Hari ini masih sama seperti semalam. Tiada apa yang menarik. Bezanya cuma hari ini tak kerja tapi semalam kerja. Kata hujung minggu haruslah tak kerja.

Setiap hari aku pergi kerja naik LRT. Pergi dan balik. Aku naik dari stesen yang paling awal, jadi takdelah LRT pack sangat sebab belom ramai orang. Jumlah masa dari stesen Gombak - Bangsar aku da kira da, mesti makan masa selama 45 minit. Dan setiap kali tu mesti aku amek peluang utk sambung tido. Dah setahun lebih aku keje, maka mata pon dah timing secara automatik akan ngantok selepas beberapa minit dok dalam LRT. Yup, aku tidak tergolong dalam salah satu rakyat Malaysia yang menyahut seruan kerajaan 'Membaca amalan mulia'. Sokay la kan. Hak masing2 nak follow ke tak. 

Bila pergi kerja naik public transport ni, setiap hari kita akan berjumpa dengan berlainan manusia yang pelbagai kerenah. Kadang2 je akan jumpe manusia yang sama secara kebetulan. 

Setiap kali aku sampai kat stesen Gombak, dah tiga empat kali aku duduk berdepan dengan satu nenek dan cucunya. Mereka berbangsa Cina. Cuma yang istimewanya cucu nenek tu mengidap Sindrom Down. Aku perhatikan yang budak itu jenis Sindrom Down yang boleh berdikari. Sebab setiap kali diorang nak turun dari LRT, dia yang pimpin tgn nenek tu, bukan sebaliknya. Bila aku perhatikan, diorang berdua tu macam baru balik kerja atau nak pergi kerja. Kerja apa aku tak pasti. Sebab bukan sekali aku bertembung dgn diorg, da 3 4 5 kali. Jadi aku andaikan diorang kerja la kot, kalau jalan2 takkan la hari-hari jalan2, pastu kua awal pagi lak kan. 

Perilaku budak tu menunjukkan dia sangat rapat dengan nenek dia. Mungkin, budak tu dibesarkan oleh nenek tu. Mungkin ibu bapa kandung dia tak mahu membela dia. Mungkin. Itu semua andaian aku.

Apa perasaan aku agaknya andai aku ditakdirkan untuk ada anak yang istimewa, Sindrom Down seperti itu? Iye, kalau kita diberi pilihan pasti kita mahukan anak yang sihat, comel dan lengkap segala sifat. Tiada siapa yang mahu anak yang kurang sempurna or perangai menyakitkan hati walaupun hakikatnya perangai makbapaknye liar mengalahkan beruang, buaya dsbnya masa zaman muda mudi. Namun, kita tak tahu apa perancangan tuhan untuk kita. Aku doakan aku mampu untuk lahirkan anak (dan anak-anak) yang sempurna sifatnya bila aku dah berkahwin kelak. InsyaAllah. Namun andai aku diuji, aku harap aku mampu untuk tempuhinya. Punya impian nak anak ramai, ntah mampu nak menjaga ke tak. haha

Semoga masa depan aku membahagiakan :)

Oh ye, kelmarin birthday aku yang ke 25. Banyak dah angka tu. Thank you so much for all the birthday wishes from friends and family. And a big thanks also to my beloved boyfie for your special entry. I know i'm a bit menduga your kesabaran lately. Sorry and thank you untuk bertahan dengan my kerenah. Love you so much dear! (aiyok, so the bahasa rojak!)

note: niat dihati ingin selalu update blog, tapi bila start menaip satu sentence, mesti jadi tak tahu nak cerite apa. adakah itu penyakit? haha

Okaylah, till then, Bye!

Thanks for reading my blog.

Regards,
Husna