Friday, February 17, 2012

Future bedroom


Wak-wak, kalau anak kita ramai nanti kita wat bilik camni lah eh.

hik-hik-hik 

(^.^)v



sumber gambar crdt to fb

Wednesday, February 15, 2012


Ya Allah, aku anggap ini sebagai cabaran alam pertunangan.

Tabahkanlah. Tenangkanlah hati aku dan permudahkanlah segalanya Ya Allah.

Amin. 

Risau

Pukul 4.04am.

Saya tak dapat tidur. Eh bukan, saya nak tidur tapi saya tak boleh tidur, saya perlu berjaga. Saya tengah struggle untuk membeli tiket promotion Air Asia.

After majlis bertunang tu, my biggest fear untuk majlis perkahwinan ini adalah membeli tiket untuk majlis bertandang sebelah laki which is di Kuching Sarawak. Kalau beli untuk diri sendiri sahaja takpe, takde lah rasa takot sangat tp ni sebab nak beli untuk semua sanak saudara, uncle, aunties, kawan2 ayah yg nak ikot jugak, membuatkan aku rasa sangat gelebah. 

Gelebah itu boleh jadi sebab proses nak gather maklumat. 

Untuk belah mak, mak ada 11 adik beradik
Untuk belah ayah, ayah ada 6 adik beradik
Ayah kata ada pakcik makcik kat flat ni nak join rombongan
Mak mentua n ayah mentua along pon kate nak join. 
Pakcik makcik tu belom aku double kan termasuk suami/isteri masing-masing, anak-anak lagi.

Jadi nak kumpulkan maklumat sape nak gi, sape taknak gi, sape yg nak gi tapi nak beli tiket sendiri or sape yg belum boleh wat decision sebab majlis jauh lagi, itu satu cabaran untuk aku.

Setakat ni harga tiket paling murah aku da dapat pergi balik campur cukai sume adalah RM58.00.

Yup RM58 je. Ni da kira murah dah ni.

Jadi malam ni dah survey n inform sume pakcik makcik. Mujur la ada fesbuk ni n mujur ada page khas famili, jadi aku tepekkan je maklumat kat situ n sume leh discuss situ. 


Sinilah tempat saya gather maklumat penting yg saya perlukan dari sanak saudara.


Oklah, aku rasa its time untuk aku tidur. Dah la baru baik sakit, baru kuar wad, tapi balik kpd perangai lama suke tidur lambat. haha. Mane tak sakit.

A ah kan, hajat di hati nak cite pasal aku sakit sampai kene admitted kat hospital. Tapi tak cite2 plak. Ni aku masih MC until rabu. Heaven gile dok umah tak payah fikir kerja. Kuar hospital sabtu, doctor bagi MC sampai rabu, best gilooo.. tu yg aku mampu until nak kol 5 ni masih berjage ni. 

K. Mata da layu.

Aku harap dan berdoa sangat urusan perkahwinan aku, urusan untuk beli tiket ni dipermudahkan oleh Allah. Aku doa sangat. Amin. 

note: kejap gune saya, kejap aku, nampak sangat gelabah.kiki

Sunday, February 12, 2012

Approval

untuk kawan-kawan di opis, saya selesa dengan hanya meng-approve-kan friend request dari orang-orang yang saya percaya adalah merupakan 'kawan' yg saya boleh percayai keikhlasan meraka. maaflah kalau nak kata sombong setakat facebook pon tak nak approve tapi sebab saya rasa terlalu banyak yang talam dua muka di opis tu menyebabkan saya serik untuk mandai-mandai je approve sesape.

sekian. salam.