Showing posts with label Diskusi. Show all posts
Showing posts with label Diskusi. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Video yang buat aku faham ape itu..........


Salam semua.

Ape aktiviti korang di hujung minggu? 

Eh, korang da tgk video-video kat bawah ni. Sebenarnya salah satu video kat bawah ni adik aku yang approach aku untuk tgk. Sebabnya dalam video ni ada v-logger popular Matlutfi90 yang sangat la femes dengan video dia yang cool slumber tu. Aku salah sorang yang suka layan video-video dia yang supercute tu. Bukan dia yang kiut, video dia yg kiut+kreatif. Matlutfi90 ni dalam video kat bawah just sebagai penampilan khas je dalam video yang bertajuk Oley! Hudud Allah.

So kalau korang da tgk video2 kat bawah it is so obvious about our current politic issue which is about hukum hudud. Aku tidak arif untuk menerangkan pasal hudud dan sememangnya aku mempunyai pengetahuan yang sangat dangkal dan cetek mengenai hukum hudud. Plus aku totally pangkah pada politik sbb aku rasa politik adalah permainan paling kotor dalam dunia. Soooo the not interested. 

Tapi yang buat aku terpanggil untuk menulis pasal ni adalah comparison antara ketiga-tiga video ini.

Video ni sebenarnya ber-rentetan. Yang mana dibuat oleh dua pihak yang berbeza. Jadi untuk buat korang lebih faham mengenai isu ini korang kene tgk secara berturutan. 

1st korang kene tgk dua video yang pertama ni, yang mane aku percaya dia dibuat oleh pihak pro-BN dalam koleksi Sembang Rakyat.



Dan video yang ketiga ni pula masih membincangkan isu yang sama cuma video ni pihak oleh pihak yang satu lagi.

ni la video yang ada matlutfi tu. 

Jadi da tgk?

Aku bukannya nak kupas isu politik. no no no! Dont get me wrong.
Cume yang buat aku terpanggil untuk menulis (cam da ada je ayat ni kat atas) pasal isu adalah sebab aku rasa cara yang mereka gunakan untuk memberitahu masyarakat umum mengenai hukum hudud.

Dalam dua video Musim Hudud dan Lagi Hudud PAS tu adalah dari koleksi Sembang Rakyat. Dalam video itu mereka hanya membincangkan hukum hudud dari sudut pemikiran orang yang dangkal mengenai isu dan pengertian sebenar mengenai hudud. Aku dapat tgk yg agendanya adalah untuk menghentam pihak yang satu lagi sehingga mereka membincangkan mengenai hudud dari pandangan yang kurang tepat. Video macam ni ditonton oleh ramai orang, jadi bagi aku mereka seolah-olah menggambarkan hukum Hudud adalah macam kind of silly thing dan of cos akan makin men-negatif kan pemahaman orang ramai mengenai hukum hudud. Kan?

Dan aku tak habes pon tgk dua video yang pertama tu sebab bosan.

Then after aku tengok video yang ketiga, barulah aku faham ape itu hudud. Sebenarnya video yang ke tiga Oley! Hudud Allah itu adalah video yang dibuat untuk membalas video yang dibuat dalam Sembang Rakyat tu. Bila dah tengok ketiga-tiga, maka aku buat perbandingan. Terus terang aku rasakan pendekatan yang digunakan dalam video ketiga untuk beritahu kepada umum mengenai hudud tu adalah satu cara yang bagus dan ikhlas kerana Allah.

Tujuan mereka hanya satu-----untuk membetulkan mentaliti dan memberitahu pengertian sebenarnya Hudud itu secara non-formal. Yup, dakwah secara non-formal. Mungkin cara itu lebih masuk ke dalam hati kita. Dan paling penting mereka tidak menyelitkan isu politikus. Niat mereka hanya untuk menyebarkan kepada umum apa itu hudud. Bukan menghentam mana-mana pihak.

Bila aku tgk, dari aku kabur mengenai hudud, sekurang-kurangnya adalah sedikit pengetahuan aku pasal hukum Allah tu. Yelah, sebagai Islam malulah kalau aku sendiri salah tafsir hukum yang diturunkan oleh Allah pada umatNya. Bila isu hudud ni menjadi hangat, ramai pihak yang ingin memberikan pendapat dan berdebat. Jadi ada betul kata-kata dalam video tu, kalau kite cetek ilmu mengenai isu hudud janganlah memandai-mandai beri pendapat sebab takut2 kita memperlekehkan hukum Allah ini. Ditakuti terpesong akidah.

Dan aku sangat suke approach yang digunakan dalam video ke-tiga tu.

Cume, aku terfikir jugak. Berani plak si MatLutfi90 tu interprem dalam video tu. Dia bukan ke budak tajaan JPA ke petronas ek (errr aku tak sure) yang belajar kat oversea (please correct me if i'm wrong) takot plak ada pihak yang akan manipulasikan video tu dan buat spekulasi bukan-bukan. Harap-harap tak lah.

Ok lah. Itu saja untuk kali ini. So untuk korang aku tak pasti apa pendapat korang mengenai video-video ni. Ini cuma pendapat aku. Feel free to share yours. Mungkin yang lain akan tafsir dari dari sudut yang berbeza dan berikan pandangan yang berbeza. Never mind, Malaysia is a free country, so we are free to raise our opinion kan.

Ok. Bubye~

note: after bace ni don't judge me wrong ye. aku ni lenient. tidak sokong mana-mana pihak pon. aku menulis hanya untuk berkongsi ilmu dan bagi pendapat. tu saje.

Note lagi: tadi after balik keje melawat new born baby of Hani. name anak dia Umar Ridwan. Baby ni bestkan bau dia, masham2 wangi.hehehe...

Lagi-lagi note: errr...lagi satu, tajuk entry aku ni ntah pape kan. tajuk nak poyo. sebenarnya aku tak tau nak bg tajuk ape. tanak la tajuk yang sound too politic or what so ever.

Ok. Have a happy weekend.

Thanks for dropping by at my blog. Thank you for reading too.

Monday, November 21, 2011

Kita tgk lagi 5 hingga 10 tahun lagi.


Belum kahwin lagi tapi gambar dah berpelok bagai. Agaknye bila da kawen mau letak gambar separa bogel kat profile picture @ display picture. Tak salahkan kalau aku nak kecam benda yang da memang terang2 haram dan berdosa. Itulah, fesbuk ni kalau tak buka rasa nak buka, bila dah buka mengucap je tgk gambar kawan2 kite yang dulunya sama2 hingusan dengan aku tapi sekarang da jadi serupa paris hilton or lindsay lohan.

Apa perasaan diorang letak gambar macam tu? Bangga eh?

Takut tgk life style budak zaman sekarang. Tonggang arak tanpa rasa segan silu. Merokok jangan cakaplah, muka bangga kuar kan asap kepol2 konon bajet dia superstar bila merokok depan public. Kesian pulak bile tgk adik2 yang cakap terjerit-jerit and trying so hard to look cool by smoking. Kakak know lah your intention is only to get attention from public.

Agaknye lagi 10 tahun akan datang macam mane budaya/life style/tahap pemikiran/iman budak-budak remaja nye kan? Sekarang ni pon macam dah tahap scary, lagi 10 tahun akan datang, macam mane agaknya. Or maybe tak payah tunggu 10 tahun, 5 tahun pon da cukup untuk tgk apa pattern terbaru mereka?

Apa yang pasti tugas untuk membesarkan anak-anak zaman sekarang dan zaman 5 - 10 tahun akan datang pastinya mencabar secabar-cabarnya. Kadang-kadang cara didikan ibubapa dah betul, tapi akhirnya terpesong sebab pengaruh rakan-rakan yang punya sifat ingin tahu dan sifat mencuba yang tinggi. Aku sendiri tak pasti pattern apa yang terbaik yang didik mereka. Namun, jika kita berpegang pada satu akidah dan iman yang sama, insyaAllah cara mendidik anak guna pendekatan 'mendekati Allah' itu adalah kaedah yang terbaik. Dekat diri dengan Allah, maka dekatlah anak dengan kita.

Aku cakap banyak macam aku da kawen n da ada anak kan. Haha. InsyaAllah satu hari nanti!

Sunday, August 21, 2011

Kalau ada rasa riak tu, pi buang jejauh.


Eh bila da update entri bawah ni jadi cam gian pulak. Nak wat entri lagi. Maka jom jari2 ku menari2 atas laptop ini.

Cane dengan persiapan raya korang? Aku light2 je. Biasa2 je. Even baju baru pon takde tau. Aku recycle je baju kurung moden yang aku wat sempena kakak aku kawen bulan 2 aritu. Entahlah, raya tahun ni feeling biasa-biasa je. Nak kate excited sangat pon tak, nak kate make donno sangat pon tak. Mungkin jiwa tua da menguasai diri. Tapi ada satu part yang aku excited. Aku dengan cousin2 belah mak, kitorang ni ada acara tahunan. Setiap kali raye mesti ada plan utk buat aktiviti bersama. Macam jalan2 ke. Holiday ke. Ape2 lah.

So tahun2 yang lepas kitorang pergi Blue Lagoon, Port Dickson, then ada jugak berjimba ke Melaka. So this year belom decide lagi nak pi mane. Tapi memasing excited utk wat aktiviti lasak. So harap2 menjadi la plannyer.

Jom cite benda lain plak.

Aku kan bila on FB n browsing2 n skroll2 la wall fb tu, kengkadang rasa ter-annoy sangat dengan status2 orang yang berjiwa berlagak ni. Aku selalunya akan detect, akan ada sesetengah FB-rian yang setiap kali update status mesti ada bau-bau riak. Aku tak tau lah korang macam mane, mungkin pada pendapatan korang bila korang bace tu macam nothing je kan atau korang memang jenis yang hati kering yang mmg tak suke amek port benda2 macam ni. Tapi aku pon takde la amek port pon, tapi bile kite terbace, setiap kali si polan2 tu update status mesti nak grand, mesti nak up.

Tak payah lah aku bagi contoh kan sebab maybe korang leh bayangkan. Dan aku pon takde la tuju pada mane2 specific person, aku just menulis secara randomly sahaja. Sebab kadang-kadang ter-rimas jugak la mata aku membacanye. Tapi mane la tau kan memang betul idop dia sentiasa disinari kebahagiaan dan ke-best-an kan berpanjangan, dia update pon tanpa ada niat nak riak, sekadar dia nak sharing is caring. Aku yg yang emo2 nak ter-annoy kan. Boleh jadi jugak.

Tapi pesen aku ni pon pemalas nak update status fb (apetah lagi update blog, haha). Even aku sdg gumbira atau ada benda2 best yang jadi dalam idop aku, kalau time tu aku takde rasa pon nak share dengan public, aku takde la update status fb utk mention betapa bestnya aku. Sebab aku pon takde la terlaku taksub dengan fb dan aku taknak menaksubkan diri aku dengan fb. Setengah orang tak boleh hidop takpe fb, jadi aku tak la jadi macam tu. So aku nak treat FB ni biasa-biasa je, bukan hamba FB.

Ape yang aku cakap kan kat atas ni takde la penting mane pon. Takde la isu besar yang perlu diperdebatkan kan. Cuma terasa nak menulis pasal sesetangah orang yang menjadi FB ni tempat untuk menunjuk-nunjuk. Kan perasaan riak itu antara sifat syaitan. Jadi bila kite menghapdet status tu elakkan lah niat nak bermegah-megah. Tapi andai kate mmg niat tu mulus suci murni nak ber-sharing, tak salah pon. Itu kan hak memasing.

Korang plak cane. Ade ke ter-annoy dengan ape2 status di FB. Feel free to share.

Ok lah. Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain.

Thank you for reading!

Wednesday, December 22, 2010

Sure ke anda okay?




Video ni aku tonton bila Hani my ofismet story mory pasal video ni. Pastu bila online terus pi cari video ni kat u-tiub.

Search---> Klik---> Tonton---> Diam ---> dan Pikir.

Bila selesai tengok video ni buat aku fikir dalam-dalam. Lama dah rasanya tak fikir dalam-dalam sebab sejak da keje jadi malas nak fikir. Hekhek. Tapi video ni ajak otak dan akal aku untuk kembali berfikir pada isu-isu serius. Kalau dulu aku hanya fikir isu-isu serius ni bila buat asaimen jep. Tu pon sebab terpaksa kan.

So dah tonton video kat atas ni kan.
---------> 'Ape pendapat korang?'
I guess most of you akan keluarkan komen-komen yang menentang dengan apa yang Azwan Ismail ni katakan kan. Samelah dengan aku.

Masyarakat Malaysia sekarang ni makin berpegang pada prinsip 'bebas bersuara'. Maklumlah, negara da lama amalkan pemerintahan demokrasi, jadi sesiapa pon berhak bersuara. Tapi yang tak sedapnya bila bersuara hingga lupa yang diri ni dilahirkan sebagai Islam.

Islam sekarang ini hanya pada nama. Hanya pada bibir. Atau lebih tepat realitinya sekarang Islam hanya pada IC.
---------Kes 1: Si Islam dengan selumber ber-comolot dengan kekasih hati hanya sebab terpilih KLCC berbanding pakwenya. Nak pujuk punya comolot pon comolot lah. Iye, inilah Islam pada IC.

---------Kes 2: Si Islam dengan selumbernya membuat statement 'SAYA GAY, SAYA OK'. Bajet dah jumpe kekuatan diri bila da berani mengaku diri gay kan.

It is not a better world dengan mengakui yang kau adalah seorang Gay. Hakikatnya 32 tahun yang kau gunakan untuk meyakinkan diri kau adalah seorang gay adalah sangat sia-sia. It is not something to proud of. Dan dengan video macam ni seolah-olah kau mengajak dan menggalakkan orang lain bahawa 'ITS OKAY TO BE GAY'...what the~

Dan nyatalah tanda-tanda akhir zaman semakin ketara di mata kita.

Dan bila melihat kepada video 'saya gay, saya okay' sebenarnya membuatkan aku sedar yang tanda-tanda akhir zaman semakin dapat dilihat. Dan aku berkata dan memberi pendapat di atas bukanlah dengan merasakan aku sebagai Islam yang sempurna. Sesungguhkan aku jauh dari sempurna dan masih berusaha untuk menjadikan diri aku sebagai Islam yang sempurna di sisi Allah.

Dan aku akui diri aku pon tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa-dosa kecik tu dah berkati-kati kot kan. -dekah. Aku bukan malaikat. Kalau mengumpat tu syok tak hengat. Kalau ketawa tu gelak berdekah tak ingat dah aurat suara. Tapi sekurang-kurangnya aku masih berasa di landasan seorang Islam dan mengagungkan Islam itu sebagai agama aku.

Syaitan itu tidak pernah sesaat pon berhenti dari menghasut kita untuk melakukan kemungkaran. Tapi bila melihat video seorang hamba Allah tewas dengan godaan syaitan dengan menjadi gay, haruslah sebagai Islam kita merasa sedih dan takut.


Aku doa pada Allah dalam setiap solat aku agar jangan dipesongkan akidah aku sebab aku mahu mati dan hidup sebagai Islam. Amin.


tapi aku suka dengan ayat dia yang ni........
"saya yakin keadaan akan jadi lebih baik, kita cume perlu mencari sumber-sumber kekuatan di sekeliling kita"
Boleh apply kata-kata yang aku consider boleh jadi ayat motivasi, cuma jangan plak pi apply nak jadi gay ockay! Apply kat situasi yang tak bertentangan dengan Islam la.