Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Quick Update

yang tak suka
------aku tak suka lisa surihani bercinta dengan yusry. bace kat blog2 sosial memang sah dan officialnye diorang bercinta asyik masyuk. lisa, kenapa mesti yusry. taks suke tau!

yang suke
------suke dengan penampilan fazura bertudung dalam drama KITAB CINTA yang akan ditayangkan kat stesen TV Al-Hijrah. Sweet sgt. Semoga pintu hati dia betul2 terbuka untuk bertudung betul2. korang da tgk gmbr tu? suke kan!

Quick Update~
-- Semalam wedding Amy. After wedding petang terus gerak balik KL dari Kedah. Kitorang gerak dari homestay dalam pukul 5.30 petang so dalam kol 10.30 malam sampai. Sampai je umah terus tgk AF dengan Shida n Dalila sebab nak tau sape yang dapat imuniti. Fira plak teruskan perjalanan balik umah nenek dia kat Soghomban (Seremban).

-- I felt so blessed bila dapat attend wedding bestfren. Amy look gojes on her wedding day. Nanti aku buat entri khas utk wedding amy k. Khas utk kosmet yang tak dapat hadir pada wedding amy. Nanti aku curi2 masa untuk update pasal tu k.

-- Oh. Tahniah juga pada Dyla Qistina, empunyer blog Warkah Untuk Bonda yang selamat menjadi tunangan orang pada hari ini 29.5.11. Tak sangka senyaappp je selama ni tup2 invite untuk datang to her E-day. Maaf akak tak dapat datang sebab ada attend lg satu wedding di Batu Caves. Tapi akak ucapkan Tahniah pada Husna. Moga dipermudahkan sepanjang tempoh bertunang dan kawen jemput tau insyaAlllah akak datang.

-- byk nak update tp tetibe mata da ngantok. later update lg ek. Daaa~


Sunday, May 15, 2011

Wedding Invitation


Tengok tajuk mesti pikir wedding invitation dari aku kan. No no no no. hehehe. Belom lagiiiii :P

Cume nak cite di facebook banyak sungguh wedding invitation dari kawan-kawan. Normal-lah kan bile cuti sekolah menjelma. Masing-masing yang dah sampai seru akan berebut-rebut cop tarikh untuk buat keje kawen dan tarikh yang paling afdal adalah masa cuti sekolah.Senang sedara mara nak datang berhari2 sebab budak tak sekolah. Dan dengan harapannya jugak kawan2 senang nak datang. Tapi kawan2 da keje mana ada cuti sekolah. Hehe.


Maka kat FB tu banyak betol kawan2 yang nak kawen.


14 dan 15 Mei 2011----Jurazida dan pasangannya Idham Shah
------ni kawen sekosmet masa diploma. Diploma Human Development UPM. Husband dia pon budak UPM gak tapi masok 1 year after kitorang masok kalau tak silap.
-----tapi tak datang. sori Jura. 

28 Mei 2011-----ni tarikh paling ramai cop. jom senaraikan.

1. Suzila dan Zaimie---at Terengganu
-------ni dua2 member zaman dip jugak. Duadua kosmet dip aku. Ila adalah bff aku masa dip n we still bf until now. Gambar2 ila ada kat entri ni. Zaimie kepala sempoi best kawan dengan dia. Wedding belah Ila akan dibuat kat Terengganu. Jauhhh wooo. Belah Zaimie plak kat Banting. Ila, saya tak dapat datang wedding belah awak tau tapi InsyaAllah saya akan datang wedding belah Zaimie nanti. 

2. Alya dan Azam---at Perak
------Ni kenalan masa belajar time degree aritu. Budak kos sains komp. Rasa2 sepanjang belajar tak penah pon cakap dengan dia. Sebab cam takot je nak tegor dan susah nak senyum. Sekadar2 bertembong2 camtu je. Tapi dapat jugak invitation. Maybe pakai anta je kawan2 yang ada dalam fb list kot kan. Nway wish u hepi Alya.

3. Nor Shazwani Mohd Isa dan pasangannya---at Perak
------ni pon kawan masa degree jugak. Satu kolej, kire kolej-met lah. Kenal atas dasar MTM (majlis tertinggi mahasiswa). Kire wani ni MTM batch lebih awal cikit la dari aku. After batch dia letak jawatan batch aku plak continue. 

4. Saadiah dan Zahidan---at KL
-------ni plak kawan masa sekolah menengah. SMK Taman Melati. Aku dengan Saadiah ni satu kelas. Budak ni jenis pendiam je. Sama-sama pengawas dengan aku. 

5. AIMI MASTURA DAN HISHAM---at kEDAH
-------Jeng jeng jengggggg!!! Ni wedding best fren forever and ever and ever jugak!!! Amyyyyy tak sangkaa ko nak kawen da nokk!!! Oke ini adalah BFF zaman degreee. Kitorang geng 7 orang. Aku-amy-shida-dalila-fira-siti-ecah. Dalam bertujuh ni cit amy kawen dulu rupenyeeee. Dan haruslah aku excitedkan bff nak kawen.


Ni wedding card amy. Sudah selamat delivered kat umah ni. Thanks amy. Even ko tulis untuk aku & wandy tapi aku datang bersama2 besties yang lain ek. wandy belom sampai KL lagi waktu tu. hehehehe


...............jadi dalam banyak2 pasangan yang kawen pada 28 Mei ni haruslah aku kene pilih satu je kan sebab  aku takde ilmu atau kuasa magik utk berada pada semua tempat dengan sekelip mata. Maka keputusan adalah untuk pergi majlis kawen amy bersama besties yang lain. Oh tak sabar!!!


Next kite gi plak tarikh yang seterusnya.

29 May 2011
1. Kak Nana dan Abg Nabil
------kolej-met juga tp tak dapat datang jugak la. 

30 May 2011
1. Kak Nani dan Mahran di Terengganu
-------betul ke tarikh ni eh sebab dia wat ari isnin? apekah?

4 June 2011
1. Deqja dan pasangannya

2. Shawanur dan pasangannya
------ni member masa sekolah menengah juga. Lama tak dengar cite dia.

5 June 2011
Oh tarikh ini juga sangat heaven sebab ramai jugak buat keje kawen

1. Zaimie dan Ila at Banting
------ni wedding Ila bertandang ke rumah Zaimie plak. InsyaAllah aku akan ke situ. Ni pon excited sangat nak gi sebab tak dapat gi masa belah Ila kan jadi rasa mesti mesti mesti datang time bertandang ke umah Zaimie. Kalau gi umah Zaimie jawabnye tak gi wedding sepupu sendiri at the same day. Oh tragis tp nak jugak gi Ila's. uuuuuuUUUUuu. Harap jumpe cara!! Nora awak gi belah Ila ke belah zaimiee??

2. Kak Mariam dan pasanganya
------ni plak anak paklang. Maksudnya ni adalah sepupu aku. Mak da bising kalau aku tak gi sedara sendiri kawen. Tapi bff ku ila pon kawen jugak. Dah tu cano?? Kalau boleh di bolah badan ni aku bolah bahagi duo.Sonang!

3. Liza Tahir dan Dahlan di sarawak!!
-------OHHHH INI WEDDING RUMETTTT TERSAYANGGGGG!!!! pada asalnya aku pergi sebenarnya tau wedding rumet aku ni. Tapi last minit before nak beli tiket fly gi sarawak tu mak ayah wat drama plak berat ati nak bagi pergi jauh2. Memula ayah oke je bg pegi tp last2 ape ntah yang diorang bincang sampai berat ati. Sodih mak nok tak dapat tgk rumet tersayang kawen. Tak dapat jumpe bakal mak mentua jugak. Huahuahuahuahua :P



Ni wedding card rumet aku. Even dia tau aku tak jadi datang tp dia tetap pos jugak dari sarawak tu sebab rasa tak sedap hati kalau tak bg. Thanks rumet!!!

Rumet sayang..orang doakan majlis awak akan berjalan lancar gemilang melatop latop gituwww. Even orang tak dapat dtg tp orang sangat hepi sebab awak bertemu jodoh dengan orang yang paling sesuai dan sabar dengan awak. Dahlan adalah yang terbaik compare dengan mana2 lelaki yang pernah wujud dalam hidup awak tu. Lupekan kisah silam awak dan saya tahu Dann akan dan boleh dan pasti akan bahagiakan awak!



FUHHHH. jadi banyak kan. itu pon ada yang aku tak senaraikan. kalau nak attend semua tu memang mustahil sebab banyak jatoh pada hari yang sama. 

Ape pon aku ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan pada semuaaa yang akan jadi bini dan laki orang kat atas tu k. Jadi bini solehah dan kalau laki tu pimpinlah isteri ke jalan syurga dan begitulah sebaliknya. Aku hepi sebab korang akan menempuh satu alam yang indah lagi bermakna di samping pasangan tersayang. Kan! 

Note------Malas tol nak jawab dengan soalan lazim orang pada kite bile cakap pasal wedding2 ni 'ko bile plak', 'tuan yg wish ni bile lg nak merasa nasi minyak?' tak pon 'kakaknye sudah adiknye bile?'-------------argghhhhhhh soalan cliche. kalau sampai belas2 puluh2 tanya jadi malassss nak respons. Sabar ek aku pon nak kawen juge, akan tiba masa itu, nak kawen cano duit tak cukup laie. Cukup duit sampai seru den kawen lah. Haa time tu jangan tak datang plak pada yang bertanya tu kan. hahahha

Note lagi------mood nak kawen. gedik tak kalau da start nak wat listing. haha. lama dah incikhati soh wat listing bajet segala tp ntah bile nak start sebab rasa cam lambat lagi kan. tapi bak kate shida da dekat. tapi pada aku lambat lagi.


eh oke lah chow dl ek. gastrik asik menyerang je lately. k daaa!
thank you for dropping by at my blog!

Sunday, May 1, 2011

CINTA - you have to watch this VC!!!

.
Dan untuk yang kesekian kalinya aku rasa so touched when its come to my sister's wedding.

She is the only one - my luvly and beloved sister.

Segala yang terindah dan termanis pada hari bahagia kakak aku telah diabadikan dalam video clip kat bawah.   



I felt like wanna cry when watching this VC.  Sob sob!
I still remembered, on the day when she officially became Mrs Mu'min, she's look so perfect, so blessed, so beautiful and so lovely.
And there is no word can describe how happy I am watching her walked side by side with the guy who has been complete her life as a women.
Times flew so fast and changed many things...
But one thing I know is that she will remain to be my lovely beloved sister.

Dear Sis,
If you read this,
here i send BIG HUG for you!!
LOVE U SO MUCH!!!

Regards,
Husna


notes---videografer adalah hired dari twoshots production. klik sini untuk link ke blog mereka. credit to the team for this lovely VC.

notes---best dapat enteprem dalam VC ni..sbg adik pengantin harus lah perlu sebabak dua. Dearest kazen fajar sila lihat hasil lakonan kite..huhuhu~

Friday, December 31, 2010

Soroton hidup tahun 2010~

.
Beberapa minit lagi bye-bye 2010 dan welcome 2011. Dan tak lama akan berdentum dentam lah langit Malaysia dengan bunga api. Tak tahun barulah kalau takde bunga apikan. 

Adat manusia bila yang baru itu datang maka yang lama akan menjadi kenangan. Sama ada yang lama itu mengumpul kenangan yang manis atau pahit ia tetap jadi sebahagian dari sejarah hidup. Memori yang manis dan bermakna akan membuatkan kita senyum kembali bila mengingatinya namun memori yang pahit dan ada palit-palit duka janganlah dibuang jauh-jauh kerana dengan palit-palit duka itulah yang menjadikan diri kita hari ini.

dan kenapa aku bermadah-madah dalam entri ni? ape-ape la labu~


So jom ikot aku untuk review dan flash back balik event-event penting dan kenangan-kenangan best dan tak best sepanjang tahun 2010.

1. Aku mulakan dengan cerita of my study year. Half dari awal tahun ini adalah merupakan my final semester. Dan juga tahun aku menjadi MTM. Ape tu MTM? Majlis Tertinggi Mahasiswa. Biro yang aku pegang adalah Biro Ademik. Board MTM ni sangat happening and i've found wonderful people in this team. Miss my aida, my ajaq, my odah, my dalila, my mai and my mr presiden~ (motip sume ade my?)


2. Ini masa Malam Perwarisan. Malam lepaskan jawatan kepada pengganti MTM yang baru. Dan aku dengan lega hati melepaskan jawatan aku pada malam itu pada Pei Sha. Budak TESL yang talented dalam bidang kepimpinan. So far she's done a good job and she's better than me. Well done pei sha! Masa malam perwarisan ini hati gembira campur sedih. Malam penuh emosi    :)    :(

3. Then beralih lagi sikit untuk cerita dihujung sem akhir. Final Year Project!! Yihaaa. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mengharungi jerit perih menyiapkan sebuah buku kajian sendiri dengan halaman setebal 118 pages. Muka soooo serabai masa project paper in the making. Dan dengan berakhirnya FYP menandakan tamat lah zaman degree yang sangat sangat sangat sangat best. 

Zaman yang aku akan kenang zaman persahabatan yang sangat bessttt. Kalau nak cerita part ni memang berjela la kan jadi biar jela aku senyum sorang-sorang bila setiap kenangan tu ngah berlegar-legar dalam kepada otak. Shida, Dalila, Aimi, Fira, Aishah dan Siti. Nama-nama yang aku perlu ucapkan terima kasih sebab menjadikan degree aku sangat bermakna. Rindu korang weh. Persahabatan jangan putus ockay!

Some facts---Kos aku- Bacelor Science of Human Resource Development.
Tempat blaja - Uni Putra Malaysia (for diploma and degree)
Kampus - Kolej Tun Perak (diploma) and Kolej Canselor (during Degree)

Weeee!~ 
4. Ini time Grand Dinner Final Year. Tema hijau. Me celebrating as an organizer and also as yang dirai. Maklum la da jadi MTM jadi on that day even akulah orang yang dirai tapi perlu berhempas pulas menjayakan majlis. 
Time ni happy. Happy. Location: The Legend Hotel Kuala Lumpur.

~-------------~
After habis study adalah dalam dua bulan aku dok umah usahakan ladang anggur. Uh sape kata dok umah tanpa buat apa itu best. Stuck jap otak dok umah tanpa buat apa-apa. Nak kuar selalu kang membazirkan duit yang tak berapa nak ada. Dan masa tu agak stress tengok member-member lain da keje tapi aku belambak gi interview (tipu takde lah belambak adalah dalam 9 ke 10 interview) tapi takde yang melekat. 

5. Dan akhirnya pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadan 1431H, aku tak lagi jobless. Pegi interview dan keesokkan harinya terus start bekerja. Alhamdullilah sangat-sangat. Dan gaji yang aku dapat berbaloilah dengan keje yang aku buat. Boleh lah dari dok umah mengabihkan bores mak ajo kan. Dan aku suka dengan apa yang aku buat kat kampeni ni sebab aku dok dalam HR field. Still relate la sikit2 dengan apa yang aku belajar even more HRM dari HRD. (korang paham ke, buat2 paham la ek).
note: gambar di atas masa main simple game after morning meeting. tradisi company ni sebulan sekali akan main game yang simple~eratkan silaturrahim katenya~

Dan yang penting bila aku da keje masa tu bila raya aku takdela jobless sebab kalau aku tak keje lagi jenuh nak kene jawab soalan mak sdara pak sdara da keje ke belom. Jadi bila da keje ni bila diorang tanya dengan berlagaknya aku jawab 'DAH!!!!' Tamat ceritakan. Jadi pada sapa2 yang lalu area Bangsar meh la datang ofis aku nanti leh lunch sama. Aku belanja ais kosong. Ngehngeh~


6. Rayaaaaa! Ini masa malam raya. Happening gile derrr malam tu si tua dan si bangka main mercun. Kazen2 yang kecik-kecik takde sorang pon sebab belom sampai dan ada yang kat kampung belah mak diorang. Jadi kazen-kazen yang da besar gajah ni rulez the house la dat night. Best sangat malam raya ni men mercun sambil bergambar sakan. Klik sini untuk lebih gambar dan cerita.

7. Dan pada hari ketiga raya. Kitorang the cucu Ghani clanz berangkat ke Melaka untuk berjimba yiha~
Sangat best moment ini!

Alhamdullilah plan ini terlaksana. Last year kitorang gi Blue Lagoon Port Dickson mandi manda jadi tahun ini pergi Melaka. Sangat enjoy hari ini!~


8. KONVOOOOoOoOoOOOoo
Tarikh 10.10.10. Cantikkan tarikh tu. Aku dapat sesi petang. Best sangat waktu ni sebab dapat jumpe all the cosmet. Tapi saat yang gembira cepat je kan berlalu. Masa aritu tak ramai kosmet yang aku dapat jumpe dan bergambar. Harap jumpa kejap masa dalam dewan je. Nway thanks to mak dan ayah dan juga along dan adik. Ona dah ada degree! hehe

Dan aku sangat gembira masa hari konvo ini sebab alhmadulillah aku berjaya bergraduat dengan first-class-honor. Matlamat tercapai berkat usaha keras sepanjang degree. Gembira bukan kepalang sebab perit perih bergelumang dengan buku asaimen exam dan FYP berbalas dengan my First Class Honor!

Nak selit gambar ini boleh? Hekhek. Masa ini sudah putus dengan incik hati. Tapi dia tetap jugak sudi datang siap bagi bunga yang ada bear lagi. Thanks! 

Nak baca a lot more pasal my convo klik sini.


9. Ini masa Majlis Gemilang Graduan. Majlis yang meraikan alumni-alumni kolej. Feeling yang sangat awkward bila datang balik kolej yang dah beberapa bulan ditinggalkan. Kolej ni bagi aku saksi pada pelbagai kenangan dalam hidup aku. Sebab di kolej inilah yang menjadikan aku lebih dewasa dan lebih matang. Kolej saksi aku berjumpa incik hati. Dan juga besties yang rawk! Dan rumet yang sangat-sangat best Liza Tahir. 

10. Dan tahun 2010 adalah tahun along bertunang. Bulan 6 jadi saksi along menjadi tunangan kepada abang Mukmin. Congratulation along. Dan hanya tinggal dua bulan je lagi along akan jadi bini orang. Sekarang ni along busy dengan segala macam persiapan. Dan gambar di atas masa outdoor photoshoot after along tunang.  Aku suka gambar lompat-lompat! Bila along da kawen nanti dengan sapa nak borak-borak, dengan sapa nak luah masalah luah tension sambil nangis depan along, dengan sapa nak mintak pendapat pasal baju pasal fesyen, dengan sapa aku nak buat lawak dan sape nak gelak. Aduh tetiba mata aku panas-panas. Abang Mukmin jaga along elok-elok tau! Dia kakak kite! tetibe.

Klik sini untuk lebih gambar pasal majlis tunang kakak kite :P

11. This is during my 24th birthday. Celebs kecik-kecik je kat umah. Nah klik sini kalau nak baca lebih lanjut.


12. Malu nak cakap tapi aku kene mengaku yang tahun ini adalah first time pegi IKEA. Aaaaa. Gelak ramai-ramai. Gelak puas-puas. Heheh. Dok KL tapi festime pegi what the heck kan. Lantak la tapi yang penting aku pekena meatball yang ramai orang dok sebut-sebut tu. Jadi pasni orang tak boleh nak kunun-kunun kan aku sebab da pernah rasa. Hahaha. Nway mmg sedap itu meatball. Now teringin plak, sudah!


Caption: Saya tak jakun! 
Betol aku tak oke!

13. Last event yang memorable adalah masa hang out dengan Dalila, Odah dan Ajaq sempena besday Ajaq yang telah meningkat kebangkaannya. Haha. 
Venue: Red Wok, Bangi. 
Malam tu makan sental tak hengat sebab nak membebaloikan RM25 per kepala. Pegi sana direct after keje, singgah opis Dalila jap pas settle maghrib gerak pi UPM pikap bday boy dan odah dan here we come Red Wok. Masa makan as always sembang gosip terbaru maklum la lama dah tak jumpa~. Lepak until midnight pastu sudahnya overnite kat umah Dalila je, kesian plak dia nak kene drive anta aku balik Gombak malam tu sebab Dal nak termuntah gara-gara overdose makan. 

~-------------~

Kat atas ni cerita-cerita gembira je kan. Takkan la hidup perjalanan dengan gembira je kan. 

14. Tahun 2010 jugak telah meragut nyawa kosmet aku arwah rushdee. Dia kemalangan dan meninggal dunia masa bulan puasa aritu. Kami konvo tanpanya. Sedih. Klik sini untuk lebih cerita.
arwah Rushdee

Antara sorotan literatur 2010 yang lain:
15. Pegi exam PTD dan GAGAL exam!
16. Gi interview pegawai tadbir juga GAGAL. Sekadar tersenarai dalam waiting list je. 
17. kapel-putus-kapel-putus-dan kapel balik dengan incik hati. Oh gedik!
18. Memiliki levi's pertama dalam hidup (sekali lagi jakun)
19. Tertipu dengan satu online shop. Aku tak halalkan duit yang ko telan tu.
20. 
21. 
22. 
23.
Nanti aku update lagi. Heheh~


::selamat tahun baru pada semua blogger dan kepada sume yang mengenali diri aku. jadikan 2011 sebagai tahun anda mencipta kejayaan yang lebih besar::

Thursday, June 3, 2010

Officer CSI diperlukan sebab david copperfield membuat onar di Titiwangsa

Entri kali ini mengenai kawen, tp bukan saya kawen, kawan saya yang kawen.
Name pengantin---> Salasiah Cek Fazin. 29th of May 2010 is her big day, held at Taman Tasik Titiwangsa. Very very big day. Tapi ini bukan kisah orang kawen biasa. Ini kisah yang LUARBIASA~~~(nak tau ape yang luarbiasa, tunggu hingga akhir rancangan)

Pengantin ni adalah kawan sekelas saya mase form 4 and form 5. Dulu kami hingusan2 jek. Muke selebet2 lam kelas. Tapi sekarang ni dia da mendahului saya kawen dulu. Sangat tak aci.

So saya dengan bff mase zaman2 sekul ni pakat2 gather gi wedding ni. The wedding had a very beautiful scenery sbb dia berlangsung malam, jadi sangat jelas dapat saksikan KLCC n KL Tower. Wedding took placed betol2 sebelah tasik. A very memorable weddding.

So bile sampai jek, me, finaz, fizah, baizura and baizura's husband terus enjoy makanan yang disediakan. Sambil makan sambil saya dok jeling2 kucing kat Puan Salasiah coz she look so pretty dat nite with her pink-white wedding dress.

Abez makan suddenly kitorang nak gi la bergambar ngan pengantin. (Amek berkat n amek no giliran).

SUDDENLY------------ ~~

Pengantin hilang!!. Serius, pengantin takde!!. Missing!! Dicelah2 org ramai, kami dpt lihat dia dibawa jauh dari khemah semasa acara makan beradap. Sambil dipegang oleh orang ramai. Dont know stranger or siape. Keadaan jadi agak hingar-bingar. We keep asking, what is actually happened. Where are they going to take that pengantin?? Kene kidnap ker?? Kan wedding belom abez. Guests are looking at the bride and they start whispering, asking why, why and why....

RUPE-RUPENYEEEE---------~~

Setelah meng-kepoh-kan diri dengan tanya kat makcik dia, baru la kami tau perkara yang sebenarnya. Nak tau??? I know, korang pon kepoh jugak. Haha.

Kami: Nape cik? Sal kenapa?? Mane diorang bawak Sal??
Makcik: Sal nak pengsan. Dia nak pitam.
Kami: Errr, yeke. Kesiannye. Tapi knpa?
Makcik: Sebenarnya, Sal sedang demam denggi tu. Dia da 2 hari kene tahan kat wad. Tak dibenarkan balik. Tapi disebabkan kene attend wedding sendiri dan tak rela barang siapa gantikan tempat dia. So dia gagahkan diri jugak untuk bersanding. (ayat ade saya tambah nak bg dramatik).
Kami: Kesiannnnn nyer Sal. Jadi dia terus pi hospital la makcik eh??
Makcik: A ah. Masok wad balik la.

(Terima kasih atas interbiu tadi ye makcik).

Baru la kami tau, Sal nak pengsan so nak tak nak dia kene balik semula ke wad. Kesian, sampai tak sempat nak potong kek. Geram je kami tgk kek n pedang panjang tak bersentuh tu. Then, majlis terus jadi agak suram. Tetamu yang dtg kemudian mesti pelik tgk wedding without pengantin.

So, this is a fews of gambar yang berjaya disnap. Enjoy~

Saya pakai baju dinner MMMR sebab lepas dinner tak penah lagi pakai ke mana2 occasian.
From left: baizura, me, finaz, fizah.
Oh, wedding ni berlansung malam.

Sempat snap mase pengantin masih bertenaga. Acara men-tepong-tawar sempat berlaku. Sebentar lagi MAGIK akan berlaku.

BLINK!!!! Pengantin ilang. Argghh, david copperfield, kembalikan pengantin kami.

BLINK!!! Yeay, pengantin da kembali. Uikkk, ramainye pengantin. Sume perempuan. Haha. Disebabkan pengantin takde dah gi hospital, maka tak salahkan kami pinjam pelamin. Siap duduk seat utama. Kami disuruh wat macam2 gaya oleh hampir 5 6 orang photografer. Akak pengantin ni kate, korang gambar je puas2, mahal ni kami bayar. Biar bebaloi cikit. Haha.


Saya bergambar dengan seronoknye. Rase cam pengantin. Ain pon da berangan siap pegang bunga taknak lepas. Hahaha.

Baizura (bakal pengantin pertengahan jun ni), Eton (da bersuami dan anak sorang), saya (belum bersuami dan hanya ada anak patung) dan Norita (juga telah bersuami dan ade sorang anak)


Begitulah cerita pengantin yang hilang. Ingatkan gimik. Rupenye bukan cobaan. Jadi kepada bakal2 pengantin di luar sana. Pesanan penting---> jagelah kesihatan. Jangan jadikan hari raja dan permaisuri anda bertukar menjadi menjadi sesuatu yang kurang indah untuk dikenang. Apepun, sume ni takdir kan. Sudah tertulis oleh-Nya. Kita merancang hanya Allah yang menentukan.