Saturday, October 16, 2010

10.56 pm (Raiyyya)

Oke. Perlu dimaklum seawal awal awalnya ini adalah the very-very-very backdated punye entri. Raya da abez kan. Jadi izin laluan untuk aku cite pasal raya sebab aku kene gak cite sebab kene masok dalam online diary nih. Jadi sila set up kepala ini raya punye cite.

Jadi lebih menarik kalau cite bersama gambarrajah. Senang tengok gambar da boleh tangkap ape yang nak dibebelkan. Bergerak ke gambar pertama.



Balik kampung konfem akan buat aktiviti yang klu kat kl memang takkan ade la nak buat. Petang2 bosan, jadi kua umah main2 laman terus pakat main bola. Memula main bola tampar, disebabkan bola tu tak makan penampar, terus tukar jadi main baling selipar atas request paksu. Bila da dok kampung kene la main permainan tradisional. Baru style. Dimulakan dengan lattalitampelom untuk divide kumpulan.



Maka lepas dapat kumpulan berterbang terbanglah selipar. Pakai plak selipar jepun yang getah berat tu. Sekali kene badan memang ketap bibir jek. Tapi sebab fun sakit tolak tepi. Penat je aku mandi awal petang tu last2 kene mandi balik sebab berpeluh sakan. Da berlari sakan berpeluh sakan la kan. Grup lawan suke main sepak selipar jauh, siap sepak bawah kete. Bila da penat nak kejar kalah la. Bila tertonggeng2 amek selipar bawah kete alih2 diorang da siap susun selipar. Haha. Ngelat!

Pastu bila da amek gambar harus tengok beramai2 padahal skrin kamera tu kecik je. Tak menyempat nak tunggu transfer memasing nak tengok aksi memasing. Pastu setiap gambar nak ulas kan macam da jadi pengulas berita kat tv. Semua kepala rapat supaya dapat tengok gambar. Bila da maghrib baru la masing2 masok umah. Tu pon bila paklong da sound da maghrib sila masok umah. Heehehe



Malam raya main mercun. Abglong supply mercun malam tu memang main bagai nak gile. Wan dok terjerit2 dari dalam umah soh hati2 main mercun. 'HATI2 MAIN KORANG OI!!!' Wan riso mercun masok umah agaknye. Sori wan. Tapi bunyi mercun buat sore wan tenggelam tak dengar ape dah. Kehkeh



Ahli pakatan mercun. Bila mercun da abez stock baru merendah diri main bunga api plak. Kalau tak masing2 tak heran dengan bunga api. Tapi bunga api zaman sekarang ni da ngelat. Dia punye belerang da ciput je skang. Pendek. Baru je nak pusing2 tangan tetibe da padam da. Dulu lama pegang kat tangan siap pusing2 umah 2 3 round baru padam. Jadi mase main tu baru je nak feel terus terbantut. Tak syiok!





Main mercun sambil berposing inilah yang jadinye. Bila mercun bunyi sreeettttttt nak meletup masing2 lari selamatkan diri sambil jerit2 'arrgghhhhh mercun nanti nanti lari'. Bila da stuck tak dapat lari last2 berdiri statik jela sambil tutup mata jari plak tutup telinga. Bajet bile tak dengar bunyi mercun tu macam selamat la kan.Haha. Bila mercun meletup tepok ramai2 macam ade pesta. Mase main depan umah tetibe 4 5 orang polis lalu depan pagar slow2 jek. Kitorang ape lagi terus pusing badan membelakangkan diorang buat2 borak n muke try buat seslamber mungkin. Tapi polis2 tu lagi wak slumber ngan kitorang, jalan bodo je macam makin angin. Agaknye diorang pon da tak kuasa da. Mane taknye klu da sepanjang2 kampung sume dok main mercun last2 diorang yang surrender. Haha. Lawak je rasa time tuh!



Oke malam tu memang memasing as alwiz dari mak sedara sampai la cucu sume gile posing. Pantang hala kamera terus berlari sorong badan sorong muka nak bergambar. Hakikatnye malam tu gile best. Abez je main mercun terus amek tender pasang langsir wan sambil tengok tv. Bila raya tengok tv ramai2 memang best. Lagi tengok cite lawak. Lawak tahap biasa pon leh jadi gelak kuat. Kadang2 gelak sebab tengok orang gelak. Bergelimpangan la memasing depan tv tengok cite.



Dan inilah kami di pagi rayeeeeeee. Suke sangat gambar2 raya tahun ini. Pagi raye memasing berkumpul, bila da tengah ari sikit aku ngan my famili baru gerak gi kampung belah ayah plak. Kampung mak ayah dekat gile, 7 minit je klu naik kete. Jadi diorang ni memang tak gado2 atau kene obejus untuk tentukan tahun ni balik kampung sape. Pagi raya mesti ada perasaan pelik bila makan sebab rasa cam puasa lagi. Bila raya perut aku akan jadi sefleksibel yang mungkin, masok dan takkan penuh2. Pegi raya umah orang setakat makan kuih2 je tak main la, mesti bedal menu berat2. Lontong, nasi impit dan sebagainye. Amek plak bukan untuk rasa2 je tapi kuantiti memang nak melantak. Air plak nak yang ade kaler je. Klu sejuk banyak air batu lagi bercawan2 minum. Pastu malam bila nak tido perut rasa cam ade kerja2 pembinaan bangunan 60 tingkat.


Demikianlah serba sedikit kisah raya yang dipublish lepas syawal pon da berlalu. Nanti ade lagi satu backdated punye story. Perlu masok dalam blog jugak nanti leh buat hari ini dalam sejarah. Semoga tahun depan raya masih gembira seperti, raya tahun depan ntah along ade ke tak sebab tahun depan along da jadi bini orang. Da kene main o-be-jus raya balik kampung mane. Hukhuk. Okelah, mau pergi nonton tivi pulok.


Till then
Bye~

::silentmonologue::

No comments: