Showing posts with label IncikHati. Show all posts
Showing posts with label IncikHati. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Apa perasaan aku pada takdir andai.....


Hari ini masih sama seperti semalam. Tiada apa yang menarik. Bezanya cuma hari ini tak kerja tapi semalam kerja. Kata hujung minggu haruslah tak kerja.

Setiap hari aku pergi kerja naik LRT. Pergi dan balik. Aku naik dari stesen yang paling awal, jadi takdelah LRT pack sangat sebab belom ramai orang. Jumlah masa dari stesen Gombak - Bangsar aku da kira da, mesti makan masa selama 45 minit. Dan setiap kali tu mesti aku amek peluang utk sambung tido. Dah setahun lebih aku keje, maka mata pon dah timing secara automatik akan ngantok selepas beberapa minit dok dalam LRT. Yup, aku tidak tergolong dalam salah satu rakyat Malaysia yang menyahut seruan kerajaan 'Membaca amalan mulia'. Sokay la kan. Hak masing2 nak follow ke tak. 

Bila pergi kerja naik public transport ni, setiap hari kita akan berjumpa dengan berlainan manusia yang pelbagai kerenah. Kadang2 je akan jumpe manusia yang sama secara kebetulan. 

Setiap kali aku sampai kat stesen Gombak, dah tiga empat kali aku duduk berdepan dengan satu nenek dan cucunya. Mereka berbangsa Cina. Cuma yang istimewanya cucu nenek tu mengidap Sindrom Down. Aku perhatikan yang budak itu jenis Sindrom Down yang boleh berdikari. Sebab setiap kali diorang nak turun dari LRT, dia yang pimpin tgn nenek tu, bukan sebaliknya. Bila aku perhatikan, diorang berdua tu macam baru balik kerja atau nak pergi kerja. Kerja apa aku tak pasti. Sebab bukan sekali aku bertembung dgn diorg, da 3 4 5 kali. Jadi aku andaikan diorang kerja la kot, kalau jalan2 takkan la hari-hari jalan2, pastu kua awal pagi lak kan. 

Perilaku budak tu menunjukkan dia sangat rapat dengan nenek dia. Mungkin, budak tu dibesarkan oleh nenek tu. Mungkin ibu bapa kandung dia tak mahu membela dia. Mungkin. Itu semua andaian aku.

Apa perasaan aku agaknya andai aku ditakdirkan untuk ada anak yang istimewa, Sindrom Down seperti itu? Iye, kalau kita diberi pilihan pasti kita mahukan anak yang sihat, comel dan lengkap segala sifat. Tiada siapa yang mahu anak yang kurang sempurna or perangai menyakitkan hati walaupun hakikatnya perangai makbapaknye liar mengalahkan beruang, buaya dsbnya masa zaman muda mudi. Namun, kita tak tahu apa perancangan tuhan untuk kita. Aku doakan aku mampu untuk lahirkan anak (dan anak-anak) yang sempurna sifatnya bila aku dah berkahwin kelak. InsyaAllah. Namun andai aku diuji, aku harap aku mampu untuk tempuhinya. Punya impian nak anak ramai, ntah mampu nak menjaga ke tak. haha

Semoga masa depan aku membahagiakan :)

Oh ye, kelmarin birthday aku yang ke 25. Banyak dah angka tu. Thank you so much for all the birthday wishes from friends and family. And a big thanks also to my beloved boyfie for your special entry. I know i'm a bit menduga your kesabaran lately. Sorry and thank you untuk bertahan dengan my kerenah. Love you so much dear! (aiyok, so the bahasa rojak!)

note: niat dihati ingin selalu update blog, tapi bila start menaip satu sentence, mesti jadi tak tahu nak cerite apa. adakah itu penyakit? haha

Okaylah, till then, Bye!

Thanks for reading my blog.

Regards,
Husna

Monday, June 27, 2011

Blessed~

Hampir sebulan takde rasa nak update blog, suddenly arini mood datang. Mood datang pon bersebab. Hari tak keje, monteng dan dengan selumber decide nak MC. Sebab i need to see someone important. Important to my future. Supposed decide nak amek Emergency Leave tapi tak jumpe reason yang solid utk bagi pada bos. Maka MC sudah. Oke, tanak cite pasal opis, nak cite yang gembira-gembira sahaja yang berlaku pada hari ini.

This morning I went to Jalan TAR area to meet two person that will be important person in my life. Berada di sana for about 2-3 hours.

Then now I am home. Actually, it is my first time I meet them and honestly i felt so nervous yet excited. They wait for me at Palace Hotel's lobby. I gave her a called once I almost reach that hotel. After open the entrance door, I start searching for them. Their face is not so familiar to me, I only knew them by pictures upload at facebook, but when entered to the lobby and see a couple smiling at me, i was so sure that they are the person i'm looking for. We have a chit chat for awhile and we also do some shopping. We share stories of our family. I try to get to get to know each other more deeper.

They coming for reason of attending a Kursus anjuran PEMADAM. Kebetulan they coming here to Semenanjung so they wanted to see me. Supposed I'm coming with my parent but they already went to Langkawi for vacation. So i've went alone.

Wearing a baju kurung. An attempt to look sopan and sweet. Ngehngeh~

After meeting them, i'm felt so blessed. I felt so welcome. I hope they accept me they way I am. But I have an instinct that everything gonna be ok. They a nice to me. Oh suke dengan perasaan ini. Rasa sangat yakin dan pasti dengan ape yang dibuat. Ya Allah permudahkanlah segala perjalanan antara aku dan dia.

So i tagged this entry as 'my first time meeting my future parent-in-law'.


---May my parent have a safe journey back home from Langkawi
---And may his parent have a safe journey back to Sarawak. AMIN.


Sunday, May 15, 2011

Wedding Invitation


Tengok tajuk mesti pikir wedding invitation dari aku kan. No no no no. hehehe. Belom lagiiiii :P

Cume nak cite di facebook banyak sungguh wedding invitation dari kawan-kawan. Normal-lah kan bile cuti sekolah menjelma. Masing-masing yang dah sampai seru akan berebut-rebut cop tarikh untuk buat keje kawen dan tarikh yang paling afdal adalah masa cuti sekolah.Senang sedara mara nak datang berhari2 sebab budak tak sekolah. Dan dengan harapannya jugak kawan2 senang nak datang. Tapi kawan2 da keje mana ada cuti sekolah. Hehe.


Maka kat FB tu banyak betol kawan2 yang nak kawen.


14 dan 15 Mei 2011----Jurazida dan pasangannya Idham Shah
------ni kawen sekosmet masa diploma. Diploma Human Development UPM. Husband dia pon budak UPM gak tapi masok 1 year after kitorang masok kalau tak silap.
-----tapi tak datang. sori Jura. 

28 Mei 2011-----ni tarikh paling ramai cop. jom senaraikan.

1. Suzila dan Zaimie---at Terengganu
-------ni dua2 member zaman dip jugak. Duadua kosmet dip aku. Ila adalah bff aku masa dip n we still bf until now. Gambar2 ila ada kat entri ni. Zaimie kepala sempoi best kawan dengan dia. Wedding belah Ila akan dibuat kat Terengganu. Jauhhh wooo. Belah Zaimie plak kat Banting. Ila, saya tak dapat datang wedding belah awak tau tapi InsyaAllah saya akan datang wedding belah Zaimie nanti. 

2. Alya dan Azam---at Perak
------Ni kenalan masa belajar time degree aritu. Budak kos sains komp. Rasa2 sepanjang belajar tak penah pon cakap dengan dia. Sebab cam takot je nak tegor dan susah nak senyum. Sekadar2 bertembong2 camtu je. Tapi dapat jugak invitation. Maybe pakai anta je kawan2 yang ada dalam fb list kot kan. Nway wish u hepi Alya.

3. Nor Shazwani Mohd Isa dan pasangannya---at Perak
------ni pon kawan masa degree jugak. Satu kolej, kire kolej-met lah. Kenal atas dasar MTM (majlis tertinggi mahasiswa). Kire wani ni MTM batch lebih awal cikit la dari aku. After batch dia letak jawatan batch aku plak continue. 

4. Saadiah dan Zahidan---at KL
-------ni plak kawan masa sekolah menengah. SMK Taman Melati. Aku dengan Saadiah ni satu kelas. Budak ni jenis pendiam je. Sama-sama pengawas dengan aku. 

5. AIMI MASTURA DAN HISHAM---at kEDAH
-------Jeng jeng jengggggg!!! Ni wedding best fren forever and ever and ever jugak!!! Amyyyyy tak sangkaa ko nak kawen da nokk!!! Oke ini adalah BFF zaman degreee. Kitorang geng 7 orang. Aku-amy-shida-dalila-fira-siti-ecah. Dalam bertujuh ni cit amy kawen dulu rupenyeeee. Dan haruslah aku excitedkan bff nak kawen.


Ni wedding card amy. Sudah selamat delivered kat umah ni. Thanks amy. Even ko tulis untuk aku & wandy tapi aku datang bersama2 besties yang lain ek. wandy belom sampai KL lagi waktu tu. hehehehe


...............jadi dalam banyak2 pasangan yang kawen pada 28 Mei ni haruslah aku kene pilih satu je kan sebab  aku takde ilmu atau kuasa magik utk berada pada semua tempat dengan sekelip mata. Maka keputusan adalah untuk pergi majlis kawen amy bersama besties yang lain. Oh tak sabar!!!


Next kite gi plak tarikh yang seterusnya.

29 May 2011
1. Kak Nana dan Abg Nabil
------kolej-met juga tp tak dapat datang jugak la. 

30 May 2011
1. Kak Nani dan Mahran di Terengganu
-------betul ke tarikh ni eh sebab dia wat ari isnin? apekah?

4 June 2011
1. Deqja dan pasangannya

2. Shawanur dan pasangannya
------ni member masa sekolah menengah juga. Lama tak dengar cite dia.

5 June 2011
Oh tarikh ini juga sangat heaven sebab ramai jugak buat keje kawen

1. Zaimie dan Ila at Banting
------ni wedding Ila bertandang ke rumah Zaimie plak. InsyaAllah aku akan ke situ. Ni pon excited sangat nak gi sebab tak dapat gi masa belah Ila kan jadi rasa mesti mesti mesti datang time bertandang ke umah Zaimie. Kalau gi umah Zaimie jawabnye tak gi wedding sepupu sendiri at the same day. Oh tragis tp nak jugak gi Ila's. uuuuuuUUUUuu. Harap jumpe cara!! Nora awak gi belah Ila ke belah zaimiee??

2. Kak Mariam dan pasanganya
------ni plak anak paklang. Maksudnya ni adalah sepupu aku. Mak da bising kalau aku tak gi sedara sendiri kawen. Tapi bff ku ila pon kawen jugak. Dah tu cano?? Kalau boleh di bolah badan ni aku bolah bahagi duo.Sonang!

3. Liza Tahir dan Dahlan di sarawak!!
-------OHHHH INI WEDDING RUMETTTT TERSAYANGGGGG!!!! pada asalnya aku pergi sebenarnya tau wedding rumet aku ni. Tapi last minit before nak beli tiket fly gi sarawak tu mak ayah wat drama plak berat ati nak bagi pergi jauh2. Memula ayah oke je bg pegi tp last2 ape ntah yang diorang bincang sampai berat ati. Sodih mak nok tak dapat tgk rumet tersayang kawen. Tak dapat jumpe bakal mak mentua jugak. Huahuahuahuahua :P



Ni wedding card rumet aku. Even dia tau aku tak jadi datang tp dia tetap pos jugak dari sarawak tu sebab rasa tak sedap hati kalau tak bg. Thanks rumet!!!

Rumet sayang..orang doakan majlis awak akan berjalan lancar gemilang melatop latop gituwww. Even orang tak dapat dtg tp orang sangat hepi sebab awak bertemu jodoh dengan orang yang paling sesuai dan sabar dengan awak. Dahlan adalah yang terbaik compare dengan mana2 lelaki yang pernah wujud dalam hidup awak tu. Lupekan kisah silam awak dan saya tahu Dann akan dan boleh dan pasti akan bahagiakan awak!



FUHHHH. jadi banyak kan. itu pon ada yang aku tak senaraikan. kalau nak attend semua tu memang mustahil sebab banyak jatoh pada hari yang sama. 

Ape pon aku ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan pada semuaaa yang akan jadi bini dan laki orang kat atas tu k. Jadi bini solehah dan kalau laki tu pimpinlah isteri ke jalan syurga dan begitulah sebaliknya. Aku hepi sebab korang akan menempuh satu alam yang indah lagi bermakna di samping pasangan tersayang. Kan! 

Note------Malas tol nak jawab dengan soalan lazim orang pada kite bile cakap pasal wedding2 ni 'ko bile plak', 'tuan yg wish ni bile lg nak merasa nasi minyak?' tak pon 'kakaknye sudah adiknye bile?'-------------argghhhhhhh soalan cliche. kalau sampai belas2 puluh2 tanya jadi malassss nak respons. Sabar ek aku pon nak kawen juge, akan tiba masa itu, nak kawen cano duit tak cukup laie. Cukup duit sampai seru den kawen lah. Haa time tu jangan tak datang plak pada yang bertanya tu kan. hahahha

Note lagi------mood nak kawen. gedik tak kalau da start nak wat listing. haha. lama dah incikhati soh wat listing bajet segala tp ntah bile nak start sebab rasa cam lambat lagi kan. tapi bak kate shida da dekat. tapi pada aku lambat lagi.


eh oke lah chow dl ek. gastrik asik menyerang je lately. k daaa!
thank you for dropping by at my blog!

Sunday, May 1, 2011

Sunday, March 20, 2011

menulis saat ini jam 5.53pm

.
.

kalaulah boleh diputarkan masa
kalaulah wujud doreamon kat dunia ni
kalaulah mesin masa itu real
kalaulah boleh pinjam pintu serbaguna doreamon
kalaulah aku ada kuasa magik
.
.
.
nak je kembalikan masa-masa yang indah tu
kan wak?
.
.
hepinya saat tu




capture by him



you capture this as you capture my heart!
ecceh~




jumpa lagi bulan 6 wahai pemilik sepasang kaki belah kiri tu
huwhuw~




Sunday, March 13, 2011

Perasaan dah pandai buat lawak

.
Kelakar pon ada perasaan ni. Malu nak cakap tapi nak btau esok nak jumpa buwah hati. Tapi perasaan ni buat lawak plak sampai aku rasa nak gelak sorang-sorang. Oke, nak tau ape yang aku rasa. Hummmm. Kadang-kadang aku rasa oke je tapi kadang-kadang datang plak rasa cuak dan berdebar-debar. Seolah-olah macam nak jumpe buat petama kali dalam blind date. Rasa macam tak nak tau wat reaksi macam mane. Rasa cam resah sebab takot-takot. Ape la ke poyo no perasaan nih. Padahal dah lebih dua tahun dah bercinta (tolak campur dengan break kejap).

Ok. Mungkin ada reason kot perasaan jadi cenggitu. Sebab lamaaaaaaaa dah tak jumpe dengan itu incik. Maklum ler sudah berPJJ ni harus la jarang jumpe. Cinta dah merentas laut china selatan. Hukhuk. Jadi bila lama dah tak jumpa hati jadi berdebar-debar. Ada logiknya jugak la.

Yelah. Kalau dulu masa belajar dulu bercinta sekolej. Blok pon sebelah-sebelah je. Bila sidai baju boleh main intai-intai. Pastu selalu je jumpe. Muka selebet-selebet bangun tido perut lapar gi beli makanan kat cafe pon boleh jumpe. Kuar blok muke pisat-pisat bangun tido pon boleh jumpa. Mesej kata nak jumpa lima minit da terpacak tepi blok. Nak pinjam barang pape calling calling pastu ting da ada depan mata. Tak mandi lagi pon boleh jumpa.

Tapi kan rasanya ujung-ujung blaja tak jugak. Jarang jumpa sebab da pegang jawatan dalam kolej, siap pegang port folio akademik jadi haruslah pamerkan ciri-ciri berhemah orang berakademik kan. Bak kata incik hati masa tu, takpelah kita jarang jumpa. Awak kene tunjuk contoh yang baik pada budak kolej. Takkan awak nak soh budak-budak jaga akademik sedangkan awak selalu dating. Jadi kerana tugas aku akur jugalah kehendak semasa sampailah benda ni sume menyebabkan relationship aku tergadai. Break la kejap sebab bila da bz dengan tanggungjawab, dia aku abaikan. Eh, pehal plak nak singkap lebih-lebih ni. Sebenarnya nak cita yang hepi-hepi jek.

Oke sambung balik.

Haaa. Dulu time belajar ko bercinta sekangkang kera kan, pastu skang hamek ko sekarang ni dua-dua da jauh. Padan muka.Sekarang ni masing-masing ada komitmen pada keje. Kerja jadi keutamaan, masing-masing merangkak-rangkak membina kerjaya. Takpelah, kalau itu kehendak dunia aku turutkan jelah asalkan satu hari nanti aku dan dia hidup bahagia.

Oh ye. Dia dalam flight ni. Flight ke semenanjung kol 9.55 pm. Ni ngah menunggu dia mesej bila belon dah selamat sampai tanah semenanjung ni. Semoga awak selamat sampai. Amin.

Korang ada cadangan tak mana nak gi. Aku da apply cuti dua hari, tapi tak tau lagi nak gi jalan mane. Tanak la asik gi shopping complex je. Incik hati kata tanak la tengok wayang, better buat aktiviti yang lebih bermakna. Rasa macam nak jalan-jalan gi Melaka. Pastu akak pon ada bagi cadangan untuk gi makan ikan bakar kat Kuala ape ek, yang kat ujung Selangor tu. Tak ingat plak ape along kate tadi. Nak gi jalan-jalan Genting sure ramai cuti sekolah. Along pon tak suggest gi Genting. Takpelah, jangan di plan2 sgt. Kite wat adhoc pon best jugak kan wak. Plan2 bagai pon tak semestinya menjadi 100%.

Eh eh. Itu incik suda text kate selamat dah sampai LCCT. Oke oke. Gua chow dulu~

Note----Nanti aku update lagi ek. Tapiiiii tgk la, kalau aku rajin aku update la pasal kami, sebab aku ni jarang sikit nak update kisah-kisah chenta aku dengan dia. Sebab aku suka abadikan dalam kotak fikiran aku ni je. Lagi pon kang update lebih-lebih takot menyampah plak orang kan. Korang menyampah ke eh?




Tuesday, December 28, 2010

Dikala petang hujan turun. Maka~

Lokasi: Dalam opis~

Hujan lebat luar sana.
Sangat lebat tepat pukul 6 tadi. 
Timing baik punya tepat2 time nak balik.
(Uish bersungut plak tuhan bagi ujan kan)
Makanya tersangkutlah dalam opis ini.
 .
 .
Bila da sejuk2 ni perut mintak isi dengan macam-macam makanan yang enak-enak la kan.
Hurm, tadi ada dapat mms nasi lelapan dari incik hati. 
Wah!!! Sengaja ek nak jeleskan dengan gmbr nasi yang sangat sodap.
Tunggu ye I datang Limbang I pi pekena nasi tu sampai muak.
Ngehngeh.
Tapi ntah bila la dapat gi Limbang kan. Jauh tuuu~
Wah~Sudah berbulan tak jumpa.
Dia janji nak datang semenanjung bulan 3.
Lamo lagi tu kan. 
Hari-hari tengok kalender tunggu bulan 3 cepat datang. 
Time-time ni la berangan kalau la doraemon tu wujud kan, lama dah aku pinjam pintu dia yang bila bukak da ade tempat lain tu. Ape ek name pintu tu. Lupe dah lama tak tengok doraemon. 
.
.
: : Awak, saya sedang membiasakan diri dengan PJJ ni, agak susah ek~: :
Dulu masa kat kolej susah juga mau jumpe sbb saya MTM, then skng ni lagi susah. Uwwww..Cobaan~

Tuesday, November 30, 2010

Kalau tak suke jangan bace!

.
Oke gedik tak saya kalau saya kate saya terasa nak kawennnn sangat2 sejak dah keje ni. Hohoho. Betol. Padahal keje baru 3 bulan. Lama dah saya simpan benda ni dalam hati tapi arini terasa cam nak meluah kat belog kesayangan saya ni. Even saya takde calon, atau dalam erti kate lain saya yang membuatkan calon suami saya hilang, tapi dengan tak malunya saya kate yang saya dah rasa macam nak kawen.

Saya perasan jugak yang saya akan mudah tertarik kalau empunyer blog tu da kawen. Lagi-lagi plak kalau dah kawen dan dah beranak kecik sorang dua atau pun ngah pregnant. Blog-blog yang macam ni mesti saya akan baca dengan excited setiap kali diorang wat entri baru.

Mungkin sebab saya belom melaluinya, jadi saya teruja nak tau macam mana seorang ibu mengandung, seorang isteri, seorang ibu beranak satu melalui kehidupan masing-masing.

Ni adalah blog yang palingggg saya suke bace. Juliahoneyshake. Saya memang suke gila bace belog ni. Empunyer blog nama Julia. Say jumpe belog ni masa blogwalking kat blog Perempuan Jomblo. Bila first bace blog Julia ni rasa cam welcome sangat kat belog dia. Dan saya suke cara penulisan dia. Tapi sekarang ni saya rasa macam something missing sebab Julia dah stop berblogging for awhile due tu some reasons. Dia ade anak yang sangat somel oke!!!

Then belog ni pon saya suke bace. Carnation. Empunyer blog ni dulu satu kolej dengan saya, kawen masa tahun akhir belajar dan sekarang ade baby under construction dalam perut dia. Huhuhu. Cerita-cerita dia pon suwet jek.

Yang ni pon saya suke singgah jugak KireeCasio. Saya kenal blog ni dari kawan baik saya Siti. Dia yang introduce. Tak kenal pon tuan belog ni. Tapi eversince bace blog ni terus jatuh chinta. Masa mula-mula follow empunyer blog ni baru je kawen, dan oleh kerana belog dia best, saya sanggup bace setiap older post and entri dia yang lama-lama sampai la khatam. Part yang paling saya suke bace masa dia mula-mula kawen. Oh suweettnyee! Buatkan saya terus berangan nak kawen jugak. Huhu.

Dan ini blog mother of two. Ekceli empunyer blog adalah isteri cousin saya sendiri. Isteri abang Adam. Empunyer blog dah ada anak dua. Dan saya suke jugak cara penceritaan dia. Suwet jugak. Sekarang anak dah dua. Sorang laki sorang pompuan. Dua-dua pon comel.

Ini plak belog ibu tabah. Icaziesyira. Sekarang saya suke jugak bace belog ini. Empunyer blog ade anak yang autisme. Mula-mula bace saya dapat rasa tabahnya perempuan ni untuk mendidik anak dia yang autisme. Dan dari ayat-ayat dia saya tau yang betapa besar harapan dia untuk melihat anak dia membesar macam kanak-kanak lain. Dan dari belog ini jugak saya byk belajar mengenai kanak-kanak autisme. Saya doakan Ayeesha akan semakin menunjukkan perubahan positip dan boleh memanggil ibu dia dengan perkataan 'mama' buat pertama kalinya.

Motip saya gemar bace blog-blog yang jatuh dalam kategori ni jelaslah menunjukkan tahap-gedik-nak-kawen-even-calon-takde. Dan ERRRRRRrrrrrr....ape motip tetibe aku nak ber'saya-saya' dalam entri ini. Selalunya dok aku-engkau jek. Mungkin harus supaya nampak efek gedik dan mengada-ngada.

Kalau sesiapa yang mencebik bila bace entri ni maap la ye, ada yang cam menyampah pastu terus kate 'gedik kot!', saya mohon ampun la ek. Sekali sekala nak gedik kat belog sendiri pe salahnye ye dak!!!


'aku-tak-gedik...cume gatei cikit jek. hohoho'

::agak-agak boleh tak saya survive dengan 'PJJ' ???::

Monday, October 18, 2010

A letter for my friend on his birthday

.
Dear friend
Today is 18th October 2010
It's your birthday
Happy Birthday to you
You are getting 24 today
Congratulation

Dear friend
This year you celebrate your birthday as we no longer apart
We are different now
Things are not going to be the same again
Time keep running and its changed me a lot
I just hoping that you can accept this fate
For now I call it fate
But we never knows what will happen next in our life
I just hoping this is the best for our life, for your life

Dear friend
Sorry for saying something harsh to you
Sorry for hurting you deeply
I just do that to make it more easier for you to forget me
If by hating me is the easiest way for you to get rid of me from your life
Please do so
Please please and please
I can't stand myself by seeing you become suffer day by day
I cannot resist myself by feeling so guilty by looking you become like that

Dear friend
Soon you gonna be a teacher
I know you will be great teacher coz you're a great person
And to be honest, you are the most good guy i ever met
Someone had told me that i'm stupid coz letting you go
Maybe I am
And sorry friends for that
Yes I am stupid and blind
But when its comes to my feeling
Only I know the reason why this things happened
You can keep talking and guessing
But only me know the truths about my feeling

Dear friend
I'm hoping the best will come to your life
Coz you deserve it
You deserve to get the best
The best women, best wife and best life
I just wanna say sorry for all the things I've done to you
I am hoping for thousand of apologize from you evendo I know by saying i'm sorry is just not enough
But still, I wanna say sorry sorry sorry and sorry because i have no other word than sorry
I really hope you can accept my apologize

Dear friend
As time goes by
I hope you can move on from the past
Let remain our past as best memory of us
Coz I also do the same
So as your birthday today
I wish the greatest life will be yours one day
Send my regards to your family and your dear friends
And you still will be my best-male-friend ever
Thanks for everything
Thanks for the sweet memories
Thanks and thousand thanks

Regards,
Noor Husna
2.08 am
18th Oct 2010

Wednesday, March 17, 2010

Entri mengarut. Tapi saya harap jadi kenyataan. IncikHati bace-lah~

Baru ke kejap tadi siti introduce aku dengan satu blog. Siti kate blog ni sangat sweet, owner blog ni baru kawen dalam 5 bulan. Dan tetiba aku pon rasa nak jengah ke blog tu. Dan. Its true!!!. Blog tu sangat2 sweet. Miss silentmonologue terhibur dengan cara dia menyampaikan cerita ceriti idop dia. *aku da jadi follower dia.haha*.

Owner blog adalah 'mrs kiree' dan suami dia 'mr casio'. Blog tu jugak berjaya membuatkan aku rasa nak kawen sgt2. Best kan dapat idop dengan orang yang kita sayang n boleh tengok muka dia ari2. Wah, sonok!

Nak baca blog tu. Klik di sini. Di sini-lah. Selamat teruja seperti saya.

:: bila bace blog mrs kiree tu rasa time2 tu jugak nak update blog. Oke, sebenarnya saya perlu study kerana esok ade test. Tamao test nak kawen boleh. Oke, saya geddix. Tau-lah ::