Setiap hari aku pergi kerja naik LRT. Pergi dan balik. Aku naik dari stesen yang paling awal, jadi takdelah LRT pack sangat sebab belom ramai orang. Jumlah masa dari stesen Gombak - Bangsar aku da kira da, mesti makan masa selama 45 minit. Dan setiap kali tu mesti aku amek peluang utk sambung tido. Dah setahun lebih aku keje, maka mata pon dah timing secara automatik akan ngantok selepas beberapa minit dok dalam LRT. Yup, aku tidak tergolong dalam salah satu rakyat Malaysia yang menyahut seruan kerajaan 'Membaca amalan mulia'. Sokay la kan. Hak masing2 nak follow ke tak.
Bila pergi kerja naik public transport ni, setiap hari kita akan berjumpa dengan berlainan manusia yang pelbagai kerenah. Kadang2 je akan jumpe manusia yang sama secara kebetulan.
Setiap kali aku sampai kat stesen Gombak, dah tiga empat kali aku duduk berdepan dengan satu nenek dan cucunya. Mereka berbangsa Cina. Cuma yang istimewanya cucu nenek tu mengidap Sindrom Down. Aku perhatikan yang budak itu jenis Sindrom Down yang boleh berdikari. Sebab setiap kali diorang nak turun dari LRT, dia yang pimpin tgn nenek tu, bukan sebaliknya. Bila aku perhatikan, diorang berdua tu macam baru balik kerja atau nak pergi kerja. Kerja apa aku tak pasti. Sebab bukan sekali aku bertembung dgn diorg, da 3 4 5 kali. Jadi aku andaikan diorang kerja la kot, kalau jalan2 takkan la hari-hari jalan2, pastu kua awal pagi lak kan.
Perilaku budak tu menunjukkan dia sangat rapat dengan nenek dia. Mungkin, budak tu dibesarkan oleh nenek tu. Mungkin ibu bapa kandung dia tak mahu membela dia. Mungkin. Itu semua andaian aku.
Apa perasaan aku agaknya andai aku ditakdirkan untuk ada anak yang istimewa, Sindrom Down seperti itu? Iye, kalau kita diberi pilihan pasti kita mahukan anak yang sihat, comel dan lengkap segala sifat. Tiada siapa yang mahu anak yang kurang sempurna or perangai menyakitkan hati walaupun hakikatnya perangai makbapaknye liar mengalahkan beruang, buaya dsbnya masa zaman muda mudi. Namun, kita tak tahu apa perancangan tuhan untuk kita. Aku doakan aku mampu untuk lahirkan anak (dan anak-anak) yang sempurna sifatnya bila aku dah berkahwin kelak. InsyaAllah. Namun andai aku diuji, aku harap aku mampu untuk tempuhinya. Punya impian nak anak ramai, ntah mampu nak menjaga ke tak. haha
Semoga masa depan aku membahagiakan :)
Oh ye, kelmarin birthday aku yang ke 25. Banyak dah angka tu. Thank you so much for all the birthday wishes from friends and family. And a big thanks also to my beloved boyfie for your special entry. I know i'm a bit menduga your kesabaran lately. Sorry and thank you untuk bertahan dengan my kerenah. Love you so much dear! (aiyok, so the bahasa rojak!)
note: niat dihati ingin selalu update blog, tapi bila start menaip satu sentence, mesti jadi tak tahu nak cerite apa. adakah itu penyakit? haha
Okaylah, till then, Bye!
Thanks for reading my blog.
Regards,
Husna
No comments:
Post a Comment