Showing posts with label Besties. Show all posts
Showing posts with label Besties. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Wedding Invitation


Tengok tajuk mesti pikir wedding invitation dari aku kan. No no no no. hehehe. Belom lagiiiii :P

Cume nak cite di facebook banyak sungguh wedding invitation dari kawan-kawan. Normal-lah kan bile cuti sekolah menjelma. Masing-masing yang dah sampai seru akan berebut-rebut cop tarikh untuk buat keje kawen dan tarikh yang paling afdal adalah masa cuti sekolah.Senang sedara mara nak datang berhari2 sebab budak tak sekolah. Dan dengan harapannya jugak kawan2 senang nak datang. Tapi kawan2 da keje mana ada cuti sekolah. Hehe.


Maka kat FB tu banyak betol kawan2 yang nak kawen.


14 dan 15 Mei 2011----Jurazida dan pasangannya Idham Shah
------ni kawen sekosmet masa diploma. Diploma Human Development UPM. Husband dia pon budak UPM gak tapi masok 1 year after kitorang masok kalau tak silap.
-----tapi tak datang. sori Jura. 

28 Mei 2011-----ni tarikh paling ramai cop. jom senaraikan.

1. Suzila dan Zaimie---at Terengganu
-------ni dua2 member zaman dip jugak. Duadua kosmet dip aku. Ila adalah bff aku masa dip n we still bf until now. Gambar2 ila ada kat entri ni. Zaimie kepala sempoi best kawan dengan dia. Wedding belah Ila akan dibuat kat Terengganu. Jauhhh wooo. Belah Zaimie plak kat Banting. Ila, saya tak dapat datang wedding belah awak tau tapi InsyaAllah saya akan datang wedding belah Zaimie nanti. 

2. Alya dan Azam---at Perak
------Ni kenalan masa belajar time degree aritu. Budak kos sains komp. Rasa2 sepanjang belajar tak penah pon cakap dengan dia. Sebab cam takot je nak tegor dan susah nak senyum. Sekadar2 bertembong2 camtu je. Tapi dapat jugak invitation. Maybe pakai anta je kawan2 yang ada dalam fb list kot kan. Nway wish u hepi Alya.

3. Nor Shazwani Mohd Isa dan pasangannya---at Perak
------ni pon kawan masa degree jugak. Satu kolej, kire kolej-met lah. Kenal atas dasar MTM (majlis tertinggi mahasiswa). Kire wani ni MTM batch lebih awal cikit la dari aku. After batch dia letak jawatan batch aku plak continue. 

4. Saadiah dan Zahidan---at KL
-------ni plak kawan masa sekolah menengah. SMK Taman Melati. Aku dengan Saadiah ni satu kelas. Budak ni jenis pendiam je. Sama-sama pengawas dengan aku. 

5. AIMI MASTURA DAN HISHAM---at kEDAH
-------Jeng jeng jengggggg!!! Ni wedding best fren forever and ever and ever jugak!!! Amyyyyy tak sangkaa ko nak kawen da nokk!!! Oke ini adalah BFF zaman degreee. Kitorang geng 7 orang. Aku-amy-shida-dalila-fira-siti-ecah. Dalam bertujuh ni cit amy kawen dulu rupenyeeee. Dan haruslah aku excitedkan bff nak kawen.


Ni wedding card amy. Sudah selamat delivered kat umah ni. Thanks amy. Even ko tulis untuk aku & wandy tapi aku datang bersama2 besties yang lain ek. wandy belom sampai KL lagi waktu tu. hehehehe


...............jadi dalam banyak2 pasangan yang kawen pada 28 Mei ni haruslah aku kene pilih satu je kan sebab  aku takde ilmu atau kuasa magik utk berada pada semua tempat dengan sekelip mata. Maka keputusan adalah untuk pergi majlis kawen amy bersama besties yang lain. Oh tak sabar!!!


Next kite gi plak tarikh yang seterusnya.

29 May 2011
1. Kak Nana dan Abg Nabil
------kolej-met juga tp tak dapat datang jugak la. 

30 May 2011
1. Kak Nani dan Mahran di Terengganu
-------betul ke tarikh ni eh sebab dia wat ari isnin? apekah?

4 June 2011
1. Deqja dan pasangannya

2. Shawanur dan pasangannya
------ni member masa sekolah menengah juga. Lama tak dengar cite dia.

5 June 2011
Oh tarikh ini juga sangat heaven sebab ramai jugak buat keje kawen

1. Zaimie dan Ila at Banting
------ni wedding Ila bertandang ke rumah Zaimie plak. InsyaAllah aku akan ke situ. Ni pon excited sangat nak gi sebab tak dapat gi masa belah Ila kan jadi rasa mesti mesti mesti datang time bertandang ke umah Zaimie. Kalau gi umah Zaimie jawabnye tak gi wedding sepupu sendiri at the same day. Oh tragis tp nak jugak gi Ila's. uuuuuuUUUUuu. Harap jumpe cara!! Nora awak gi belah Ila ke belah zaimiee??

2. Kak Mariam dan pasanganya
------ni plak anak paklang. Maksudnya ni adalah sepupu aku. Mak da bising kalau aku tak gi sedara sendiri kawen. Tapi bff ku ila pon kawen jugak. Dah tu cano?? Kalau boleh di bolah badan ni aku bolah bahagi duo.Sonang!

3. Liza Tahir dan Dahlan di sarawak!!
-------OHHHH INI WEDDING RUMETTTT TERSAYANGGGGG!!!! pada asalnya aku pergi sebenarnya tau wedding rumet aku ni. Tapi last minit before nak beli tiket fly gi sarawak tu mak ayah wat drama plak berat ati nak bagi pergi jauh2. Memula ayah oke je bg pegi tp last2 ape ntah yang diorang bincang sampai berat ati. Sodih mak nok tak dapat tgk rumet tersayang kawen. Tak dapat jumpe bakal mak mentua jugak. Huahuahuahuahua :P



Ni wedding card rumet aku. Even dia tau aku tak jadi datang tp dia tetap pos jugak dari sarawak tu sebab rasa tak sedap hati kalau tak bg. Thanks rumet!!!

Rumet sayang..orang doakan majlis awak akan berjalan lancar gemilang melatop latop gituwww. Even orang tak dapat dtg tp orang sangat hepi sebab awak bertemu jodoh dengan orang yang paling sesuai dan sabar dengan awak. Dahlan adalah yang terbaik compare dengan mana2 lelaki yang pernah wujud dalam hidup awak tu. Lupekan kisah silam awak dan saya tahu Dann akan dan boleh dan pasti akan bahagiakan awak!



FUHHHH. jadi banyak kan. itu pon ada yang aku tak senaraikan. kalau nak attend semua tu memang mustahil sebab banyak jatoh pada hari yang sama. 

Ape pon aku ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan pada semuaaa yang akan jadi bini dan laki orang kat atas tu k. Jadi bini solehah dan kalau laki tu pimpinlah isteri ke jalan syurga dan begitulah sebaliknya. Aku hepi sebab korang akan menempuh satu alam yang indah lagi bermakna di samping pasangan tersayang. Kan! 

Note------Malas tol nak jawab dengan soalan lazim orang pada kite bile cakap pasal wedding2 ni 'ko bile plak', 'tuan yg wish ni bile lg nak merasa nasi minyak?' tak pon 'kakaknye sudah adiknye bile?'-------------argghhhhhhh soalan cliche. kalau sampai belas2 puluh2 tanya jadi malassss nak respons. Sabar ek aku pon nak kawen juge, akan tiba masa itu, nak kawen cano duit tak cukup laie. Cukup duit sampai seru den kawen lah. Haa time tu jangan tak datang plak pada yang bertanya tu kan. hahahha

Note lagi------mood nak kawen. gedik tak kalau da start nak wat listing. haha. lama dah incikhati soh wat listing bajet segala tp ntah bile nak start sebab rasa cam lambat lagi kan. tapi bak kate shida da dekat. tapi pada aku lambat lagi.


eh oke lah chow dl ek. gastrik asik menyerang je lately. k daaa!
thank you for dropping by at my blog!

Saturday, April 2, 2011

Maharaja lawak korang tengok tak?


Eh. Apa ni. Da makan tapi lapar lagi. Penat la asik nak makan jek. Tapi makan best. Hurm. Time ni teringat plak tomyam panas-panas baru masak kat foodcourt opis. Makan dengan nasi putih. Fuh sedap.

Oke. Nak cite ape. Ekceli takdela ada cite yang spesifik cume tangan rasa nak menaip. Update terbaru saat ini adalah aku  ditinggalkan kedua ibubapa dan adik aku. Mereka tu pergi ikot rombongan ke persatuan flat ke Thailand jalan-jalan. Nape la aku tak ikot ek. Memang bukan kaki jalan kot. Makanya mak request along untuk balik Gombak teman aku yang kesepian dan keseorangan kat umah ni. Hehehe. Sedih jek dgr. Dan haruslah along datang bersama pakej asben sekali. Hohoho.

Makanya memerap je aku kat bilik bila abg ipar dah balik dari main futsal tadi. Oh tadi sempat tgk Maharaja Lawak. Ikotkan aku tak suka follow raja lawak season-season yang lepas, tapi kali ni macam layan je tengok Maharaja Lawak. Maklum la, sume taiko2 raja lawak dihimpun untuk buat lawak pecah perut. Suke sangat dengan Jozan dan Nabil tadi. Mesti diorang presurekan untuk buat lawak yang terbaik sebab diorang memang da berjaya. Memasing da ada filem sendiri, dah berlakon sana sini, da ada show sendiri. Jadi kene la buat yang terbaik supaya orang tak ragui kehebatan mereka kan.

Pape pon aku suke takdelah sampai nak ngundi. Buat bazir kedit aku jek. Kalau diorang menang pon ada ke dia tau aku undi untuk dia? Suke sebab at least bila tgk tu boleh la release tension cikit.

Lama tak cite pasal keje. So far aku keje tempat lama lagi, kat Bangsar. Cume sekarang dah confirm. Jadi kalau nak resign kene 1 bulan notice, kalau dulu dua mingu jek. Wah, tetibe concern pasal notice period kalau nak resign pekes. Ada intention ke. Hahaha.

Haih. Ntah la, semenjak dua menjak ni rasa de-motivated sangat nak gi keje. Kalau dulu semangat je jalan nak gi keje. Gigih dan jayanya aku jalan kaki dari LRT Abdullah Hukum ke opis sambil dalam pale ni pikir nak siapkan keje itu, oh keje ini aku kene buat. Pikir dengan semangat nak siapkan dan letak aim.

Tapi....ada tapinye......huhu

Tapi sejak2 ni adooiiii la, mana ntah gi semangat tu. Rasa2 macam nak resign n cari keje baru tapi bile fikir nak kene go through proses interview segala bagai tu cukup la malas dan lemah. Kalau nak cari keje baru pon  aku tanak dalam field yang sama. Aku tak rasa aku cukup minat dan tak rasa kebolehan aku bukan dalam field hardcore recruiting ni.

Dan kalau aku nak keje pon kalau boleh aku tanak dalam recruitment firm jugak. Tapi bila pikir habuan, bidang ni memang menjanjikan habuan yang kachingggg. Tetibe ada bunyi mesin duit shiling kaching dalam kepala ni. Macam bergema-gema.

Takpelah, setakat aku rasa aku boleh tahan lagi keje dalam company tu even sorang demi sorang consultant yang blah dari company tu. Bertahan setakat mana yang aku mampu, bila da tak tahan dengan kerenah2 manusia dalam tu barulah aku adjust kat mana-mana. Best sebenarnya bidang recruiting ni. Cume mungkin aku berada di company yang banyak kerenah dan tiada penyelarasan kerja. Consultant buat macam2 kerja. Buat payroll jugak padahal da ada unit payroll. Takde job specification jadi consultant akan stress dengan keje yang sangat berlambak2. Nak cite lebih2 pon takot korang tak faham tapi mungkin cukuplah dengan aku describekan pembahagian kerja kat company aku tak seimbang. Eh cane eh nak terang. Takpelah korang buat-buat faham jelah.

Dan lagi  satu yang buat aku kan tak bermotivasi nak gi kerja sebab aku rasa bos aku tu macam ada tanggapan yang aku ni mesti tak lama keje dengan company dia. Sebabnya aku keje agak lama lah jugak, da dekat 8 bulan tapi business card pon tanak buat untuk aku. Padahal untuk position consultant macam aku ni sangat la perlukan card tu untuk bagi pada candidate dan klien. Budak yang lagi baru dari aku masuk company da boleh dapat card sendiri tapi aku kene la gune card consultant yang da resign yang direcycle untuk jadi kad aku. Boleh la plak dengan gigih dia gi print kecik2 nama aku, nombor tepon dan emel pastu suruh receptionist tu tampal akan kad consultant yang da resign dengan ketas kecik2 tu. Hallo. Aku nak bagi orang pon aku malu kad main tampal2. Sumenye nak jimat. Segala-gala nak recycle sampai consultant sendiri nampak tak profesional.

Ish. Kalau diikutkan banyak jugak la aku makan hati dengan beberapa perangai orang dalam opis tu. Hanya kerana aku nak gaji tiap2 bulan tu la aku bertahan. Keje pon jadi tak ikhlas. Benci. Lagi satu, kalau cuti punyelah payah nak apply. Nak approve tu susah sgt. Tarikh tu la tak blh amek. Tarikh ni la tak boleh amek.

Ha. Ni aku da pening kepala macam mana la aku nak amek cuti untuk Amy kawen 28 May ni. Nampak gayanya macam tak dapat jek join besties gi kenduri kawen Amy. Amy oh amy. Kenapa la ko pilih ujung bulan. Sesungguhnya company aku ni minggu terakhir setiap bulan adalah haram untuk apply cuti. Confirm-confirm takkan lulus punya sebab time tu adalah time bz yang amat sebab nak kene buat gaji staff yang belambak-lambak tu.

Adoiiii. Ke aku kene try je dulu apply untung badan dia approve. Tapi aku berani kerat rambut la yang dia takkan lepas punye sebab dulu aku apply cuti ujung bulan sebab akak aku nak kawen 27 Feb aritu pon manager aku dah bising-bising sound kuat2 sape nak cover keje aku kalau aku cuti. Hok dia. Last2 aku yang beralah tak amek cuti kene la keje ari jumaatsebelum majlis along pada ujung minggu. Aku sacrifice oke.

Itu kakak kandung aku kawen tapi cuti tak lepas inikan pulak kawan. Arghhhh! Tapi aku nak pegi. Tapi aku tau takkan dapat amek cuti. Amy plak nape la jauh sangat ko wat kat Kedah. Eh. Yelah ko orang kedah wat la kat kedah kan.


Okelah. Harap jumpe jalan penyelesaiannya nanti.

Esok sabtu, aku tak keje. Tak dijadualkan untuk keje. Tapi next 2 week ada training ari sabtu. Ape jadahnye la nak training2 lagi ni. Penat la. Training2 pon ramai jek consultant dia yang resign.

Okelah. Mata da kenyit2 tahan ngantok. Nanti ada mood aku update lagi ek.

Eh. Nak btau satu benda. Aku harap2 akak aku pregnant sebab aku tak sabarrrrr nak anak buah. Mak pon selalu je soh aku mesej along tanya along suke pening-pening lately sebab pregnant keer..Ishk mak ni. Tanya la sendiri sebab mak kan mak. Hehhe. Tapi takde la ape2 tanda pon. Doa2 jela ek. Kalau betul la YAHHUU. Ayah mesti suke, takdela nak layan kucing jek.Hekhek~

Mati aku kalau along tau aku kepochi kat sini. :)

Daaaaaaaaa~

Hepi weekend you all~


Notes---Entri ni takde la review banyak sangat pasal tajuk pon. Kan.
Notes 2---ooo awok pergi Miri jalan-jalan ek. Oke. Next time bawak ai okeh :P

Sunday, January 30, 2011

JB adalah Johor Bharu. Dan aku ke situ~

Memandangkan belog ini adalah salah satu tempat untuk aku share rasa sedih dan gembira aku, maka aku nak share satu event yang menjadi salah satu moment terindah dalam hidup aku.

Cerita ni bermula dengan satu phone call yang aku dapat masa aku kat opis, yang aku ingat masa tu hari Khamis. Tengah-tengah buat keje tetiba phone berbunyi dan terpampanglah unknown number. Jadi aku angkat.

Aku: Halo.
Anonymous: Salam. Saya Miza dari Yayasan Negeri Sembilan. Boleh cakap dengan cik Noor Husna.
Aku: Waalaikummusalam. Saya Husna bercakap.
Anonumous: Tahniah ye cik Husna. Permohonan awak berjaya. Aku telah tersenarai sebagai penerima anugerah siswazah cemerlang Negeri Sembilan.
Aku:  .........

Serius aku tergamam masa tu. Terus teringat yang after konvo bulan 10 tahun lepas aku dengan Dalila ada apply anugerah siswazah cemerlang untuk anak-anak Negeri Sembilan. Oh ye untuk pengetahuan bersama aku anak negeri sembilan cume dibesarkan di kl. Tp darah yang mengalir darah orang nogori. Hekhek. Jadi masa dapat phone call tu adalah dimaklum aku tersangat la hepi dan harus bersedia untuk event yang akan dibuat pada 21 Jan 2011 bertempat kat UTM Skudai. Haha. Memula pikir ape jadah nye la event negeri 9 tapi buat kat Negeri orang kan. Aku terus bagi confirmation yang aku boleh datang dan untuk event ni mak dan ayah turut dijemput untuk sama-sama naik pentas terima insentif. Bestnyaaaaaa dapat bawak mak ayah, naik pentas sama2 lak tu.

Maka balik rumah btau ayah tapi sedih yang ayah awal-awal lagi da btau tak dapat datang sebab ayah ada hal yang lagi penting. Takpelah, tak dapat nak buat ayah sama-sama bangga naik pentas. Sedih sebenarnya tapi pura-pura oke je depan ayah depan kakak depan adik. Jadi aku hanya gi Johor dengan mak saja.


The place where the event took place. Kalau ada budak UTM yang bace blog aku mesti dia kate aku jakun. Haha. Takpelah. Jarang gi U orang jadi tetap nak upload jugak gmbr ni.

Hurmmm...kami travel naik bas. Haha. Ni pon part best gak. Maklom la, aku ni mana penah travel jauh-jauh naik bas. Memang tak penah la kot. Mane tak nye. Belajar sekangkang kera (tak pasti plak kangkang anak kera ke bapak kera). Umah kat Gombak belajar kat UPM Serdang, hanya 40 minit je perjalanan. Pastu kampung plak nogori je, hanya satu jam setengah pejalanan je. Jadi cuba btau aku tang mane aku kene travel naek bas jauh-jauh berjam-jam. Oh kalau penah pon ikot rombongan sekolah atau aktiviti kolej tak pon kem kolej dulu. Itu pon bukan survive sendiri pon yela naik bas yang orang da sediakan cume letak punggung tido alih-alih da sampai kan.

Tapi kerana event ni harus digagahkan juga naik bas sebab ayah tak ikot, along plak dilarang untuk ikot dan drive kete sebab hanya lagi sebulan je nak kawen ayah tanak ape-ape jadi kat along. Dan aku pon memang haram tak reti bawak kete (padan muka) setakat lesen buat tebal beg duit je buat ape kan. Maka kene la naik bas.

Maka pada pagi 21 Jan aku dan mak selamat la naik bas Transnasional kol 8.45 pagi amek bas kat Bukit Jalil. Sepanjang dalam bas rasa tak selasa sebab terikat rambut jadi bila nak letak kepala nak tido tak selesa. Tapi sebab ngantok senggok-senggok gak la half dari perjalanan. Sebenarnya dalam hati berdebar tapi buat2 yakin je. Lagi pon nanti sampai kat Skudai tu ada pak ndak pikap. Jadi selamat la sikit rasa.


Dan pada malam 21 Jan 2011 di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai berlangsung satu acara anjuran Yayasan Negeri Sembilan iaitu Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama.

Majlis ni anjuran MB Negeri Sembilan, YAB Dato' Sei Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan. Dia yang akan sampaikan anugerah dan insentif. Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada siswazah kelahiran negeri sembilan yang dapat keputusan kelas pertama atau org kate first class honor nok oi. Jadi asalkan ko lahir di negeri sembilan dan dapat first class sila la mohon after grad sebab kerajaan negeri 9 memang sediakan peruntukan macam ni.Rugii wooo tak apply. Habuan boleh tahan!

Seeeeee....tengok nama aku. Giliran yang ke 46. Dekat nak last-last jugak la. Seramai 50 penerima pada malam tu. Sume dari U yang berbeza. Ekceli ada insiden gak masa sitting. Aku dengan mak dapat no 46. Jadi kitorang tunjuk la nombor kat usher tapi usher yang tak bape nak terlatih tu gi bawak kitorang kat meja yang salah. Mencicit la pegawai yayasan cari kitorang  merata-rata rupenya salah dok meja. Lawak jep.


 The dishes Yummy~

Dan sangat best bila MBN9 berucap dengan guna dialek nogori. Hadirin sume tergelak terkekeh kekeh bila dengar menteri cakap nogori dan buat lawak dalam bhs nogori. Bukan senang kan dapat dgr. Dan kalau da nama politician tu memang la dapat mic tanak benti cakap. Lama dia berucap sampai ramai dan ngantok-ngantok tunggu bila la part nak naik pentas ni.

Itu aku dan mak!!!!! Seronok dapat bawak mak naik pentas sama-sama. Tak tau ape perasaan mak waktu ni kan. Aku? Haruslah gembira. Tak nampak mock cheque tu.Hehe. Itu buatkan aku double gembiraa. Mak kata mak regret ayah tak dapat naik pentas sekali. Sedih je tgk ada satu sit kosong takde sapa duduk sebab tempat duduk tu mmg da reserve untuk ayah, tapi ayah tak dapat datang   :'(

 Penerima-penerima insentif bergambar dengan MB. Cari mana aku. Haha

Begambar dengan mak dengan cek ituuu. Berapa yang aku dapat bia aku jela yang tau. Dan pada sapa-sapa yang da tau tu syhhhhhh..hehehehe. Diam-diam sudaa...

Dan part yang palingggg besstttt dan juga menerujakan adalah perjumpaan semula dengan kawan baik masa diplomaaaa. Oyeah! After betahun tak jumpe, haruslah sangat excited untuk berjumpa. Alhamdullilah dapat jugka berjumpa before mereka ini habis belajar. Da alang2 diorang dok UTM kene la jumpa sebab mmg da lama tak jumpe. Diorang amek kos cikgu KH di UTM. Duduk di UTM memang resepi terbaik untuk kurus. Sebab dulu dua2 ni masa kat UPM sama-sama dip chubby sedap jek gituw (sedap?)kahkahkah. Tapi masok je UTM kurus tanpa perlu diet dan bersenam. Diorang kata stress blaja. Blaja struggle tapi dua2 ni scorer oke.

Keesokkannya hari Sabtu before balik KL aku spend time dengan bestfren kesayangan ini Adaa dan Ila. Dulu masa dip suka panggil mek da dan mek la. Dua2 ni terengganurian. Sebab tu cocok je nama diorang tambah mek mek di depan. Kitorang makan di Johnnys sebab nak makan yang mengenyangkan dan banyak sebab masing2 kebulur waktu ni. Haha
Pasangan bahagia. Suka tengok Adaa da jumpa mr right nye. Dengar-dengar da ada perancangan. Uuuuu, gumbira!
Ini lagi sorang. Akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Dan pening jugak aku dibuatnya sebab tarikh ila kawen jatuh pada hari yang sama dengan amy kawen. Dua-dua pon bestfren. Sorang Kedah sorang Ganu. Jadi macam mane ni nak gi. Fenin mak! Nila jadinya bila musim mengawan da tiba dan masing2 rebut cuti sekolah. Ila kawen masa sem akhir dia kat UTM dengan reason Zaimie (bakal husband ila) takot ila kene posting jauh. Hehehhee.

Kali ni aku belanja diorang. Maklum la dapat rezeki mencurah-curah malam sebelomnya. Baik kan aku?

Suke dengan gambar ini jadi harus letak saiz extra large. Sukeee sangat dengan gambar ini. Dan sebab suka akan jadikan profile pic FB jap lagi. Hakhak.


Sebelum balik gambar puas-puas dengan diorang. Tapi aku hepi sebab ila mungkin akak dok area kl or selangor bila da kawen dengan zaimie. Haruslah dekat dan boleh lawat umah korang nanti. Ila Zaimie meh beli umah area gombak. Haha.
Peluk-peluk dengan bakal pengantin baruuu. Inilah geng suka duka air mata gelak ketawa masa dip, serius aku sangat sayangkan mereka ini. Teringin sangat nak jumpe balik bestfren dip ILA, ADAA, LIN DAN GEE. Mesti best kan!! Bila dalam kete diorang imbas balik perangai budak-budak kitorng terkekeh kekeh gelak. Mana tak nya budak lepas SPM yang tak penah dok asrama masok U, bayangkanlah. Macam-macam title dapat. Tapi zaman dip adalah zaman transisi dari budak kepada matang. Matang ke masalahnya skang ni.Hahahaha.

Bye bye daaa ila. Rasa macam nak melawat korang lagi nanti before korang abez blaja. Nak datang dengan nora. Tak puas jumpa aitu. Thanks jugak pada Wan sebab bawak jalan-jalan. Serius wan baik sangat orangnya untung da dapat wan.Cepat kawen oke!


Well. Begitulah kisah aku dan JB. Part kelakar bila mak nak jugak bawak mock cheque tu naik bas. Aku kate kat mak tinggalkan jela kat umah pakndak nanti pakndak bawak balik kg nanti kite amek kat kg jela. Tapi mak kate mak tanak mak nak gak bawak balik KL. Maka cek tu bungkus dengan sok kaba. Sebabkan cek tu gedebak aku lipat dua. Dan akhirnya bawak juga la cek tu naik bas, turun naik LRT smpi la selamat sampai umah. Aku adalah survivor! (Tetibe).

Nway disebalik anugerah dan rezeki yyang tuhan bagi ini aku nak ucapkan rasa terima kasih pada Dalila. Kalau bukan dia yang ajak aku untuk apply sume2 ni memang sampai sudah aku tak tau yang insentif ni wujud. Cuma aku regret sebab turn Dal tak dapat sama event dengan aku. Dal aku dapat jugak cuma pada event yang berbeza mungkin di U yang lain. Aku doakan turn ko akan tiba tak lama lagi babe!

Okelah. Panjang plak cerita aku. Sapa yang bace sampai abez angkat tangan!