Eh. Apa ni. Da makan tapi lapar lagi. Penat la asik nak makan jek. Tapi makan best. Hurm. Time ni teringat plak tomyam panas-panas baru masak kat foodcourt opis. Makan dengan nasi putih. Fuh sedap.
Oke. Nak cite ape. Ekceli takdela ada cite yang spesifik cume tangan rasa nak menaip. Update terbaru saat ini adalah aku ditinggalkan kedua ibubapa dan adik aku. Mereka tu pergi ikot rombongan ke persatuan flat ke Thailand jalan-jalan. Nape la aku tak ikot ek. Memang bukan kaki jalan kot. Makanya mak request along untuk balik Gombak teman aku yang kesepian dan keseorangan kat umah ni. Hehehe. Sedih jek dgr. Dan haruslah along datang bersama pakej asben sekali. Hohoho.
Makanya memerap je aku kat bilik bila abg ipar dah balik dari main futsal tadi. Oh tadi sempat tgk Maharaja Lawak. Ikotkan aku tak suka follow raja lawak season-season yang lepas, tapi kali ni macam layan je tengok Maharaja Lawak. Maklum la, sume taiko2 raja lawak dihimpun untuk buat lawak pecah perut. Suke sangat dengan Jozan dan Nabil tadi. Mesti diorang presurekan untuk buat lawak yang terbaik sebab diorang memang da berjaya. Memasing da ada filem sendiri, dah berlakon sana sini, da ada show sendiri. Jadi kene la buat yang terbaik supaya orang tak ragui kehebatan mereka kan.
Pape pon aku suke takdelah sampai nak ngundi. Buat bazir kedit aku jek. Kalau diorang menang pon ada ke dia tau aku undi untuk dia? Suke sebab at least bila tgk tu boleh la release tension cikit.
Lama tak cite pasal keje. So far aku keje tempat lama lagi, kat Bangsar. Cume sekarang dah confirm. Jadi kalau nak resign kene 1 bulan notice, kalau dulu dua mingu jek. Wah, tetibe concern pasal notice period kalau nak resign pekes. Ada intention ke. Hahaha.
Haih. Ntah la, semenjak dua menjak ni rasa de-motivated sangat nak gi keje. Kalau dulu semangat je jalan nak gi keje. Gigih dan jayanya aku jalan kaki dari LRT Abdullah Hukum ke opis sambil dalam pale ni pikir nak siapkan keje itu, oh keje ini aku kene buat. Pikir dengan semangat nak siapkan dan letak aim.
Tapi....ada tapinye......huhu
Tapi sejak2 ni adooiiii la, mana ntah gi semangat tu. Rasa2 macam nak resign n cari keje baru tapi bile fikir nak kene go through proses interview segala bagai tu cukup la malas dan lemah. Kalau nak cari keje baru pon aku tanak dalam field yang sama. Aku tak rasa aku cukup minat dan tak rasa kebolehan aku bukan dalam field hardcore recruiting ni.
Dan kalau aku nak keje pon kalau boleh aku tanak dalam recruitment firm jugak. Tapi bila pikir habuan, bidang ni memang menjanjikan habuan yang kachingggg. Tetibe ada bunyi mesin duit shiling kaching dalam kepala ni. Macam bergema-gema.
Takpelah, setakat aku rasa aku boleh tahan lagi keje dalam company tu even sorang demi sorang consultant yang blah dari company tu. Bertahan setakat mana yang aku mampu, bila da tak tahan dengan kerenah2 manusia dalam tu barulah aku adjust kat mana-mana. Best sebenarnya bidang recruiting ni. Cume mungkin aku berada di company yang banyak kerenah dan tiada penyelarasan kerja. Consultant buat macam2 kerja. Buat payroll jugak padahal da ada unit payroll. Takde job specification jadi consultant akan stress dengan keje yang sangat berlambak2. Nak cite lebih2 pon takot korang tak faham tapi mungkin cukuplah dengan aku describekan pembahagian kerja kat company aku tak seimbang. Eh cane eh nak terang. Takpelah korang buat-buat faham jelah.
Dan lagi satu yang buat aku kan tak bermotivasi nak gi kerja sebab aku rasa bos aku tu macam ada tanggapan yang aku ni mesti tak lama keje dengan company dia. Sebabnya aku keje agak lama lah jugak, da dekat 8 bulan tapi business card pon tanak buat untuk aku. Padahal untuk position consultant macam aku ni sangat la perlukan card tu untuk bagi pada candidate dan klien. Budak yang lagi baru dari aku masuk company da boleh dapat card sendiri tapi aku kene la gune card consultant yang da resign yang direcycle untuk jadi kad aku. Boleh la plak dengan gigih dia gi print kecik2 nama aku, nombor tepon dan emel pastu suruh receptionist tu tampal akan kad consultant yang da resign dengan ketas kecik2 tu. Hallo. Aku nak bagi orang pon aku malu kad main tampal2. Sumenye nak jimat. Segala-gala nak recycle sampai consultant sendiri nampak tak profesional.
Ish. Kalau diikutkan banyak jugak la aku makan hati dengan beberapa perangai orang dalam opis tu. Hanya kerana aku nak gaji tiap2 bulan tu la aku bertahan. Keje pon jadi tak ikhlas. Benci. Lagi satu, kalau cuti punyelah payah nak apply. Nak approve tu susah sgt. Tarikh tu la tak blh amek. Tarikh ni la tak boleh amek.
Ha. Ni aku da pening kepala macam mana la aku nak amek cuti untuk Amy kawen 28 May ni. Nampak gayanya macam tak dapat jek join besties gi kenduri kawen Amy. Amy oh amy. Kenapa la ko pilih ujung bulan. Sesungguhnya company aku ni minggu terakhir setiap bulan adalah haram untuk apply cuti. Confirm-confirm takkan lulus punya sebab time tu adalah time bz yang amat sebab nak kene buat gaji staff yang belambak-lambak tu.
Adoiiii. Ke aku kene try je dulu apply untung badan dia approve. Tapi aku berani kerat rambut la yang dia takkan lepas punye sebab dulu aku apply cuti ujung bulan sebab akak aku nak kawen 27 Feb aritu pon manager aku dah bising-bising sound kuat2 sape nak cover keje aku kalau aku cuti. Hok dia. Last2 aku yang beralah tak amek cuti kene la keje ari jumaatsebelum majlis along pada ujung minggu. Aku sacrifice oke.
Itu kakak kandung aku kawen tapi cuti tak lepas inikan pulak kawan. Arghhhh! Tapi aku nak pegi. Tapi aku tau takkan dapat amek cuti. Amy plak nape la jauh sangat ko wat kat Kedah. Eh. Yelah ko orang kedah wat la kat kedah kan.
Okelah. Harap jumpe jalan penyelesaiannya nanti.
Esok sabtu, aku tak keje. Tak dijadualkan untuk keje. Tapi next 2 week ada training ari sabtu. Ape jadahnye la nak training2 lagi ni. Penat la. Training2 pon ramai jek consultant dia yang resign.
Okelah. Mata da kenyit2 tahan ngantok. Nanti ada mood aku update lagi ek.
Eh. Nak btau satu benda. Aku harap2 akak aku pregnant sebab aku tak sabarrrrr nak anak buah. Mak pon selalu je soh aku mesej along tanya along suke pening-pening lately sebab pregnant keer..Ishk mak ni. Tanya la sendiri sebab mak kan mak. Hehhe. Tapi takde la ape2 tanda pon. Doa2 jela ek. Kalau betul la YAHHUU. Ayah mesti suke, takdela nak layan kucing jek.Hekhek~
Daaaaaaaaa~
Hepi weekend you all~
Notes---Entri ni takde la review banyak sangat pasal tajuk pon. Kan.
Notes 2---ooo awok pergi Miri jalan-jalan ek. Oke. Next time bawak ai okeh :P
2 comments:
awk,
rindunye kat awak..
hehehe...
serius..
senyap je ek..
-gapuraputerilee-
ct pot!!!!!!
mane ilang...
sila la update belog supaya saya rasa dekattt je dengan kamu!!
Post a Comment