Ayah umpamanya. Aku dan mak perasan yang ayah telah pamerkan satu feeling yang before ni tak nampak tapi sekarang dah nampak. Haha ayat aku sungguh direct tak reti nak bahasa-bahasakan ayat bagi indah. Masok bulan April ni dah almost sebulan lebih kakak aku menjadi isteri orang. Kalau nak bace sikit review pasal wedding my kakak sila klik sini. Dan selepas kawen kakak aku dah tak tinggal dengan kami, dia tinggal bersama mentuanya.
Mungkin bagi seorang ayah yang dah membesarkan anaknya di depan matanya selama 27 tahun, jadi bila tiba masa dan ketikanya anak tu dah takde depan matanya dia akan rasa kehilangan anak itu. Confirm la kan terasa. Tapi hilang di depan mata bukan di hati.
Dan satu yang aku notice mengenai ayah aku adalah sejak along dah kawen ni, ayah kerap kuarkan dialog-dialog cani:
------along tak datang?
------along kata nak datang along datang tak?
------ayah tunggu along kate nak datang tak jadi ker?
------along kate nak wat kek kat umah along tak datang ker?
------takde msg2 ke na tanya along? (eh ni ayat mak)
Maybe ayah rinduuuu anak dia tapi kan ayah sangat jejanz, mana boleh feeling-feeling drama lebih-lebih kan. Kat drama astro je leh dapat camtu. Ow, mungkin boleh dapat kat umah korang jugak, umah aku jarang. Hehe. Tapi obvious juga ayah rindu dengan anaknya yang sorang tu.
Macam last week, along singgah jap umah sebab bawak mak gi beli barang untuk buat kek. Along singgah je and balik petang tu jugak. Jadi bila ayah balik dari keje maghrib tu mak kata la 'along datang tadi'.
Maybe ayah tak dengar sgt jadi ayah salah absorbed apa yang mak cakap, dia ingat along datang malam karang. Jadi after solat-solat sume dia punyelah tunggu along kat motor depan umah sambil borak2 dengan member2 dia. Bila rasa da cukup lama ayah pon masok dan terus cakap "mana along kata nak datang".
Aku pon terus gelak kate 'ayahhh nii, along dah datang la tadi, along singgah kejap je petang tadi teman mak beli baranggg'---------muke ayah frust tapi cover gelak-gelak.hahaha. kejamnya aku gelakkan ayah aku. huhuhu.
Terus ayah katee----'owh, ayah ingat belom datang, jadi ayah tunggu kat motor'. Ayah gelak cover.
Tapi kan untuk tahap orang macam ayah aku itu sesuatu yang sukar dilihat sebenarnya. Sebab ayah aku ni garang. Kalau nasihat anak nadanya tegas. Dan macam berbentuk arahan yang harus dipatuhi. Mungkin kerana cara ayah dibesarkan oleh atok pon atok garang, jadi ayah terbiasa dengan cara itu.
Tapi aku tau. Ayah ada cara dia yang tersendiri untuk pamer kasih dan sayang dia pada anak-anak dia. Dalam ape hal sekalipun, ayah akan pastikan anak-anak dia sentiasa secure, even cara ayah cakap macam tegas tapi aku tau yang dalam hati dia dia sebenarnya hanya nak pastikan anak-anak buat something in the right way. Ayah nak pastikan 1st attempt kami dalam buat apa-apa pon perkara adalah attempt yang berjaya. Ayah tegas dalam hal tu.
Jadi untuk seorang yang tegas bukan mudah untuk lihat kasih sayangnya secara zahir. Jadi bila ayah sentiasa tanya 'bila along nak datang' or 'along tak datang ke' aku tau itu adalah ayat yang menggantikan ayat-ayat cliche seperti 'ayah rindu along' yang mungkin dituturkan oleh ayah orang lain.
Dan bagi aku, seorang lagi anak yang dibesarkan depan mata ayah aku untuk tempoh almost 25 tahun ni, apa yang ayah pamerkan lately ni jelas menunjukkan kasih sayang dia pada along, pada anak dia. Even bukan tunjuk secara direct tapi aku boleh detect. tettttt. kantoi sudaaa!
Ayah you are sooo sweet-lah. :P
Dan sejak along kawen ni aku pon mangsa rindu pada along jugak, bezanya aku takdelah cover macho macam ayah untuk cover-cover rasa rhenduu kan. hehe. Zahirkan saja rasa ituwww. Sonang!
Seperti ini. Tunjukkan sajjee.
Saya sayang along saya!
Inilah lelaki yang suke cover macho tanak tunjuk feeling lebey-lebey tu, tapi suda kantoi jugee...huhhuuhhuu~
Ini gambar raya tahun lepas. Ayah kalau balik kampung memang akan bersih segalo somak samun belakang umah wan. Kitorang tolong posing aja. Masa ini si kakak masih single mingle. Sayang ayah aku sangat-sangat! Terima kasih kerana memberikan kehidupan kepada kami adik beradik.
----sekian saja untuk kali ini----
aku ni kalau cakap bab famili nak bergenang aje. sebab sayang beno. maklum lah budak chembeng. hahaha.
.
.
.
.
Note---bila tgk kawan-kawan baik aku ada yang da ada anak kecil, da ada famili rasa tak sabar plak nak kawen kan. cane agaknya aku jadi mak. garang jugak ker?? haha. ada kemungkinan kot. hohohoho.
Note---agaknya macam mana la ayahkan kalau aku dah kahwen nanti dan kene duduk jauh. mesti aku nangis ari-ari sebab aku tak penah jauh dengan famili. tak suke situasi ini! tak suke tak suke! hukhuk ;( mesti akan rindu ayah sangat2. eh2. mata da panas baik ciow. bye!
8 comments:
tapi kan ona, mmg bile lepas belajar ni rase sangggggaaat lah sunyi....huhuhu... x de sape dah nk teman borak...ona ok lah jugak duk dekat ngan family....fira lagi lah x de sesape...
Huhu...pepagi bc n3 tacing2 nih...seb baek kt opis suda...kalo kt umah berderai air mato den tau. Sumer org akan laluinya....
nice entry. =)
fira----kan fira kan..sunyi gileee..
rasa hidup ni pegi keje balik keje. pegi keje balik keje. rutin yg bosan...
sebab tu awak kene kawen cepatttt. baru tak sunyiii..hehe..
milo kan ada sbg peneman..tp milo tu tak leh cakap! huhu~
kak ila----jgn nanges jgn nanges..mentenn..
nanti comot eyeliner..huhu..
fajar---nanti fajar kawen akak tau sape yg rinduuu...akish awak laaaa...huhuhu
Agaknya...camtu lah akk nnt bila Sara dah kawen ek? Huhu...
uish..klu sara kawen akak bkn mcm ni tp lebih dr ni..
bonding mak dgn anak p0mpuan lagiiii rapat.jd lg sodih.huhu
Post a Comment