Thursday, July 22, 2010

Aku tau (dan kamu juga tahu). Jadi jgn buat2 tak tahu.

.
Aku tau (dan kamu juga tahu) tak mudah untuk berjaya. Kata-kata cliche berkaitan motivasi yang selalu aku dengar dari kecil iaitu 'bukan senang untuk senang'. Dan aku ulang dalam nada yang agak keras pada diri aku sendiri .....'ONA, BUKAN SENANG UNTUK SENANG!!!'

Mungkin bagi certain orang, tuhan kurniakan tuah dan senang kate mungkin dia bernasib baik. Ada juga orang yang sebelum ini tuhan telah menguji dia dengan pelbagai ujian dan oleh sebab tu tuhan bagi dia nikmat dengan mempermudahkan urusan dia. Atau juga mungkin ada orang yang tuhan berikan dia segala nikmat dunia untuk melihat sejauh mane hambanya bersyukur dan menyedari semua nikmat itu datang dariNya dan dariNya juga nikmat itu boleh hilang sekelip mata.

Ada yang telah menikmati dunia yang indah, namun masih tetap bersungut mengatakan hidupnya tidak seindah orang lain. Mungkin dia sekadar mendongakkan kepala ke atas dan melihat insan yang jauh lebih bertuah dari dirinya, yang jauh lebih kaya, jauh lebih senang dari hidupnya. Sebab itu dia bersungut dan meratapi kehidupan dirasakan tidak seindah orang lain. Tapi mungkin satu hari nanti tuhan membuka pintu hatinya untuk menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat kehidupan insan yang lebih perit darinya, yang jauh lebih sempit, lebih susah, lebih perih, barulah dia akan terus terduduk dan mensyukuri nikmat yang tuhan berikan.

Hidup umpama roda. Jika hari ini kau buat jahat, entah esok lusa kau akan timpa musibah. Namun tidak ramai manusia yang cerdik akalnya untuk berfikir dengan me-relate-kan perbuatan jahatnya dengan musibah yang menimpa. Yang dipersalahkan persekitaran atau mana2 pihak yang boleh dipersalahkan. Nyata manusia pada hari ini menggunakan otak dengan kadar yang sangat minimum (bukan optimum).

Engkau bersungut dengan mengatakan kerja engkau begini, engkau stress dengan kerja itu, engkau fedap dengan tugas itu, engkau tak tahan dengan tugas yang bukan tugas hakiki engkau. Namun, cuba engkau toleh pada individu yang hampir pada kau. Nyata tugas yang digalasnya adalah lebih complicated, tertekan, bosan dari kerja kau. Namun, dia tetap redha kerana fikir inilah rezeki yang tuhan berikan.

Esok, aku akan ber-interview lagi, yang ntah ke berapa kali pon aku tak tau sbb tak penah kire. Interview besepah jek pegi. Tapi yang sangkutnya--haram takde. Puas aku geledah tempat2 yang ada keje kosong. Submit resume sana sini. Semua keja kerani capok pon aku try. Yelah, fresh grad mana boleh demand. Tapi hasilnya sangat mengecewakan. Semua senyap camtu jek. Negatif feedback aku terima. Aku tak tau mana silapnya. Terok sangat ke aku masa interview? Ntah, aku pon tak tau mcm mane prestasi sendiri mase interview.

Persediaan untuk interview besok, aku pergi cari tempat tu sehari sebelum supaya takdelah melilau sana sini cari tempat interview sampai berpeluh satu badan sebab tak jumpa2. Appearance pon kene jaga kan, kan itu first impression. Badan bau tengik susah jugak nak dapat keje. (Yang pasti badan aku wangi oke). Plus biarlah sampai tempat tu awal sebab da tau tempat tu kat mane.

Perjalanan ke sana aku naik LRT. Dan alhamdulillah jumpa tempat tu. Even kene jalan jauh dari stesen LRT, tapi redah jek. Kan bukan senang nak senang. Masa OTW balik, insan yang teman aku pergi survey tempat ni suddenly berkata 'Kalau nak tengok ragam sebenar kehidupan, naik lah public transport cam ni'.

Then aku toleh sekeliling aku nampak:

--Dua orang makcik umur area 40-an. For sure da kawen, ade laki n anak paling kurang 3 orang. Masa tu pukul 11 malam. Then aku terfikir tabahkan makcik2 ni cari rezeki balik nak dekat pukul 12 baru sampai umah. Kehidupan dia tak sesenang isteri2 menteri yang dapat set rambut tinggi 1 depa, pakai baju mahal2 sulam berlian swarovski, ade orang gaji sampai sepuloh, pergi kemana2 berjemput berhantar dengan driver, pastu tolong laki cilok duit rakyat untuk masok dalam carta bilionnaire dunia dan tunai hajat nak bina lagi 7 unit banglo yang furniture sume imported, arkitek plak import luar negara, lubang untuk takung berak pon harga riban-riban, jubin lantai letak paling mahal didunia spy nanti bila bini2 menteri lain dating umah mase housewarming leh cakap riak2. (hamek kao takde pus-stop). Maaf ter-emo. Sebab aku rakyat yang tertindas dengan politik kotor yang tak pernah bersih.

Owh, aku cam da melalut. Topik cam da tersasar. Tapi ekceli entri kali tiada isu khusus. Lebih kepada isi hati yang kecamok and celaru bagai gelimpangan ikan cencaru kat pasar. Jadi apa yang terlintas di kepada hotak akan diluahkan. Sebelum ini tiada mood untuk update. Tapi bila da menaip cam tanak benti. Adakah ini sejenis penyakit.

Berbalik kepada isu aku akan berinterview besok. Aku harap rezeki melekat. Bila difikir-fikirkan balik, sume ini mungkin bahana sebab suka tido balik after subuh. Sebab tu rezeki tak berapa nak mudah. Jadi anak dara berkarat kat umah ni. Mungkin da tiba masanya untuk aku ubah cikit perangai tidak senonoh itu.

Aku tau tak senang untuk senang. Isnin lepas pon aku baru je attend satu lagi interview kat ampang, Careerexcell. Lepas interview kat situ lunch dengan dalila. Oh, dalila juga interview di careerexcell cuma dia kol 10 aku kol 11. So after inteview kami lunch, dan memandangkan aku penganggur terhebat aku teman dalila pegi lagi satu interbiu kat area ampang jugak. Lepas sudah segala interbiu punya hal, kami lepak untuk sharing dan borak2. Maklum aje ler, lama tak jumpa. Macam2 borak, dari duduk kat tepi tangga until la cari spot menarik nak pi basah tekak. Dal kate, susah2 sangat nak cari kerja sambung master jelah.

Master?? Ade dalam perancangan hidup. Cume bila nak dilaksanakan tak pasti lagi. Yang penting bukan dalam masa terdekat. Sebab for this moment, aku mmg nak cari experience kerja. Even sambung master pon klu pengalaman zero hero, still takde value gak. Short term goal aku sekarang adalah untuk dapatkan keje sebelum raya. Sebab aku taknak jadi clueless dan malu2 ayam bila makcik pakcik sedara tanya soalan cepuk cemas 'da keje???'. Belah mak 11 orang adik beradik, belah ayah 6 orang, campor ipar duai mak ayah da kire double da tu, campor cousins dua2 belah lagi, ramai woOOo, klu sume dok pakat tanya da keje ke belom, jangan salahkan aku kalau ade muke merah kene penampar atau pelempang. (untuk penganggur gemilang cam aku soalan itu sensitip dan kasor bunyinye). Maaf emo lagi.

Tadi mesej2 dengan shida shanley tanya pasal ujian kecergasan yang dia pergi untuk keje gomen. Borak2 dengan shida, dapatlah aku positifkan diri. Betul jugak, baru 2 bulan menganggur jadi jangan nak aspect yang indah2. Orang yang da ade kerjaya best2 pon bermula dengan susah jugak. Bukannya lepas grad terus pelepup dapat kerja gaji riban2 dan tak payah fikir keje lain sbb da stabil. Sume orang pon lalui proses yang sama. Atau mungkin yang bernasib baik lain lah kan. Mostly senior HR aku yang keje yang company mantop2 pon after setahun grad baru dapat masuk that company. Meaning they started dengan susah then baru senang cikit.

Jadi ona, bukak mata bukak minda bukak hati tapi tidak bukak baju (buruk padahnya nanti). Tuhan bagi cabaran hidup yang ciputtt ni jek engko da mengeluh da give up da down. Jadi cuba positifkan diri dengan teori2 di atas, jangan putus doa padaNya dan usaha tanpa give up. Satu hari nanti, bila engkau kenangkan balik jerit perit nih, engkau akan tersenyum kerana kejayaan kau pada masa itu adalah berkat jerit perih tu. Janganlah difikir dan dikesalkan perkara lepas, looking forward and moving forward.

Aku mohon pada Mu Ya Allah, kau permudahkan dan permurahkanlah rezeki hambamu ini. Begitu juga buat sahabat2 ku yang lain. Sesungguhnya aku tak sabar untuk berbakti pada ayah dan mak yang telah banyak berkorban tenaga dan harta untuk aku. Aku bukanlah lahir dari kalangan orang yang senang, namun aku berhasrat untuk menyenangkan kedua ibubapaku dengan usahaku.

AMIN~
.
.
.
.

lama tak berjumpa dal. borak mmg tak hengat~


masa teman dal pi interview kat satu lagi tempat.
HOAAA. company ni marveles. working hours menarik!


masa makan ni tetiba dal kate 'bestkan klu sume2 ade'.
uwaaaa..rindu kalian jugak. bila mao hang out~

::jam sudah pukul 3. saya perlu tido kerana hesok ada interview lagi. doakan moga2 yang ini sangkut yep::
::klu mood saya oke esok, pas interview saya akan cite plak ape pengalaman interview kali ni, mane tau company tu accept terus ke. muga2. tapi klu ini pon fail, taper2, kene positip ona, kan da kate, BUKAN SENANG NAK SENANG::
.

Saturday, July 17, 2010

Nenda~


Banyak yang ingin aku luahkan. Da bersusun karangan 10 perenggan, tapi ntah kenapa semuanya jadi tersekat. Dan aku delete semuanya sampai yang tinggal hanya skrin putih. Aku tau kalau aku luahkan entah apa spekulasi orang. Dan aku tau ianya akan hanya meng-worse-kan keadaan.

Lama aku tak update blog, bukan hilang ntah ke mana. Tapi terlalu banyak perkara yang nak diluah sampai aku jadi malas nak menulis. Bila jari da kat keyboard, berlumba2 idea nak tulis. Pening aku dengan idea yang berebut tak tentu pasal tu terus bantutkan mood aku.

Ye mood. Mood sejak akhir2 ni swing macam buaian. Cam nak mengamok jek rupe-rupenya nak period. 'Patot-lah'. Susah jadi perempuan, tiap bulan jadi temper tak tentu pasal. Mujur tahap aku leh kawal lagi. Jarang sangat nak temper sangat. Yeke?? Ntah.

Besok nak balik kampong. Pagi tadi makngah kol mak. Kate makngah wan da meracau-racau. Dia wat ayat 'kakak mak datang jengok', 'si polan ni datang jengok mak'. Padahal yang wan sebut semua tu da takde kat dunia. Keadaan wan mmg da uzur. Risau aku. Semoga wan makin sihat. Aku doa wan main sihat even nyanyok dia makin teruk.

Dulu masa wan sihat, wan rajin sangat masak itu ini untuk kitorang. Paling feveret kadang2 petang2 wan wat megi. Megi wan sangat special. Macam2 wan letak lam megi, ikan bilis, bawang byk2, kobis, karot, kacang panjang. Pastu wan tambah rencah sendiri lebih2. Best. Kitorang sama2 sepupu akan rebut2 makan. Ended dengan air teh. Peh. Tapi tu dulu mase wan sihat. Sekarang wan da terlantar sakit.

Tiada lain melain kan aku doakan wan aku sembuh dan makin sembuh.


~wan~

::owh, pasan something tak?? tak pasan ker? pasan kan? ala, layout blog ni. barukan::
::haha. sebenarnya lama dah nak cari cenggini. simple. mmg suke sangat sebab nampak smart::
::rupenya ubah kat setting jek::
::tnx for mr hiro sbb ajar::

'uh, kembali bermood untuk berblogging'



.

Monday, July 12, 2010

Bukan untuk aku~

:
esok. hari pertama kuliah.
tapi bukan untuk aku.
untuk bdk2 U
dan semestinya untuk budak2 UPM juge
lebih spesifik
budak kolej canselor kecintaan aku

jadi
ucapan
SELAMAT BERKULIAH
yg teristimewa untuk blogger-yang-suke-singgah
dan penah-singgah
(dan juga suke tinggalkan komen. weeeee.....)
di silent-monologue ini iaitu:
Nurthurayya
Annurul Aida
Cik Ipah Ungu kite
AjaqFreak
tak lupa cik Fajar Suria (dearest kazen)

::feels sekarang adalah mao kembali ke kolej, kemas2 bilik, mop2 bilik, pasang cadar, kemas beg, susun buku, pastu planning esok ponteng kelas. YIHAAA~::
::tapi tu sume takkan berlaku::
siyes rindu UPM okeeeee!!!!
time machine, pliz bring me to the 2 years past



6 tahun aku di sini. sangat haru dan terharu.
6 tahun klu ade anak da jadi org da, da masuk tadika pon.
sayang kamu U-PI-EM




dan yang paling paling paling aku sayang.
kamu.
ye kamu KC.
kolej canselor (kene sebut ikot cara rahim cakap KHOLEJJJ)
terlalu lalu lalu lalu saat haru biru dan terharu aku di sini
mucho2 labbiu

,

Friday, July 9, 2010

Status i kat facebook uolls~like tak?

:
come on la

kat blog lu, lu perli gua

kat fb lu, lu perli gua jugak

(kat friendster lu tanak perli ker?)

gua tau lu tuju kat gua

klu lu da tak puas ati sangat lu maki je gua

gua leh tadah telinga la dengar

lu tak payah nak canang satu malaysia la

lu nak orang fikir gua jahat kan

yela

klu lu nak wat annoucement lu tulis je direct

gua cover crite peribadi gua

sebab gua respect lu

tapi payah lah lu
.
.
.
ni status gua kat facebook. memandangkan gua da remove lu so lu bace dari sini je k.



come la: move on la
sorri. gua pon manusia
klu lu nak maki gua
just private message gua kat fb
gua kan jobless. 24jam depan laptop

.
.
nak tambah cikit lg
macam gua tak paham, gua faham maksud status lu
lagi satu tak sudah2 lu bagi alasan lapok
klu lu da tulis tu lu ade niat la tu
gua bukan bodoh
(gua try jd kawan lu, tp lu buat gua jadi lu macam musuh)
so lu terima jela k
.
.
meh gua remove sume benda yg boleh gua remove
.
.

Thursday, July 8, 2010

Emak is now 54~

]

4 July.....
Its Puan Emak punya birthday
so hepi birthday my dearest mommi
MUUUAAAHHH~



'Emak is now 54 years'


Bersama birthday girl. Erkk.??!! Girl?
Emak: Ala, takbley senyum lebar2, nti nampak kedut.
Me: Tak senyum pon mmg kedut ape mak. ehehe

Budak ini makin boncet

Incik Ayah, pandai ek wat lawak arituu dpn menantu. Ahaha.

Along dan Incik Tunangnye. The main planner, abg mukmin. Well done. Ehehe
.
.
.
.
.
.

Mak, thanx for eveything~ Mucho2 lab u~
.
.
.
.
luv,
me
from:
anakmu yg idong kombang senyum kambing nih~

.

Wednesday, July 7, 2010

Happy birthday to Noor Shafira anak pak Rashid. Weeeeee~

{

Arini 7 Julai 2010

before ni

24 tahun yang lepas

iaitu pada 7 Julai 1986

ade sorang baby lahir

namanya

Noor Shafira Noor Rashid


yeay~

maka today besday dia

so saya nak ucap pada awak

1. Semoga Allah berikan yang terbaik dalam kehidupan awak.
2. Semoga berjaya mencapai impian hidup awak.
3. Semoga awak berbahagia dengan Mr Shafiq sampai hujung nyawa. Happily ever after gitu.
4. Semoga persahabatan kite takkan putus. Happily frenship 4 ever jugak.
5. Jangan lupekan kenangan2 kite dalam 7dwarfs oke. Itu mesti.
6. Kawen kene jemput n saya kene orang fes yang tau. Hehe. Nanti kite pi serang kenduri kawen amy next year oke. Kene bawak telor n tepung sebab da penah btau kat dal sape yang kawen dulu kene serangan mase atas pelamin. So standby oke.
7. Semoga berbahagia dengan mama, abah n adek beradik awak. Suke awak ade famili besarr..hehe

stakat ni itu je wish
jika ade pertambahan akan diupdate later
ehehe

once again awak
HAPPPYYYYY 24TH BIRTHDAAYYYYYYY


luv,
me
(^.^)

Thursday, July 1, 2010

'Ku Ingin Setia', so setialah~

f
Currently aku suke dengar lagu ni

'Ku Ingin Setia'
dari
Armada Band

sebelum tido mesti kene layan dl lagu ni until ngantok dan ZzzZzz

so,

dengarlah (taktau la korang da penah dgr ke tak)





click ini untuk lirik lagu oke~

::oke::
::babai::

luv,
me
(".)

g