Friday, February 17, 2012

Future bedroom


Wak-wak, kalau anak kita ramai nanti kita wat bilik camni lah eh.

hik-hik-hik 

(^.^)v



sumber gambar crdt to fb

Wednesday, February 15, 2012


Ya Allah, aku anggap ini sebagai cabaran alam pertunangan.

Tabahkanlah. Tenangkanlah hati aku dan permudahkanlah segalanya Ya Allah.

Amin. 

Risau

Pukul 4.04am.

Saya tak dapat tidur. Eh bukan, saya nak tidur tapi saya tak boleh tidur, saya perlu berjaga. Saya tengah struggle untuk membeli tiket promotion Air Asia.

After majlis bertunang tu, my biggest fear untuk majlis perkahwinan ini adalah membeli tiket untuk majlis bertandang sebelah laki which is di Kuching Sarawak. Kalau beli untuk diri sendiri sahaja takpe, takde lah rasa takot sangat tp ni sebab nak beli untuk semua sanak saudara, uncle, aunties, kawan2 ayah yg nak ikot jugak, membuatkan aku rasa sangat gelebah. 

Gelebah itu boleh jadi sebab proses nak gather maklumat. 

Untuk belah mak, mak ada 11 adik beradik
Untuk belah ayah, ayah ada 6 adik beradik
Ayah kata ada pakcik makcik kat flat ni nak join rombongan
Mak mentua n ayah mentua along pon kate nak join. 
Pakcik makcik tu belom aku double kan termasuk suami/isteri masing-masing, anak-anak lagi.

Jadi nak kumpulkan maklumat sape nak gi, sape taknak gi, sape yg nak gi tapi nak beli tiket sendiri or sape yg belum boleh wat decision sebab majlis jauh lagi, itu satu cabaran untuk aku.

Setakat ni harga tiket paling murah aku da dapat pergi balik campur cukai sume adalah RM58.00.

Yup RM58 je. Ni da kira murah dah ni.

Jadi malam ni dah survey n inform sume pakcik makcik. Mujur la ada fesbuk ni n mujur ada page khas famili, jadi aku tepekkan je maklumat kat situ n sume leh discuss situ. 


Sinilah tempat saya gather maklumat penting yg saya perlukan dari sanak saudara.


Oklah, aku rasa its time untuk aku tidur. Dah la baru baik sakit, baru kuar wad, tapi balik kpd perangai lama suke tidur lambat. haha. Mane tak sakit.

A ah kan, hajat di hati nak cite pasal aku sakit sampai kene admitted kat hospital. Tapi tak cite2 plak. Ni aku masih MC until rabu. Heaven gile dok umah tak payah fikir kerja. Kuar hospital sabtu, doctor bagi MC sampai rabu, best gilooo.. tu yg aku mampu until nak kol 5 ni masih berjage ni. 

K. Mata da layu.

Aku harap dan berdoa sangat urusan perkahwinan aku, urusan untuk beli tiket ni dipermudahkan oleh Allah. Aku doa sangat. Amin. 

note: kejap gune saya, kejap aku, nampak sangat gelabah.kiki

Sunday, February 12, 2012

Approval

untuk kawan-kawan di opis, saya selesa dengan hanya meng-approve-kan friend request dari orang-orang yang saya percaya adalah merupakan 'kawan' yg saya boleh percayai keikhlasan meraka. maaflah kalau nak kata sombong setakat facebook pon tak nak approve tapi sebab saya rasa terlalu banyak yang talam dua muka di opis tu menyebabkan saya serik untuk mandai-mandai je approve sesape.

sekian. salam. 

Saturday, January 21, 2012

Quotes


"A successful marriage 

requires falling in loves many times,

but

always with the same person"




quote taken from best quotes

Monday, January 16, 2012

Nothing's gonna change..


Hari tu pergi jalan2 di Jusco, suddenly jusco pasang lagu ni. Sangat ni sangat familiar, maklum la lagu evergreen cuma pada masa tu tak tau plak tajuk dia apa. (Tak pasti tak tau ke lupe). Terus tanya pada mak apa tajuk dia. Adoi time tu pon mak ingat lupa2. Biasa la lagi kita paksa otak untuk fikir kadang-kadang lagi susah untuk kita ingat. Sebab sometimes happened to me :)


Nak tuju lagu ini pada tunang tersayang lah! 

Nothing's gonna change my love for you (cewaah!)


Sunday, January 1, 2012

Hai 2012, Bye 2011. Macam mane 2011 aku tamat!


Hai 2012 and bye bye 2011.

Aku end up kan 2011 ni dengan:

Hari ini almost kehilangan henfon cokia ku ini. Sebab tertinggal dalam teksi masa balik umah after keje tadi. Sedar-sedar sampai umah 'mane henfon aku?'

Cari-cari terus rasa konfiden yg hp tertinggal dalam teksi. Tp time tu cam rilex (kenapa aku cakap rilex sbb aku dalam famili bila benda2 cani jadi aku la paling gelebah dl n sure2 bergenang berjurai2 sepatutnya). Tapi leh je wat2 bodo untiil adik aku pon kate kenapa ko cam rileks je.

Sebab dalam hati pasrah je. Kate 'kalau betul pakcik tu niat nak amek terus buat harta, kol la cane pon mesti dia tak angkat, tp kalau dia betul nak bagi balik mesti dia kol/jawab kol aku kan. So time tu serah jela pada rezeki. Sekali bila kol untuk yang ke berapa kali ntah suddenly ada makcik jawab.

'nak, awak tertinggal henfon ye dalam teksi pakcik td'


'a ah makcik, saya tertinggal, maaf la makcik'


'ok, meh datang amek. anak tinggal kat area sini je kan, makcik tinggal dekat ni je kat bla bla bla' -makcik pon bg alamat umah.

Berdesup ajak adik yg tak mandi lagi pi cari umah makcik tu.

Then, yeay!!!! Jumpe balik hp tu.

Alhamdullilah, masih rezeki masih berjodoh dengan hp tu..
Huhu, belom ready nak tukar henfon, sebab takde lam plan nak tukar hp baru.
Lagi pon duit byk nak saving untuk kawen ni, jadi tak nak beli hp.

Alhamdullillah syukur sgt2 pada Allah!

Hari ni adik kate hari suweeyyy aku. Aku end up 2011 harini dengan macam2 hal.

1. Hp almost hilang.
2. Then masa ngah cari umah makcik tu, masa adik nak U-turn, arrgghhhhh dia tergesel kete orang! Then kete sendiri calar sikit tapi tak nampak sgt.
terus kua dialog:
'na, ko jgn btau ayah na kete calar, tak penah aku calarkan kete org ni, first time'
'ye, ko simpan rahsia aku aku simpan rahsia ko, jgn btau ayah jugak akak hilang hp, mau 7 keturunan dia membebel nanti!'
'ok set!'

3. Then, masa otw balik umah after amek hp, lalu kedai tepi jalan, tetiba rak roti kedai tu jatuh masa kitorang betul2 pass by kedai tu. Kedai tu kat belah kiri la, belah aku, kitorang lalu je (kitorang dalam kete la masa ni), terus rak tu jatuh.


'haha. ko mmg malang la arini'
'waaaaaa, aku tanak gi mana2 la arini, takott, nak dok umah je!'

4. Then balik umah, petik je lampu dapor 'popppp'-----lampu dapor terbakar padahal baru lepas tukar mentol!

Apekah!!!!!

Ok, perlu doa banyak2!

Anyway,masa taip entry 2011 dah pon berlalu dan 2012 dah pon menjengah.
Selamat tahun baru semua!

Tahun 2012 ni macam2 benda yang akan jadi, my besties ramai yg nak kawen this year! And mesti la including me. Moga2 Allah permudahkan semuanya. Ya allah, peliharalah hubungan aku dan tunangku sehingga ke hari bahagia kami dan juga hingga akhir hayat kami, permudahkanlah urusan persiapan kami nanti. Kurniakanlah rezeki yang murah buat kami! Semoga kerjaya aku pon makin ok. Semoga aku masih bertahan keje dengan company sekarang ni. Semoga makin hepi hepi hepi dengan famili. Semoga along selamat bersalin nanti n semoga anak buah aku selamat dilahirkan ke dunia ini. Tak sabar!

Amin.

HAPPPY NEWWW YEAR UOLLLLS!!!!!