Tetibe tibe setelah berkurun lamanya, malam ni datang plak mood nak update blog. Wow. Lama sangat tak update blog kot. Nway ikotkan memang tak ada apa sangat cerita yang best nak story. Kalau hari-hari pasal repekan jiwa pon naik bosan dan mual plak readers kan.
Tapi sepanjang ketidak-hapdetan blog ni macam-macam jugak la yang berlaku dalam idop aku. The most inportant things yang berlaku adalah wedding kakak aku. Satu-satunya kakak yang tershayang dah selamat menjadi isteri orang. Dinikahkan pada 26 Februari 2011 dan persandingan pada keesokkan harinya. Tetamu Alhamdulillah ramai, seperti yang ayah harapkan. Ayah kate alang-alang nak jamu orang makan, biar datang ramai-ramai. Majlis buat depan umah ni je. Kawasan flat aku ni masih amalkan masak secara gotong-royong, jadi masakan yang dimasak memang sedap. Ramai yang puji. Aku pon tak dapat la nak membayangkan macam mane la sedapnya sebab makan pon pakai jamah-jamah je masa aritu. Tu pon da lewat petang baru la masuk nasik dalam perut, tu pon baru tiga kali suap DJ dan buat announcement soh famili masuk dewan untuk sesi bergambar. Takpelah nama pon da tuan rumah kan, kalau ko nak sentap makanan lama-lama tak telayan la tetamu kan.
Thanks pada yang hadir. Thanks pada Shida datang, Maziah juga. Dan pada kawan2 sekolah bai and husband, jijah, shida shafiin, nisa. Geng opismet Aimie, pastu Maria dengan laki dan anaknya. Aimie kate betambah eh laki ko makan. Makan-makan memang soh korang datang makan kenyang-kenyang pon.
Along nikah kat dalam dewan depan umah ni, depan pelamin idaman dia. Sampai hajat dia untuk nikah atas pelamin yang dia sangat suka tu. Dan aku sangat touch bile Along selamat dinikahkan. Huhu. Ada orang da curik along saya. Sape lagi yang aku ada untuk borak malam-malam, sapa lagi nak layan aku merepek melawak, sape lagi nak wat teman gado, sape lagi tempat aku tanya pendapat itu ini, pakai baju baru depan mata along tanya
'oke tak, oke tak long?'. Pastu kalau pagi aku mesti terjaga bila time along bersiap-siap nak gi sekolah sebab along akan bangun dulu dan bersiap lebih awal sebab cikgu kan, masok keje pon awal kene la siap awal. Jadi by the time along ketang ketung bersiap tu aku pon terjaga just in time untuk aku bersiap-siap gi keje plak. Jadi sekarang da takde along-yang-siap-ketang-ketung-pagi-pagi-sampai-aku-terjaga. Huwaaaaa. Sedih plak.
Takpelah, along pon da menjumpai kebahagiaan idopnye. Masa majlis sanding along, along pakai baju baby blue dan dia nampak cantik sangat. Dan semalam selesai plak majlis bertandang ke belah pihak lelaki, along pakai baju putih. Pas kawen along akan duduk beberapa bulan kat umah mak mentua dia, then maybe akan apply kuaters guru kot.
Aku doakan along berbahagia sampai ke akhir hayatnya bersama suaminya abang Mu'min a.k.a Amin. Abg amin welcome to the famili. Cepat bagi saya anak buwah ye. Ngehngeh. Mereka berdua sekarang ni ngah honey the moon! Feeling pengantin baru masih baru haruslah honeymoon. Ole-oleh sila beli banyak-banyak yep!
Mau upload gambar tapi tak banyak gambar dapat lagi. Adelah dari fesbuk2 orang lain. Masa hari kejadian memang tak menyempat nak amek gmbr. Rasanya macam tak banyak je gambar aku. Hishh. Rugi-rugi gambar aku tak banyak. Tapi haruslah kan bukan aku yang pengantin kenapa plak aku nak kene enterprem. Hehhehe.
Okelah. Abez cite bab wedding along. Fokus plak cite diri sendiri. Oyeah! Hari ini apply cuti 15 dan 16 Mac. Pastu tadi before balik dapat email dari bos cuti aku APPROVED! Yippiiii. Punyalah riso sebab tak tau nak bagi alasan ape untuk apply cuti. Bos aku bukan leh time alasan 'personal matters' ni kalau nak apply cuti. Dia nak alasan yang solid molid. Tapi tadi da terdesak takot lambat sangat apply cuti jadi hentam je letak alasan 'PERSONAL MATTERS-ACCOMPANY A FRIEND'. Tetibe approved plak tanpa di-investigate oleh bos. Yeah yeah. Tepuk tepuk kuat kuat sebab suka dan lega. Tapi tadi masa bertembung dengan bos kat mesin fotostat bos sengih2 tanya;
Bos: Mau pigi mana haaa. Mau teman siape haaa.
Aku: Adelah. (sengih lebar-lebar lawan sengih dia, nak korek lettuw)
Bos: Siapa? Jantina?
Aku: Rahsiaaaa.
Hahaha. Sebok je bos mau tau. Tak bleh tak bleh tau nanti kecoh dia btau satu opis. Tapi aku tau dia takkan puas atinya kalau tak tau mana aku nak gi sebenarnya. Hurmm..cuti da approved. Settle satu hal. Jadi ready jela jumpe orang ituww. Hehhe. Lama beno tak jumpe. Last jumpe masa konvo ek. Sebbek le ada cuti sekolah leh la dia datang semenanjung jumpa aku. Kalau tak simpan jela diam-diam sume rasa dalam hati. Wah. Kene plan cuti baik-baik ni sebab setiap hari harus dimanfaatkan dengan aktiviti yang akan jadi seribu satu makna.
Okelah nak tepek benerapa gambar kawen along. Ni jela yang adoo. Sila la enjoy ek.
Inilah pelamin angan kakak ku yang menjadi kenyatan. cantikkan kan. ni belom ada cahaya sportlight dari videografer, bila ada lagi tambah cantik sebab lighthing dia vogue the vas!
ni plak malam nikah. da macam artis bagai plak guna mic segala ni. along duduk di apit mak dan mak mentuanya dan bestiesnya.
bapak ku the bapak pengantin. ayah mata kenyit-kenyit masa baca paper tu sebab tak nampak tulisan rabun dekat la pulak. lupe plak ayah nak bawak spek. adoila ayahku. hehehe. apa yg ayah bace ekceli tu eh? lafaz ape tu eh? tak teralert plak masa tu sebab leka tgk along atas pelamin.
abang iparku. laki kakaku. menantu mak ayah ku. sekali lafaz selamat jadi suami kakak aku. alhamdullilah.
bini orang sudaa
famili sudah bertambah lagi sorang
weeeee. ini plak masa hari persandingan keesokkannya. along pakai baju warna baby blue. cantik sgt!
gambar ini curik dari album shida. boleh ek shida. mintak izin dah kaf fb. credit to shidalah for this pic.
ini gambar along dan bestiesnyeeee. kak aida, nini dan a ai!
wiwit! lomantik!
oke mari bergerak plak ke majlis bertandang belah pihak laki plak. seminggu jugak abang ipor duduk umah kami then after majlis bertandang along plak duduk umah mak mentuanya. gambar atas ni masa berarak nak masok dewan. alamak, aku kat belakang tu tunduk plak. kene jadi dayang pegang kain.
after berarak terus naik atas pentas untuk makan beradap. tak best makan tempat ekslusif ni. tak kenyang makan. tak dapat guna tangan. jadi makan pakai ado je nak isi perut. sebbek la aku da melantak dl before kua umah. selamat! hehe
tema along pada belah lakinya adalah putih suci gituw!
kami
bergmbar dengan famili belah mak. masa ni incik potografer soh sume buat 'syuhhh'. kene dengan pakcik2 aku yang tabligh tu mau nak dilayannya. hehehehe. tp best sebab dapat gmbr puas2 dengan famili.
abg amin-ayah-mak-along
dan suke suke suke suke sangat dengan gambar ini!!!! harus letak XL size. sayang along!
oh yea. nampak tak bunga tangan along tu. aku le yang buat. bukan nak kate la tapi aku rasa aku ada la sipi-sipi bakat dalam menggubah bunga ni. hiasan bilik pengantin aku yg buat, hias dengan fresh flower kat kepala katil and gubah bunga untuk hias atas meja. then meja makan beradap pon keje aku jugak. nantilah aku citekan dalam next entri k pasal aku first time gubah2 bunga ni. bagi aku yg first time ni la lawa lah kot. nanti aku ceritakan k sebab nak upload gmbr pon gmbr lam kamera along, kamera along plak dia bawak pi honeymoon. so nantilah ek.
oh yang ni aku nak sound awal-awal. nak kawen ikot turn ek dik oi. kalau nak potong line tu boleh tapi namenya da langkah bendul jadi haruslah kene denda, bayar ptptn aku sampai langsai. huarghhh2!! cun jugek awek ko. sebbek tak gedik, klu gedik memang aku reject. takde maknanya aku nak senyum, jeling lagi ado. tp yang ni oke! lulus! ngehngeh!
dan tibe-tibeeee
pada satu sudut
sedang sume mata tertumpu pada pengantin
sedang sume orang amek gmbr dengan pengantin
tibe
tibe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ada satu pasangan tu mengembalikan nostalgia la pulop kan!
so sweet!
.
.
.
.
okelah
mata aku da sangat mengantok
da tersasar waktu tido aku gara-gara update belog
sebab tu aku malas update sebab kalau da start meng-online tido lambat la aku jawabnya
pastu esok sengguk2 dalam LRT kan.
pastu terlajak terlepas stesen
jadi
haruslah say
bubye!
p/s: enaucement enaucement. kepada sue pleides. kalau awok bace entri ni, sila tinggalkan link blog awak kat comment eh. ntah nape setiap kali nak bukak blog awak mesti tak bley. awak da tukar URL eh. kalau nak bagi in private awak pm jela kat FB i yek :)