Thursday, April 21, 2011

Kalau faham sila angguk!

FYI. Utk tempoh 1 bulan ni, aku ade misi penting utk dicapai. Sangat sangat sangat penting yang memang tak tak tak tidak boleh kalau tak capai. Tapi idok la misi mustahil, misi ni masuk dek akal dan tak mustahil utk dicapai. Sbb beribu ribbu ribbbu orang kat luar sana yang da capai misi yang aku nak capai ni. (abaikan byk pekataan yg ulang2 tu.hehe).

Tapi buat masa ni aku tak boleh nak reveal ape misi aku tu sbb maluuu. Dan takut kalau-kalau misi tak tercapai pun ye jgk. Jadi nanti2 la aku btau k. Jadi demi nak capai misi ni, tiap2 ari aku usahakannya. Masuk arini da ari ke tiga da. Harap2 konsisten spy cpt misi tecpi. Jadi korang sume doakan aku eh.

Nak cite pasal kat opis tadi. Tadi ptg2 ckit dah jumpe bos ckp nak apply cuti pd 'tempoh haram amek cuti' tu. Jadi pegi la jumpe bos pastu siap bwk kalender. Then kat kalender tu aku remark 'Kenduri Amy'. Tunjuk2 tarikh nak apply cuti siap tnjuk remark tu sekali. Bos kate refer manager. Kalau ade org back up keje aku baru blh cuti. Masalahnye, budak yang akan back up aku everytime aku on leave tu da resign. Alah budak Eugene yg aku cite kat entri bwh ni. Jd sape nak bekap aku. Sape sape? Alah. Timing tak kene la. Takpe2. Maybe boleh discuss lg. Tgk la dlm next week aku apply bg kat manager. Lagi skali korg tlg doa k moga2 approve cuti gua. Bff kawen tu. 1st bff kawen regret yg amat kalau takgi. Kawan2 yg lain pun klu kawen regret ok klu takgi.

Esok insyaAllah best buddy time skolah menengah akan lahirkan baby sulong die. Siti Noorbaizura akan jadi mommy scr officialnye esok. Jadi aku sgt sgt mendoakan kesejahteraan ibu dan anak tu. Semoga dipermudahkan besalin. Ikotkan 11 april baby da patut kua, tp syiok sgt agaknye tido dlm tummy mommy jd baby takmau kua ek. Nanti bile baby da kua auntie p jumpe baby k.

Bai ni kawan sepermainan seperjuangan ms f0rm 4 and f0rm 5. Kami dok sebelah menyebelah. Die dl penolong ketua darjah. Jd aku ni slalu jd asisstant bai p blik guru, p teman amek kapur kat ofis, tlg tick kedatangan kelas, tlg tlis markah exam bdk2 kelas, tlg anta beg and buku cikgu naek g blik guru. Mane-mane pun ktorg akn wat sama2. Suke sgt masa tu sbb setiap kali follow Bai gi mane2 ade can la aku kua kelas even gi blik guru pun jadi la. Da seronok sgt da masa tu kalau dpt peluang g jalan.

Aku dgn Bai dl bestfren, ble balik akan jalan sama2 g bus stop tunggu bas Intrakota. Dl org tak panggil Rapid KL, dl name die Intrakota. Ingat kan ingat kan? Dulu kami sama2 pengawas. Aku pengawas disiplin pkai bj ijau. Die pengawas kebesihan pkai bj biru. Kdg2 sama2 rehat awal kalau ade duty. Nanti ade masa aku upload gmbr k. Bai ni comel, ramai peminat. Putih melepak pak pak.

Jadi u, i doa u baik-baik aje lahirkan baby tau. Dl rsnye baru je zaman hingusan dl mrajuk2 dgn u, gurau2 dgn u mcm bdk2, tup tup u nak jadi ibu da. Hepi for you dear! Tak sbr nak tgk baby mommy zura!

Note--sejak2 ni mudah btl perut pedih-pedih mcm nak gastrik. Risau lah!

Okey la. Thanx for reading this entri! Bye!

Tuesday, April 19, 2011

Live dari nokia5800.

Dan di ofis, entah orang ke berapa resigned. Baru tender lah,belom resign lg. Dan ini membuatkan perut aku rasa senak bepinau pinau sebab boleh bayangkan beban-beban keje budak tu akan dihempap-hempap kat aku. Penyek la aku mcm ni. Aiyok! Tak mampu tak mampu tak terdayo den! Keje aku sindiri pun tak tetanggung ockay! Dan terus buat aku rasa macam alangkah bgsnya kalau aku join meresignkan diri. Oh no no no. Agak-agak kalau da lama idup sila la buat sbb aku tau ayah tak suka aku resign. Tapi seksanya keje kat company tu hanya aku je tau.

Susah dapat bos yang tak reti admit salah sendiri ni. Annahl, Ilyana, Aziany, Maria, Aimie, Reza, Shira, Natasha, Helen. Tu sume budak department aku yang selamat memberambus diri dari company ni. Ni statistik aku sendri semenjak almost 9 bulan aku keje kat cni. Amount turn over yg tinggi sbenanya utk sebuah company sedang2 saja ni. (bos sila kaji ape mistake anda,jgn soh kami je evaluate diri, anda pn jgn malu jgn segan nilai diri dan nilaikan management anda).

Ni Eugene plak naek kapal bdk2 resign. Hadoi. Tapi kan pelik jgk. Kenapa la aku ni mampu betahan ek padahal aku dah jelaaak keje ctu. Tabah btl aku ble pk2 blik. Maybe hati dah jadi kental dan kenyal. Itu pasal lah. I will i will (resign), but but buuttt...not now! Tunggu seru dulu. Bg aku grab ilmu bg mantap then baru gua chalo. Waktu tu kalau bos tahan or counter offer mcm mane pun, die psiko cane pun, aku akan 'selamat jalan romeo'. Tp bgs keje kat company kureng ckit mcm ni, at least didik aku jadi tough!

Oh ye. Nak cite pasal ayah sikit. Ahad lepas along dan lakinya dtg tau, nyinggah dlm ptg2 kol 6.30 ptg cenggitu. Along melepak umah lama jgk smpi ke malam. Sempat la die and her asben tgk ulangan maharaja lawak smpi abez. Lawaknyeeee maharajaa lawak minggu ni. Korg suke tak? Dulu haram la aku nak follow sgl cite2 org nak kejar glamer ni, ate mcm mane le blh tejebak ni mike oi. Takpe. Janji 1 famili terhibur. Tgk smpi nak ke midnight, jd ari da lewat along pun nak balik lah. Masa along salam menyalam, along seloroh kt ayah:

----'ayah rindu along yeee'.

Dan-dan je pak rahman tunjuk muke kental dan jawab

----'eh.ape plakk.mane ade rindu2'. Seloroh ayah. Muke bajet kental. Padahal gumbira dpt tgk muke anak. Hohoho


notes---gudluck pada mr hati. keje asek jd mc je. takpe2,tunjuk bkt nti senang nek pangkat.haha..semoga meng'mc'kan majlis dgn jayanya.

note---agak2 bos stalk tak blog aku.ntah2 die tau url blog ni and bace. die suke beno ngendap2 bnd personal org nih.

note---esok nak try bincng dgn bos utk apply cuti yg jth dlm 'tempoh haram mengambil cuti'. harap2 die blh consider. klu tak confirm aku resign. joking!

Sunday, April 17, 2011

After 27 tahun then suddenly hilang~


Betul kata orang. Orang laki sifatnya adalah sukar untuk pamer perasaan dia yang sebenar. Tapi bukan semualah cuma kebanyakkan dari mereka.

Ayah umpamanya. Aku dan mak perasan yang ayah telah pamerkan satu feeling yang before ni tak nampak tapi sekarang dah nampak. Haha ayat aku sungguh direct tak reti nak bahasa-bahasakan ayat bagi indah. Masok bulan April ni dah almost sebulan lebih kakak aku menjadi isteri orang. Kalau nak bace sikit review pasal wedding my kakak sila klik sini. Dan selepas kawen kakak aku dah tak tinggal dengan kami, dia tinggal bersama mentuanya.

Mungkin bagi seorang ayah yang dah membesarkan anaknya di depan matanya selama 27 tahun, jadi bila tiba masa dan ketikanya anak tu dah takde depan matanya dia akan rasa kehilangan anak itu. Confirm la kan terasa. Tapi hilang di depan mata bukan di hati.

Dan satu yang aku notice mengenai ayah aku adalah sejak along dah kawen ni, ayah kerap kuarkan dialog-dialog cani:

------along tak datang?
------along kata nak datang along datang tak?
------ayah tunggu along kate nak datang tak jadi ker?
------along kate nak wat kek kat umah along tak datang ker?
------takde msg2 ke na tanya along? (eh ni ayat mak)

Maybe ayah rinduuuu anak dia tapi kan ayah sangat  jejanz, mana boleh feeling-feeling drama lebih-lebih kan. Kat drama astro je leh dapat camtu. Ow, mungkin boleh dapat kat umah korang jugak, umah aku jarang. Hehe. Tapi obvious juga ayah rindu dengan anaknya yang sorang tu.

Macam last week, along singgah jap umah sebab bawak mak gi beli barang untuk buat kek. Along singgah je and balik petang tu jugak. Jadi bila ayah balik dari keje maghrib tu mak kata la 'along datang tadi'.

Maybe ayah tak dengar sgt jadi ayah salah absorbed apa yang mak cakap, dia ingat along datang malam karang. Jadi after solat-solat sume dia punyelah tunggu along kat motor depan umah sambil borak2 dengan member2 dia. Bila rasa da cukup lama ayah pon masok dan terus cakap "mana along kata nak datang".

Aku pon terus gelak kate 'ayahhh nii, along dah datang la tadi, along singgah kejap je petang tadi teman mak beli baranggg'---------muke ayah frust tapi cover gelak-gelak.hahaha. kejamnya aku gelakkan ayah aku. huhuhu.

Terus ayah katee----'owh, ayah ingat belom datang, jadi ayah tunggu kat motor'. Ayah gelak cover.

Tapi kan untuk tahap orang macam ayah aku itu sesuatu yang sukar dilihat sebenarnya. Sebab ayah aku ni garang. Kalau nasihat anak nadanya tegas. Dan macam berbentuk arahan yang harus dipatuhi. Mungkin kerana cara ayah dibesarkan oleh atok pon atok garang, jadi ayah terbiasa dengan cara itu.

Tapi aku tau. Ayah ada cara dia yang tersendiri untuk pamer kasih dan sayang dia pada anak-anak dia. Dalam ape hal sekalipun, ayah akan pastikan anak-anak dia sentiasa secure, even cara ayah cakap macam tegas tapi aku tau yang dalam hati dia dia sebenarnya hanya nak pastikan anak-anak buat something in the right way. Ayah nak pastikan 1st attempt kami dalam buat apa-apa pon perkara adalah attempt yang berjaya. Ayah tegas dalam hal tu.

Jadi untuk seorang yang tegas bukan mudah untuk lihat kasih sayangnya secara zahir. Jadi bila ayah sentiasa tanya 'bila along nak datang' or 'along tak datang ke' aku tau itu adalah ayat yang menggantikan ayat-ayat cliche seperti 'ayah rindu along' yang mungkin dituturkan oleh ayah orang lain.

Dan bagi aku, seorang lagi anak yang dibesarkan depan mata ayah aku untuk tempoh almost 25 tahun ni, apa yang ayah pamerkan lately ni jelas menunjukkan kasih sayang dia pada along, pada anak dia. Even bukan tunjuk secara direct tapi aku boleh detect. tettttt. kantoi sudaaa!

Ayah you are sooo sweet-lah.   :P

Dan sejak along kawen ni aku pon mangsa rindu pada along jugak, bezanya aku takdelah cover macho macam ayah untuk cover-cover rasa rhenduu kan. hehe. Zahirkan saja rasa ituwww. Sonang!


Seperti ini. Tunjukkan sajjee.


Saya sayang along saya!




Inilah lelaki yang suke cover macho tanak tunjuk feeling lebey-lebey tu, tapi suda kantoi jugee...huhhuuhhuu~


Ini gambar raya tahun lepas. Ayah kalau balik kampung memang akan bersih segalo somak samun belakang umah wan. Kitorang tolong posing aja. Masa ini si kakak masih single mingle. Sayang ayah aku sangat-sangat! Terima kasih kerana memberikan kehidupan kepada kami adik beradik. 


----sekian saja untuk kali ini----

aku ni kalau cakap bab famili nak bergenang aje. sebab sayang beno. maklum lah budak chembeng. hahaha.
.
.

Note---sebenarnya aku saje paste komen-komen and status fb aku di sini. sebab aku rasa ini berharga. jadi bile bia kan je kat fb tu takot susah nak jumpe. jadi bile tampal kat blog hopefully bila aku da tua, ow bila-bila aku nak tgk balik ke aku just cari je kat blog. kan blog macam diary.

Note---bila tgk kawan-kawan baik aku ada yang da ada anak kecil, da ada famili rasa tak sabar plak nak kawen kan. cane agaknya aku jadi mak. garang jugak ker?? haha. ada kemungkinan kot. hohohoho.

Note---agaknya macam mana la ayahkan kalau aku dah kahwen nanti dan kene duduk jauh. mesti aku nangis ari-ari sebab aku tak penah jauh dengan famili. tak suke situasi ini! tak suke tak suke! hukhuk ;(   mesti akan rindu ayah sangat2. eh2. mata da panas baik ciow. bye!


Sunday, April 3, 2011

In a relationship~


Korang kenal tak dengan cute guy kat bawah ni.


Tadaaa. 
Qi Razali.
Kenal tak?
Dulu aku suke tengok satu program Destinasi Bajet kat TV9.
Mamat ni lah mengacara rancangan tu.
Rancangan ni pasal macam mane korang nak melancong dengan bajet below than RM300.
Penah tengok tak? Penah tengok tak?
Masa tu suke tengok sebab rasa dia cool je masa mengacara.
Tapi kan.
Masa tu dia selebet lagi.
Kurus,gelap and rambut dia kerinting.
Sila lihat bawah.

Hihi..comot jek time ni
Gelak ramai-ramai

Then after rancangan destinasi bajet,
dia appear pulak dalam satu drama series
Blogger Boy kat 8tv.
Oh masa ni sangat excited nak tunggu rancangan ni every week.
Sebab lama dah tak tengok dia after rancangan destinasi bajet tamat season.
Masa dia muncul dalam drama ni, dia da lain cikit. Oh dia makin cute.
Da tak kurus sangat da. 
Lengan da ada ketul-ketul. Hekhek.
Maybe dia work out pergi gym kot. Pepandai je aku men teka-teka 

Nina-Budi-Maya

Gila aku follow cite ni masa tuh.
Cite ni ada 2 season.
Dua-dua aku follow.
Until last episod pon tak miss.
Eh. Silap2. Masa tu ngah kat kolej, follow baki-baki season cite ni through 8tv online.

Then sekarang mamat ni da mengacara JJCM plak.

Tapi part yang paling best bila mamat ni bercinta dengan Yuna skang.
Ekceli lama dah bite ni kuar dan ramai kot yang dah tau kan.
Tapi tetibe je aku nak update entri pasal diorang kat sini.
Sukati la kan. Hehehe.

Cantik!
Yuna Zaraai.
Sebaya aku rupenya Yuna ni. 
Nak tau umo Yuna sila google.
Tapi she look older than her age lah.
Eh ke ntah-ntah aku pon look older dari usia aku.
Tidakkk.
Yuna je. Aku tak. Sure sure aku tak.

Oke sambung balik pasal diorang.
.
Qi pon tukar relationship dia kat FB.
In a relationship with Yuna Zaraai.
Oh sooo sweet.


Even aku tau diorang memang takkan baca blog aku.
Tapi aku tetap jugak nak wish happily ever after kat diorang.
Diorang look so sweet together.
Tapi yelah kalau da nama dunia artis, anything can happened kan!
Tup tap tup tap zasss..brite terbaru melaporkan diorang..........................ntah.jawab sendiri.
.
.
.
.
.
Ape-ape pon tak kesahlah. 
Yang penting aku suke tengok diorang as a couple.


PLUS


EQUAL TO

Them!
Qi dan Yunaaaa!

Okelah.
Till then.
Bubye!!



Note 1-----Emm. Mood terasa nak shopping. Terasa nak jalan-jalan kat sg wang. Then grab berhelai-helai baju-masok fitting room-pilih mana yang sesuai-bayar-jalan. Then kuar dari kedai dengan senyum puas sebab dapat baju cantik dengan kos yang rendah. Suke gi Sg Wang. Baju cantik tapi tak mahal. below 30hengget da boleh dapat baju best!

Note 2-----Cute macam mane pon Qi Razali, pojaan ati I tetap incikhateee. Wink wink  :P

Note 3----Masa nak publish entri ni tergelak plak aku dengar abg ipar n kakak aku nyanyi lagi 'apo kono ei jang' masa tengok cite Kayangan kat astro ni. Hakhak.Hiihihihihi.

Oke Click publish post!

Itu-lah sayang! i da kata.


Oh
Sangat suke dengan lagu di bawah ini. 
Lagu lama Tan Sri P. Ramlee but now di-cover by
YUNA
MIRA dari band Tilu
LIYANA FIZI dari band Estrella dan
NAJWA
---Itulah sayang---


Sila la dengar jugak and hopefully korang pon akan suke jugak lagu ni!


Oh. Memang sangat suke lah dengan lagi ni.
Suke gile~
Suara Yuna sangat cool.
Then tengah-tengah lagu ni ada dimasukkan sikit starting dari lagu Stay dari group si Liyana Fizi tu iaitu Estrella. Dgr cite dia tu ngah sambung study ek. Amek TESL. Betul ker? Ke salah. Ke gosip.


So bawah ni I bubuh lagi sekali lagu ni tapi dengan version ada lirik sekali.
Enjoy~



.
.
.
and here i presenting the gojes babe!

The Ramlee's
From left Najwa-Liyana Fizi-Mira Tilu-Yuna

sumber klik sini


(:

Saturday, April 2, 2011

Tolong

Nak mintak tolong ni.

Ada sesape tak boleh ajar macam mane nak wat like kat bawah entri tu.

Ntah kenapa da jadi biol cikit sampai lupe cane nak wat padahal before ni da penah wat.

Tolong ek sesape yang reti tu tulun ajar.

Notes--puas godek-godek malam tadi tp tak berjaya. Ces!

Maharaja lawak korang tengok tak?


Eh. Apa ni. Da makan tapi lapar lagi. Penat la asik nak makan jek. Tapi makan best. Hurm. Time ni teringat plak tomyam panas-panas baru masak kat foodcourt opis. Makan dengan nasi putih. Fuh sedap.

Oke. Nak cite ape. Ekceli takdela ada cite yang spesifik cume tangan rasa nak menaip. Update terbaru saat ini adalah aku  ditinggalkan kedua ibubapa dan adik aku. Mereka tu pergi ikot rombongan ke persatuan flat ke Thailand jalan-jalan. Nape la aku tak ikot ek. Memang bukan kaki jalan kot. Makanya mak request along untuk balik Gombak teman aku yang kesepian dan keseorangan kat umah ni. Hehehe. Sedih jek dgr. Dan haruslah along datang bersama pakej asben sekali. Hohoho.

Makanya memerap je aku kat bilik bila abg ipar dah balik dari main futsal tadi. Oh tadi sempat tgk Maharaja Lawak. Ikotkan aku tak suka follow raja lawak season-season yang lepas, tapi kali ni macam layan je tengok Maharaja Lawak. Maklum la, sume taiko2 raja lawak dihimpun untuk buat lawak pecah perut. Suke sangat dengan Jozan dan Nabil tadi. Mesti diorang presurekan untuk buat lawak yang terbaik sebab diorang memang da berjaya. Memasing da ada filem sendiri, dah berlakon sana sini, da ada show sendiri. Jadi kene la buat yang terbaik supaya orang tak ragui kehebatan mereka kan.

Pape pon aku suke takdelah sampai nak ngundi. Buat bazir kedit aku jek. Kalau diorang menang pon ada ke dia tau aku undi untuk dia? Suke sebab at least bila tgk tu boleh la release tension cikit.

Lama tak cite pasal keje. So far aku keje tempat lama lagi, kat Bangsar. Cume sekarang dah confirm. Jadi kalau nak resign kene 1 bulan notice, kalau dulu dua mingu jek. Wah, tetibe concern pasal notice period kalau nak resign pekes. Ada intention ke. Hahaha.

Haih. Ntah la, semenjak dua menjak ni rasa de-motivated sangat nak gi keje. Kalau dulu semangat je jalan nak gi keje. Gigih dan jayanya aku jalan kaki dari LRT Abdullah Hukum ke opis sambil dalam pale ni pikir nak siapkan keje itu, oh keje ini aku kene buat. Pikir dengan semangat nak siapkan dan letak aim.

Tapi....ada tapinye......huhu

Tapi sejak2 ni adooiiii la, mana ntah gi semangat tu. Rasa2 macam nak resign n cari keje baru tapi bile fikir nak kene go through proses interview segala bagai tu cukup la malas dan lemah. Kalau nak cari keje baru pon  aku tanak dalam field yang sama. Aku tak rasa aku cukup minat dan tak rasa kebolehan aku bukan dalam field hardcore recruiting ni.

Dan kalau aku nak keje pon kalau boleh aku tanak dalam recruitment firm jugak. Tapi bila pikir habuan, bidang ni memang menjanjikan habuan yang kachingggg. Tetibe ada bunyi mesin duit shiling kaching dalam kepala ni. Macam bergema-gema.

Takpelah, setakat aku rasa aku boleh tahan lagi keje dalam company tu even sorang demi sorang consultant yang blah dari company tu. Bertahan setakat mana yang aku mampu, bila da tak tahan dengan kerenah2 manusia dalam tu barulah aku adjust kat mana-mana. Best sebenarnya bidang recruiting ni. Cume mungkin aku berada di company yang banyak kerenah dan tiada penyelarasan kerja. Consultant buat macam2 kerja. Buat payroll jugak padahal da ada unit payroll. Takde job specification jadi consultant akan stress dengan keje yang sangat berlambak2. Nak cite lebih2 pon takot korang tak faham tapi mungkin cukuplah dengan aku describekan pembahagian kerja kat company aku tak seimbang. Eh cane eh nak terang. Takpelah korang buat-buat faham jelah.

Dan lagi  satu yang buat aku kan tak bermotivasi nak gi kerja sebab aku rasa bos aku tu macam ada tanggapan yang aku ni mesti tak lama keje dengan company dia. Sebabnya aku keje agak lama lah jugak, da dekat 8 bulan tapi business card pon tanak buat untuk aku. Padahal untuk position consultant macam aku ni sangat la perlukan card tu untuk bagi pada candidate dan klien. Budak yang lagi baru dari aku masuk company da boleh dapat card sendiri tapi aku kene la gune card consultant yang da resign yang direcycle untuk jadi kad aku. Boleh la plak dengan gigih dia gi print kecik2 nama aku, nombor tepon dan emel pastu suruh receptionist tu tampal akan kad consultant yang da resign dengan ketas kecik2 tu. Hallo. Aku nak bagi orang pon aku malu kad main tampal2. Sumenye nak jimat. Segala-gala nak recycle sampai consultant sendiri nampak tak profesional.

Ish. Kalau diikutkan banyak jugak la aku makan hati dengan beberapa perangai orang dalam opis tu. Hanya kerana aku nak gaji tiap2 bulan tu la aku bertahan. Keje pon jadi tak ikhlas. Benci. Lagi satu, kalau cuti punyelah payah nak apply. Nak approve tu susah sgt. Tarikh tu la tak blh amek. Tarikh ni la tak boleh amek.

Ha. Ni aku da pening kepala macam mana la aku nak amek cuti untuk Amy kawen 28 May ni. Nampak gayanya macam tak dapat jek join besties gi kenduri kawen Amy. Amy oh amy. Kenapa la ko pilih ujung bulan. Sesungguhnya company aku ni minggu terakhir setiap bulan adalah haram untuk apply cuti. Confirm-confirm takkan lulus punya sebab time tu adalah time bz yang amat sebab nak kene buat gaji staff yang belambak-lambak tu.

Adoiiii. Ke aku kene try je dulu apply untung badan dia approve. Tapi aku berani kerat rambut la yang dia takkan lepas punye sebab dulu aku apply cuti ujung bulan sebab akak aku nak kawen 27 Feb aritu pon manager aku dah bising-bising sound kuat2 sape nak cover keje aku kalau aku cuti. Hok dia. Last2 aku yang beralah tak amek cuti kene la keje ari jumaatsebelum majlis along pada ujung minggu. Aku sacrifice oke.

Itu kakak kandung aku kawen tapi cuti tak lepas inikan pulak kawan. Arghhhh! Tapi aku nak pegi. Tapi aku tau takkan dapat amek cuti. Amy plak nape la jauh sangat ko wat kat Kedah. Eh. Yelah ko orang kedah wat la kat kedah kan.


Okelah. Harap jumpe jalan penyelesaiannya nanti.

Esok sabtu, aku tak keje. Tak dijadualkan untuk keje. Tapi next 2 week ada training ari sabtu. Ape jadahnye la nak training2 lagi ni. Penat la. Training2 pon ramai jek consultant dia yang resign.

Okelah. Mata da kenyit2 tahan ngantok. Nanti ada mood aku update lagi ek.

Eh. Nak btau satu benda. Aku harap2 akak aku pregnant sebab aku tak sabarrrrr nak anak buah. Mak pon selalu je soh aku mesej along tanya along suke pening-pening lately sebab pregnant keer..Ishk mak ni. Tanya la sendiri sebab mak kan mak. Hehhe. Tapi takde la ape2 tanda pon. Doa2 jela ek. Kalau betul la YAHHUU. Ayah mesti suke, takdela nak layan kucing jek.Hekhek~

Mati aku kalau along tau aku kepochi kat sini. :)

Daaaaaaaaa~

Hepi weekend you all~


Notes---Entri ni takde la review banyak sangat pasal tajuk pon. Kan.
Notes 2---ooo awok pergi Miri jalan-jalan ek. Oke. Next time bawak ai okeh :P