Friday, September 16, 2011

Tahun ni di umbai pulak. Tahun depan?


Note: Masih lagi pasal raya. Sebab nak memahatkan memori ni dalam blog.

Kami sesama sepupu kalau every time raya, dah macam kewajipan plak untuk plan any aktiviti. Macam tiga tahun lepas kitorang start dengan gi Port Dickson. Memang sesi mandi sampai rentung.

first trip 2009: PD

Then last year plak kitorang gi Melaka. Itu first time aku jalan-jalan bandar Melaka.

2nd trip 2010: Bandar Melaka

Then tahun ni ikot plan asal nak wat aktiviti lasak2 sikit. Cam redah sg gune bot tu panggil ape eh. Or pi sky trek kat bukit cerakah. Tapi sebab dua2 cam costly jugak. So last2 kitorang the sepupus sepupus pi Melaka, tapi pi makan kat Umbai, pekene seafood. Oh sedap. 

Antara menu yang berjaya disental:

Siakap tiga rasa. Kuah dia siyes sedap gile!

Ketam masak pedas!

Sotong goreng tepung

Pinggan aku. Mujur kulit ketam keras.

Pastu ada jugak butter prawn. Tapi tak capture plak.


Ok ni lah muke-muke yang gi the kazen's trip year 3. 


Ni amek gambar masa berkumpul. Standby nak gerak. So this year (bak kate ecah kat fb), tahun ni ahli tetap si Usop anak pak ndak tak ikot. Sebab balik kg lambat. Jadi terasa ada something yang kurang. Tapi instead of kurang ahli, ekceli tahun ni meriah jugak sebab along dah tambah pakej, dengan secara otomatiknye husband dia da jadi ahli geng. Then Amir n Afiq anak pak Uda pon sejak da bujang2 ni dah start join. Jadi korum lebih meriah this year. Paklong pon ada jugak. Paksu n anaknye mmg ahli tetap dari  year 1 lagi.


Aku pilih je gambar randomly utk masok lam blog. Nak pilih sesatu jenuh la plak. 


 Oke. Sempat jugak promote kedai before balik.

So this year even aktiviti dia light2 je, tapi as long as dapat spend time sama2 da cukup best da. Harap sebenarnya lebih ramai lagi sepupu sepapat yang leh join macam nak paktam, anak pakteh ke, tapi ada yang balik KL awal plak. Takpe next year hope lebih ramai yang leh join. 


Ok. Penat la upload gambar. Lagi suke wat entri takde gmbr ni. Haha.

So selamat berhujung minggu sumeeee!



Thursday, September 15, 2011

Raya 2011


Memandang masih dalam mood raya, so terasa nak story-story pasal raya.

Fakta raya tahun 2011 aku:

1. Raya setiap tahun pon macam biasa la balik negeri sembilan. Dua-dua nenek aku orang negeri, kampung pon kat negeri dua2, jadi mak ayah aku mmg tak payah nak osom la balik kg sape.

2. Raya kali ni aku demam. Best kan. Demam start melanda masa hari terakhir puasa. Tekak rasa ya rabbi sakit nak telan air liur pon payah. Dalam pada demam tu aku gagahkan jugak la untuk tolong2 masak lauk pauk untuk raya. As always la gotong royong dengan mak sdara dan sepupu sepapat masak menu hari raya. Tapi menu tak la banyak, simple-simple je.

3. Raya tahun ini first time raya tanpa along pada hari raya pertama. Maklum la along da kawen, jadi this year along raya dengan mentua dia di Kepong dl then hari raya kedua baru balik negeri raya dengan kitorang pulak.

Nah gambar raya sikit.


BERSIH 2.0

4. Raya kali ni memang paling bajet. Sebab aku takde shopping ape pon untuk raya. Baju gune je baju yang tempah untuk wedding akak aku aritu. Baru sekali pakai, jadi decide satu famili pakai je balik baju tu. Jimat! Kasut pon aku tak beli, pakai je kasut yang ari2 bawak gi keje. Sempoi. Kire mmg tak beli ape2 lah utk persiapan raya.


Sebahagian dari anak beranak Ghani's clanz. kalau gather sume mmg memasing nampak cam semut je la jawabnya.

5. Part best raya tahun ni adalah mainnn MERRCUNNNN!! Oh yeah sangat best sbb tahun ni instead of men mercun yang sedia ada, kazen2 laki buat mercun sendiri. Ni sume kerja anak paktam Qayyum dan Shairi. Diorang amek tin sardin n kacang peas, combine2 tin tu, pastu goncang2 dengan karbait cikit, pastu wat cam mini meriam. (qayyum btl ke cani care dia?)

mini meriam buatan sendiri dari tin sardin

Mule2 tu main for fun la, tapi takde la bahaya pon meriam ni sebab dia kuar bunyi je takde la meletup or kuar api percik2 tu. Kazen aku ajar just masukkan karbait dalam tin tu, pastu goncang2 cikit. Kuarkan lebihan karbait. Ready, bakar sumbu pastu KEBABOMMMMMM.

Tapi kadang2 bunyi dia takde la kebabomm tapi bunyi macam bunyi kepeiihhhh je. Tak mantap sgt la. Macam bunyi kentut tak lepas. Tapi sume pon tetap funn sebab main ramai2. 

Port main mercun kitorang depan umah wan. Mengadap jalan raya. So tetibe diorang dapat idea untuk kacau orang yang tgh drive kat jalan raya tu. Jalan tu jalan kampung la, jalan menuju ke pekan. Tapi malam2 raya ni banyak la kete yang lalu. Jadi pe lagi, niat jahat memasing memuncak, so diorang letak meriam mini tu betul2 depan pagar umah wan, betul2 ngadap jalan raya, then bila agak2 ada kete or motor yang nak lalu, diorang ni standby pastu bile lalu je bakar sumbu n kebabom la bunyinye. Kalau bunyi tu kuat, maka orang2 dalam kete terkejut lah, yang bawak motor terhuyung hayang cikit. Ada satu tu pakjang aku cite terkejut sampai terangkat tangan ke siling kete pastu muke orang dalam kete tu dok cari sape punye keje. Pastu   kitorang bantai gelak ramai2 tanda puas hati. Haha. 

Wah jahatkan!!! Hahaha. Tahun depan tak sabar nak main lagi. Kitorang make sure tahun depan gune tin milo, sebab bunyi lebih mantoppp. Anak2 maktam meh la balik kg awal cikit, leh kite main malam rayyaa. Syiiokkkk owwww.

--------------------

Ok lah..

Tu saje untuk kali ini. 

Bye! See u at next entry!

Monday, September 5, 2011

Pekup muke dengan bantal pastuuuu...?


Maybe i should stop complaining and start to take action now. Day by day aku jadi makin serabut dengan condition aku di tempat kerja. Oh yes, and again aku complain lagi pasal keje. Sebab aku rasa itu je beban terbesar yang ada dalam hidup aku buat masa sekarang.

Best tak kalau korang gi keje dengan rasa tak happy? Maksudnya tak happy langsung?

Best tak kalau korang hari-hari gi keje dengan perasaan yang demotivated.

Best tak kalau setiap saat korang asik terfikir bila lah nak blah dari company ni?

If you penah keje as a recruiter at my company (which i cannot reveal), you may know exactly the feeling i felt right know. Be as a recruiter at this company is actually still okay. Yelah, keje kan mane2 pon ada cabaran kan. Keje mana2 pon tak mudah. Tapi masalahnya sekarang adalah bukan nature of the job tu yang membebankan tapi perangai2 manusia dalam tu yang merumitkan keadaan.

Kawan aku penah kate jangan benti keje sebab orang. Maksudnya benti keje sebab tak suke dengan si polan ni or si polan tu. Sebab orang-orang macam ni kite pergilah mane2 company pon kite tetap akan jumpa manusia yang lebih kurang sama perangainya.

So aku bersabar. Bertahan.

But then sampai bila kan kite nak bertahan kalau sakit hati itu terlampau obvious. Hari demi hari bertahan tapi makin hari aku makin jelak dengan perangai beberapa orang dalam company ni. Company aku keje ni just a small company je. Own by husband and wife. Husband india bini dia cine. Cine yang conservative and very old fashion. I mean mentality dia.

So yang aku tak tahan tu dengan bini dia lah. Nak explain pon tak tau cane sebab hanya yang merasai je yang tau macam mane perangai dia.

Dulu ada satu budak ni name dia Aimi (memang name sebenar).

Dia ni kire dia masok setahun awal dari aku. Dia duduk depan aku. Kire dia mentor aku la. After lebih kurang setahun tu dia cari keje lain, still as a recruiter but at different recruitment agency. So dalam tempoh dia serve 1 bulan notice tu aku tanya dia;

"confirm ke nak benti ni?"


"betul. nekad. aku mmg da tak tahan sangat da keje sini, jadi gile aku dengan jenny tu"

..........

Masa tu aku baru lagi, tak paham sgt ape maksudnya. Now, bila aku pon mmg dah capai setahun keje situ, baru la aku faham ape maksud dia. Bila kate tak tahan tu maksudnye mmg tak tahan la tu.

Bukan aku takde usaha gi interview mane2, ada. Tapi takde rezeki lagi. Bulan lepas gi satu interview, as a HR Exec kat satu oil and gas company kat KLCC, recommended by kawan sendiri. Yes mmg company besar maka harapan aku pon setinggi KLCC. Da buat sehabes baik da, interviewer pon bg komen positif at the end of the session. Tapi last2 senyap camtu je. Tak dapat la maksudnya. Letak harapan tinggi2 last tak dapat korang bayang jelah macam mane kecewanya aku. :'(

Makinnnn la aku down.

Dan paling tak best bila rasa takde sape pon yang faham keadaan aku. Bila ada masalah camni ofkos la kite akan cite pada parent kan. Tapi mak dan ayah macam tak sokong ape aku wat. Suruh bertahan. Susah sbenanya bila orang tak betul2 put themself in my shoes. They can simply said but the thing is they do not really understand. But Shida seems to be understood this situation because me and her face almost the same problem, but maybe mine is more complicated.

Bos perangai gila dan psiko.

Cina-cina kat opis plak jenis kaki spy. Tikam belakang. Gunting dalam lipatan. Sentiasa perhatikan kite yang melayu2 ni wat keje. Ade silap sikit terus mengadu domba.

Bos bersikap racist. Obvious racist tp aku wat-wat tak tau je sebab da company dia. Janji aku dapat gaji.

Workload terlampau banyak sebab keje tak structured. Takde specialization. But this one aku tak kesah sebab biar la byk keje dari takde keje.

Bos gila.

Bos psiko.

Ok tak tau dah nak kate ape.

Orang akan kate ko benti jelah. Buat ape keje kan kalau dah camtu keadaannya.

Tapi parent plak tak bg. Tadi baru kene sedas dua dengan ayah. Sedeh mmg sedeh.

Maybe ada reasonnye parent aku tak bagi. Maybe diorang risau kalau berbulan2 tak bergaji or menganggur terlalu lama tak dapat keje.

Ayah kate benti bila da dapat keje baru. Tapi dalam usaha nak dapat keje baru tu kene gi interview. Bila nak gi interview kene la amek cuti kan tak pon amek MC. Masalahnya bos aku trus tembak aku gi interview bila MC. Jadi dia akan wat muka serabai tak puas ati dengan aku konon2 dia tau aku MC tapi gi interview. Jadi bila dapat invitation utk gi interview aku akan jadi susah hati sebab tak tau nak wat alasan ape.

Jadi adalah lebih mudah kalau aku benti keje dl then baru pulun gi cari keje. Tapi aku takot menganggur terlampau lama. Itu risiko yang kau kene tanggunglah kan.

Haih mmg macam takde penyelesaian masalah aku ni. Mau tinggal tulang fikir benda yang takde penyelesaian.

Kalau ikot tekad, benti je. Bagi satu bulan notice. Then pulun cari keje.

Arghhhhhhh. But its not easy as that when your parent said the other way round.

Aku boleh sasau cenggini.

T_T

Nanges laju-laju.

Marilah mengadu pada Allah. Dia lebih mengerti. Panjatkan hajat padanya moga dipermudahkan segala urusan dan dipermurahkan segala rezeki.

Nak pekup muka dengan bantal pastu nanges senyap2 la. Lama dah tak nanges. Bole?

Dah tak kental dah aku nih.