Mungkin ape yang aku katakan belom cukup jelas untuk kau faham. Atau mungkin ayat yang aku tuturkan terlalu berlapik hinggakan maksud yang aku hendak sampaikan jadi kabur pada pandangan engkau. Mungkin ruangan ini tempat terbaik untuk aku sampaikan apa yang ada dalam isi hati ini. Aku terpaksa gunakan ruangan ini. Maaf.
Dari hari ke hari keadaan dah semakin kekok buat aku sebenarnya. Dan itulah jawapan kepada persoalan kau 'kenapa aku lain'. Aku bimbang kau menaruh harapan sedangkan aku tidak pernah mewujudkan harapan tu. Aku sendiri masih keliru dengan keadaan hati aku. Dah pernah aku katakan yang aku cuba wujudkan jarak antara kite. Ada reason yang sangat kukuh kenapa aku nyatakan ayat ni dan maybe ayat ini membawa macam2 pengertian. Mungkin pada aku, aku pandang dari satu sudut pengertian, tapi bagi pihak engkau pula engkau memahaminya dari sudut yang berbeza. Atau mungkin juga engkau faham apa yang aku maksudkan, cuma kau tak endahkan maksud apa yang aku katakan tu.
Dari awal lagi aku mintak engkau untuk hormat keadaan aku, hormat situasi aku. Aku nyatakan secara lisan, aku sampaikan dengan cara yang baik sebab aku tanak ada pihak yang terasa atau terguris. Aku tidak mahu bermain dengan perasaan orang, ye perasaan kau. Dan itulah yang aku cuba lakukan, untuk tidak mempermainkan perasaan orang (lagi).
Sekarang ini, aku mahu masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Ini bukan masanya untuk kau bercakap soal hati. Sebab secara jelas aku nyatakan pada kau aku belom sedia untuk apa2. Ye, jujur aku cakap aku masih keliru dengan perasaan aku pada ex aku. Aku masih hormat perasaan dia pada aku. Dan itu juga yang aku minta kau lakukan.
Aku pernah menghampakan perasaan orang, orang yang cukup baik pada aku, yang cukup sabar dengan kerenah aku, orang yang cukup setia menanti aku. Jadi aku sangat perlukan masa untuk pulihkan isi hati aku. Aku baru bekerja sekarang, banyak yang aku cita-citakan, jadi aku mahu masa untuk diri aku stabil dengan life baru aku ni. Dan sememangnya, saat ini aku memang tanak fikir apa2 mengenai cinta dan perasaan.
Aku tak kenal kau dan kau juga tak kenal aku. Jadi aku minta engkau jangan tanya aku dengan soalan2 yang hanya akan kecewakan kau. Aku tanak dan tidak memberikan kau apa2 harapan. Tak pernah terbit di mulut aku tentang 'kita' kerana memang aku tak pernah wujudkan 'kita'.
Maafkan aku andai apa yang aku perkatakan ini mengguris hati kau. Kau buat aku terpaksa. Dan ini lah yang terjadi bila aku terpaksa dan keadaan memaksa. Aku harap kau faham maksud aku. Pasti selepas ini keadaan akan jadi canggung dan kekok antara aku dan kau. Bukan aku yang minta, bukan juga kau.
Maaf juga andai aku membuai perasaan kau, aku tidak terniat untuk cuit perasaan kau, dan jujur aku hanya anggap kau sebagai sahabat.
Terima kasih untuk hari yang indah sebagai sahabat.
.Salam.
.
6 comments:
kadang2 pemilik ati pon tak taw ape yg di rasa...kansss
bile ssh nak bg paham tpkse lorh tulis kat blog..hehe
blog macam diary hati juga kannn :)
cinta tu memerlukan masa.. cewah. bajet pakar cinta pulak aku nuh.
cinta memerlukan kesedaran . ecewah! pakar cinta hampeh yang dah gagal cinta byk kali. sile jgn ikut nasihat saye ye kak ona ku sayang >_<
susah kan nak bagitau seseorang yang kita tak de perasaan apa2 kat dia sedangkan die dah berharap.
p/s : jom join slot Bingkisan Salam Syawal kat Redmummy.com jom? Anne Boleyn dah join.. check my latest entry kay.. :)
Post a Comment