Thursday, January 20, 2011

Laporan ringkas

Dear Diary,

Esok aku dan mak akan berangkat ke UTM Skudai untuk satu event anjuran Yayasan Negeri Sembilan. Eventnya 21 Januari 2011 Jumaat di Dewan Sri Iskandar UTM Skudai. Perancangannya:
--Jumaat pagi bertolak
--tengah hari sampai Johor turun di Sri Puteri 
--Pakndak pick up dan bawak gi makan tgh hari
--Petang rehersal
--Malam event
--Esoknya sabtu pagi2 meronggeng dengan BFF yang saaaangaaatttttt lama tak jumpe---> ADAA dan ILA, besties masa diploma dan kawan suka duka aku masa dip dulu. 
--Petang sabtu balik KL

Oh. Sangat excited untuk jumpa ada dan ila plus buah hati ada. Kira-kira kat jadi ni macam da dekat 3 tahun kot tak jumpe. Ya Allah permudahkan perjalanan aku dan mak aku.

Oh gembira juga sebab bos sangat berbaik hati sebab aku apply cuti ari Jumaat untuk gi event ni, apply dari Annual Leave aku la, tapi bos baik ati jadikan cuti tu sebagai unrecoded leave. Maka Anuual Leave aku tak terjejas. Dan paling best jugak bos ada bagi 'ganjaran wang' sebab aku dapat anugerah dalam event ini. 

Sepatutnya my bff Dalila pon patut ada dalam event ni, cuma kali ni bukan rezeki dia, maybe next event kat U lain nama dia akan kene panggil. Aku doa untuk ko Dal supaya next turn ko plak. Kalau tak dapat sama-sama pegi event ni dengan ko kan. 

Okelah dairi, mau bekemas untuk betolak esok. Doakan aku dan mak selamat pegi dan selamat balik yep. Nanti bila aku da selamat balik dari event ni aku akan share dengan korang k sebab bagi aku event ni sangat bermakna dalam hidup aku.

Chow-chin-chow~

1 comment: