Sunday, March 13, 2011

Perasaan dah pandai buat lawak

.
Kelakar pon ada perasaan ni. Malu nak cakap tapi nak btau esok nak jumpa buwah hati. Tapi perasaan ni buat lawak plak sampai aku rasa nak gelak sorang-sorang. Oke, nak tau ape yang aku rasa. Hummmm. Kadang-kadang aku rasa oke je tapi kadang-kadang datang plak rasa cuak dan berdebar-debar. Seolah-olah macam nak jumpe buat petama kali dalam blind date. Rasa macam tak nak tau wat reaksi macam mane. Rasa cam resah sebab takot-takot. Ape la ke poyo no perasaan nih. Padahal dah lebih dua tahun dah bercinta (tolak campur dengan break kejap).

Ok. Mungkin ada reason kot perasaan jadi cenggitu. Sebab lamaaaaaaaa dah tak jumpe dengan itu incik. Maklum ler sudah berPJJ ni harus la jarang jumpe. Cinta dah merentas laut china selatan. Hukhuk. Jadi bila lama dah tak jumpa hati jadi berdebar-debar. Ada logiknya jugak la.

Yelah. Kalau dulu masa belajar dulu bercinta sekolej. Blok pon sebelah-sebelah je. Bila sidai baju boleh main intai-intai. Pastu selalu je jumpe. Muka selebet-selebet bangun tido perut lapar gi beli makanan kat cafe pon boleh jumpe. Kuar blok muke pisat-pisat bangun tido pon boleh jumpa. Mesej kata nak jumpa lima minit da terpacak tepi blok. Nak pinjam barang pape calling calling pastu ting da ada depan mata. Tak mandi lagi pon boleh jumpa.

Tapi kan rasanya ujung-ujung blaja tak jugak. Jarang jumpa sebab da pegang jawatan dalam kolej, siap pegang port folio akademik jadi haruslah pamerkan ciri-ciri berhemah orang berakademik kan. Bak kata incik hati masa tu, takpelah kita jarang jumpa. Awak kene tunjuk contoh yang baik pada budak kolej. Takkan awak nak soh budak-budak jaga akademik sedangkan awak selalu dating. Jadi kerana tugas aku akur jugalah kehendak semasa sampailah benda ni sume menyebabkan relationship aku tergadai. Break la kejap sebab bila da bz dengan tanggungjawab, dia aku abaikan. Eh, pehal plak nak singkap lebih-lebih ni. Sebenarnya nak cita yang hepi-hepi jek.

Oke sambung balik.

Haaa. Dulu time belajar ko bercinta sekangkang kera kan, pastu skang hamek ko sekarang ni dua-dua da jauh. Padan muka.Sekarang ni masing-masing ada komitmen pada keje. Kerja jadi keutamaan, masing-masing merangkak-rangkak membina kerjaya. Takpelah, kalau itu kehendak dunia aku turutkan jelah asalkan satu hari nanti aku dan dia hidup bahagia.

Oh ye. Dia dalam flight ni. Flight ke semenanjung kol 9.55 pm. Ni ngah menunggu dia mesej bila belon dah selamat sampai tanah semenanjung ni. Semoga awak selamat sampai. Amin.

Korang ada cadangan tak mana nak gi. Aku da apply cuti dua hari, tapi tak tau lagi nak gi jalan mane. Tanak la asik gi shopping complex je. Incik hati kata tanak la tengok wayang, better buat aktiviti yang lebih bermakna. Rasa macam nak jalan-jalan gi Melaka. Pastu akak pon ada bagi cadangan untuk gi makan ikan bakar kat Kuala ape ek, yang kat ujung Selangor tu. Tak ingat plak ape along kate tadi. Nak gi jalan-jalan Genting sure ramai cuti sekolah. Along pon tak suggest gi Genting. Takpelah, jangan di plan2 sgt. Kite wat adhoc pon best jugak kan wak. Plan2 bagai pon tak semestinya menjadi 100%.

Eh eh. Itu incik suda text kate selamat dah sampai LCCT. Oke oke. Gua chow dulu~

Note----Nanti aku update lagi ek. Tapiiiii tgk la, kalau aku rajin aku update la pasal kami, sebab aku ni jarang sikit nak update kisah-kisah chenta aku dengan dia. Sebab aku suka abadikan dalam kotak fikiran aku ni je. Lagi pon kang update lebih-lebih takot menyampah plak orang kan. Korang menyampah ke eh?




2 comments:

Husna Adilah said...

bila baca pasal encik hati kak ona, kite masih lagi rasa anda bedua sungguh sweet.. :)

sayu plak rasa hati usna. .. kak take care:)

Miss Yaty said...

Sweetnye..