Sunday, August 21, 2011

Kalau ada rasa riak tu, pi buang jejauh.


Eh bila da update entri bawah ni jadi cam gian pulak. Nak wat entri lagi. Maka jom jari2 ku menari2 atas laptop ini.

Cane dengan persiapan raya korang? Aku light2 je. Biasa2 je. Even baju baru pon takde tau. Aku recycle je baju kurung moden yang aku wat sempena kakak aku kawen bulan 2 aritu. Entahlah, raya tahun ni feeling biasa-biasa je. Nak kate excited sangat pon tak, nak kate make donno sangat pon tak. Mungkin jiwa tua da menguasai diri. Tapi ada satu part yang aku excited. Aku dengan cousin2 belah mak, kitorang ni ada acara tahunan. Setiap kali raye mesti ada plan utk buat aktiviti bersama. Macam jalan2 ke. Holiday ke. Ape2 lah.

So tahun2 yang lepas kitorang pergi Blue Lagoon, Port Dickson, then ada jugak berjimba ke Melaka. So this year belom decide lagi nak pi mane. Tapi memasing excited utk wat aktiviti lasak. So harap2 menjadi la plannyer.

Jom cite benda lain plak.

Aku kan bila on FB n browsing2 n skroll2 la wall fb tu, kengkadang rasa ter-annoy sangat dengan status2 orang yang berjiwa berlagak ni. Aku selalunya akan detect, akan ada sesetengah FB-rian yang setiap kali update status mesti ada bau-bau riak. Aku tak tau lah korang macam mane, mungkin pada pendapatan korang bila korang bace tu macam nothing je kan atau korang memang jenis yang hati kering yang mmg tak suke amek port benda2 macam ni. Tapi aku pon takde la amek port pon, tapi bile kite terbace, setiap kali si polan2 tu update status mesti nak grand, mesti nak up.

Tak payah lah aku bagi contoh kan sebab maybe korang leh bayangkan. Dan aku pon takde la tuju pada mane2 specific person, aku just menulis secara randomly sahaja. Sebab kadang-kadang ter-rimas jugak la mata aku membacanye. Tapi mane la tau kan memang betul idop dia sentiasa disinari kebahagiaan dan ke-best-an kan berpanjangan, dia update pon tanpa ada niat nak riak, sekadar dia nak sharing is caring. Aku yg yang emo2 nak ter-annoy kan. Boleh jadi jugak.

Tapi pesen aku ni pon pemalas nak update status fb (apetah lagi update blog, haha). Even aku sdg gumbira atau ada benda2 best yang jadi dalam idop aku, kalau time tu aku takde rasa pon nak share dengan public, aku takde la update status fb utk mention betapa bestnya aku. Sebab aku pon takde la terlaku taksub dengan fb dan aku taknak menaksubkan diri aku dengan fb. Setengah orang tak boleh hidop takpe fb, jadi aku tak la jadi macam tu. So aku nak treat FB ni biasa-biasa je, bukan hamba FB.

Ape yang aku cakap kan kat atas ni takde la penting mane pon. Takde la isu besar yang perlu diperdebatkan kan. Cuma terasa nak menulis pasal sesetangah orang yang menjadi FB ni tempat untuk menunjuk-nunjuk. Kan perasaan riak itu antara sifat syaitan. Jadi bila kite menghapdet status tu elakkan lah niat nak bermegah-megah. Tapi andai kate mmg niat tu mulus suci murni nak ber-sharing, tak salah pon. Itu kan hak memasing.

Korang plak cane. Ade ke ter-annoy dengan ape2 status di FB. Feel free to share.

Ok lah. Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain.

Thank you for reading!

6 comments:

Oda Willy said...

FB boring... mak xkoser nak layan..lagi2 yg update status setiap 10 minit.

Hana Soffelia said...

Sama. Hana pun bukan jenis kaki fb sgt, suka nau update status kat Fb. Update kt blog lg best sbb hana yakin pembaca kt blog rata2 ada seorang yang "bijak" menilai apa yg kita rasai dan luahkan kat blog.

Btw, Hana pun xprepare sgt utk raya this year. Pakai je mana2 baju yang mak buatkn. ^_^

Amir Syahir said...

hai..ingat gua lagi x.

husna.Rahman said...

oda--mak pon tak paham pesen orang update status setiap minit ni..haha

husna.Rahman said...

hana--kan kan..better luah di blog. lebih puas ati..kadang2 kat fb ni lebih nak propa je...hehe

singgah selalu :)

husna.Rahman said...

hiroooooooo

mesti la ingat..haha