Ini adalah entry tunai janji. Iaitu entry pasal HARI PERTUNANGAN AKUUUU!
Intro
Di mana ye nak mula. Baiklah, sebagai intro aku mulakan dengan asal usul majlis tunang ini. Sebenarnya pada asalnya semasa zaman cintan cintun di UPM dan mulut gatal-gatal bincang pasal kawen padahal belajar pon tak habis lagi, kami sebenarnya merancang untuk taknak bertunang. Alasannya untuk elak daripada membazir atau dalam erti kata yang lain nak jimatkan perbelanjaan.
Sebabnya adalah kerana faktor jarak. Encik Tunang aku ni berasal dari Kuching, Sarawak manakala aku plak tinggal di KL. Jadi untuk terbang berkali-kali Kuching - KL untuk bermacam-macam majlis mesti makan kos yang agak tinggi. Jadi kami decide untuk tidak bertunang dan hanya fokus untuk direct melangsungkan majlis nikah dan sanding bila tiba masa yang sesuai.
Posting dan PJJ
Tapi bila masing-masing dah habis belajar, aku bekerja di KL manakala si dia pula ditempatkan oleh KPM untuk ber-posting jauhhhh kat Limbang Sarawak, maka hubungan percintaan jarak jauh (PJJ) ni tiba-tiba buat kami terasa nak betunang, sebagai tanda ikatan yang awal sebelum ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Idea merisik cum tunang
Dalam adat orang Melayu, sebelum berkahwin mesti akan ada majlis merisik kan, tidak kira la nak bertunang atau tak atau nak terus langsungkan majlis perkahwinan, mesti akan lalui proses merisik. Jadi confirm2 la famili si dia akan terbang ke KL untuk berjumpa famili aku untuk majlis merisik. Oleh itu, akulah yang keluar dengan idea di mana kitorang rangkumkan sekali majlis merisik yang mana disusuli dengan majlis tunang yang ringkas pada hari yang sama.
Maka terciptalah 4 DISEMBER 2011 sebagai majlis merisik cum tunang kami.
Keutamaan majlis pada hari tu sebenarnya adalah untuk merisik, tapi ujung2 majlis ada sesi sarung cincin tunang. Dua dalam satu.
Sebenarnya aku sangat suka dengan cara ini. Sebab tak banyak pembaziran untuk buat majlis tunang yang grand macam trend zaman sekarang. Dan aku sebenarnya juga taknak membebankan keluarga si dia untuk datang berkali-kali ke KL untuk pelbagai majlis. Biarlah kami buat majlis yang sederhana dan fokus untuk kumpul duit banyak2 untuk majlis perkahwinan nanti. Kan lebih afdal :)
Maklum la, kami ni jauh, si dia dari Sarawak dan aku dari sini. Jadi kos perkahwinan kami mungkin lebih sikit memandangkan kene masukkan perbelanjaan tiket flight sume. Tapi aku percaya pada rezeki. Kalau berusaha keras dan niat suci nak dirikan masjid, insyaAllah Allah akan permudahkan segala persiapan. Cepat amin ramai-ramai :)
Jadi aku share sikit some of the pictures of my MERISIK CUM TUNANG DAY!
Introduction of perbincangan majlis merisik. Yang belah kanan dari pihak belah aku manakala yang belah kiri dari belah encik tunang.
Spokeperson dia adalah sepupu encik tunang.
In the middle of perbincangan. Masa ni aku dalam bilik. Dok sorang2 dengan perasaan yang maha cuak. Curi2 dengar conversation, mmg nebes abes. Agaknya kalau menunggu detik untuk dinikahkan lagi suspen double triple kan.
Memandangkan majlis ini adalah majlis merisik dan sekaligus bertunang, maka pihak lelaki bawa dua bentuk cincin. Satu cincin merisik dan satu lagi cincin bertunang.
Bincang dan terus bincang.
Dari kiri my pak uda, my ayah, and my paktam
After sesi perbincangan selesai, barulah sesi sarung menyarung cincin.
Dimulakan dengan cincin merisik. Oh berdebar time ni. Malu pon ada. Padahal takdela ramai orang pon.
Time ni rasa syukur sangat wat majlis kecik2, klu wat besar2 macam mana la nak face dgn orang yg tengok. Aku kan pemalu :P
Dan kemudian disusuli dengan cincin bertunang.
Amek restu dari bakal mak mentua :)
Makcik, sudilah kirenya amek saya sebagai menantu ye :P
Peluk-peluk pulak :)
Bergambar dengan bakal mak mertua - saya - dan mak saya yang saya sayang selamanya.
Along kesayangan saya yang da membunting almost 7 bulan. Tahun depan dapat anak sedara. Yeay!
Mak, nape senyum cenggitu tu..hehe
Maktam dan mak uda. Thanks datang ye maktam dan mak uda dan husband masing-masing.
Thanks jugak pada pakteh makteh, pak usu dan mak usu dan fakhri dan jugak makngah dan pakngah. Thanks jugak pada makcik2 belah ayah yang datang :)
Seeee...it is among famili je :)
Makan time! Rupenye mak tak tido malam tu sebab masak. Saya plak tido empat pagi.
Thanks mak. Sayang mak sangat2!!
Time ni pihak lelaki da nak balik. Suke dengan gambar ini. My ayah dengan ayah encik tunang salam peluk2. Hurm, ada chemistry ni..hehe
dan gambar yang terakhir tapi gambar yang sangat penting dan bermakna...
sila scroll ke bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadddaaaa. Ini lah encik tunang. Maybe kalau blogger kalangan Kolej Canselor UPM mesti kenal sama ini mamat. Hehhe..
Bergambar kene jarak2. Belum sah lagi kan..hehe
Saya dan tunang tersayang.
(Feeling2 jiwang)
Alhamdullillah, walaupun dengan hanya majlis yang ringkas, yang penting aku dan dia dah selamat bertunang pada tarikh 4 Disember 2011. Itu yang penting. Dan aku lega sebab kedua-dua famili aku tgk macam serasi je. Maklum la, riso jugak kan sebab ayah aku nak melepaskan anak dara kepada orang jauh. Tapi selepas majlis merisik dan tunang hari tu, ayah seems okay je. Malah aku tgk ayah excited betul. Alhamdullillah. Aku harap keluarga si dia jugak boleh terima aku seadanya.
InsyaAllah, berdasarkan pada perbincangan, kami akan berkahwin pada tahun depan. Jadi mulai sekarang da patut merancang-rancang mana yang patut dan jugak paling penting kene saving untuk kahwen. (Say no to shopping ikut nafsu!). Orang kata masa bertunang ni akan ada dugaan2 yang datang. Ya Allah, dengan itu aku mohon Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan kami. Jauhkanlah sengketa antara kami. Kau luaskanlah pintu rezeki Mu dan kau limpahkan berkat rahmat mu ke atas aku, dia dan kedua2 belah keluarga.
Amin yarabbalalamin.
Info penting: kami betunang pada 4 Dec 2011, dan pada keesokkan harinya 5 Dec 2011 adalah anniversary kami yang ke 3. Alhamdullilah, 4 tahun kenal dan 3 tahun dah bercinta. Semoga aku dan dia kekal sehingga hujung nyawa kami. Amin. Happy 3rd anniversary awak!
Ok. Till then. Bye!
Doakan kebahagiaan kami ye semua!
15 comments:
loike!
congrats ona!!
same jela nasib kte ni ona.hikhik
mudah2an Allah permudahkan segalanya yer..;)
kak Ona n Wandy thniah ye.. :-)) smoga apa yg dirancangkan akn mnjadi kenyataan hendaknye.. dan smoga hubungan kalian sentiasa mndpt rhmat drpd Allah S.W.T... p/s: simple n best mjlis akak.. hehe like bnyk kali...
suke suke.
simple tapi cantekkk
sweet ;)
nak tgk perut jaja, nampak muke je hee
Q--loike je ke..kamu bile lg..hehe
fiza---thanks a lot fiza!!
kan..kite ni senasib..hehe
amin..doa2kan..
fiza bile plak..hehe
elly---aminnnnn...thanks elly..nanti akak dtg ye...
mmg akak pon suke majlis ni..
simple2 aje... :)
kak dd---perut kak jaja tak besar sgt pon..comel2 je even da nak masuk 7 bulan da...akak, haris sgt laaaahhhhh comelnye..geram!
Alhamdulillah...tahniah Ona. Darah manis time tunang ni & byk dugaan. Semoga segala urusan berjalan lancar & selamat ke jinjang pelamin.
kak ila---thanks kak.amin amin amin :)
Salam Sis. Tumpang tanya... masa hari merisik cum tunang ni... berapakah dulang yang disediakan bagi pihak lelaki dan perempuan? dan apakah isi hantaran? harap dapat berkongsi.
Terima kasih
Ha'a..belah pompuan kene sediakan hntaran jugak ye?
Wah .....seronok bca pngalaman awk....nak jdikan rujukan.....hehehehe......
Wah .....seronok bca pngalaman awk....nak jdikan rujukan.....hehehehe......
nice sharing sis :)
Post a Comment