Sunday, December 18, 2011

Video yang buat aku faham ape itu..........


Salam semua.

Ape aktiviti korang di hujung minggu? 

Eh, korang da tgk video-video kat bawah ni. Sebenarnya salah satu video kat bawah ni adik aku yang approach aku untuk tgk. Sebabnya dalam video ni ada v-logger popular Matlutfi90 yang sangat la femes dengan video dia yang cool slumber tu. Aku salah sorang yang suka layan video-video dia yang supercute tu. Bukan dia yang kiut, video dia yg kiut+kreatif. Matlutfi90 ni dalam video kat bawah just sebagai penampilan khas je dalam video yang bertajuk Oley! Hudud Allah.

So kalau korang da tgk video2 kat bawah it is so obvious about our current politic issue which is about hukum hudud. Aku tidak arif untuk menerangkan pasal hudud dan sememangnya aku mempunyai pengetahuan yang sangat dangkal dan cetek mengenai hukum hudud. Plus aku totally pangkah pada politik sbb aku rasa politik adalah permainan paling kotor dalam dunia. Soooo the not interested. 

Tapi yang buat aku terpanggil untuk menulis pasal ni adalah comparison antara ketiga-tiga video ini.

Video ni sebenarnya ber-rentetan. Yang mana dibuat oleh dua pihak yang berbeza. Jadi untuk buat korang lebih faham mengenai isu ini korang kene tgk secara berturutan. 

1st korang kene tgk dua video yang pertama ni, yang mane aku percaya dia dibuat oleh pihak pro-BN dalam koleksi Sembang Rakyat.



Dan video yang ketiga ni pula masih membincangkan isu yang sama cuma video ni pihak oleh pihak yang satu lagi.

ni la video yang ada matlutfi tu. 

Jadi da tgk?

Aku bukannya nak kupas isu politik. no no no! Dont get me wrong.
Cume yang buat aku terpanggil untuk menulis (cam da ada je ayat ni kat atas) pasal isu adalah sebab aku rasa cara yang mereka gunakan untuk memberitahu masyarakat umum mengenai hukum hudud.

Dalam dua video Musim Hudud dan Lagi Hudud PAS tu adalah dari koleksi Sembang Rakyat. Dalam video itu mereka hanya membincangkan hukum hudud dari sudut pemikiran orang yang dangkal mengenai isu dan pengertian sebenar mengenai hudud. Aku dapat tgk yg agendanya adalah untuk menghentam pihak yang satu lagi sehingga mereka membincangkan mengenai hudud dari pandangan yang kurang tepat. Video macam ni ditonton oleh ramai orang, jadi bagi aku mereka seolah-olah menggambarkan hukum Hudud adalah macam kind of silly thing dan of cos akan makin men-negatif kan pemahaman orang ramai mengenai hukum hudud. Kan?

Dan aku tak habes pon tgk dua video yang pertama tu sebab bosan.

Then after aku tengok video yang ketiga, barulah aku faham ape itu hudud. Sebenarnya video yang ke tiga Oley! Hudud Allah itu adalah video yang dibuat untuk membalas video yang dibuat dalam Sembang Rakyat tu. Bila dah tengok ketiga-tiga, maka aku buat perbandingan. Terus terang aku rasakan pendekatan yang digunakan dalam video ketiga untuk beritahu kepada umum mengenai hudud tu adalah satu cara yang bagus dan ikhlas kerana Allah.

Tujuan mereka hanya satu-----untuk membetulkan mentaliti dan memberitahu pengertian sebenarnya Hudud itu secara non-formal. Yup, dakwah secara non-formal. Mungkin cara itu lebih masuk ke dalam hati kita. Dan paling penting mereka tidak menyelitkan isu politikus. Niat mereka hanya untuk menyebarkan kepada umum apa itu hudud. Bukan menghentam mana-mana pihak.

Bila aku tgk, dari aku kabur mengenai hudud, sekurang-kurangnya adalah sedikit pengetahuan aku pasal hukum Allah tu. Yelah, sebagai Islam malulah kalau aku sendiri salah tafsir hukum yang diturunkan oleh Allah pada umatNya. Bila isu hudud ni menjadi hangat, ramai pihak yang ingin memberikan pendapat dan berdebat. Jadi ada betul kata-kata dalam video tu, kalau kite cetek ilmu mengenai isu hudud janganlah memandai-mandai beri pendapat sebab takut2 kita memperlekehkan hukum Allah ini. Ditakuti terpesong akidah.

Dan aku sangat suke approach yang digunakan dalam video ke-tiga tu.

Cume, aku terfikir jugak. Berani plak si MatLutfi90 tu interprem dalam video tu. Dia bukan ke budak tajaan JPA ke petronas ek (errr aku tak sure) yang belajar kat oversea (please correct me if i'm wrong) takot plak ada pihak yang akan manipulasikan video tu dan buat spekulasi bukan-bukan. Harap-harap tak lah.

Ok lah. Itu saja untuk kali ini. So untuk korang aku tak pasti apa pendapat korang mengenai video-video ni. Ini cuma pendapat aku. Feel free to share yours. Mungkin yang lain akan tafsir dari dari sudut yang berbeza dan berikan pandangan yang berbeza. Never mind, Malaysia is a free country, so we are free to raise our opinion kan.

Ok. Bubye~

note: after bace ni don't judge me wrong ye. aku ni lenient. tidak sokong mana-mana pihak pon. aku menulis hanya untuk berkongsi ilmu dan bagi pendapat. tu saje.

Note lagi: tadi after balik keje melawat new born baby of Hani. name anak dia Umar Ridwan. Baby ni bestkan bau dia, masham2 wangi.hehehe...

Lagi-lagi note: errr...lagi satu, tajuk entry aku ni ntah pape kan. tajuk nak poyo. sebenarnya aku tak tau nak bg tajuk ape. tanak la tajuk yang sound too politic or what so ever.

Ok. Have a happy weekend.

Thanks for dropping by at my blog. Thank you for reading too.

4 comments:

Anonymous said...

dari percakapan kita dah boleh tahu betapa jahil dan jauhnya akidah diorang ni dah terpesong. kan berbeza tengok video penuh amarah mengata mengutuk dengan video info masyawarah berinformasi. semua orang boleh nilai sendiri

husna.Rahman said...

kan Q,

sangat berbeza..
1 tu mmg obvious utk self interest..

tp yg kedua tu betul2 utk sebar dakwah semata2...

masyarakat skng ni bijak untuk menilai...

Husna Adilah said...

runsing-runsing kesian matlutfi if terjadi apa2 pada dia. uhuhu. saya peminat setia >_<

hukum hudud patut sudah lama dikuatkuasakan. mungkin kerana kita terlalu takut apa yang akan terjadi nanti.

bare in mind la kut, apa yang terjadi tu semua, bukan kita punya celita. Kita jihadkan agama Islam, Allah sayangkan kita juga. tak gitu?

Thanks for sharing. :)

husna.Rahman said...

sharing is caring..hehe

yup, hopefully takde la jd isu pape kat matlutfi tu...peminat dia jugak :)

susah kalau dah jihad untuk self interest ni..