Thursday, March 10, 2011

From SM to PDB

.
.

After several months did not meet each other

Soon you will fly to see me here

And to see my parents too

Weeeeeeeee

Oh suke!


I prayed to Allah may you have a safe journey  



 regards;
Silent Monologue to my luvly PDB 


Wednesday, March 9, 2011

Kalau belacan itu busuk. Ada yang lagi busuk

.
Hari-hari gi keje da ada sumber stress yang baru. Sejak awal bulan lepas, opis aku da ada perubahan dalam kedudukan meja-meja staff. Mostly berubah tempat duduk. Jadi aku pon tak terkecuali kene pindah tempat duduk. So dalam sitting arrangement yang baru ni, depan aku duduk lah sorang staff baru. Before ni staff tu duduk jauh dengan aku tapi disebabkan penstrukturan semula sitting staffs, jadi ada la sorang mamat cina duduk berdepan dengan aku. Aku takde hal lah, sape2 pon duduk dekat aku oke je tapi masalahnya sekarang ni cina tu punya bau badan masyaAllah hangit tengik sengit!!!!!

Makkkk!!! Tulun!!! Aku agak budak ni mesti jenis tak mandi pagi. Kalau da petang-petang aku leh time la kot2 naik aroma tak menyenangkan tu, eh ape plak, petang2 pon aku tak leh trima aroma memualkan tu, tapi masalahnya cina tu sekarang pagi-pagi pon, baru beberapa saat sampai opis dah semerbak mencucuk-cucuk idung bau badan dia. Baju yang dia pakai tu nampak bersih tapi macam bau baju tak basuh setahun. Eh over plak, macam tak basuh dua minggu lah kot.

Aku rasa bau tu banyak datang dari ketiak dia. Gamaknya gitu hangit bau keti dia, aku rasa memang sah lah tak pakai deodoran. Muka jambu abes, ramos rambut memang ala-ala korean style, dia punye fringe rambut memang kalah fringe pompuan, pastu rambut yang kat tengah tu dia tegakkan ala2 trojan tu. Tapi kalau setakat muka tiptop tapi ketiak bebau hangit pon tak gune jugak apek oi!!!!!!

Mula-mula tu aku buat tak tau jelah, sebab malas lah nak gosip-gosip dalam opis ni. Tapi satu ari tu Kak Z, senior aku yang duduk sebelah table aku tanya:

Kak Z: Hang takde terbau ke. Si polan tu bau tau tak. Busuk.

Aku: Waaa. Akak pon terbau je. Saya ingat saya sorang je yang realize. Saya wat senyap jela.

Kak Z: Oit, sampai belah sini pon bau ko kate boleh akak tak sedar. Ko gi la nasihat dia, belikan dia deodoran ke.

Uishhhh. Harus ke aku tegur dia. Dia lelaki kang jatuh plak maruah. Memang la dia muda lagi dari aku, tapi tu kan berkaitan dengan air muka dia, maruah dia. Kang termalu plak tak pasal2 resign plak, aku plak yang kene dengan bos sebagai puncanya. Tapi kalau tak tegur kang memang hari2 la aku breakfast dan lunch dengan bau yang sangat enak!!!!

Tapi pagi tadi aku rasa bau yang paling kuat setakat aku penah bau dari dia. Baru sampai opis dah zuuppppp. Menusuk idongku! Aku tak tahan terus pekap idung dengan tudung. Lantak lah dia nak kata ape. Sekarang ni air cond memang tak leh tutup. Opis aku ni kadang-kadang bila suhu da rendah sangat, bila da sejuk sangat-sangat, bila jari da beku sampai nak click mouse pon seksa, kitorang akan tutup jap air cond tu untuk lebih kurang setengah jam. Tapi sejak masalah bau ketibus (ketiak busuk) ni muncul, kitorang sanggup sejuk dari mual terbau bau ketibus.

Persoalannya------mampukah ku bertahan dengan ketibus itu?
Mampukah!
Mampukah!



Rambut perghhhhh macam artis korea! 

T
a
p
i


 
 Ketiak ko tengikkk!!!!

Adoi lah!

UUUUuuuuUUUuuuUUuUUUUuuuu. Nak benti keje lah cani! (alasan!)

Tuesday, March 8, 2011

Dia bini orang sudah~


Tetibe tibe setelah berkurun lamanya, malam ni datang plak mood nak update blog. Wow. Lama sangat tak update blog kot. Nway ikotkan memang tak ada apa sangat cerita yang best nak story. Kalau hari-hari pasal repekan jiwa pon naik bosan dan mual plak readers kan.

Tapi sepanjang ketidak-hapdetan blog ni macam-macam jugak la yang berlaku dalam idop aku. The most inportant things yang berlaku adalah wedding kakak aku. Satu-satunya kakak yang tershayang dah selamat menjadi isteri orang. Dinikahkan pada 26 Februari 2011 dan persandingan pada keesokkan harinya. Tetamu Alhamdulillah ramai, seperti yang ayah harapkan. Ayah kate alang-alang nak jamu orang makan, biar datang ramai-ramai. Majlis buat depan umah ni je. Kawasan flat aku ni masih amalkan masak secara gotong-royong, jadi masakan yang dimasak memang sedap. Ramai yang puji. Aku pon tak dapat la nak membayangkan macam mane la sedapnya sebab makan pon pakai jamah-jamah je masa aritu. Tu pon da lewat petang baru la masuk nasik dalam perut, tu pon baru tiga kali suap DJ dan buat announcement soh famili masuk dewan untuk sesi bergambar. Takpelah nama pon da tuan rumah kan, kalau ko nak sentap makanan lama-lama tak telayan la tetamu kan.

Thanks pada yang hadir. Thanks pada Shida datang, Maziah juga. Dan pada kawan2 sekolah bai and husband, jijah, shida shafiin, nisa. Geng opismet Aimie, pastu Maria dengan laki dan anaknya. Aimie kate betambah eh laki ko makan. Makan-makan memang soh korang datang makan kenyang-kenyang pon.

Along nikah kat dalam dewan depan umah ni, depan pelamin idaman dia. Sampai hajat dia untuk nikah atas pelamin yang dia sangat suka tu. Dan aku sangat touch bile Along selamat dinikahkan. Huhu. Ada orang da curik along saya. Sape lagi yang aku ada untuk borak malam-malam, sapa lagi nak layan aku merepek melawak, sape lagi nak wat teman gado, sape lagi tempat aku tanya pendapat itu ini, pakai baju baru depan mata along tanya 'oke tak, oke tak long?'. Pastu kalau pagi aku mesti terjaga bila time along bersiap-siap nak gi sekolah sebab along akan bangun dulu dan bersiap lebih awal sebab cikgu kan, masok keje pon awal kene la siap awal. Jadi by the time along ketang ketung bersiap tu aku pon terjaga just in time untuk aku bersiap-siap gi keje plak. Jadi sekarang da takde along-yang-siap-ketang-ketung-pagi-pagi-sampai-aku-terjaga. Huwaaaaa. Sedih plak.

Takpelah, along pon da menjumpai kebahagiaan idopnye. Masa majlis sanding along, along pakai baju baby blue dan dia nampak cantik sangat. Dan semalam selesai plak majlis bertandang ke belah pihak lelaki, along pakai baju putih. Pas kawen along akan duduk beberapa bulan kat umah mak mentua dia, then maybe akan apply kuaters guru kot.

Aku doakan along berbahagia sampai ke akhir hayatnya bersama suaminya abang Mu'min a.k.a Amin. Abg amin welcome to the famili. Cepat bagi saya anak buwah ye. Ngehngeh. Mereka berdua sekarang ni ngah honey the moon! Feeling pengantin baru masih baru haruslah honeymoon. Ole-oleh sila beli banyak-banyak yep!

Mau upload gambar tapi tak banyak gambar dapat lagi. Adelah dari fesbuk2 orang lain. Masa hari kejadian memang tak menyempat nak amek gmbr. Rasanya macam tak banyak je gambar aku. Hishh. Rugi-rugi gambar aku tak banyak. Tapi haruslah kan bukan aku yang pengantin kenapa plak aku nak kene enterprem. Hehhehe.

Okelah. Abez cite bab wedding along. Fokus plak cite diri sendiri. Oyeah! Hari ini apply cuti 15 dan 16 Mac. Pastu tadi before balik dapat email dari bos cuti aku APPROVED! Yippiiii. Punyalah riso sebab tak tau nak bagi alasan ape untuk apply cuti. Bos aku bukan leh time alasan 'personal matters' ni kalau nak apply cuti. Dia nak alasan yang solid molid. Tapi tadi da terdesak takot lambat sangat apply cuti jadi hentam je letak alasan 'PERSONAL MATTERS-ACCOMPANY A FRIEND'. Tetibe approved plak tanpa di-investigate oleh bos. Yeah yeah. Tepuk tepuk kuat kuat sebab suka dan lega. Tapi tadi masa bertembung dengan bos kat mesin fotostat bos sengih2 tanya;

Bos: Mau pigi mana haaa. Mau teman siape haaa.

Aku: Adelah. (sengih lebar-lebar lawan sengih dia, nak korek lettuw)

Bos: Siapa? Jantina?

Aku: Rahsiaaaa.

Hahaha. Sebok je bos mau tau. Tak bleh tak bleh tau nanti kecoh dia btau satu opis. Tapi aku tau dia takkan puas atinya kalau tak tau mana aku nak gi sebenarnya. Hurmm..cuti da approved. Settle satu hal. Jadi ready jela jumpe orang ituww. Hehhe. Lama beno tak jumpe. Last jumpe masa konvo ek. Sebbek le ada cuti sekolah leh la dia datang semenanjung jumpa aku. Kalau tak simpan jela diam-diam sume rasa dalam hati. Wah. Kene plan cuti baik-baik ni sebab setiap hari harus dimanfaatkan dengan aktiviti yang akan jadi seribu satu makna.

Okelah nak tepek benerapa gambar kawen along. Ni jela yang adoo. Sila la enjoy ek.

Inilah pelamin angan kakak ku yang menjadi kenyatan. cantikkan kan. ni belom ada cahaya sportlight dari videografer, bila ada lagi tambah cantik sebab lighthing dia vogue the vas!

ni plak malam nikah. da macam artis bagai plak guna mic segala ni. along duduk di apit mak dan mak mentuanya dan bestiesnya.
bapak ku the bapak pengantin. ayah mata kenyit-kenyit masa baca paper tu sebab tak nampak tulisan rabun dekat la pulak. lupe plak ayah nak bawak spek. adoila ayahku. hehehe. apa yg ayah bace ekceli tu eh? lafaz ape tu eh? tak teralert plak masa tu sebab leka tgk along atas pelamin.

abang iparku. laki kakaku. menantu mak ayah ku. sekali lafaz selamat jadi suami kakak aku. alhamdullilah.

bini orang sudaa

famili sudah bertambah lagi sorang

weeeee. ini plak masa hari persandingan keesokkannya. along pakai baju warna baby blue. cantik sgt!
gambar ini curik dari album shida. boleh ek shida. mintak izin dah kaf fb. credit to shidalah for this pic.

ini gambar along dan bestiesnyeeee. kak aida, nini dan a ai!

wiwit! lomantik!

oke mari bergerak plak ke majlis bertandang belah pihak laki plak. seminggu jugak abang ipor duduk umah kami then after majlis bertandang along plak duduk umah mak mentuanya. gambar atas ni masa berarak nak masok dewan. alamak, aku kat belakang tu tunduk plak. kene jadi dayang pegang kain. 

after berarak terus naik atas pentas untuk makan beradap. tak best makan tempat ekslusif ni. tak kenyang makan. tak dapat guna tangan. jadi makan pakai ado je nak isi perut. sebbek la aku da melantak dl before kua umah. selamat! hehe

tema along pada belah lakinya adalah putih suci gituw!

kami

bergmbar dengan famili belah mak. masa ni incik potografer soh sume buat 'syuhhh'. kene dengan pakcik2 aku yang tabligh tu mau nak dilayannya. hehehehe. tp best sebab dapat gmbr puas2 dengan famili.


abg amin-ayah-mak-along

dan suke suke suke suke sangat dengan gambar ini!!!! harus letak XL size. sayang along!
oh yea. nampak tak bunga tangan along tu. aku le yang buat. bukan nak kate la tapi aku rasa aku ada la sipi-sipi bakat dalam menggubah bunga ni. hiasan bilik pengantin aku yg buat, hias dengan fresh flower kat kepala katil and gubah bunga untuk hias atas meja. then meja makan beradap pon keje aku jugak. nantilah aku citekan dalam next entri k pasal aku first time gubah2 bunga ni. bagi aku yg first time ni la lawa lah kot. nanti aku ceritakan k sebab nak upload gmbr pon gmbr lam kamera along, kamera along plak dia bawak pi honeymoon. so nantilah ek.

oh yang ni aku nak sound awal-awal. nak kawen ikot turn ek dik oi. kalau nak potong line tu boleh tapi namenya da langkah bendul jadi haruslah kene denda, bayar ptptn aku sampai langsai. huarghhh2!! cun jugek awek ko. sebbek tak gedik, klu gedik memang aku reject. takde maknanya aku nak senyum, jeling lagi ado. tp yang ni oke! lulus! ngehngeh!

dan tibe-tibeeee

pada satu sudut

sedang sume mata tertumpu pada pengantin 

sedang sume orang amek gmbr dengan pengantin

tibe

tibe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ada satu pasangan tu mengembalikan nostalgia la pulop kan!
so sweet! 
.
.
.
.
okelah
mata aku da sangat mengantok
da tersasar waktu tido aku gara-gara update belog
sebab tu aku malas update sebab kalau da start meng-online tido lambat la aku jawabnya
pastu esok sengguk2 dalam LRT kan. 
pastu terlajak terlepas stesen
jadi 
haruslah say
bubye!




p/s: enaucement enaucement. kepada sue pleides. kalau awok bace entri ni, sila tinggalkan link blog awak kat comment eh. ntah nape setiap kali nak bukak blog awak mesti tak bley. awak da tukar URL eh. kalau nak bagi in private awak pm jela kat FB i yek :)

Sunday, February 6, 2011

Izinkan aku merapu.

Hakikatnya memang sukar untuk tafsir ape yang dlm hati atau fikiran org. Itu kite semua tahu. Kan? Kite rasa kite tau, teka2 buat kesimpulan sendiri rasa macam sure je apa yang kite rasa tu last-last sebenarnya segala tekaan dan rasaan tu salah, menyimpang ataupun kalau nasib baik kene sipi-sipi je.

Kite (oh telalu general nak guna kite, gune aku lebih tepat) aku. Aku rasa aku ego. Kot. Kadang-kadang suke tanak akui perasaan sendiri. Kot. Tapi tak jugak. Hurm pape lah.

Oh sah entri merapu tgh malam.

Sambung merapu.

Oh. Nak cite pasal smlm boleh? Smlm kua dgn Shida dan Dalila. Tak kemana sgt hang out di mid sajje. Sampai-sampai ade pihak gian nak karok maka pekena karok dulu. Suara aku as always cam harem jep. Tune haruslah lari. Tempo haruslah salah. Tapi after pekena 1 2 lagu rasa cam makin ok. Ok cikit la tapi tetap pd kategori harem. Dan ending haruslah tekak perit. Sah tak leh masok AF. Tapi aku akui setetmen jujur shida dulu, dalam ramai2 suara aku paling........................tak best. Kehkeh. Tp tak kesahlah asal hepi je dgn member-member.

Oke. Masok bab lain plak. Bab keje.
Penat sgt aku tgk perangai org yang emosional. Hidup sekarang ni dikelilingi dengan org yg emosi. Yang membuat keputusan ikut emosi. Hanya krn die bekuasa tak perlu la salah gune kuasa kan. Otak juge penat bile fikir kenapa manusia tu tak reti nak cakap elok-elok dgn manusia lain. Bukan aku mintak disanjung dijunjung dijulang tapi hanya mtk ko ade even sikit rasa hormat sesama manusia. Kami bukannya patung yang boleh ko herdik. Kalau ko stress macam la aku dan lain-lain tak stress. Cara ko cakap cukup menggambarkan pemikiran ko yg cetek. Tak perlu rasa bagus dgn memaparkan kebodohan sendiri. Ingat hukum karma?

Ces!

Sunday, January 30, 2011

JB adalah Johor Bharu. Dan aku ke situ~

Memandangkan belog ini adalah salah satu tempat untuk aku share rasa sedih dan gembira aku, maka aku nak share satu event yang menjadi salah satu moment terindah dalam hidup aku.

Cerita ni bermula dengan satu phone call yang aku dapat masa aku kat opis, yang aku ingat masa tu hari Khamis. Tengah-tengah buat keje tetiba phone berbunyi dan terpampanglah unknown number. Jadi aku angkat.

Aku: Halo.
Anonymous: Salam. Saya Miza dari Yayasan Negeri Sembilan. Boleh cakap dengan cik Noor Husna.
Aku: Waalaikummusalam. Saya Husna bercakap.
Anonumous: Tahniah ye cik Husna. Permohonan awak berjaya. Aku telah tersenarai sebagai penerima anugerah siswazah cemerlang Negeri Sembilan.
Aku:  .........

Serius aku tergamam masa tu. Terus teringat yang after konvo bulan 10 tahun lepas aku dengan Dalila ada apply anugerah siswazah cemerlang untuk anak-anak Negeri Sembilan. Oh ye untuk pengetahuan bersama aku anak negeri sembilan cume dibesarkan di kl. Tp darah yang mengalir darah orang nogori. Hekhek. Jadi masa dapat phone call tu adalah dimaklum aku tersangat la hepi dan harus bersedia untuk event yang akan dibuat pada 21 Jan 2011 bertempat kat UTM Skudai. Haha. Memula pikir ape jadah nye la event negeri 9 tapi buat kat Negeri orang kan. Aku terus bagi confirmation yang aku boleh datang dan untuk event ni mak dan ayah turut dijemput untuk sama-sama naik pentas terima insentif. Bestnyaaaaaa dapat bawak mak ayah, naik pentas sama2 lak tu.

Maka balik rumah btau ayah tapi sedih yang ayah awal-awal lagi da btau tak dapat datang sebab ayah ada hal yang lagi penting. Takpelah, tak dapat nak buat ayah sama-sama bangga naik pentas. Sedih sebenarnya tapi pura-pura oke je depan ayah depan kakak depan adik. Jadi aku hanya gi Johor dengan mak saja.


The place where the event took place. Kalau ada budak UTM yang bace blog aku mesti dia kate aku jakun. Haha. Takpelah. Jarang gi U orang jadi tetap nak upload jugak gmbr ni.

Hurmmm...kami travel naik bas. Haha. Ni pon part best gak. Maklom la, aku ni mana penah travel jauh-jauh naik bas. Memang tak penah la kot. Mane tak nye. Belajar sekangkang kera (tak pasti plak kangkang anak kera ke bapak kera). Umah kat Gombak belajar kat UPM Serdang, hanya 40 minit je perjalanan. Pastu kampung plak nogori je, hanya satu jam setengah pejalanan je. Jadi cuba btau aku tang mane aku kene travel naek bas jauh-jauh berjam-jam. Oh kalau penah pon ikot rombongan sekolah atau aktiviti kolej tak pon kem kolej dulu. Itu pon bukan survive sendiri pon yela naik bas yang orang da sediakan cume letak punggung tido alih-alih da sampai kan.

Tapi kerana event ni harus digagahkan juga naik bas sebab ayah tak ikot, along plak dilarang untuk ikot dan drive kete sebab hanya lagi sebulan je nak kawen ayah tanak ape-ape jadi kat along. Dan aku pon memang haram tak reti bawak kete (padan muka) setakat lesen buat tebal beg duit je buat ape kan. Maka kene la naik bas.

Maka pada pagi 21 Jan aku dan mak selamat la naik bas Transnasional kol 8.45 pagi amek bas kat Bukit Jalil. Sepanjang dalam bas rasa tak selasa sebab terikat rambut jadi bila nak letak kepala nak tido tak selesa. Tapi sebab ngantok senggok-senggok gak la half dari perjalanan. Sebenarnya dalam hati berdebar tapi buat2 yakin je. Lagi pon nanti sampai kat Skudai tu ada pak ndak pikap. Jadi selamat la sikit rasa.


Dan pada malam 21 Jan 2011 di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai berlangsung satu acara anjuran Yayasan Negeri Sembilan iaitu Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama.

Majlis ni anjuran MB Negeri Sembilan, YAB Dato' Sei Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan. Dia yang akan sampaikan anugerah dan insentif. Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada siswazah kelahiran negeri sembilan yang dapat keputusan kelas pertama atau org kate first class honor nok oi. Jadi asalkan ko lahir di negeri sembilan dan dapat first class sila la mohon after grad sebab kerajaan negeri 9 memang sediakan peruntukan macam ni.Rugii wooo tak apply. Habuan boleh tahan!

Seeeeee....tengok nama aku. Giliran yang ke 46. Dekat nak last-last jugak la. Seramai 50 penerima pada malam tu. Sume dari U yang berbeza. Ekceli ada insiden gak masa sitting. Aku dengan mak dapat no 46. Jadi kitorang tunjuk la nombor kat usher tapi usher yang tak bape nak terlatih tu gi bawak kitorang kat meja yang salah. Mencicit la pegawai yayasan cari kitorang  merata-rata rupenya salah dok meja. Lawak jep.


 The dishes Yummy~

Dan sangat best bila MBN9 berucap dengan guna dialek nogori. Hadirin sume tergelak terkekeh kekeh bila dengar menteri cakap nogori dan buat lawak dalam bhs nogori. Bukan senang kan dapat dgr. Dan kalau da nama politician tu memang la dapat mic tanak benti cakap. Lama dia berucap sampai ramai dan ngantok-ngantok tunggu bila la part nak naik pentas ni.

Itu aku dan mak!!!!! Seronok dapat bawak mak naik pentas sama-sama. Tak tau ape perasaan mak waktu ni kan. Aku? Haruslah gembira. Tak nampak mock cheque tu.Hehe. Itu buatkan aku double gembiraa. Mak kata mak regret ayah tak dapat naik pentas sekali. Sedih je tgk ada satu sit kosong takde sapa duduk sebab tempat duduk tu mmg da reserve untuk ayah, tapi ayah tak dapat datang   :'(

 Penerima-penerima insentif bergambar dengan MB. Cari mana aku. Haha

Begambar dengan mak dengan cek ituuu. Berapa yang aku dapat bia aku jela yang tau. Dan pada sapa-sapa yang da tau tu syhhhhhh..hehehehe. Diam-diam sudaa...

Dan part yang palingggg besstttt dan juga menerujakan adalah perjumpaan semula dengan kawan baik masa diplomaaaa. Oyeah! After betahun tak jumpe, haruslah sangat excited untuk berjumpa. Alhamdullilah dapat jugka berjumpa before mereka ini habis belajar. Da alang2 diorang dok UTM kene la jumpa sebab mmg da lama tak jumpe. Diorang amek kos cikgu KH di UTM. Duduk di UTM memang resepi terbaik untuk kurus. Sebab dulu dua2 ni masa kat UPM sama-sama dip chubby sedap jek gituw (sedap?)kahkahkah. Tapi masok je UTM kurus tanpa perlu diet dan bersenam. Diorang kata stress blaja. Blaja struggle tapi dua2 ni scorer oke.

Keesokkannya hari Sabtu before balik KL aku spend time dengan bestfren kesayangan ini Adaa dan Ila. Dulu masa dip suka panggil mek da dan mek la. Dua2 ni terengganurian. Sebab tu cocok je nama diorang tambah mek mek di depan. Kitorang makan di Johnnys sebab nak makan yang mengenyangkan dan banyak sebab masing2 kebulur waktu ni. Haha
Pasangan bahagia. Suka tengok Adaa da jumpa mr right nye. Dengar-dengar da ada perancangan. Uuuuu, gumbira!
Ini lagi sorang. Akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Dan pening jugak aku dibuatnya sebab tarikh ila kawen jatuh pada hari yang sama dengan amy kawen. Dua-dua pon bestfren. Sorang Kedah sorang Ganu. Jadi macam mane ni nak gi. Fenin mak! Nila jadinya bila musim mengawan da tiba dan masing2 rebut cuti sekolah. Ila kawen masa sem akhir dia kat UTM dengan reason Zaimie (bakal husband ila) takot ila kene posting jauh. Hehehhee.

Kali ni aku belanja diorang. Maklum la dapat rezeki mencurah-curah malam sebelomnya. Baik kan aku?

Suke dengan gambar ini jadi harus letak saiz extra large. Sukeee sangat dengan gambar ini. Dan sebab suka akan jadikan profile pic FB jap lagi. Hakhak.


Sebelum balik gambar puas-puas dengan diorang. Tapi aku hepi sebab ila mungkin akak dok area kl or selangor bila da kawen dengan zaimie. Haruslah dekat dan boleh lawat umah korang nanti. Ila Zaimie meh beli umah area gombak. Haha.
Peluk-peluk dengan bakal pengantin baruuu. Inilah geng suka duka air mata gelak ketawa masa dip, serius aku sangat sayangkan mereka ini. Teringin sangat nak jumpe balik bestfren dip ILA, ADAA, LIN DAN GEE. Mesti best kan!! Bila dalam kete diorang imbas balik perangai budak-budak kitorng terkekeh kekeh gelak. Mana tak nya budak lepas SPM yang tak penah dok asrama masok U, bayangkanlah. Macam-macam title dapat. Tapi zaman dip adalah zaman transisi dari budak kepada matang. Matang ke masalahnya skang ni.Hahahaha.

Bye bye daaa ila. Rasa macam nak melawat korang lagi nanti before korang abez blaja. Nak datang dengan nora. Tak puas jumpa aitu. Thanks jugak pada Wan sebab bawak jalan-jalan. Serius wan baik sangat orangnya untung da dapat wan.Cepat kawen oke!


Well. Begitulah kisah aku dan JB. Part kelakar bila mak nak jugak bawak mock cheque tu naik bas. Aku kate kat mak tinggalkan jela kat umah pakndak nanti pakndak bawak balik kg nanti kite amek kat kg jela. Tapi mak kate mak tanak mak nak gak bawak balik KL. Maka cek tu bungkus dengan sok kaba. Sebabkan cek tu gedebak aku lipat dua. Dan akhirnya bawak juga la cek tu naik bas, turun naik LRT smpi la selamat sampai umah. Aku adalah survivor! (Tetibe).

Nway disebalik anugerah dan rezeki yyang tuhan bagi ini aku nak ucapkan rasa terima kasih pada Dalila. Kalau bukan dia yang ajak aku untuk apply sume2 ni memang sampai sudah aku tak tau yang insentif ni wujud. Cuma aku regret sebab turn Dal tak dapat sama event dengan aku. Dal aku dapat jugak cuma pada event yang berbeza mungkin di U yang lain. Aku doakan turn ko akan tiba tak lama lagi babe!

Okelah. Panjang plak cerita aku. Sapa yang bace sampai abez angkat tangan!

Thursday, January 20, 2011

Laporan ringkas

Dear Diary,

Esok aku dan mak akan berangkat ke UTM Skudai untuk satu event anjuran Yayasan Negeri Sembilan. Eventnya 21 Januari 2011 Jumaat di Dewan Sri Iskandar UTM Skudai. Perancangannya:
--Jumaat pagi bertolak
--tengah hari sampai Johor turun di Sri Puteri 
--Pakndak pick up dan bawak gi makan tgh hari
--Petang rehersal
--Malam event
--Esoknya sabtu pagi2 meronggeng dengan BFF yang saaaangaaatttttt lama tak jumpe---> ADAA dan ILA, besties masa diploma dan kawan suka duka aku masa dip dulu. 
--Petang sabtu balik KL

Oh. Sangat excited untuk jumpa ada dan ila plus buah hati ada. Kira-kira kat jadi ni macam da dekat 3 tahun kot tak jumpe. Ya Allah permudahkan perjalanan aku dan mak aku.

Oh gembira juga sebab bos sangat berbaik hati sebab aku apply cuti ari Jumaat untuk gi event ni, apply dari Annual Leave aku la, tapi bos baik ati jadikan cuti tu sebagai unrecoded leave. Maka Anuual Leave aku tak terjejas. Dan paling best jugak bos ada bagi 'ganjaran wang' sebab aku dapat anugerah dalam event ini. 

Sepatutnya my bff Dalila pon patut ada dalam event ni, cuma kali ni bukan rezeki dia, maybe next event kat U lain nama dia akan kene panggil. Aku doa untuk ko Dal supaya next turn ko plak. Kalau tak dapat sama-sama pegi event ni dengan ko kan. 

Okelah dairi, mau bekemas untuk betolak esok. Doakan aku dan mak selamat pegi dan selamat balik yep. Nanti bila aku da selamat balik dari event ni aku akan share dengan korang k sebab bagi aku event ni sangat bermakna dalam hidup aku.

Chow-chin-chow~

Sunday, January 9, 2011

7.43pm



Human not perfect
Don't ask for more



Luv,
me