Sunday, December 18, 2011

Video yang buat aku faham ape itu..........


Salam semua.

Ape aktiviti korang di hujung minggu? 

Eh, korang da tgk video-video kat bawah ni. Sebenarnya salah satu video kat bawah ni adik aku yang approach aku untuk tgk. Sebabnya dalam video ni ada v-logger popular Matlutfi90 yang sangat la femes dengan video dia yang cool slumber tu. Aku salah sorang yang suka layan video-video dia yang supercute tu. Bukan dia yang kiut, video dia yg kiut+kreatif. Matlutfi90 ni dalam video kat bawah just sebagai penampilan khas je dalam video yang bertajuk Oley! Hudud Allah.

So kalau korang da tgk video2 kat bawah it is so obvious about our current politic issue which is about hukum hudud. Aku tidak arif untuk menerangkan pasal hudud dan sememangnya aku mempunyai pengetahuan yang sangat dangkal dan cetek mengenai hukum hudud. Plus aku totally pangkah pada politik sbb aku rasa politik adalah permainan paling kotor dalam dunia. Soooo the not interested. 

Tapi yang buat aku terpanggil untuk menulis pasal ni adalah comparison antara ketiga-tiga video ini.

Video ni sebenarnya ber-rentetan. Yang mana dibuat oleh dua pihak yang berbeza. Jadi untuk buat korang lebih faham mengenai isu ini korang kene tgk secara berturutan. 

1st korang kene tgk dua video yang pertama ni, yang mane aku percaya dia dibuat oleh pihak pro-BN dalam koleksi Sembang Rakyat.



Dan video yang ketiga ni pula masih membincangkan isu yang sama cuma video ni pihak oleh pihak yang satu lagi.

ni la video yang ada matlutfi tu. 

Jadi da tgk?

Aku bukannya nak kupas isu politik. no no no! Dont get me wrong.
Cume yang buat aku terpanggil untuk menulis (cam da ada je ayat ni kat atas) pasal isu adalah sebab aku rasa cara yang mereka gunakan untuk memberitahu masyarakat umum mengenai hukum hudud.

Dalam dua video Musim Hudud dan Lagi Hudud PAS tu adalah dari koleksi Sembang Rakyat. Dalam video itu mereka hanya membincangkan hukum hudud dari sudut pemikiran orang yang dangkal mengenai isu dan pengertian sebenar mengenai hudud. Aku dapat tgk yg agendanya adalah untuk menghentam pihak yang satu lagi sehingga mereka membincangkan mengenai hudud dari pandangan yang kurang tepat. Video macam ni ditonton oleh ramai orang, jadi bagi aku mereka seolah-olah menggambarkan hukum Hudud adalah macam kind of silly thing dan of cos akan makin men-negatif kan pemahaman orang ramai mengenai hukum hudud. Kan?

Dan aku tak habes pon tgk dua video yang pertama tu sebab bosan.

Then after aku tengok video yang ketiga, barulah aku faham ape itu hudud. Sebenarnya video yang ke tiga Oley! Hudud Allah itu adalah video yang dibuat untuk membalas video yang dibuat dalam Sembang Rakyat tu. Bila dah tengok ketiga-tiga, maka aku buat perbandingan. Terus terang aku rasakan pendekatan yang digunakan dalam video ketiga untuk beritahu kepada umum mengenai hudud tu adalah satu cara yang bagus dan ikhlas kerana Allah.

Tujuan mereka hanya satu-----untuk membetulkan mentaliti dan memberitahu pengertian sebenarnya Hudud itu secara non-formal. Yup, dakwah secara non-formal. Mungkin cara itu lebih masuk ke dalam hati kita. Dan paling penting mereka tidak menyelitkan isu politikus. Niat mereka hanya untuk menyebarkan kepada umum apa itu hudud. Bukan menghentam mana-mana pihak.

Bila aku tgk, dari aku kabur mengenai hudud, sekurang-kurangnya adalah sedikit pengetahuan aku pasal hukum Allah tu. Yelah, sebagai Islam malulah kalau aku sendiri salah tafsir hukum yang diturunkan oleh Allah pada umatNya. Bila isu hudud ni menjadi hangat, ramai pihak yang ingin memberikan pendapat dan berdebat. Jadi ada betul kata-kata dalam video tu, kalau kite cetek ilmu mengenai isu hudud janganlah memandai-mandai beri pendapat sebab takut2 kita memperlekehkan hukum Allah ini. Ditakuti terpesong akidah.

Dan aku sangat suke approach yang digunakan dalam video ke-tiga tu.

Cume, aku terfikir jugak. Berani plak si MatLutfi90 tu interprem dalam video tu. Dia bukan ke budak tajaan JPA ke petronas ek (errr aku tak sure) yang belajar kat oversea (please correct me if i'm wrong) takot plak ada pihak yang akan manipulasikan video tu dan buat spekulasi bukan-bukan. Harap-harap tak lah.

Ok lah. Itu saja untuk kali ini. So untuk korang aku tak pasti apa pendapat korang mengenai video-video ni. Ini cuma pendapat aku. Feel free to share yours. Mungkin yang lain akan tafsir dari dari sudut yang berbeza dan berikan pandangan yang berbeza. Never mind, Malaysia is a free country, so we are free to raise our opinion kan.

Ok. Bubye~

note: after bace ni don't judge me wrong ye. aku ni lenient. tidak sokong mana-mana pihak pon. aku menulis hanya untuk berkongsi ilmu dan bagi pendapat. tu saje.

Note lagi: tadi after balik keje melawat new born baby of Hani. name anak dia Umar Ridwan. Baby ni bestkan bau dia, masham2 wangi.hehehe...

Lagi-lagi note: errr...lagi satu, tajuk entry aku ni ntah pape kan. tajuk nak poyo. sebenarnya aku tak tau nak bg tajuk ape. tanak la tajuk yang sound too politic or what so ever.

Ok. Have a happy weekend.

Thanks for dropping by at my blog. Thank you for reading too.

Saturday, December 17, 2011

Terharu baca kisah ini


Terharu aku membaca kisah ini.

Kisah pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi yang kini telah berubah.

Sungguh terharu. Moga aku pon dikurniakan hidayah seperti dia.

note: Ade je suara sumbang2 kat bhgn komen tu. Doakan jelah, andai benar dia berubah Alhamdulillah. Bukan semua yang Allah berikan hidayah untuk berubah kan.

Monday, December 12, 2011

My merisik cum E-day: An Introduction


Tajuk cam meriah dan bahjet gitu :P

Sememangnya aku mengambil masa lebih kurang seminggu lebih jugak la untuk update pasal perkara ni. Bukannya tak excited cuma aku busy. Busy dengan kerja dan juga busy dengan dating sakan. nanti aku ceritakan kenapa aku dating sakan :P

Sebenarnya kalau korang perasan la, aku mmg agak jarang untuk update lebih2 pasal love life aku. Kalau ada pon aku akan make it very general and just few sentences je untuk describe my feeling towards my love life. I rather to keep it as my private property. Maybe aku bukan jenis yang mudah untuk kongsi benda yang betul-betul personal. 

Iklan: sometimes aku wonder macam mane orang lajuuuu je cerita itu ini pasal love life dia tp kene kat aku elok2 da taip sebaris ayat terus stuck. 

Ok sambung meh. Sebenarnya dalam entri ni aku nak bitau yang I'M OFFICIALLY ENGAGED. Masuk arini da hari ke 9 aku bergelar tunangan orang. Alhamdullillah. Perkara yang baik terjadi dengan izinNya, dan dengan izinNya juga aku selamat bertunang dengan insan yang aku pilih sebagai bakal suami aku. Errkk kenapa ayat da tukar kejiwangan. Never mind lah. :)

Ramai yang bising-bising di fesbuk tanya mana gambar tunang. Hehe. Bukan tanak upload cume takde masa. Janji dengan semorang yang akan upload, soon to be upload, sudahnye lani pun tak upload lagi. Sebenarnya ada reason aku belum nak upload. Aku nak tunggu my tunang balik Kuching dulu, then baru upload.

So ni Mr Tunang ada dalam flight balik ke hometown dia, Kuching Sarawak. Semoga dia selamat sampai.

Jadi sila tunggu next entry eh, aku akan cite serba sikit pasal my merisik cum engagement day.

Note: tak best feeling ni, currently having a small fight dengan my fiance. Jarang sgt gadoh but after tunang boleh plak gado2. haizz! 

Sunday, December 4, 2011

Oh cuak!


Oh berdebar!

Ya Allah permudahkan segalanya pada hari ini, hari esok dan hari seterusnya.

Amin!

Friday, December 2, 2011

Hi Mr December

Hi Mr December 2011,

Welcome to my life
Hurm, did you know that this month will be a hectic month for me?
Yup, it's true
I'll might be very busy with work
Plus
I'll also will be busy with my own personal matters
So Mr December, please be nice to me
As I need to tutup buku of year 2011 with a HUGE SMILE :)

Salam sayang
Husna Rahman XOXO

Monday, November 21, 2011

Kita tgk lagi 5 hingga 10 tahun lagi.


Belum kahwin lagi tapi gambar dah berpelok bagai. Agaknye bila da kawen mau letak gambar separa bogel kat profile picture @ display picture. Tak salahkan kalau aku nak kecam benda yang da memang terang2 haram dan berdosa. Itulah, fesbuk ni kalau tak buka rasa nak buka, bila dah buka mengucap je tgk gambar kawan2 kite yang dulunya sama2 hingusan dengan aku tapi sekarang da jadi serupa paris hilton or lindsay lohan.

Apa perasaan diorang letak gambar macam tu? Bangga eh?

Takut tgk life style budak zaman sekarang. Tonggang arak tanpa rasa segan silu. Merokok jangan cakaplah, muka bangga kuar kan asap kepol2 konon bajet dia superstar bila merokok depan public. Kesian pulak bile tgk adik2 yang cakap terjerit-jerit and trying so hard to look cool by smoking. Kakak know lah your intention is only to get attention from public.

Agaknye lagi 10 tahun akan datang macam mane budaya/life style/tahap pemikiran/iman budak-budak remaja nye kan? Sekarang ni pon macam dah tahap scary, lagi 10 tahun akan datang, macam mane agaknya. Or maybe tak payah tunggu 10 tahun, 5 tahun pon da cukup untuk tgk apa pattern terbaru mereka?

Apa yang pasti tugas untuk membesarkan anak-anak zaman sekarang dan zaman 5 - 10 tahun akan datang pastinya mencabar secabar-cabarnya. Kadang-kadang cara didikan ibubapa dah betul, tapi akhirnya terpesong sebab pengaruh rakan-rakan yang punya sifat ingin tahu dan sifat mencuba yang tinggi. Aku sendiri tak pasti pattern apa yang terbaik yang didik mereka. Namun, jika kita berpegang pada satu akidah dan iman yang sama, insyaAllah cara mendidik anak guna pendekatan 'mendekati Allah' itu adalah kaedah yang terbaik. Dekat diri dengan Allah, maka dekatlah anak dengan kita.

Aku cakap banyak macam aku da kawen n da ada anak kan. Haha. InsyaAllah satu hari nanti!

Sunday, November 20, 2011

Apa perasaan aku pada takdir andai.....


Hari ini masih sama seperti semalam. Tiada apa yang menarik. Bezanya cuma hari ini tak kerja tapi semalam kerja. Kata hujung minggu haruslah tak kerja.

Setiap hari aku pergi kerja naik LRT. Pergi dan balik. Aku naik dari stesen yang paling awal, jadi takdelah LRT pack sangat sebab belom ramai orang. Jumlah masa dari stesen Gombak - Bangsar aku da kira da, mesti makan masa selama 45 minit. Dan setiap kali tu mesti aku amek peluang utk sambung tido. Dah setahun lebih aku keje, maka mata pon dah timing secara automatik akan ngantok selepas beberapa minit dok dalam LRT. Yup, aku tidak tergolong dalam salah satu rakyat Malaysia yang menyahut seruan kerajaan 'Membaca amalan mulia'. Sokay la kan. Hak masing2 nak follow ke tak. 

Bila pergi kerja naik public transport ni, setiap hari kita akan berjumpa dengan berlainan manusia yang pelbagai kerenah. Kadang2 je akan jumpe manusia yang sama secara kebetulan. 

Setiap kali aku sampai kat stesen Gombak, dah tiga empat kali aku duduk berdepan dengan satu nenek dan cucunya. Mereka berbangsa Cina. Cuma yang istimewanya cucu nenek tu mengidap Sindrom Down. Aku perhatikan yang budak itu jenis Sindrom Down yang boleh berdikari. Sebab setiap kali diorang nak turun dari LRT, dia yang pimpin tgn nenek tu, bukan sebaliknya. Bila aku perhatikan, diorang berdua tu macam baru balik kerja atau nak pergi kerja. Kerja apa aku tak pasti. Sebab bukan sekali aku bertembung dgn diorg, da 3 4 5 kali. Jadi aku andaikan diorang kerja la kot, kalau jalan2 takkan la hari-hari jalan2, pastu kua awal pagi lak kan. 

Perilaku budak tu menunjukkan dia sangat rapat dengan nenek dia. Mungkin, budak tu dibesarkan oleh nenek tu. Mungkin ibu bapa kandung dia tak mahu membela dia. Mungkin. Itu semua andaian aku.

Apa perasaan aku agaknya andai aku ditakdirkan untuk ada anak yang istimewa, Sindrom Down seperti itu? Iye, kalau kita diberi pilihan pasti kita mahukan anak yang sihat, comel dan lengkap segala sifat. Tiada siapa yang mahu anak yang kurang sempurna or perangai menyakitkan hati walaupun hakikatnya perangai makbapaknye liar mengalahkan beruang, buaya dsbnya masa zaman muda mudi. Namun, kita tak tahu apa perancangan tuhan untuk kita. Aku doakan aku mampu untuk lahirkan anak (dan anak-anak) yang sempurna sifatnya bila aku dah berkahwin kelak. InsyaAllah. Namun andai aku diuji, aku harap aku mampu untuk tempuhinya. Punya impian nak anak ramai, ntah mampu nak menjaga ke tak. haha

Semoga masa depan aku membahagiakan :)

Oh ye, kelmarin birthday aku yang ke 25. Banyak dah angka tu. Thank you so much for all the birthday wishes from friends and family. And a big thanks also to my beloved boyfie for your special entry. I know i'm a bit menduga your kesabaran lately. Sorry and thank you untuk bertahan dengan my kerenah. Love you so much dear! (aiyok, so the bahasa rojak!)

note: niat dihati ingin selalu update blog, tapi bila start menaip satu sentence, mesti jadi tak tahu nak cerite apa. adakah itu penyakit? haha

Okaylah, till then, Bye!

Thanks for reading my blog.

Regards,
Husna