Wednesday, August 8, 2012

JAWI, Imigresen dan HIV


Arini ambil cuti satu hari, hajatnya nak selesaikan macam-macam benda. Tapi nampak gaya macam nasib kurang baik sikit arini. Pagi2 buta dah keluar rumah sebab nak pergi JAWI, settle pasal borang nikah tapi last-last balik tanpa buat ape2 sebab salah info dapat dari imam masjid tempat aku duduk. Then takpelah, teruskan hajat untuk selesaikan perkara yang lain, so menujulah ke Pejabat Imigresen kat Pusat Bandar Damansara. Hajat di hati nak buat passport. Sampai je sana baru tau yang pejabat kat sana dah lama jugak tutup dan dah pindah ke Jalan Duta dekat dengan Masjid Wilayah. So even susah ati sikit tapi teruskanlah jugak hajat. Fuhhhh parking tak sampai 20 minit je tapi kena charge sampai RM6. Aiyooo duduk kat KL ni mmg cepat kering poket. 

Makanya sekarang aku di Pejabat Imigresen yang baru di Jalan Duta. Sedang tunggu passport siap. Alhamdulillah urusan kat sini mcm berjalan lancar. Tempat ni baru, cantik dan besar. Officer kat kaunter pon ramai jadi cepatlah urusan untuk passport. Passport akan siap dalam masa sejam. So sedang sabar menunngu.

Then satu lagi berita yang tak berapa nak menggembirakan adalah pasal ujian HIV. Hajat hati harini alang alang dah ambil cuti satu hari jadi nak buatlah ujian HIV terus. Tapi apalah nasib sbb semalam call klinik kesihatan yang dekat dengan rumah which is Klinik Kesihatan AU2, call2 je dia kate buat sementara waktu ni ujian hiv kat semua klinik kesihatan seluruh Malaysia dibekukan until further notice. Maybe bulan depan baru boleh buat balik. Aku try dapatkan explanation kenapa, reason adalah alat ujian tu mcm tak valid ke ape ntah. So bayangkan kalau sape nak kawen bulan depan n baru terkial2 nak buat ujian hiv, tak ke naya dan haru tu.  

Mujur aku masih ada masa so takpelah anggap je semua ni ada hikmah. So after settle passport ni mcm nak balik ofis je rasa tukar cuti jadi half day je. Sebab nak jimat2 jgk cuti ni sbb nak kumpul cuti untuk kawen. 

Oklah maybe siap dah kot passportnye. Nak gi ke kaunter balik. K daaaaa.



2 comments:

S.U.R.I.A. said...

hai husna...tgh prepare gak erk borang..?chaiyok2

Sue Unnie.. said...

adui.. byk keje kan nak kawen..? hehe.. kwn2 sue kat cni pun smpi abis cuti settlekan hal kawin. ohoi.. su doakan smuanya lancar for ur big day..!!! :)