Monday, May 31, 2010

PHOTOGENIC my freaking thought CONTEST

Saya masok contest selepas ditag oleh cik anis. First time of entering contest lam blog camni. Hehe

1.terbuka kepada semua peringkat umur.

2.Gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !!

3.gambar anda mestilar sePHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P

4.hanya sekeping gmabar sahaja d benarkn ok ??

5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY

6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org .

7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :)

8.tarikh tutup contest ini ialah 30 JUNE 2010


dan...setiap entry penyertaan mst ada pic di bwh ini..

dan gambar yang saya pilih adalah pic kat bawah ni.


Gambar ni adalah mase high dinner kolej di UPM. Actually saya ni tak banyak gambar sorang. Sebab tak suke sgt begambar sorang2. Tapi yang kat atas ni kire terbaek dari saya la. Rasa2 cam photogenic je kot gambar ni.

Dan 3 orang yang saya tag adalah

1. annurul aida a.k.a miss lurunna
2. thurayya
3. fajar jalal

Saturday, May 29, 2010

di kala malam bulan mengambang

Disaat ke-kontang-an idea untuk hapdet blog, tetibe kene tag plak ngan ipa. Jadi layankan aje. Hehe...

1.Adakah anda happy sekarang?
tidak la sangat. sebab ngah menganggur dgn jayanya. bosan aje dok umah. tak hepi jugak sbb baju raya belom beli, puasa da dekat tp belom abez ganti lg. lepas raya konvo, pon baju konvo belom beli lg. dan banyak jugak punca2 saya tak hepi skang. takbestkan idop saya.

2.Kenapa anda Happy?
dah kate tak hepi kan kat atas. tapi ade satu sbb saya hepi. kakak saya yg sorang tu da nak bertunang. akhirnya kawen jugak ko.

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
mendapat duit beribbu ribbu juta juta ribu. oke itu fantasi.
dalam mase yang terdekat ni, saya akan hepi klu saya dapat keje dlm bidang hr esp in training.

4.Pernahkah anda menerima tag??
pernah. perasan kene tag ade sekali tu, tp tak sempat nk jawab sbb ape ntah tak ingat. pastu langsung da tak ingat da.

5.Nyatakan warna yang anda suka.
hurm. haaa. hemmm. arrrr. hemm.
tiada yg spesifik. asal cantik tu la warna feveret. kenapa kene jd rigid kan. haha

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
kebanyakkannya kawan2 saya mcm da kene tag. tp senaraikan la jugak kan.
:: ipa (bukan tag ni pon dr dia ek. hehe)
:: fajar jalal.
:: azwandy.
:: norma nayan.
:: qamarul.
:: ajaq.
:: rahim.
:: siti hasliza.
:: kak dee.

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
ipa: ini ahli kelaud9. geng diorang ramaaiii. ade 9. rajin trn aktiviti kolej. baguih2. hehe

fajar: ini sepupu belah mak. mak dgn ayah dia adik beradik. aitu baru jek jumpe maktam n paktam. (fajar, kek sedap la. nak lagi) hehe

azwandy- si incik poetdusunbayu. ape cite la dia kan.

norma: ini rumet siti hasliza. ade geng nama cik yah yg sgt kepala gila. norma ni cikgu. bakal cikgu.

qamarul: bekas boss saya. boss chat? mesti makan muncit. haha

ajaq: razak mohd. masih single. sesape nak tackle better cepat. haha. kawan sesama MTM. dia skang dia da jadi MPP.

rahim: boyfren che as. baik budak ni. kawan same mtm jugak. tp tgk gaya macam da aktif blogging da jek.

siti hasliza: best buddies saya. kawan sejak diploma. 6 tahun da besama. skang ni masing2 da ade hala tuju sendiri. ape cer la awak kan. da dapat keje?

kak dee: rumet siti dlu ni. same2 kami kat ktp dlu mase dip. skang ni cikgu pendidikan khas. kagum dgn kerjaya yang dia pilih. semoga kak dee gembira selalu. da nak kawen da tak lama lagi.

8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
hurm. boleh la.

Friday, May 28, 2010

Zero Hero

Nak tulis tapi zero idea.
Sebab idop da mula bosan.
Bosan hitu bosan hini.
Jadual tv da coleh hafal.
Pliz. Mao keje.
Come come bebeh pliz~

Wednesday, May 19, 2010

Fesyen makan diri~





Fesyen kadang kala boleh menjerat manusia. Perasan tak nowadays ramai girls yang gemar berfesyen pakai selendang or tudung dengan sanggul tinggi? means dia extendkan rambut jd tinggi so that pakai tudung akan jadi cantik n trendy. Nak tau tak, sebenarnye ade satu hadis yang memperkatakan mengenai fesyen ni.

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Tak sangkakan dalam tak sedar rupenya ramai yang terwat dosa dalam tak sedar. Saya sendiri pon hampir terjebak dengan fesyen mcm ni. I admit fesyen ni mmg menarik and its make the girl look more trendy. Secara logiknya, saya fikir, apabila wanita tu pakai sanggul tinggi, berjalan2 kat shopping complex, dia akan membayangkan kepada lelaki2 yang tgk dia bahawa dia ade rambut yang tebal. bila lelaki da membayangkan apa yang dia tak sepatutnya bayangkan tu kan da berdosa. Sama la jugak kesnye macam pakai gelang kaki ade loceng. Sume tu untuk menarek perhatian lelaki. Buat hati lelaki berdetik untuk tgk. Lelaki klu da tgk, fikiran blh jd diluar jangkauan astro mahupun google. Haha

Saya sekadar berkongsi apa yang saya tau. Semoga kita terhindar dari perbuatan dosa. saya pon penuh kekhilafan, byk juga tanpa sedar melalukan dosa kecil mahupun besar. jadi sama2 la berdoa agar kita dijauhkan dari kesesatan.amin.
.. wallahualam.

Sebar sebarkan lah pada rakan2 k. tak salah klu kite saling ingat mengingat~

Ni la sanggul extend yang biasa digunakan. So klu rambut cikit sejemput pon takpe.
Tapi dah dah.. tak payah nak berangan ona. Sah2 dosa. Dosa yang ade pon takcover, nak tambah lagi. hehe

Tuesday, May 18, 2010

Astaghfirullahhalazim. Ade ke buat projek dengan kertas??

Mari update blog dengan cite saya buat projek dengan kertas. Dgr cam 18 sx je kan. Tapi ni bukan. Ini tujuannye suci murni. Enjoy la gmbr2 yang saya upload ni. Kite bace cam buku cerita kanak2 k. Sambil tgk gmbr sambil cite.


JOM~
Ini adalah semasa otw utk present projek paper. Sangat bedebar2. Malamnye saya lgsg tak tido sbb siapkan slide. Sebbek sharp je mase siap ade baki 1 jam b4 present. So 1 jam tu diperuntukkan utk prepare. Cakap sorang2 sambil tgk dalila tido.


Sempat bergmbr bersama supir. Ehehe. U look pink that day dalila. Ni pecut nak gi SS sbb nak print slide. Mase ni feeling berdebar2 belom dtg. Relax jek. Tu yg sempat bergmbr sakan lam kete.


Bersama shida shanley (sbb dia kate nak kawen ngan jimmy shanley. adoi!). Mase ni kitorg cam ala2 bengang jgk la sbb dapat tau aku last presenter n shida 2nd last presenter. Dari cuak teros ilang cuak sbb lama sgt tunggu turn nak present. Sempat la ubah slide 2 3 sebab takot kene zass dgn panel.


Ni note kecik yg shida shanley wat. Point2 yg dia nak cakap mase present. Shida ade cuak2 so dia keep on praktis. And cuak aku datang bile tgk sorang2 kene zas dgn panel. Dan waktu tu terfikir ape benda yang aku kaji ni. Valid ke tak. Logik ke tak. Tapi da ade kat situ kene la redah jek.


Ni panel or juri yang hadir mase presentation. Pn Rusinah, Dr Zoe, kak Syida n ade Dr Kidin jugak. Serius tgk Dr. Zo. Kitorg paling takot dgn dia. Sbb dia mmg terer spss ni. Klu data kucar kacir mmg Dr detect aje. Nak kelentong pon payah. So bile kene zass aku sengeh jela. Actually diorg tegor tu utk make our research jd betol, lg accurate, so that nti mase nak sambung master takde la repeat the same mistakes.


Lepas abez present tak sangka Pn Rusinah blanja kitorang makan KFC. Pegi sekali dgn Dr. Zo n anak pn. rusinah. Order KFC pastu add on mcm2 gak la. Alang2 puan nak blanja kan. Hehe. Mase makan feeling mmg baik punye sbb tersangaattt la lega sbb da abez seksa present projek. Present adalah moment yg paling ditakoti. Cume regret sbb bubi tak present.

Lepas abez present kitorg sume continue siapkan writing projek. Ade mase 2 minggu lg utk settle writing n submit. N tempoh 2 minggu 2 mmg sgt terseksa sbb bila jumpe supervisor adeeeee je yg silap. Takpelah, nak cari ilmu mmg susahkan.


Then after 2 weeks yg struggle n last sekali supervisor approve segala chapter dalam writing, tiba la mase yg ditunggu2 iaitu PRINTING N WAT HARD COVER. dengan muka sgt senang hati, da approve format dgn puan rusinah, kitorg pon dgn senang ati pegi ke SS utk wat hardcover. (smile shida membuktikan yg kitorg hepii..lebarkan senyum dia)


Gembirakan muka kami. Sangat tau tak!! tgk je muke shida shanley tu. gumbiraa.

Ha da nampak da KHC. Langkah besar2 sbb nak cepat sampai. Tak sabar nak print sbenanye. Shida Shanley da sondol2 la dalila sbb eager nak print. Hehe...


Sempat jugak capture mase tunggu PC nak detect pen drive. Hehehe. Dan after bepeluh2 print 3 set, bepeluh jugak nak kua duit sbb mahal, alhamdullihah settle keje2 print n wat hard cover. Total yang aku kene rm70.20. Oke la. Apek tu kate upm adalah kedai termurah wat hard cover. Betol kot sbb mase print tu ade hardcover yg da siap yg dtg dr UKM, n Uni2 lain yg jauh. dtg kat UPM semata2 wat hardcover. Lucky i'm UPMrian.


Yeay its time to celebs. Malamnye aku, shida n dalila pi Mines. Pekena Kenny Rog. Nikmat feeling yg tak terkate. Tp tak cukup korum. CTsipot tak ikot sbb da terbeli dinner. Amy kua dgn enaz. Fira n Ecah pulak da balik johor. So kami bertiga jela.


Lentok dibahu shida shanley. Manje2 b4 bepisah. Lepas siap projek masing2 akan balik umah n teruskan hala tuju idop masing2. Esoknye amy akan balik kedah. Disusuli dengan dalila. Fira n Ecah da balik n tak sempat nak spend time lama2 ngan diorng. Sgt2 sedih. Tapi sayang awak2 k.


Dan akhirnya, lepas 1 ari, siap la hardcover. Sesungguhnya i'm glad for myself sbb decide utk wat FYP. Sbb pd asalnya aku tak berniat pon nak wat FYP ni sbb fikirkan diri tak mampu, tkot tak blh bahagi mase antara tggjwb sbg MTM, study, exam, test n projek. Tapi sbb tgk kawan2 wat, aku pk kenapa aku tak boleh. Lagi pon aku ade kawan2 yang sama2 susah n senang. So akhirnya last minit aku decide nak wat. Tak sangka da berakhir da pon perjuangan Final Year Project ni. Selama hampir setahun bergelumang wat FYP, collect data, itu ini, then kene berkejar wat tugas as exco, malam2 tak tido utk program, 1 sem hampir abaikan projek, then its come to the end.

Aku nak ucapkan tahniah kepada 13 orang kosmet aku yg memilih utk same2 wat FYP (ida, bubi, aziany, kinah, mira, jannah, amy, shida, ct, dal, fira, ecah). Even optional, tp kite harung jugak. Hope kite sume dpt gred A sume k. Aim 4rata this sem. Oyeah~

Dengan berakhirnya FYP ni, berakhir la perjalanan degree years aku. Harapan aku macam2. Yelah mcm orang lain gak la. Nak keje bagos, nak ade kete nak tu nak ni. Tapi dalam banyak2 harapan, harapan aku yang paling tinggi adalah aku tanak terputus hubungan dgn besties aku yang bertujuh tu. Korang tau kan sape. Aku sgt amat dgn hubungan itu. Siyes~

Hurm. Lotih da jari jemari i menaip. K nti update lg k. Thanx for the visit~

Fakta tambahan: tempoh sepanjang aku siapkan projek paper adalah tempoh imej paling selekeh. sauk ape ade. baju takde maknenye nak gosok bile pi jumpe supervisor. tudung indon itam n kelabu tu la aku hentam stiap kali appoinment dgn Dr Ismi, Puan rusinah, pi print kat ss, g library. Agak2 aku mesti Dr Ismi prasan everytime aku pi jumpe dia mesti pkai tudung indon itam tu, nak kaburi mata dia aku selang seli la dgn kale kelabu punye. bkn ape senang. sarung jek.

Dan sebab FYP ni jugak la berjaya menumbangkan aku masok PKU kne drip air 1botol, inject kat bontot, kene thn 3 jam kat PKU. Gara2 aku muntah nonstop every 1 hour dr 12malam until 7 pg. itu sume gara2 aku tak cukup tido, tak cukup rehat n tak cukup makan wat FYP. sume tu akan aku kenang. Tnx pada besties yg jage aku. Amy yg datang every 2 hours, sapu ubat, pakaikan stoking, dal n ecah yg take care belikan makanan, yg lain2 tny kaba selalu..tnx sgt2.

::abaikan kecelaruan penggunaan kejap saya, kejap aku, kejap i. eheh::
::entry kali ni agak panjang, maaf klu buhsan membaca::

Monday, May 10, 2010

tdg itam ind0n beg pink~


update blog by henfon
smntara tunggu Dr Ismi abez miting
kehkeh

Monday, May 3, 2010

Good Luck...Semoga tak pengsan pitam muntah.

To all students Bachelor Science of Human Resource Development yang akan present our Final Year Project esok
saya.
Noor Husna a.k.a ona
wish u all
:
:
:
:
:
:
:




dan
GOOD LUCK
semoga semuanya berjalan lancar..
semoga tiada yang men'zas'
semoga tak ramai lecturer yang hadir
semoga lecturer tak moody, period pain, migrain mase kite present so that diorg akan baikkk hatiii sgt nti esok
oleh itu
GOOOOOODDD LUUCCKKKKKK
kawan-kawan
::dedicated to shida, dal, amy, fira, ecah, ct, bobby, jana, mira, ida, aziany, kinah::