.Ya Allah, sebaknya aku pagi ni. Ingatan pada arwah tak hilang2 dari dalam kepala sejak bangun sahur pagi tadi. Aku cuba tahan sebak bila bercerita dengan mak pagi tadi mase sahur. Lepas selesai subuh, aku cuba nak lelap sekejap sebelum tunggu masa nak bersiap pegi keje, tapi bila tutup mata, kuat sangat teringat pada arwah. Air mata tak boleh henti dari mengalir.
Ya Allah, aku tau ini ajal yang engkau tentukan untuk sahabat aku. Cume pemergian dia terlalu pantas. Baru pagi semalam aku dapat berita yang arwah kemalangan, petang semalam jugak Engkau ambil nyawa dia. Kami redha Ya Allah kerana ini semua sudah tertulis dalam perjalanan hidup dia.
Alhamdulillah aku berkesempatan untuk menatap muka arwah buat kali terakhir semalam kat Bilik Mayat Forensik HKL. Masa aku tiba kat situ, ramai cosmet yang da ada. Along, Paan, Latip, Ira, Jana, Dayah, Nas, Abg Rahman, Jerlin, Kakadik n Dalila n adela beberapa lagi kosmet. Sampai2 Dal terus bawak aku jumpe arwah. Pelahan lahan Dal bukak kain putih yang tutup muke arwah. Pelahan lahan jugak aku tengok arwah dari kaki dan hinggalah aku menatap muka arwah. Saat aku tengok muke arwah, Ya Allah tak sangka itu adalah insan yang sama aku kenal beberapa bulan lepas, tapi bezanya insan yang aku tatap tu kini hanyalah tinggal jasad tanpa roh. SubhanaAllah. Sedih hanya Tuhan yang tahu. Aku tak mampu nak tengok wajah arwah lama2. Muke arwah luka2 dan ade tompok2 darah akibat pendarahan dan luka. Terlalu sedih. Dan tidak terkata-kata dan tergambar sedihnya dalam perkataan.
Arwah kemalangan semalam, motor yang arwah tunggang dilanggar dengan sebuah kereta yang tayar meletup dan melanggar arwah. Arwah cedera parah. Mesej pertama yang aku dapat semalam dari Bobi subuh semalam mengatakan arwah koma dan cuma ade peluang 50-50 untuk hidup. Dan mesej petang semalam aku dapat, arwah da takde. Macam tak percaya. Dan aku cuba untuk percaya arwah da takde.
Pagi ni arwah akan dikebumikan. Setakat berita yang aku tau, jenazah arwah akan dibawa ke surau di Wangsa Maju. Aku tak dapat untuk hadir untuk melihat arwah dikebumikan sedangkan Wangsa Maju da dekat sangat dengan rumah aku. Aku kerja arini. Tapi sekurang2nya dapat aku tengok arwah buat kali terakhir di HKL semalam.
Buat rushdee....Aku doakan semoga roh engkau dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang2 yang disayangi dan diredhai oleh Nya kerana engkau insan yang sangat baik sepanjang hayat engkau. Tuhan lebih dahulu menjemput engkau pergi mengadap-Nya, masa untuk aku pula dipanggil entah bila. Pemergian engkau membuatkan aku terasa diri begitu kerdil di sisi Allah yang maha Esa. Aku doakan ketenangan buat engkau di sana.Konvo bulan 10 nanti tidak lagi sama tanpa engkau. Walaupun konvo nanti jasad kau tak bersama kami, tapi aku pasti walau kat mane engkau berada, engkau akan turut sama rase bangga atas kejayaan kita sama2 mengharungi zaman degree hinggalah kite tamat belajar bulan 4 yang lepas.
Arwah Muhd Rushdee Zulkafli
.
.
.
Kenangan semasa arwah masih hidup.
Arwah pakai baju coklat dalam gmbr ni. Kami sekosmet bersama2 wat BBQ mase final sem lepas. Arwah orang kuat bakar2 ayam ni.
Arwah mmg ceria semasa hayatnya. Sewaktu dinner HRD final sem.
Kami bersama arwah sewaktu berbuka pose tahun lepas sesama kosmet. (arwah pakai baju merah paling kiri berdiri)
.We will missing you.
::sepanjang perjalanan ke tempat kerja, naik LRT, jalan kaki ke opis, sampai ofis n hinggalah mase still menulis entri ni, mata aku tak berhenti dari bergenang. sebak::.