Saturday, October 30, 2010

7.06 pm

Sharing is Caring


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


::perlu study buku Malaysia Kita. adohai::

Saturday, October 23, 2010

Monday, October 18, 2010

A letter for my friend on his birthday

.
Dear friend
Today is 18th October 2010
It's your birthday
Happy Birthday to you
You are getting 24 today
Congratulation

Dear friend
This year you celebrate your birthday as we no longer apart
We are different now
Things are not going to be the same again
Time keep running and its changed me a lot
I just hoping that you can accept this fate
For now I call it fate
But we never knows what will happen next in our life
I just hoping this is the best for our life, for your life

Dear friend
Sorry for saying something harsh to you
Sorry for hurting you deeply
I just do that to make it more easier for you to forget me
If by hating me is the easiest way for you to get rid of me from your life
Please do so
Please please and please
I can't stand myself by seeing you become suffer day by day
I cannot resist myself by feeling so guilty by looking you become like that

Dear friend
Soon you gonna be a teacher
I know you will be great teacher coz you're a great person
And to be honest, you are the most good guy i ever met
Someone had told me that i'm stupid coz letting you go
Maybe I am
And sorry friends for that
Yes I am stupid and blind
But when its comes to my feeling
Only I know the reason why this things happened
You can keep talking and guessing
But only me know the truths about my feeling

Dear friend
I'm hoping the best will come to your life
Coz you deserve it
You deserve to get the best
The best women, best wife and best life
I just wanna say sorry for all the things I've done to you
I am hoping for thousand of apologize from you evendo I know by saying i'm sorry is just not enough
But still, I wanna say sorry sorry sorry and sorry because i have no other word than sorry
I really hope you can accept my apologize

Dear friend
As time goes by
I hope you can move on from the past
Let remain our past as best memory of us
Coz I also do the same
So as your birthday today
I wish the greatest life will be yours one day
Send my regards to your family and your dear friends
And you still will be my best-male-friend ever
Thanks for everything
Thanks for the sweet memories
Thanks and thousand thanks

Regards,
Noor Husna
2.08 am
18th Oct 2010

Saturday, October 16, 2010

10.56 pm (Raiyyya)

Oke. Perlu dimaklum seawal awal awalnya ini adalah the very-very-very backdated punye entri. Raya da abez kan. Jadi izin laluan untuk aku cite pasal raya sebab aku kene gak cite sebab kene masok dalam online diary nih. Jadi sila set up kepala ini raya punye cite.

Jadi lebih menarik kalau cite bersama gambarrajah. Senang tengok gambar da boleh tangkap ape yang nak dibebelkan. Bergerak ke gambar pertama.



Balik kampung konfem akan buat aktiviti yang klu kat kl memang takkan ade la nak buat. Petang2 bosan, jadi kua umah main2 laman terus pakat main bola. Memula main bola tampar, disebabkan bola tu tak makan penampar, terus tukar jadi main baling selipar atas request paksu. Bila da dok kampung kene la main permainan tradisional. Baru style. Dimulakan dengan lattalitampelom untuk divide kumpulan.



Maka lepas dapat kumpulan berterbang terbanglah selipar. Pakai plak selipar jepun yang getah berat tu. Sekali kene badan memang ketap bibir jek. Tapi sebab fun sakit tolak tepi. Penat je aku mandi awal petang tu last2 kene mandi balik sebab berpeluh sakan. Da berlari sakan berpeluh sakan la kan. Grup lawan suke main sepak selipar jauh, siap sepak bawah kete. Bila da penat nak kejar kalah la. Bila tertonggeng2 amek selipar bawah kete alih2 diorang da siap susun selipar. Haha. Ngelat!

Pastu bila da amek gambar harus tengok beramai2 padahal skrin kamera tu kecik je. Tak menyempat nak tunggu transfer memasing nak tengok aksi memasing. Pastu setiap gambar nak ulas kan macam da jadi pengulas berita kat tv. Semua kepala rapat supaya dapat tengok gambar. Bila da maghrib baru la masing2 masok umah. Tu pon bila paklong da sound da maghrib sila masok umah. Heehehe



Malam raya main mercun. Abglong supply mercun malam tu memang main bagai nak gile. Wan dok terjerit2 dari dalam umah soh hati2 main mercun. 'HATI2 MAIN KORANG OI!!!' Wan riso mercun masok umah agaknye. Sori wan. Tapi bunyi mercun buat sore wan tenggelam tak dengar ape dah. Kehkeh



Ahli pakatan mercun. Bila mercun da abez stock baru merendah diri main bunga api plak. Kalau tak masing2 tak heran dengan bunga api. Tapi bunga api zaman sekarang ni da ngelat. Dia punye belerang da ciput je skang. Pendek. Baru je nak pusing2 tangan tetibe da padam da. Dulu lama pegang kat tangan siap pusing2 umah 2 3 round baru padam. Jadi mase main tu baru je nak feel terus terbantut. Tak syiok!





Main mercun sambil berposing inilah yang jadinye. Bila mercun bunyi sreeettttttt nak meletup masing2 lari selamatkan diri sambil jerit2 'arrgghhhhh mercun nanti nanti lari'. Bila da stuck tak dapat lari last2 berdiri statik jela sambil tutup mata jari plak tutup telinga. Bajet bile tak dengar bunyi mercun tu macam selamat la kan.Haha. Bila mercun meletup tepok ramai2 macam ade pesta. Mase main depan umah tetibe 4 5 orang polis lalu depan pagar slow2 jek. Kitorang ape lagi terus pusing badan membelakangkan diorang buat2 borak n muke try buat seslamber mungkin. Tapi polis2 tu lagi wak slumber ngan kitorang, jalan bodo je macam makin angin. Agaknye diorang pon da tak kuasa da. Mane taknye klu da sepanjang2 kampung sume dok main mercun last2 diorang yang surrender. Haha. Lawak je rasa time tuh!



Oke malam tu memang memasing as alwiz dari mak sedara sampai la cucu sume gile posing. Pantang hala kamera terus berlari sorong badan sorong muka nak bergambar. Hakikatnye malam tu gile best. Abez je main mercun terus amek tender pasang langsir wan sambil tengok tv. Bila raya tengok tv ramai2 memang best. Lagi tengok cite lawak. Lawak tahap biasa pon leh jadi gelak kuat. Kadang2 gelak sebab tengok orang gelak. Bergelimpangan la memasing depan tv tengok cite.



Dan inilah kami di pagi rayeeeeeee. Suke sangat gambar2 raya tahun ini. Pagi raye memasing berkumpul, bila da tengah ari sikit aku ngan my famili baru gerak gi kampung belah ayah plak. Kampung mak ayah dekat gile, 7 minit je klu naik kete. Jadi diorang ni memang tak gado2 atau kene obejus untuk tentukan tahun ni balik kampung sape. Pagi raya mesti ada perasaan pelik bila makan sebab rasa cam puasa lagi. Bila raya perut aku akan jadi sefleksibel yang mungkin, masok dan takkan penuh2. Pegi raya umah orang setakat makan kuih2 je tak main la, mesti bedal menu berat2. Lontong, nasi impit dan sebagainye. Amek plak bukan untuk rasa2 je tapi kuantiti memang nak melantak. Air plak nak yang ade kaler je. Klu sejuk banyak air batu lagi bercawan2 minum. Pastu malam bila nak tido perut rasa cam ade kerja2 pembinaan bangunan 60 tingkat.


Demikianlah serba sedikit kisah raya yang dipublish lepas syawal pon da berlalu. Nanti ade lagi satu backdated punye story. Perlu masok dalam blog jugak nanti leh buat hari ini dalam sejarah. Semoga tahun depan raya masih gembira seperti, raya tahun depan ntah along ade ke tak sebab tahun depan along da jadi bini orang. Da kene main o-be-jus raya balik kampung mane. Hukhuk. Okelah, mau pergi nonton tivi pulok.


Till then
Bye~

::silentmonologue::

Thursday, October 14, 2010

Ten Ten Ten dalam sejarah~

Since this is my official online diary, so haruslah menulis pasal MY CONVOCATION supaya nanti bila da tua, bila check balik diary ni boleh refresh pasal konvo for degree nih.

10.10.10. Nombor yang sangat cantik ini da jadi salah satu hari bersejarah aku. Perasaan konvo diploma dan degree aku rasa masing2 ade rasa yang berbeza. Masa diploma cuak dan excited lebih dan over. Maklumlah first time dan tak dapat bayangkan apa yang akan jadi masa hari konvo. Bila degree masih lagi excited, cume perasaan tu rasa makin matang. Nak2 berkonvo sebagai wanita berkerjaya nih. Hakhak. Kene la nampak matured cikit.

Tapi apepon ni lah kenangan yang takkan takkan takkan lupa dalam hidup. Siyes 3 tahun berlalu dengan sangat2 pantas. Teringat masa mula2 nak sambung degree 'aduh, 3 tahun lagi belajar'. Nah, skang ni alih2 da konvo.

Masa dalam dewan, time wakil graduan bagi ucapan, tetiba rasa sebak. Mata bergenang. Terus cakap kat ecah 'awak, saya sedih'. Huhu. Part yang sangat touching bila sebut pasal pengorbanan mak ayah. Terima kasih mak ayah sebab sabar melayan anakmu ni selama 6 tahun berada kat UPM. Sayang mak ayah. Sayang along n adik jugak!! Alongku, thanks untuk bunga ros pink putih tu, santek woo, kalau lah blh freezekan bunga tu cantik macam tu sampai bila2. Thanks jadi tukang-pegang-barang. Hekhek. Nanti u kawen i jadi tukang tukang segala tu eh. Hehehe.

Tapi a bit regret sebab tak dapat jumpe n bergambar dengan kosmet-kosmet yang lain. Sempat jumpe dalam dewan je, pastu bila kuar masing2 da ilang. Tapi puas sebab dapat spend time lama2 dengan besties yang enam itu. Seronok sebab sampai ke akhirnya hubungan kita bertujuh masih utuh.

Thanks pada yang sudi datang masa hari konvo aku. Thanks pada ain dan ana. Orang paling awal yang bagi adiah. Thanks sangat2 jugak pada adik kesayangan aku Nora, dulu awok datang saya konvo diploma, ni konvo degree awok datang lagi, bg adiah lagi. Tacing sangat. Nanti awak konvo master insyaAllah saya datang ye. Thanks jugak pada Sue Pleides wish congrats kat kite. Tahun depan sue plak ek~ Thanks pada azie untuk munga kiut tuh. Dan thanks pada shida atas gift itu. Saya sayang nak pakai, nak gift tu eternal selamalamanya.

Dan thanks sangat2 pada incik ex boypren sebab still sudi hadir. Siap bg munga+bear lagi. And for the first time saya dapat kenalkan awak pada parent saya, pada famili saya. Gentle gituw. Sori la wak ek sebab tak dapat jumpa lama2 aritu sebab rushing nak ke tempat lain plak. Awak datang konvo saya, tp saya tak dapat nak datang awak konvo. Kan best klu konvo sama hari, sonang kojo. Hehe. Nway, thanks a lot for coming. I do really appreciate that! Tersenyum bila tgk awak borak2 dengan mak n ayah saya.~

This is a few pictures just nak sharing ngan korang. Aku suke giler pictures ni. Thanks pada adik and his gang sebab sudi amek gmbr convo outdoor free. Thanks pd adik sebab mengangkut kengkawan ko nih eh~
Thank An!!!!! Thanks Am!!!!! Thanks Fiq!!!!!
Korang memang the best lah!!!


ber-landing-an di putrajaya.
alangkah indahnya klu ade besties sekali. lebih bermakna.



likess gambar inih~
thanks pd fiq sebab rajin edit gmbr2 nih. shuke shangat~


selamat berkonvo ona. ceh, wish kat diri sendiri~

hasil gambar bile kene suruh-senyum-lebar-lebar-dengan-hati-gembira-giler~




::setakat ini aje gmbrnye, nanti beta upload lagi ek::
::banyaknye benda nak cite, tapi nak update blog selalu takde masa..huhu. sila lah rindu::