Tengok tajuk mesti pikir wedding invitation dari aku kan. No no no no. hehehe. Belom lagiiiii :P
Cume nak cite di facebook banyak sungguh wedding invitation dari kawan-kawan. Normal-lah kan bile cuti sekolah menjelma. Masing-masing yang dah sampai seru akan berebut-rebut cop tarikh untuk buat keje kawen dan tarikh yang paling afdal adalah masa cuti sekolah.Senang sedara mara nak datang berhari2 sebab budak tak sekolah. Dan dengan harapannya jugak kawan2 senang nak datang. Tapi kawan2 da keje mana ada cuti sekolah. Hehe.
Maka kat FB tu banyak betol kawan2 yang nak kawen.
14 dan 15 Mei 2011----Jurazida dan pasangannya Idham Shah
------ni kawen sekosmet masa diploma. Diploma Human Development UPM. Husband dia pon budak UPM gak tapi masok 1 year after kitorang masok kalau tak silap.
-----tapi tak datang. sori Jura.
28 Mei 2011-----ni tarikh paling ramai cop. jom senaraikan.
1. Suzila dan Zaimie---at Terengganu
-------ni dua2 member zaman dip jugak. Duadua kosmet dip aku. Ila adalah bff aku masa dip n we still bf until now. Gambar2 ila ada kat entri ni. Zaimie kepala sempoi best kawan dengan dia. Wedding belah Ila akan dibuat kat Terengganu. Jauhhh wooo. Belah Zaimie plak kat Banting. Ila, saya tak dapat datang wedding belah awak tau tapi InsyaAllah saya akan datang wedding belah Zaimie nanti.
2. Alya dan Azam---at Perak
------Ni kenalan masa belajar time degree aritu. Budak kos sains komp. Rasa2 sepanjang belajar tak penah pon cakap dengan dia. Sebab cam takot je nak tegor dan susah nak senyum. Sekadar2 bertembong2 camtu je. Tapi dapat jugak invitation. Maybe pakai anta je kawan2 yang ada dalam fb list kot kan. Nway wish u hepi Alya.
3. Nor Shazwani Mohd Isa dan pasangannya---at Perak
------ni pon kawan masa degree jugak. Satu kolej, kire kolej-met lah. Kenal atas dasar MTM (majlis tertinggi mahasiswa). Kire wani ni MTM batch lebih awal cikit la dari aku. After batch dia letak jawatan batch aku plak continue.
4. Saadiah dan Zahidan---at KL
-------ni plak kawan masa sekolah menengah. SMK Taman Melati. Aku dengan Saadiah ni satu kelas. Budak ni jenis pendiam je. Sama-sama pengawas dengan aku.
5. AIMI MASTURA DAN HISHAM---at kEDAH
-------Jeng jeng jengggggg!!! Ni wedding best fren forever and ever and ever jugak!!! Amyyyyy tak sangkaa ko nak kawen da nokk!!! Oke ini adalah BFF zaman degreee. Kitorang geng 7 orang. Aku-amy-shida-dalila-fira-siti-ecah. Dalam bertujuh ni cit amy kawen dulu rupenyeeee. Dan haruslah aku excitedkan bff nak kawen.
Ni wedding card amy. Sudah selamat delivered kat umah ni. Thanks amy. Even ko tulis untuk aku & wandy tapi aku datang bersama2 besties yang lain ek. wandy belom sampai KL lagi waktu tu. hehehehe
...............jadi dalam banyak2 pasangan yang kawen pada 28 Mei ni haruslah aku kene pilih satu je kan sebab aku takde ilmu atau kuasa magik utk berada pada semua tempat dengan sekelip mata. Maka keputusan adalah untuk pergi majlis kawen amy bersama besties yang lain. Oh tak sabar!!!
Next kite gi plak tarikh yang seterusnya.
29 May 2011
1. Kak Nana dan Abg Nabil
------kolej-met juga tp tak dapat datang jugak la.
30 May 2011
1. Kak Nani dan Mahran di Terengganu
-------betul ke tarikh ni eh sebab dia wat ari isnin? apekah?
4 June 2011
1. Deqja dan pasangannya
2. Shawanur dan pasangannya
------ni member masa sekolah menengah juga. Lama tak dengar cite dia.
5 June 2011
Oh tarikh ini juga sangat heaven sebab ramai jugak buat keje kawen
1. Zaimie dan Ila at Banting
------ni wedding Ila bertandang ke rumah Zaimie plak. InsyaAllah aku akan ke situ. Ni pon excited sangat nak gi sebab tak dapat gi masa belah Ila kan jadi rasa mesti mesti mesti datang time bertandang ke umah Zaimie. Kalau gi umah Zaimie jawabnye tak gi wedding sepupu sendiri at the same day. Oh tragis tp nak jugak gi Ila's. uuuuuuUUUUuu. Harap jumpe cara!! Nora awak gi belah Ila ke belah zaimiee??
2. Kak Mariam dan pasanganya
------ni plak anak paklang. Maksudnya ni adalah sepupu aku. Mak da bising kalau aku tak gi sedara sendiri kawen. Tapi bff ku ila pon kawen jugak. Dah tu cano?? Kalau boleh di bolah badan ni aku bolah bahagi duo.Sonang!
3. Liza Tahir dan Dahlan di sarawak!!
-------OHHHH INI WEDDING RUMETTTT TERSAYANGGGGG!!!! pada asalnya aku pergi sebenarnya tau wedding rumet aku ni. Tapi last minit before nak beli tiket fly gi sarawak tu mak ayah wat drama plak berat ati nak bagi pergi jauh2. Memula ayah oke je bg pegi tp last2 ape ntah yang diorang bincang sampai berat ati. Sodih mak nok tak dapat tgk rumet tersayang kawen. Tak dapat jumpe bakal mak mentua jugak. Huahuahuahuahua :P
Ni wedding card rumet aku. Even dia tau aku tak jadi datang tp dia tetap pos jugak dari sarawak tu sebab rasa tak sedap hati kalau tak bg. Thanks rumet!!!
Rumet sayang..orang doakan majlis awak akan berjalan lancar gemilang melatop latop gituwww. Even orang tak dapat dtg tp orang sangat hepi sebab awak bertemu jodoh dengan orang yang paling sesuai dan sabar dengan awak. Dahlan adalah yang terbaik compare dengan mana2 lelaki yang pernah wujud dalam hidup awak tu. Lupekan kisah silam awak dan saya tahu Dann akan dan boleh dan pasti akan bahagiakan awak!
FUHHHH. jadi banyak kan. itu pon ada yang aku tak senaraikan. kalau nak attend semua tu memang mustahil sebab banyak jatoh pada hari yang sama.
Ape pon aku ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan pada semuaaa yang akan jadi bini dan laki orang kat atas tu k. Jadi bini solehah dan kalau laki tu pimpinlah isteri ke jalan syurga dan begitulah sebaliknya. Aku hepi sebab korang akan menempuh satu alam yang indah lagi bermakna di samping pasangan tersayang. Kan!
Note------Malas tol nak jawab dengan soalan lazim orang pada kite bile cakap pasal wedding2 ni 'ko bile plak', 'tuan yg wish ni bile lg nak merasa nasi minyak?' tak pon 'kakaknye sudah adiknye bile?'-------------argghhhhhhh soalan cliche. kalau sampai belas2 puluh2 tanya jadi malassss nak respons. Sabar ek aku pon nak kawen juge, akan tiba masa itu, nak kawen cano duit tak cukup laie. Cukup duit sampai seru den kawen lah. Haa time tu jangan tak datang plak pada yang bertanya tu kan. hahahha
Note lagi------mood nak kawen. gedik tak kalau da start nak wat listing. haha. lama dah incikhati soh wat listing bajet segala tp ntah bile nak start sebab rasa cam lambat lagi kan. tapi bak kate shida da dekat. tapi pada aku lambat lagi.
eh oke lah chow dl ek. gastrik asik menyerang je lately. k daaa!
thank you for dropping by at my blog!