Monday, March 8, 2010

Tappasti mao namekan entri ini sebagai apa~

Hati terasa untuk menulis malam ni. Berehat sebentar lepas otak dah sarat pikir pasal projek paper yang ntah ape cite sekarang ni. Seseorang menceritakan mengenai dirinya yang terasa hati dengan sikap kawan2 yang membuatkan diri rasa serba tak kena.

Bila nama pun 'persahabatan', semua ini takkan boleh lari dari kecik ati, terasa hati, jauh hati, suka hati dan macam2 yang berkaitan dengan hati. Hati benda yang lembut dan mudah tersentuh. Memang Allah ciptakannya begitu.

Sahabat itu wujudnya dalam keadaan tidak sempurna. Begitu juga kita. Kerana kita dan kawan kita tu adalah manusia. Manusiakan penuh kekhilafan. Andai kata kita terasa hati dengan kawan kita, tak semestinya kawan kita tu tak pernah terasa hati dengan kita. Kita jarang sedar yang kita da buat perkara yang menyinggung perasaan kawan kita tapi bila kawan kita buat perkara yang menyinggung perasaan kita mudah aja kita notice perkara itu. Itu lumrah.

Aku akui aku juga adalah antara manusia yang mudah terasa hati. Namun banyak yang aku pelajari sepanjang aku mengenali erti persahabatan. Dalam bersahabat, sentiasalah berfikiran rasional. Kdg kala, apa yang sahabat itu buat tidak bermaksud apa2, cuma kita yang tersalah tafsir.

Dalam sahabat juga jangan terlalu menguasai kerana dia juga milik orang lain dan dia juga berhak ke atas kehidupannya sendiri. Dalam sahabat jangan terlalu emosi, kelak emosi memakan diri. Dalam sahabat, rapatnya biarlah berpada-pada, biarkan sahabat juga mempunyai dunia yang ingin dicarinya sendiri. Dalam sahabat, jangan ada perasaan iri hati, kelak hati akan merana kerana sikap sendiri.

Dan. Aku syukur kerana memiliki persahabatan yang masih utuh sehingga kini. Mungkin kerana ianya didirikan di atas niat yang ikhlas. Terima kasih sahabat2. 'AAFSDS'.

Nasihat aku kepada sahabat itu, bersabarlah. Kelak kamu akan tersenyum kembali bila mengenangkan persahabatan itu.

*Entri ini ditulis kerana mendengar rintihan seorang sahabat teristimewa*maaf kalau respon saya malam tadi seperti kurang menyokong*

Oke, sekarang mao sambung bikin itu projek~

No comments: