Sunday, November 14, 2010

3.52pm

.
Exam PTD sudah lepas. Satu kelegaan. Lulus atau tak terserah pada rezeki. Yelah, orang pegi exam dengan tak study langsung agak-agak cane la result gamaknya. Oh, malas mao pikir. Result exam keluar 24 Disember ni, jadi hanya doa yang terbaik ajer.

Exam dari 9 pagi sampai 5 petang ade 6 paper semuanya. Boleh bikin gila sekejap sebab lama dah tinggalkan exam2 ni sejak abez belajar. Abez je jawab paper esei terus rasa pening, haha ape kes stress ker? Tapi alhamdulillah berjaya abez kan keenam2 paper tu.Ayah tanya:

Ayah:  ' Cane leh jawab tak?'
Aku:   'Jawab memang boleh betul ke tak tu yang tak tau'
Ayah: 'Okee'

Pegi exam ayah anta, before turun kereta ayah sempat pesan "masa rehat nanti cari la kawan makan sama". Uh apekah?!! Ayat tu cam penah dengar 17 tahun yang dulu je mase darjah satu. Ayah tak sedar ke anak dara dia ni da besau panjang. Haha.

Aku takda la letak harapan. Kalau tak lulus, tahun depan memang nak amek lagi. Nyesal juga pegi dengan tak study. Bukan tanak study ye cume tak sempat oke. Susah nak tumpu study malam2 sebab badan penat sangat balik keje dan bila pegang buku satu perkara je yang aku ingat---TIDO!!! Lain la zaman belajar dulu, study sampai tunduk-tunduk. Tapi tu duluuuuu la kan.

Soalan dia ekceli senang cuma tak baca tu yang sangkut sikit tu. Soalan math pon pakai ikut logik and very basic calculation. Pecahan, peratusan. Takde la math pecah otak tu. Aku yang bengap math ni pon kata boleh tahan senang, orang lain yang terer math mesti kacang je. Cuma masa jela tak cukup. 40 soalan 45 minit. Ketar tangan aku ujung2 tak siap lagi tapi masa nak abez da. ahaha. By the way thanx God its over. Berdoa untuk yang terbaik ajelah.

--------------------

Last week, rasa ngantok sangat hadap PC kat opis jadi tiba2 datang mood untul buat financial planning untuk gaji yang dapat tiap-tiap bulan tu. Da masok tiga bulan aku keje dan rasanya dah wajar dah start saving. Kalau tak gaji tu abez ntah ke mana je. Gaji pon tak besar mana jadi harus bijak membajet.
---bagi mak sikit.
---hulur kat ayah sikit.
---tolak untuk touch and go LRT.
---tolak sebulan makan.
---peruntukan shopping and belanja benda mengarut.
dan satu lagi benda yang perlu masuk dalam list adalah PTPTN. Semalam chitchat dengan Shida Shanley. Kata kat dia yang aku dah terbukak hati nak start bayar PTPTN. Hohooho. Terbukak ati tuh. Shida kata start bulan satu tahun depan boleh tukar perjanjian untuk tukar interest dari 4% ke 1%. Untuk batch aku start bulan 1 tahun depan lah. Kalau pikir hutang PTPTN ni memang sempot. Mana PTPTN diploma. PTPTN degree few semester before dapat biasiswa lagi. Total-total boleh berdarah jantung den  ni ha pikir utang PT yang botimbun tuh.

--------------------

Laptop terkene serangan hebat sekarang ni. Mao format tak tau nak anta kat mana. Kalau dulu zaman belajar senang jek nak cari tukang-format yang murah dan yakin servis tip-top. Ni da kat umah kat celah mana la nak anta. Mahal tu jangan nak kata la. Nak anta format pon maluk jek sebab laptop tu da retak, tak campur dengan gedabak dia lagi. Takot orang format tu gelakkan jek. Haha. Tapi OS dia sume elok lagi, lagi pon sayang woooo, itu bapak aku beli mase diploma dulu. Hargai dan sayang sangat. Okeh, kene gagahkan juga untuk hantar format!!

--------------------

Today weekend. Rehat-rehat aja kat umah. Malas mao keluar sebab esok keje, jadi rehat puas-puas. Tak lama harry potter akan release. Tapi aku tak tengok lagi yang muviee sebelum ni, jadi ade sape2 tak yang ade nak pinjam tengok buleeyyy. Hehehehe.

--------------------

Hanya gara-gara aku wat status 'cepatlah kaya' kat facebook aritu, ade makhluk bumi ni tak sudah-sudah paste kat wall aku ajak aku join bisnes dia, jadi kaya la gamaknya. Bukan aku taknak tapi aku tak minat la nak join bisnes-bisnes cenggitu. Plus aku kenal ko pon 5 ari je masa training aritu, tu pon kenal 5 ari aku rasa cam ade something wrong cikit dengan perangai ko. Jadi aku tanak letak risiko. Jadi aku dah btau ko sekali yang aku tak berminat dengan bisnes2 stail camni, so please stop inviting me. I got my own way to gain lots of money. So please do respect my decision k. Tapi aku tetap doakan ko berjaya dengan bisnes tu. Takde salahnya bisnes ko tu cuma aku tak berminat. Saving aku pon tak banyak mana untuk aku melabur. So sekali lagi aku btau 'aku tak minat'.

-------------------

Okelah. GTG. Perut lapar mao mentekedarah. Ape cer hujung minggu blogger2 semua??. BTW, hepi weekend to all~

No comments: