Bagi orang-orang yang da bekerja, perkataan weekend atau melayu kata ujong minggu adalah sangat sangat dinanti. Dulu kalau zaman belajar hari cuti adalah hari-hari. Sebab boleh direka sendiri. Dan boleh isytihar cuti ikut suka kaki dan hati. Kalau rasa cam seksa gila nak bangun pegi kelas pagi nak2 yang kol 8 yang lecturer strict akan kunci pintu lecture room sharp pukul 8, jawabnya akan terjadilah annual leave half day. Kelas pagi isytihar cuti bila kelas petang semangat nak gi sebab bgn dah tgh hari cukup tido 8 jam. Haha.
Tapi tu dulu time belajar. Bila time dah bekerja ni kalau kepala gila buat gak perangai macam ni namanya menempah tiket ke kerak bumi paling dalam tu ha. Lambat seminit punch card dah jadi kaler merah confirm confirm attendance allowance bulan tu tak dapat punya.
Oke sebenarnya nak cite pasal weekend sebab bila weekend baru la dapat online dengan proper dan sepenuh perhatian. Kalau ari biasa takkan adenya la nak bukak laptop pandang pon tanak sebab kalau da start mengonline jawabnya mata dan bontot lekat je depan laptop sampai tido pon lewat. Jadi ujong minggu adalah waktu terbaik untuk mengqadak dan mengkhatam facebook yang tertunggak dan belogwalking di blog2 orang sambil dengan senang hati komen mengkomen.
Dan bila view status facebook sorang demi sorang, skrol ke bawah lagi then bace status sorang demi sorang, kita da boleh bace da personaliti orang tu macam mane. Dalam friendlist facebook aku, aku takkan sewenang-wenangnya (wow ayat) meng-accept orang yang aku tak kenal. Setakat 'thanks for the add saya sebenarnya tak kenal awak sekadar tak menambah kenalan' memang bolayan yek. Sebab facebook ni worldwide, so better be careful dari benda tak baik terjadi.
Dan beberapa minggu lepas jadi benda tak elok kat my auntie punya facebook di mana ada si polan yang dia tak kenal tag dia dengan gambar2 yang sangat tidak senonoh. Bila cakap tidak senonoh tu korang pikir la sendiri ek. Si polan tu takde pon lam frenlist dia ntah macam mane blh plak dia tag men-tag ni. So blogger yang ade facebook (i think sume pon da ade facebook kan sekarang. ade ke yg takde?) better control your privacy setting. Don't just simply approve orang yang tak kenal sebab boleh jadi mereka tu stalker ke. Yela budakbudak sekarang ni kalau kat status tu sampai pi berak pon nak letak kat status kan. Jadi orang sangat boleh tau pergerakan kita dan sebab inilah kita perlu berhati-hati especially ladies kan.
Oke sambung pasal status facebook menggambarkan personaliti seseorang (sebenarnya inilah topik yang i nak kipas. epp silap nak kupas). Bila aku bace status si polan tu, si polan ni, cam kelakar pon ade. Oke mari kita berbincang isu nih dan aku bagi contoh sekali ek.
Situasi pertama:
"cinta kenapa kau pergi tinggalkan aku di saat aku sangat memerlukan kehadiran mu sayang. datanglah kepada ku kerana aku tidak sanggup melewati harihari ku tanpa insan yang bergelar chenta hatiku"
"semoga saya dipertemukan dengan cinta sejati. sunyi rasa hati tanpa insan bergelar kekasih hati"
"saya tak mahu terluka lagi kerana cinta"
"saya sedih melihat awak bahagia dengan si dia"
Perghhh!!. Dalam frenlist aku ade sorang minah ni yang ade penyakit nih. Setiap kali aku online dan bila tgk status dia mostly semua berkisar pasal cinta. Meratapi cinta. Bahagia cinta. Sedih kerana cinta. Ditinggalkan cinta. Mostly pasal hati dia yang duka lara pasal cintalah. Memang aku rimas giler dan last2 aku hide kan dia. Nak buang dari frenlist cam kensian plak. Hide jelah. Bila dia asik letak status cinta cintun ni buat orang pikir "kesiannya budak ni kurang kasih sayang". Manusia spesies ni kalau dia wat kuiz-kuiz kat facebook sume pon berkaitan dengan cinta contohnya macam 'Tarikh perkahwinan anda','Kenali jodoh anda melalui huruf namnya', 'hurup terakhir dan hurup pertama orang yang mencintai anda', 'What type of bopren do you want'. Pendek kate kuiz pasal jodoh dan cinta lah. Rimas der!!
Oi dik, ko tu belajar lagi dik oi, jadi better lah fokus kat study tu dari dok pikir dan meratapi pasal cinta. Bila tiba masanya datang la cinta, kawen la engko kan. Kalau nak kene riso pasal kawen2 cinta2 ni aku lagi patot riso dik oi, tapi buat pe nak sesak jiwa raga kan. Adelah jodoh yang tuhan tentukan. Ko fokus jela study biar grad nanti result kua gempak gaban.
Situasi ke dua:
"SIAL BETOL MAKI AKU. IKOT AKU LA NAK MEMEKAK KE HAPE. KALAU KAU TAK PUAS ATI KO LA YANG BERAMBUS DARI SINIH"
"JAHANAM PUNYA KEDAI!!. BAYAR MAHAL MAKANAN CAM HARAM. GUA BAKAR KEDAI LU MALAM NIH, LU TENGOK LA NASIB LU MALAM NIH!!!"
"CILAKA GESEL MOTOR AKU. BABI BARUA TOL!!!!"
WHOAAAA....cam scarykan.bagi aku scary mary lah gak. Status facebook kalau tak carut, kalau tak baran, kalau tak menyumpah seranah memang macam tak cukup syarat. Bagi aku fesbuker kategori ni pon ade masalah emosi dan masalah mental. Hari-hari cam idop dia cam ditimpa malang. hari-hari idop dia cam tak puas ati dengan orang. Dan biasanya orang akan komen samada sokong atau sejukkan hati dia la kan. Macam "sabar bro, bawak mengucap" "ko kenapa marah2. sabar separuh dari iman". Tak kurang jugak yang suka bakar lagi amarah dia macam "kalu ko nak bakar ajak aku, lama doh aku tak wat keje2 haram cani". Takpon "lu rogol je anak dia der".
Aku kalau ade lam frenlist aku yang stail cenggini cepat cepat aku remove. Wat sentap aku je bace orang2 yang cetek pemikiran canih. Kawan tak kawan kalau dah status tu kejenya nak maki orang je better gua remove. Hehehe.Orang macam ni macam memang da takde kesedaran sivik. Tak pasti la kalau dia rasa dengan tindakan dia letak status cam tu orang rasa dia cool ke, jaguh ke, hebat ke. Yang pasti orang macam ni aku akan kate 'Kensiannya ko. Ishk ishk ishk'.
Situasi ketiga:
"Baby i love u so much. I miss you even more right now"
"I mish my mucuk. Muah muah muah lebiu. You are my soul and i can't live without you sayang"
"Sayang bila lagi nak jumpa. I rindu tau. Rindu u sangat2 sampai rasa cam nak nangis"
"EMUUUAAAAHHHHHHHH"
"CAK!! Cayang da mangun dah. Cayang ni bangunlah jom teman baby pegi tengok wayang. Nanti baby merajuk kang baru tau. Cayang tak sayang baby ker. Hukhukhuk"
Dan oleh kerana itulah facebook dicipta ade 'private mesej' ye untuk anda meluahkan resah gelisah keluh kesah dan ayat ayat memualkan anda tu secara pribadi yang hanya boleh dibace oleh anda dan pasangan anda. Tak perlu nak tayang seluruh dunia sebab bila orang bace orang gelakkan anda adelah bukannya orang kate 'oloh aloh aloh suweetttnya korang!'. Tidak ye, tidak sama sekali, orang takkan kate macam tu, mungkin for the first time ye, tapi selepas itu orang akan muntah darah. Percayalah.
Dan kalau perasan pesen orang yang macam ni jugaklah bila dia gadoh dengan pasangan dia or putus hubungan korang akan saksikan drama swasta 300 episod tanpa iklan. Time tu keluarlah segala sumpah seranah maki makian caci cacian. Cam menyesal seumur idop la kenal dengan mamat or minah tu.Mase bercinta bagai nak rak loving loving tapi bila putus atau gado hamek kao. Korang bayangkan lah sendiri.
HALO!! Jangan obses sangat la dengan cinta, ye memang kita perlukan cinta tapi jangan sampai hidup dikuasai dan dikaburi dengan cinta. Satu je yang aku leh cakap dengan orang macam ni "Kensian kao!".
Dan kalau ikotkan macam-macam lagi perangai orang yang kita boleh bace hanya melalui status kat facebook. Macam ade orang kalau kita perasan status mesti ada nada-nada berlagak dan nak menunjuk. Yang tu adelah sorang dua aku perasan macam tu sebab ape yang buat aku yakin kate niat nak berlagak dan menunjuk sebab setiap kalu status mesti menggambarkan yang mahal mahal, best2 dan orang macam ni jarang sekali nak letak status yang duka2. Betol tau. Korang ade tak lam frenlist orang macam ni. Orang macam ni takdelah sampai aku buang dari frenlist. Sebab takde bagi effect dalam hidop pon.
Then ade jugak kategori kalau status tu pasal keluar ke sana, keluar ke sini, berjimba ke sana berjimpa ke sini. Macam da takde keje lain ke ko, tak study ke kalau dah 24 jam asik kua jek kan. Mungkin dia kaki jalan dan jenis bontot panas bila tak buat ape2 kan. Takpelah sebab yang ni pon kategori 'asal ko bahagialah minah'.
Aku plak jenis kategori mane ke. Haha. Aku rasa rasa la kan, aku cam kategori yang sentiasa kering idea. Sebab aku rasa (yang ni aku rasa la kan), aku cam jarang je update status. Tak tau lah nak tulis ape. Tengok ade orang tu setiap jam akan update. Gerak ke katil update, gerak ke kerusi update, pusing kanan cikit update. Update je manjang dan ini aku kategorikan dalam grup 'kami obses gila dengan facebook'. hehehehe. Tapi siyes, aku memang kurang idea sikit nak tulis ape kat facebook dan fakta yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama adalah (haha.ayat tak bley blah) aku spend more hours on my blog than fesbuk. Yup, aku lagi sayang blog aku dari fesbuk. Compare dengan fesbuk aku banyak dating dengan blog sendiri. Visit blog orang macam-macam ilmu, fakta dan pengalaman idop orang aku leh bace dan tau. Mane yang baik jadikan pengajaran.
Jenuh plak menaip da rasenya. Okelah. Korang rasa korang duduk dalam kategori ape ek sebagai fesbuk-rian. Feel free to share.
15 comments:
i dlm kategori joyah gitu...ade citer hot i share..muahaha... act byk post psl blog je kt FB, kalo tak pon pengumuman...kaunter pertanyaan g2..haha
*i prefer to use blog to express my feelings...tp tak la over..haha
lurunna---haha joyah u i suke...
yup, status pengumuman tu harus.gunekan fb sepenuhnya..hehehe
yup2 agreed!!lagi suke express feeling kat blog than fb. sebab fb tak cukup space.huhuhu
taw xpe..jgn jadi blogger yg gila mental illness sudey...ngahhahaha
der.itu minah mmg psiko abez..
canelah real life die..
waaa...panjang dan lebar sekali...teruskan teruskan...
sekali da menaip terpanjang dan terlebar pulak..
naek syeikh.hehe
arap sume tak bosan bace ek..
i kategori nak bgtau satu dunia i ade pesbuk. bole..?hahaha
hehehehe...nice entry na...even lama x hupdet blog tp sempat gak melawat blog lain...
kite jenis loving2 kot...but not too much lah...hahaha
oh yes yes yes kita sama lebih syg blog dan update status pon... dlm seminggu sekali gitu. best gila wooh entry rasa macam nak share tp tkt ade og sentap.. hehe tkpe lah biar kita2 aja yg tau kay. :)
hahahahahaa..sentap!
pleides--kategori mcm tu takpe..
dinamekan kategori 'kami tak thn godaan pesbuk'
hahaha :)
noor shafira--awk lobing2 dl..
skng ni awk x lobing da sbb muncul tenggelam timbul kt fb..keje punya psl..huhu
takpe kt msg leh lobing2 dgn en shapik awk..hehe
anne boleyn--kalau nk share hamek jek..
haha..sape yg bkl sentap tu.huhu
kte bedua kategori 'i love my blog mucho2'
mrs blue--aiyok! sentap kah..haha..
gua syak lu mmg suka kaji homosapiens yedak.
gagaga ;P
Post a Comment