Thursday, July 22, 2010

Aku tau (dan kamu juga tahu). Jadi jgn buat2 tak tahu.

.
Aku tau (dan kamu juga tahu) tak mudah untuk berjaya. Kata-kata cliche berkaitan motivasi yang selalu aku dengar dari kecil iaitu 'bukan senang untuk senang'. Dan aku ulang dalam nada yang agak keras pada diri aku sendiri .....'ONA, BUKAN SENANG UNTUK SENANG!!!'

Mungkin bagi certain orang, tuhan kurniakan tuah dan senang kate mungkin dia bernasib baik. Ada juga orang yang sebelum ini tuhan telah menguji dia dengan pelbagai ujian dan oleh sebab tu tuhan bagi dia nikmat dengan mempermudahkan urusan dia. Atau juga mungkin ada orang yang tuhan berikan dia segala nikmat dunia untuk melihat sejauh mane hambanya bersyukur dan menyedari semua nikmat itu datang dariNya dan dariNya juga nikmat itu boleh hilang sekelip mata.

Ada yang telah menikmati dunia yang indah, namun masih tetap bersungut mengatakan hidupnya tidak seindah orang lain. Mungkin dia sekadar mendongakkan kepala ke atas dan melihat insan yang jauh lebih bertuah dari dirinya, yang jauh lebih kaya, jauh lebih senang dari hidupnya. Sebab itu dia bersungut dan meratapi kehidupan dirasakan tidak seindah orang lain. Tapi mungkin satu hari nanti tuhan membuka pintu hatinya untuk menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat kehidupan insan yang lebih perit darinya, yang jauh lebih sempit, lebih susah, lebih perih, barulah dia akan terus terduduk dan mensyukuri nikmat yang tuhan berikan.

Hidup umpama roda. Jika hari ini kau buat jahat, entah esok lusa kau akan timpa musibah. Namun tidak ramai manusia yang cerdik akalnya untuk berfikir dengan me-relate-kan perbuatan jahatnya dengan musibah yang menimpa. Yang dipersalahkan persekitaran atau mana2 pihak yang boleh dipersalahkan. Nyata manusia pada hari ini menggunakan otak dengan kadar yang sangat minimum (bukan optimum).

Engkau bersungut dengan mengatakan kerja engkau begini, engkau stress dengan kerja itu, engkau fedap dengan tugas itu, engkau tak tahan dengan tugas yang bukan tugas hakiki engkau. Namun, cuba engkau toleh pada individu yang hampir pada kau. Nyata tugas yang digalasnya adalah lebih complicated, tertekan, bosan dari kerja kau. Namun, dia tetap redha kerana fikir inilah rezeki yang tuhan berikan.

Esok, aku akan ber-interview lagi, yang ntah ke berapa kali pon aku tak tau sbb tak penah kire. Interview besepah jek pegi. Tapi yang sangkutnya--haram takde. Puas aku geledah tempat2 yang ada keje kosong. Submit resume sana sini. Semua keja kerani capok pon aku try. Yelah, fresh grad mana boleh demand. Tapi hasilnya sangat mengecewakan. Semua senyap camtu jek. Negatif feedback aku terima. Aku tak tau mana silapnya. Terok sangat ke aku masa interview? Ntah, aku pon tak tau mcm mane prestasi sendiri mase interview.

Persediaan untuk interview besok, aku pergi cari tempat tu sehari sebelum supaya takdelah melilau sana sini cari tempat interview sampai berpeluh satu badan sebab tak jumpa2. Appearance pon kene jaga kan, kan itu first impression. Badan bau tengik susah jugak nak dapat keje. (Yang pasti badan aku wangi oke). Plus biarlah sampai tempat tu awal sebab da tau tempat tu kat mane.

Perjalanan ke sana aku naik LRT. Dan alhamdulillah jumpa tempat tu. Even kene jalan jauh dari stesen LRT, tapi redah jek. Kan bukan senang nak senang. Masa OTW balik, insan yang teman aku pergi survey tempat ni suddenly berkata 'Kalau nak tengok ragam sebenar kehidupan, naik lah public transport cam ni'.

Then aku toleh sekeliling aku nampak:

--Dua orang makcik umur area 40-an. For sure da kawen, ade laki n anak paling kurang 3 orang. Masa tu pukul 11 malam. Then aku terfikir tabahkan makcik2 ni cari rezeki balik nak dekat pukul 12 baru sampai umah. Kehidupan dia tak sesenang isteri2 menteri yang dapat set rambut tinggi 1 depa, pakai baju mahal2 sulam berlian swarovski, ade orang gaji sampai sepuloh, pergi kemana2 berjemput berhantar dengan driver, pastu tolong laki cilok duit rakyat untuk masok dalam carta bilionnaire dunia dan tunai hajat nak bina lagi 7 unit banglo yang furniture sume imported, arkitek plak import luar negara, lubang untuk takung berak pon harga riban-riban, jubin lantai letak paling mahal didunia spy nanti bila bini2 menteri lain dating umah mase housewarming leh cakap riak2. (hamek kao takde pus-stop). Maaf ter-emo. Sebab aku rakyat yang tertindas dengan politik kotor yang tak pernah bersih.

Owh, aku cam da melalut. Topik cam da tersasar. Tapi ekceli entri kali tiada isu khusus. Lebih kepada isi hati yang kecamok and celaru bagai gelimpangan ikan cencaru kat pasar. Jadi apa yang terlintas di kepada hotak akan diluahkan. Sebelum ini tiada mood untuk update. Tapi bila da menaip cam tanak benti. Adakah ini sejenis penyakit.

Berbalik kepada isu aku akan berinterview besok. Aku harap rezeki melekat. Bila difikir-fikirkan balik, sume ini mungkin bahana sebab suka tido balik after subuh. Sebab tu rezeki tak berapa nak mudah. Jadi anak dara berkarat kat umah ni. Mungkin da tiba masanya untuk aku ubah cikit perangai tidak senonoh itu.

Aku tau tak senang untuk senang. Isnin lepas pon aku baru je attend satu lagi interview kat ampang, Careerexcell. Lepas interview kat situ lunch dengan dalila. Oh, dalila juga interview di careerexcell cuma dia kol 10 aku kol 11. So after inteview kami lunch, dan memandangkan aku penganggur terhebat aku teman dalila pegi lagi satu interbiu kat area ampang jugak. Lepas sudah segala interbiu punya hal, kami lepak untuk sharing dan borak2. Maklum aje ler, lama tak jumpa. Macam2 borak, dari duduk kat tepi tangga until la cari spot menarik nak pi basah tekak. Dal kate, susah2 sangat nak cari kerja sambung master jelah.

Master?? Ade dalam perancangan hidup. Cume bila nak dilaksanakan tak pasti lagi. Yang penting bukan dalam masa terdekat. Sebab for this moment, aku mmg nak cari experience kerja. Even sambung master pon klu pengalaman zero hero, still takde value gak. Short term goal aku sekarang adalah untuk dapatkan keje sebelum raya. Sebab aku taknak jadi clueless dan malu2 ayam bila makcik pakcik sedara tanya soalan cepuk cemas 'da keje???'. Belah mak 11 orang adik beradik, belah ayah 6 orang, campor ipar duai mak ayah da kire double da tu, campor cousins dua2 belah lagi, ramai woOOo, klu sume dok pakat tanya da keje ke belom, jangan salahkan aku kalau ade muke merah kene penampar atau pelempang. (untuk penganggur gemilang cam aku soalan itu sensitip dan kasor bunyinye). Maaf emo lagi.

Tadi mesej2 dengan shida shanley tanya pasal ujian kecergasan yang dia pergi untuk keje gomen. Borak2 dengan shida, dapatlah aku positifkan diri. Betul jugak, baru 2 bulan menganggur jadi jangan nak aspect yang indah2. Orang yang da ade kerjaya best2 pon bermula dengan susah jugak. Bukannya lepas grad terus pelepup dapat kerja gaji riban2 dan tak payah fikir keje lain sbb da stabil. Sume orang pon lalui proses yang sama. Atau mungkin yang bernasib baik lain lah kan. Mostly senior HR aku yang keje yang company mantop2 pon after setahun grad baru dapat masuk that company. Meaning they started dengan susah then baru senang cikit.

Jadi ona, bukak mata bukak minda bukak hati tapi tidak bukak baju (buruk padahnya nanti). Tuhan bagi cabaran hidup yang ciputtt ni jek engko da mengeluh da give up da down. Jadi cuba positifkan diri dengan teori2 di atas, jangan putus doa padaNya dan usaha tanpa give up. Satu hari nanti, bila engkau kenangkan balik jerit perit nih, engkau akan tersenyum kerana kejayaan kau pada masa itu adalah berkat jerit perih tu. Janganlah difikir dan dikesalkan perkara lepas, looking forward and moving forward.

Aku mohon pada Mu Ya Allah, kau permudahkan dan permurahkanlah rezeki hambamu ini. Begitu juga buat sahabat2 ku yang lain. Sesungguhnya aku tak sabar untuk berbakti pada ayah dan mak yang telah banyak berkorban tenaga dan harta untuk aku. Aku bukanlah lahir dari kalangan orang yang senang, namun aku berhasrat untuk menyenangkan kedua ibubapaku dengan usahaku.

AMIN~
.
.
.
.

lama tak berjumpa dal. borak mmg tak hengat~


masa teman dal pi interview kat satu lagi tempat.
HOAAA. company ni marveles. working hours menarik!


masa makan ni tetiba dal kate 'bestkan klu sume2 ade'.
uwaaaa..rindu kalian jugak. bila mao hang out~

::jam sudah pukul 3. saya perlu tido kerana hesok ada interview lagi. doakan moga2 yang ini sangkut yep::
::klu mood saya oke esok, pas interview saya akan cite plak ape pengalaman interview kali ni, mane tau company tu accept terus ke. muga2. tapi klu ini pon fail, taper2, kene positip ona, kan da kate, BUKAN SENANG NAK SENANG::
.

6 comments:

Amir Syahir said...

setuju..senang je untuk susah..ehee

gud luck intiview.

Anonymous said...

Bukan Senang Nak Senang
gudluck interview
dapat bio mantap

husna.Rahman said...

hiro: nak susah mmg senang..kan kan..

q: nak dapat yg mantap tu suffer jadi..

Husna Adilah said...

kak ona dont give up dont give up love you k :)

husna.Rahman said...

lop u tooo~

juwe said...

hahahhaa, klaka la ko ni, ayat melalut ko bleh tahan best, pe kate ko tulis novel jd novelis, boleh kaya gak doe.hahaha