~
Selamat Hari Raya Aidil Adha/Haji/Qurban
~
Tahun ini raya di Kolumpo aje. Sebab cuti tak panjang, satu hari je, tengah minggu lak tu jadi kalau kondisi macam tu konfem2 raye Kolumpo aje tak balik kampung. Tapi even raya Kolumpo meriah tu tetap boleh tahan la.
Tahun ini depan umah ada wat korban. Mak pon ade letak nama untuk korban kali ni. Jadi pagi-pagi lepas balik solat raya depan umah dah meriah dah. Sume dah standby nak laksanakan ibadah korban. Yang excited ofkos la kanak-kanak kan. Mana budak pompuan after tgk proses sembelih2 ni, muka tu scary jek. Sape soh tgk kalau takot. Tgk cam akak ni ha, dok umah je. Tak gentar pon. Hohohoho
Tahun ini menu raya haji mak masak mihun sup, bergedil, nasi impit dan goreng samosa instant yang diorder dari pakcik zamri. Diulang ayat kat atas 'mak masak' ye, aku hanya pembantu as always. Bantu makan dan melicin hidangan. Itu tugas rasmi dan haqiqi. Ntah bila la nak pandai masak ye cik ona. Melantak da champion dah. Takpa bak kata-kata aku kat Shida Shanley tadi, bila da dapat seru nak kawen mesti semangat nak masak. Hohohoho.
Okiee. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam. Tidak kiralah di mana anda meraikan raya kali ini *di kolej, di universiti, di rumah, di KL, di kampung, di bandar, di oversea, di mana-mana ajelah*. Semoga anda menikmati dan merasaikan erti pengorbanan yang sebenar.
Sempena raya kali ini, aku berhasrat korbankan segala perangai-perangai buruk aku dan berubah menjadi insan yang lebih baik sebagai anak, adik, kakak dan sebagai hambaNYA. InsyaAllah.
Karem dah nak sembelih. |
Karim dah di tombangkan. |
Pakcik tu sebut nama penama-penama korban tahun ini. |
Tengok pakcik yang pegang mike tu. Siap mike2 bagai. Hehhe. Melaporkan detik2 la kot. |
Oh Karim!! |
::okelah. korang sambut raya haji kat mane? meriah tak?::
.
.
.
SELAMAT HARI RAYA SUMERRR~
4 comments:
sedey...tapi apepon, selamat hari raya kakak!!!
selamat ari raye jugak..
karem da selamat ade lam perut..hohoho
selamat ari raya..thn nie plg meriah~
mai--tahun ini raye di mana kamu..
Post a Comment