Friday, December 31, 2010

Soroton hidup tahun 2010~

.
Beberapa minit lagi bye-bye 2010 dan welcome 2011. Dan tak lama akan berdentum dentam lah langit Malaysia dengan bunga api. Tak tahun barulah kalau takde bunga apikan. 

Adat manusia bila yang baru itu datang maka yang lama akan menjadi kenangan. Sama ada yang lama itu mengumpul kenangan yang manis atau pahit ia tetap jadi sebahagian dari sejarah hidup. Memori yang manis dan bermakna akan membuatkan kita senyum kembali bila mengingatinya namun memori yang pahit dan ada palit-palit duka janganlah dibuang jauh-jauh kerana dengan palit-palit duka itulah yang menjadikan diri kita hari ini.

dan kenapa aku bermadah-madah dalam entri ni? ape-ape la labu~


So jom ikot aku untuk review dan flash back balik event-event penting dan kenangan-kenangan best dan tak best sepanjang tahun 2010.

1. Aku mulakan dengan cerita of my study year. Half dari awal tahun ini adalah merupakan my final semester. Dan juga tahun aku menjadi MTM. Ape tu MTM? Majlis Tertinggi Mahasiswa. Biro yang aku pegang adalah Biro Ademik. Board MTM ni sangat happening and i've found wonderful people in this team. Miss my aida, my ajaq, my odah, my dalila, my mai and my mr presiden~ (motip sume ade my?)


2. Ini masa Malam Perwarisan. Malam lepaskan jawatan kepada pengganti MTM yang baru. Dan aku dengan lega hati melepaskan jawatan aku pada malam itu pada Pei Sha. Budak TESL yang talented dalam bidang kepimpinan. So far she's done a good job and she's better than me. Well done pei sha! Masa malam perwarisan ini hati gembira campur sedih. Malam penuh emosi    :)    :(

3. Then beralih lagi sikit untuk cerita dihujung sem akhir. Final Year Project!! Yihaaa. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mengharungi jerit perih menyiapkan sebuah buku kajian sendiri dengan halaman setebal 118 pages. Muka soooo serabai masa project paper in the making. Dan dengan berakhirnya FYP menandakan tamat lah zaman degree yang sangat sangat sangat sangat best. 

Zaman yang aku akan kenang zaman persahabatan yang sangat bessttt. Kalau nak cerita part ni memang berjela la kan jadi biar jela aku senyum sorang-sorang bila setiap kenangan tu ngah berlegar-legar dalam kepada otak. Shida, Dalila, Aimi, Fira, Aishah dan Siti. Nama-nama yang aku perlu ucapkan terima kasih sebab menjadikan degree aku sangat bermakna. Rindu korang weh. Persahabatan jangan putus ockay!

Some facts---Kos aku- Bacelor Science of Human Resource Development.
Tempat blaja - Uni Putra Malaysia (for diploma and degree)
Kampus - Kolej Tun Perak (diploma) and Kolej Canselor (during Degree)

Weeee!~ 
4. Ini time Grand Dinner Final Year. Tema hijau. Me celebrating as an organizer and also as yang dirai. Maklum la da jadi MTM jadi on that day even akulah orang yang dirai tapi perlu berhempas pulas menjayakan majlis. 
Time ni happy. Happy. Location: The Legend Hotel Kuala Lumpur.

~-------------~
After habis study adalah dalam dua bulan aku dok umah usahakan ladang anggur. Uh sape kata dok umah tanpa buat apa itu best. Stuck jap otak dok umah tanpa buat apa-apa. Nak kuar selalu kang membazirkan duit yang tak berapa nak ada. Dan masa tu agak stress tengok member-member lain da keje tapi aku belambak gi interview (tipu takde lah belambak adalah dalam 9 ke 10 interview) tapi takde yang melekat. 

5. Dan akhirnya pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadan 1431H, aku tak lagi jobless. Pegi interview dan keesokkan harinya terus start bekerja. Alhamdullilah sangat-sangat. Dan gaji yang aku dapat berbaloilah dengan keje yang aku buat. Boleh lah dari dok umah mengabihkan bores mak ajo kan. Dan aku suka dengan apa yang aku buat kat kampeni ni sebab aku dok dalam HR field. Still relate la sikit2 dengan apa yang aku belajar even more HRM dari HRD. (korang paham ke, buat2 paham la ek).
note: gambar di atas masa main simple game after morning meeting. tradisi company ni sebulan sekali akan main game yang simple~eratkan silaturrahim katenya~

Dan yang penting bila aku da keje masa tu bila raya aku takdela jobless sebab kalau aku tak keje lagi jenuh nak kene jawab soalan mak sdara pak sdara da keje ke belom. Jadi bila da keje ni bila diorang tanya dengan berlagaknya aku jawab 'DAH!!!!' Tamat ceritakan. Jadi pada sapa2 yang lalu area Bangsar meh la datang ofis aku nanti leh lunch sama. Aku belanja ais kosong. Ngehngeh~


6. Rayaaaaa! Ini masa malam raya. Happening gile derrr malam tu si tua dan si bangka main mercun. Kazen2 yang kecik-kecik takde sorang pon sebab belom sampai dan ada yang kat kampung belah mak diorang. Jadi kazen-kazen yang da besar gajah ni rulez the house la dat night. Best sangat malam raya ni men mercun sambil bergambar sakan. Klik sini untuk lebih gambar dan cerita.

7. Dan pada hari ketiga raya. Kitorang the cucu Ghani clanz berangkat ke Melaka untuk berjimba yiha~
Sangat best moment ini!

Alhamdullilah plan ini terlaksana. Last year kitorang gi Blue Lagoon Port Dickson mandi manda jadi tahun ini pergi Melaka. Sangat enjoy hari ini!~


8. KONVOOOOoOoOoOOOoo
Tarikh 10.10.10. Cantikkan tarikh tu. Aku dapat sesi petang. Best sangat waktu ni sebab dapat jumpe all the cosmet. Tapi saat yang gembira cepat je kan berlalu. Masa aritu tak ramai kosmet yang aku dapat jumpe dan bergambar. Harap jumpa kejap masa dalam dewan je. Nway thanks to mak dan ayah dan juga along dan adik. Ona dah ada degree! hehe

Dan aku sangat gembira masa hari konvo ini sebab alhmadulillah aku berjaya bergraduat dengan first-class-honor. Matlamat tercapai berkat usaha keras sepanjang degree. Gembira bukan kepalang sebab perit perih bergelumang dengan buku asaimen exam dan FYP berbalas dengan my First Class Honor!

Nak selit gambar ini boleh? Hekhek. Masa ini sudah putus dengan incik hati. Tapi dia tetap jugak sudi datang siap bagi bunga yang ada bear lagi. Thanks! 

Nak baca a lot more pasal my convo klik sini.


9. Ini masa Majlis Gemilang Graduan. Majlis yang meraikan alumni-alumni kolej. Feeling yang sangat awkward bila datang balik kolej yang dah beberapa bulan ditinggalkan. Kolej ni bagi aku saksi pada pelbagai kenangan dalam hidup aku. Sebab di kolej inilah yang menjadikan aku lebih dewasa dan lebih matang. Kolej saksi aku berjumpa incik hati. Dan juga besties yang rawk! Dan rumet yang sangat-sangat best Liza Tahir. 

10. Dan tahun 2010 adalah tahun along bertunang. Bulan 6 jadi saksi along menjadi tunangan kepada abang Mukmin. Congratulation along. Dan hanya tinggal dua bulan je lagi along akan jadi bini orang. Sekarang ni along busy dengan segala macam persiapan. Dan gambar di atas masa outdoor photoshoot after along tunang.  Aku suka gambar lompat-lompat! Bila along da kawen nanti dengan sapa nak borak-borak, dengan sapa nak luah masalah luah tension sambil nangis depan along, dengan sapa nak mintak pendapat pasal baju pasal fesyen, dengan sapa aku nak buat lawak dan sape nak gelak. Aduh tetiba mata aku panas-panas. Abang Mukmin jaga along elok-elok tau! Dia kakak kite! tetibe.

Klik sini untuk lebih gambar pasal majlis tunang kakak kite :P

11. This is during my 24th birthday. Celebs kecik-kecik je kat umah. Nah klik sini kalau nak baca lebih lanjut.


12. Malu nak cakap tapi aku kene mengaku yang tahun ini adalah first time pegi IKEA. Aaaaa. Gelak ramai-ramai. Gelak puas-puas. Heheh. Dok KL tapi festime pegi what the heck kan. Lantak la tapi yang penting aku pekena meatball yang ramai orang dok sebut-sebut tu. Jadi pasni orang tak boleh nak kunun-kunun kan aku sebab da pernah rasa. Hahaha. Nway mmg sedap itu meatball. Now teringin plak, sudah!


Caption: Saya tak jakun! 
Betol aku tak oke!

13. Last event yang memorable adalah masa hang out dengan Dalila, Odah dan Ajaq sempena besday Ajaq yang telah meningkat kebangkaannya. Haha. 
Venue: Red Wok, Bangi. 
Malam tu makan sental tak hengat sebab nak membebaloikan RM25 per kepala. Pegi sana direct after keje, singgah opis Dalila jap pas settle maghrib gerak pi UPM pikap bday boy dan odah dan here we come Red Wok. Masa makan as always sembang gosip terbaru maklum la lama dah tak jumpa~. Lepak until midnight pastu sudahnya overnite kat umah Dalila je, kesian plak dia nak kene drive anta aku balik Gombak malam tu sebab Dal nak termuntah gara-gara overdose makan. 

~-------------~

Kat atas ni cerita-cerita gembira je kan. Takkan la hidup perjalanan dengan gembira je kan. 

14. Tahun 2010 jugak telah meragut nyawa kosmet aku arwah rushdee. Dia kemalangan dan meninggal dunia masa bulan puasa aritu. Kami konvo tanpanya. Sedih. Klik sini untuk lebih cerita.
arwah Rushdee

Antara sorotan literatur 2010 yang lain:
15. Pegi exam PTD dan GAGAL exam!
16. Gi interview pegawai tadbir juga GAGAL. Sekadar tersenarai dalam waiting list je. 
17. kapel-putus-kapel-putus-dan kapel balik dengan incik hati. Oh gedik!
18. Memiliki levi's pertama dalam hidup (sekali lagi jakun)
19. Tertipu dengan satu online shop. Aku tak halalkan duit yang ko telan tu.
20. 
21. 
22. 
23.
Nanti aku update lagi. Heheh~


::selamat tahun baru pada semua blogger dan kepada sume yang mengenali diri aku. jadikan 2011 sebagai tahun anda mencipta kejayaan yang lebih besar::

Tuesday, December 28, 2010

Dikala petang hujan turun. Maka~

Lokasi: Dalam opis~

Hujan lebat luar sana.
Sangat lebat tepat pukul 6 tadi. 
Timing baik punya tepat2 time nak balik.
(Uish bersungut plak tuhan bagi ujan kan)
Makanya tersangkutlah dalam opis ini.
 .
 .
Bila da sejuk2 ni perut mintak isi dengan macam-macam makanan yang enak-enak la kan.
Hurm, tadi ada dapat mms nasi lelapan dari incik hati. 
Wah!!! Sengaja ek nak jeleskan dengan gmbr nasi yang sangat sodap.
Tunggu ye I datang Limbang I pi pekena nasi tu sampai muak.
Ngehngeh.
Tapi ntah bila la dapat gi Limbang kan. Jauh tuuu~
Wah~Sudah berbulan tak jumpa.
Dia janji nak datang semenanjung bulan 3.
Lamo lagi tu kan. 
Hari-hari tengok kalender tunggu bulan 3 cepat datang. 
Time-time ni la berangan kalau la doraemon tu wujud kan, lama dah aku pinjam pintu dia yang bila bukak da ade tempat lain tu. Ape ek name pintu tu. Lupe dah lama tak tengok doraemon. 
.
.
: : Awak, saya sedang membiasakan diri dengan PJJ ni, agak susah ek~: :
Dulu masa kat kolej susah juga mau jumpe sbb saya MTM, then skng ni lagi susah. Uwwww..Cobaan~

Monday, December 27, 2010

Kisah Minggu Lepas
Pedih je rasa ati last week bila dapat email dari klien yang tembak aku. Siap emel tu forward pada boss. Aku dah cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak klien. Aku bukannya tuhan sampai aku boleh control apa saja yang akan terjadi in the future. Tapi kalau terus menerus dapat klien yang rasa dia je yang betul je memang boleh naik baran la jugak kan.

Oke. Ona! Bila bad things happened haruslah refleks balik dan cuba tukarkan yang buruk kepada baik. Negatif kepada positif. Keruh kepada jernih. Cewah.

Monolog kepada diri sendiri: ‘takpelah ona. ini namenya cabaran donia kerja. sape kate kerja tu senang. takpelah kerja cabaran cikit sekurang-kurangnya hujung bulan nanti duit yang ko dapat duit halalkan. hasil titik feluh ko jgk. tapi keje opis aircond kuat tak kuar peluh kot. hekhek.

Kisah Minggu Lepas
Mulai Khamis lepas bos besau takde kat opis until la new year, kire until tahun depan la. Jadi takde la tertekan sangat. Bos gi olidei anak beranak dia dan ape lagi 'anak beranak' dia yang tinggal kat opis ni lega la sikit. Apa la agak2 bos beli souvenir untuk kitorang kat sini. Ari Khamis lepas before bos berangkat bos kecik ati sebab kitorang makan mekdi ramai-ramai tapi tak ajak bos. Huhuhu.


Kisah Minggu Ini
Takde ape yang menarik rasanya minggu ni. Hanya buat tugas rutin kerja. Tak lama lagi da nak masok tahun barukan. Byebye 2010 Welcome 2011. Secara jujurnya aku tak pernah ada azam, azam yang betul2 azam lah. Jadi tak dapat lah nak review balik sama ada azam tahun ni da tercapai atau tak. Jadi aku berazam untuk tahun 2011 ni aku nak pasang azamlah. Dan mendisiplinkan diri untuk capai azam tu. Cewah. Cakap kobar-kobar je kan.

Hurm tahun depan akan bertambah lagi satu usia. Weeeee. Tua sudah. Patut la sekarang ni makin sensitip. Makin tua rupenya. Huhuhuu. Okelah mau back to work. Chow cin chow~

Wednesday, December 22, 2010

Gagal? Oke fine!

.
Berbelog walking di belog Warkah Untuk Bonda dan baru ter-realize yang result PTD da boleh cek. OH MY GEEEEEEE!!!! dan haruslah terus isi perut rasa bergolak-golak dan jantung rasa macam berdegup luar jangkaan. Peluh-peluh halus mulus tetibe kuar. Oke over tak kuar peluh pon.

Dan dengan selumbernya tanak tangguh-tangguh terus bukak website dan mengecek lah aku untuk result exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Dan hasilnya

Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Anda GAGAL!!!!
GAGAL!
GAAAAAAAGAL!!!

DAMMM!! DUMMM! DAMMM!
*guruh petir kilat*
aloh aloh aloh kuciwa jap rasa
tapi ni lah padahnye kalau gi exam buta-buta langsung tak study
zero study = gagal
huahuahuahuahua
takpelah..at least aku da bajet cam tak dapat sebab ada paper tak dapat buat
tapi bila nak check tadi beharap macam konon ade keajaiban la kan
sekali bila cek
HEKKKK! hamek kao terpampang tulisan gagal
dia siap bold kan lagi dan up font besar cikit kalau2 la ko tak nampak kan ona

maka sekarang dalam mood redha
dan akan isi sekali lagi borang PTD nih
coba lagi tahun depan
OYEAHHH!
AUWWWW AUWW SEMANGAT SEMANGAT!!


: : hukhukhuk...kur kur kur..sedey~  ::

kawan-kawan yang gi exam PTD jugak ape cer? korang lulus tak? jangan la lulus eh..meh sama2 ngan saya ni ha gagal...hekhekhek~

Sure ke anda okay?




Video ni aku tonton bila Hani my ofismet story mory pasal video ni. Pastu bila online terus pi cari video ni kat u-tiub.

Search---> Klik---> Tonton---> Diam ---> dan Pikir.

Bila selesai tengok video ni buat aku fikir dalam-dalam. Lama dah rasanya tak fikir dalam-dalam sebab sejak da keje jadi malas nak fikir. Hekhek. Tapi video ni ajak otak dan akal aku untuk kembali berfikir pada isu-isu serius. Kalau dulu aku hanya fikir isu-isu serius ni bila buat asaimen jep. Tu pon sebab terpaksa kan.

So dah tonton video kat atas ni kan.
---------> 'Ape pendapat korang?'
I guess most of you akan keluarkan komen-komen yang menentang dengan apa yang Azwan Ismail ni katakan kan. Samelah dengan aku.

Masyarakat Malaysia sekarang ni makin berpegang pada prinsip 'bebas bersuara'. Maklumlah, negara da lama amalkan pemerintahan demokrasi, jadi sesiapa pon berhak bersuara. Tapi yang tak sedapnya bila bersuara hingga lupa yang diri ni dilahirkan sebagai Islam.

Islam sekarang ini hanya pada nama. Hanya pada bibir. Atau lebih tepat realitinya sekarang Islam hanya pada IC.
---------Kes 1: Si Islam dengan selumber ber-comolot dengan kekasih hati hanya sebab terpilih KLCC berbanding pakwenya. Nak pujuk punya comolot pon comolot lah. Iye, inilah Islam pada IC.

---------Kes 2: Si Islam dengan selumbernya membuat statement 'SAYA GAY, SAYA OK'. Bajet dah jumpe kekuatan diri bila da berani mengaku diri gay kan.

It is not a better world dengan mengakui yang kau adalah seorang Gay. Hakikatnya 32 tahun yang kau gunakan untuk meyakinkan diri kau adalah seorang gay adalah sangat sia-sia. It is not something to proud of. Dan dengan video macam ni seolah-olah kau mengajak dan menggalakkan orang lain bahawa 'ITS OKAY TO BE GAY'...what the~

Dan nyatalah tanda-tanda akhir zaman semakin ketara di mata kita.

Dan bila melihat kepada video 'saya gay, saya okay' sebenarnya membuatkan aku sedar yang tanda-tanda akhir zaman semakin dapat dilihat. Dan aku berkata dan memberi pendapat di atas bukanlah dengan merasakan aku sebagai Islam yang sempurna. Sesungguhkan aku jauh dari sempurna dan masih berusaha untuk menjadikan diri aku sebagai Islam yang sempurna di sisi Allah.

Dan aku akui diri aku pon tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa-dosa kecik tu dah berkati-kati kot kan. -dekah. Aku bukan malaikat. Kalau mengumpat tu syok tak hengat. Kalau ketawa tu gelak berdekah tak ingat dah aurat suara. Tapi sekurang-kurangnya aku masih berasa di landasan seorang Islam dan mengagungkan Islam itu sebagai agama aku.

Syaitan itu tidak pernah sesaat pon berhenti dari menghasut kita untuk melakukan kemungkaran. Tapi bila melihat video seorang hamba Allah tewas dengan godaan syaitan dengan menjadi gay, haruslah sebagai Islam kita merasa sedih dan takut.


Aku doa pada Allah dalam setiap solat aku agar jangan dipesongkan akidah aku sebab aku mahu mati dan hidup sebagai Islam. Amin.


tapi aku suka dengan ayat dia yang ni........
"saya yakin keadaan akan jadi lebih baik, kita cume perlu mencari sumber-sumber kekuatan di sekeliling kita"
Boleh apply kata-kata yang aku consider boleh jadi ayat motivasi, cuma jangan plak pi apply nak jadi gay ockay! Apply kat situasi yang tak bertentangan dengan Islam la.

Monday, December 20, 2010

Kisah dan episod. Oh babak juga.

Whoaa..wujud mood untuk update blog tapi tak tau ape cerita nak share nak btau nak habaq. Obsesi pada blog da berkurang dan apekah itu. Jadi bila datang mood haruslah segera update sebelum mood lari.....Ape nak share yee.....

Kisah 1
Kisah pasal kerja dan ofis. Sabtu lepas keje dan suddenly dapat email dari bos. Email tu aku tafsir sebagai warning kepada pekerja dan ditujukan kepada department aku iaitu department operation. Email yang berbentuk satu arahan di mana start daripada Isnin depan semua staf untuk department operation hanya dibenarkan balik pada pukul 7. Atas alasan bos tak puas ati dengan performance staf dia jadi dia nak puaskan hati dia dengan tahan pekerja dari balik dari waktu yang sepatutnya dan buat kerja semaksimum mungkin. Kerah tenaga sebanyak mungkin.

Aku cuba terima ni sebagai satu cabaran kerja. Ikotkan memang rasa tak puas ati. Tapi aku cuba suapkan otak ni dengan reasons yang positif dan munasabah supaya kurang la sikit rasa bengang kan. Aku jugak cuba terima ni sebagai satu cabaran dalam dunia kerja. Sape kate adalah satu perkara yang senang.

" takpelah...mula-mula keje ni biar kene dengan company yang tough yang susah yang cabaran banyak..nanti kemudian ari ge keje kat tempat lain senang ", ni kate-kate semangat kakak aku bile aku cite pasal mendalah ni.

Makanya haruslah aku kembali bekerja esok dengan satu semangat yang baru dan sahut cabaran bos untuk tingkatkan prestasi. Oyeah!!!

notes: kalau aku pikir-pikirkan balik..ramai lagi org yang belum dapat keje. takpun keje tapi dgn condition, kerenah, masalah problem yang lagi dahsat dari aku. jadi aku syukur!

Kisah 2
Oke.. Mari bergerak ke kisah kedua. Ready? Jom..

err..

errr...

errrr....

eerrrrr....kisah kedua aku cerita later-later la eh..sudah mao tido meh..hekhek..

Sunday, December 12, 2010

Update dengan tagged bole?

Kene TAGGED oleh hencek ajaq. Ekceli lama dah bace blog orang yang kene tagged ngan kuiz ni, tapi diri aku sendiri belom penah kene tagged. So bila da dapat kene la tanpa segan silunya menjawab soalan-soalan tagged tersebut yakni:

1. Adakah anda rasa anda HOT?
Haruslah. Belom mandi lagi hot la kan.
.
2. Upload wallpaper anda guna sekarang?

3. Cerita about this picture.
Ekceli sekarang ni ngah online guna laptop kakak gua. Jadi tak dapat nak print screen gambar wallpaper laptop aku. So aku download je pic yang currently aku guna sbg wallpaper kat laptop aku. Gambar DESPERATE HOUSEWIVES. Lama dah guna pic ni, tak tukar-tukar, malas. Pic ni guna mase ngah gile follow desperate housewives kat Star Movie. Tapi sekarang da takde da. 

4. Kali terakhir makan pizza
Kali terakhir makan dengan along dan bakal-abang-ipar. 
Mereka pick-up aku depan opis pastu terus bawak pi belanja makan piza. Ini buktinya.


5. Lagu terakhir anda dengar
Bruno Mars - Grenede
Eninem feat Lil Wayne - No Love

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
Fesbuking and googling.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Ona--member diploma dan degree panggil.

Husna - member schooling time and sekarang member keje panggil Husna jgk. suke!

Kakngah - beberapa adik sepupu dan anak2 yg mak babysit.

Una - sesetengah pak sdara n kazen.

Omna - shida panggil. sengal. hehe

8. Tag lagi 5 orang

Along

Kak Ila

Fira

Fiza Sarawak

Maisarah


9. Siapakah orang no 1
Kakak kandung seibu sebapak yang belom balik umah lagi pi kuar beli barang hantaran dia dan encik tunangnya. Sebab itu laptop dia ni aku yang punya. Hahaha. Cepat balik!!! Nak tengok ape yg along sopingkan!

10. Katakan sesuatu kepada orang nombor 5
Dah sampai seru kawen jangan lupe jemput. Nak kad tanak tag lam fesbuk je. Hehehe

11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Mestilah dengan Shafiq Ridhwan. (betol ke sy eja name shafiq ni wak?)

12. Bagaimana pula dengan nombor 2?
Oh yang itu kak ila ada affair tau dengan encik adam. Siap kongsi encik adam dengan sarah n aqil. isk ishk!

13. Kata-kata cinta pada orang nombor 4?
Op. Kami tak lesbo. Heheh.

14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag:

Anda howt! Jadi cepat jawab tagged ini!


-----IMUSM!