Friday, December 31, 2010

Soroton hidup tahun 2010~

.
Beberapa minit lagi bye-bye 2010 dan welcome 2011. Dan tak lama akan berdentum dentam lah langit Malaysia dengan bunga api. Tak tahun barulah kalau takde bunga apikan. 

Adat manusia bila yang baru itu datang maka yang lama akan menjadi kenangan. Sama ada yang lama itu mengumpul kenangan yang manis atau pahit ia tetap jadi sebahagian dari sejarah hidup. Memori yang manis dan bermakna akan membuatkan kita senyum kembali bila mengingatinya namun memori yang pahit dan ada palit-palit duka janganlah dibuang jauh-jauh kerana dengan palit-palit duka itulah yang menjadikan diri kita hari ini.

dan kenapa aku bermadah-madah dalam entri ni? ape-ape la labu~


So jom ikot aku untuk review dan flash back balik event-event penting dan kenangan-kenangan best dan tak best sepanjang tahun 2010.

1. Aku mulakan dengan cerita of my study year. Half dari awal tahun ini adalah merupakan my final semester. Dan juga tahun aku menjadi MTM. Ape tu MTM? Majlis Tertinggi Mahasiswa. Biro yang aku pegang adalah Biro Ademik. Board MTM ni sangat happening and i've found wonderful people in this team. Miss my aida, my ajaq, my odah, my dalila, my mai and my mr presiden~ (motip sume ade my?)


2. Ini masa Malam Perwarisan. Malam lepaskan jawatan kepada pengganti MTM yang baru. Dan aku dengan lega hati melepaskan jawatan aku pada malam itu pada Pei Sha. Budak TESL yang talented dalam bidang kepimpinan. So far she's done a good job and she's better than me. Well done pei sha! Masa malam perwarisan ini hati gembira campur sedih. Malam penuh emosi    :)    :(

3. Then beralih lagi sikit untuk cerita dihujung sem akhir. Final Year Project!! Yihaaa. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mengharungi jerit perih menyiapkan sebuah buku kajian sendiri dengan halaman setebal 118 pages. Muka soooo serabai masa project paper in the making. Dan dengan berakhirnya FYP menandakan tamat lah zaman degree yang sangat sangat sangat sangat best. 

Zaman yang aku akan kenang zaman persahabatan yang sangat bessttt. Kalau nak cerita part ni memang berjela la kan jadi biar jela aku senyum sorang-sorang bila setiap kenangan tu ngah berlegar-legar dalam kepada otak. Shida, Dalila, Aimi, Fira, Aishah dan Siti. Nama-nama yang aku perlu ucapkan terima kasih sebab menjadikan degree aku sangat bermakna. Rindu korang weh. Persahabatan jangan putus ockay!

Some facts---Kos aku- Bacelor Science of Human Resource Development.
Tempat blaja - Uni Putra Malaysia (for diploma and degree)
Kampus - Kolej Tun Perak (diploma) and Kolej Canselor (during Degree)

Weeee!~ 
4. Ini time Grand Dinner Final Year. Tema hijau. Me celebrating as an organizer and also as yang dirai. Maklum la da jadi MTM jadi on that day even akulah orang yang dirai tapi perlu berhempas pulas menjayakan majlis. 
Time ni happy. Happy. Location: The Legend Hotel Kuala Lumpur.

~-------------~
After habis study adalah dalam dua bulan aku dok umah usahakan ladang anggur. Uh sape kata dok umah tanpa buat apa itu best. Stuck jap otak dok umah tanpa buat apa-apa. Nak kuar selalu kang membazirkan duit yang tak berapa nak ada. Dan masa tu agak stress tengok member-member lain da keje tapi aku belambak gi interview (tipu takde lah belambak adalah dalam 9 ke 10 interview) tapi takde yang melekat. 

5. Dan akhirnya pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadan 1431H, aku tak lagi jobless. Pegi interview dan keesokkan harinya terus start bekerja. Alhamdullilah sangat-sangat. Dan gaji yang aku dapat berbaloilah dengan keje yang aku buat. Boleh lah dari dok umah mengabihkan bores mak ajo kan. Dan aku suka dengan apa yang aku buat kat kampeni ni sebab aku dok dalam HR field. Still relate la sikit2 dengan apa yang aku belajar even more HRM dari HRD. (korang paham ke, buat2 paham la ek).
note: gambar di atas masa main simple game after morning meeting. tradisi company ni sebulan sekali akan main game yang simple~eratkan silaturrahim katenya~

Dan yang penting bila aku da keje masa tu bila raya aku takdela jobless sebab kalau aku tak keje lagi jenuh nak kene jawab soalan mak sdara pak sdara da keje ke belom. Jadi bila da keje ni bila diorang tanya dengan berlagaknya aku jawab 'DAH!!!!' Tamat ceritakan. Jadi pada sapa2 yang lalu area Bangsar meh la datang ofis aku nanti leh lunch sama. Aku belanja ais kosong. Ngehngeh~


6. Rayaaaaa! Ini masa malam raya. Happening gile derrr malam tu si tua dan si bangka main mercun. Kazen2 yang kecik-kecik takde sorang pon sebab belom sampai dan ada yang kat kampung belah mak diorang. Jadi kazen-kazen yang da besar gajah ni rulez the house la dat night. Best sangat malam raya ni men mercun sambil bergambar sakan. Klik sini untuk lebih gambar dan cerita.

7. Dan pada hari ketiga raya. Kitorang the cucu Ghani clanz berangkat ke Melaka untuk berjimba yiha~
Sangat best moment ini!

Alhamdullilah plan ini terlaksana. Last year kitorang gi Blue Lagoon Port Dickson mandi manda jadi tahun ini pergi Melaka. Sangat enjoy hari ini!~


8. KONVOOOOoOoOoOOOoo
Tarikh 10.10.10. Cantikkan tarikh tu. Aku dapat sesi petang. Best sangat waktu ni sebab dapat jumpe all the cosmet. Tapi saat yang gembira cepat je kan berlalu. Masa aritu tak ramai kosmet yang aku dapat jumpe dan bergambar. Harap jumpa kejap masa dalam dewan je. Nway thanks to mak dan ayah dan juga along dan adik. Ona dah ada degree! hehe

Dan aku sangat gembira masa hari konvo ini sebab alhmadulillah aku berjaya bergraduat dengan first-class-honor. Matlamat tercapai berkat usaha keras sepanjang degree. Gembira bukan kepalang sebab perit perih bergelumang dengan buku asaimen exam dan FYP berbalas dengan my First Class Honor!

Nak selit gambar ini boleh? Hekhek. Masa ini sudah putus dengan incik hati. Tapi dia tetap jugak sudi datang siap bagi bunga yang ada bear lagi. Thanks! 

Nak baca a lot more pasal my convo klik sini.


9. Ini masa Majlis Gemilang Graduan. Majlis yang meraikan alumni-alumni kolej. Feeling yang sangat awkward bila datang balik kolej yang dah beberapa bulan ditinggalkan. Kolej ni bagi aku saksi pada pelbagai kenangan dalam hidup aku. Sebab di kolej inilah yang menjadikan aku lebih dewasa dan lebih matang. Kolej saksi aku berjumpa incik hati. Dan juga besties yang rawk! Dan rumet yang sangat-sangat best Liza Tahir. 

10. Dan tahun 2010 adalah tahun along bertunang. Bulan 6 jadi saksi along menjadi tunangan kepada abang Mukmin. Congratulation along. Dan hanya tinggal dua bulan je lagi along akan jadi bini orang. Sekarang ni along busy dengan segala macam persiapan. Dan gambar di atas masa outdoor photoshoot after along tunang.  Aku suka gambar lompat-lompat! Bila along da kawen nanti dengan sapa nak borak-borak, dengan sapa nak luah masalah luah tension sambil nangis depan along, dengan sapa nak mintak pendapat pasal baju pasal fesyen, dengan sapa aku nak buat lawak dan sape nak gelak. Aduh tetiba mata aku panas-panas. Abang Mukmin jaga along elok-elok tau! Dia kakak kite! tetibe.

Klik sini untuk lebih gambar pasal majlis tunang kakak kite :P

11. This is during my 24th birthday. Celebs kecik-kecik je kat umah. Nah klik sini kalau nak baca lebih lanjut.


12. Malu nak cakap tapi aku kene mengaku yang tahun ini adalah first time pegi IKEA. Aaaaa. Gelak ramai-ramai. Gelak puas-puas. Heheh. Dok KL tapi festime pegi what the heck kan. Lantak la tapi yang penting aku pekena meatball yang ramai orang dok sebut-sebut tu. Jadi pasni orang tak boleh nak kunun-kunun kan aku sebab da pernah rasa. Hahaha. Nway mmg sedap itu meatball. Now teringin plak, sudah!


Caption: Saya tak jakun! 
Betol aku tak oke!

13. Last event yang memorable adalah masa hang out dengan Dalila, Odah dan Ajaq sempena besday Ajaq yang telah meningkat kebangkaannya. Haha. 
Venue: Red Wok, Bangi. 
Malam tu makan sental tak hengat sebab nak membebaloikan RM25 per kepala. Pegi sana direct after keje, singgah opis Dalila jap pas settle maghrib gerak pi UPM pikap bday boy dan odah dan here we come Red Wok. Masa makan as always sembang gosip terbaru maklum la lama dah tak jumpa~. Lepak until midnight pastu sudahnya overnite kat umah Dalila je, kesian plak dia nak kene drive anta aku balik Gombak malam tu sebab Dal nak termuntah gara-gara overdose makan. 

~-------------~

Kat atas ni cerita-cerita gembira je kan. Takkan la hidup perjalanan dengan gembira je kan. 

14. Tahun 2010 jugak telah meragut nyawa kosmet aku arwah rushdee. Dia kemalangan dan meninggal dunia masa bulan puasa aritu. Kami konvo tanpanya. Sedih. Klik sini untuk lebih cerita.
arwah Rushdee

Antara sorotan literatur 2010 yang lain:
15. Pegi exam PTD dan GAGAL exam!
16. Gi interview pegawai tadbir juga GAGAL. Sekadar tersenarai dalam waiting list je. 
17. kapel-putus-kapel-putus-dan kapel balik dengan incik hati. Oh gedik!
18. Memiliki levi's pertama dalam hidup (sekali lagi jakun)
19. Tertipu dengan satu online shop. Aku tak halalkan duit yang ko telan tu.
20. 
21. 
22. 
23.
Nanti aku update lagi. Heheh~


::selamat tahun baru pada semua blogger dan kepada sume yang mengenali diri aku. jadikan 2011 sebagai tahun anda mencipta kejayaan yang lebih besar::

2 comments:

Oda Willy said...

miss u too kakak...macam2 da dilalui...moga makin tabah dan jodoh berpanjangan dgn a.wandy ye.. :)

husna.Rahman said...

amin~