Tuesday, June 29, 2010

Majlis tunang Jaja oh my dearie sistah :)

\
Da hampir seminggu lebey kakak aku jadi tunggangan org, oke silap, tunangan orang. Ahaha. Tapi aku belom wat liputan media lg kan.

Da lama nak wat cite pasal ni, cume tunggu mood sbb cam byk jek nak cite. Maka, entri kali ni aku akan cerita sekitar majlis pertunangan kakak aku. Jaja dan Amin yg selamat berlangsung pada 20 Jun 2010 lepas.

Inilah manusia yang bertunang pd hari kejadian. Name betol Noor Khuzaimah. Kengkawan panggil Jaja. Kami panggil ALONG. Umo---> dia kate rahsia. Satu-satunya kakak yang aku ada didunia. Dan dia cikgu :) Garang ke tak aku tappasti sbb belom berkesempatan jadi murid dia.

Majlis dibuat kat area umah je. Mak ayah bertungkus lumus settle hal2 makan utk tetamu. Dari listing menu until la ke perkara remeh2. Kerja masak memasak diserahkan pada makcik2 kat flat ni. Lam pic ni cume 4 org jek. Kat tepi2 tu ramai lagi tp malu tamao begmbr kot. Pakcik2 plak wat keje yg berat2 cikitlah, angkat tu angkat ni. Diorang wat keje gotong royong.Mmg tradisi komuniti kat sini bile ade kerja kawen or kenduri masak beramai2. one malaysia gitu~

Ni adalah sesi discussion. Bincang la segala bagai yg diorang nak bincang. Yang duduk bertentangan tu famili pihak lelaki. Rasenye 10 kete yang datang. Ramaaiiii. Meriah jadi majlis. Campur ngan warga flat, sedara belah mak, sedara belah ayah. MEERIAAH. Kami pon tak sangka ramai gini.

Inilah beliau selepas beberapa minit bergelar tunangan orang. Sebelah along adalah kawan dia yang jugak da bertunang. Maka kene sama2 tayang cincin. Klu mase tunang bagi 'gigi emas', jadi mase begambar kene tayang gigi emas. Kene say CHEESSEEE lebar2. Tak gitu~

along bersama incik tunang dan jugak wan ~

Yang lucu mase mak sedara bakal tunang along nak sarung cincin, diorang lupa nak tanggalkan tag tu. Sebbek bukan tag harga, cume tag yg tulis jenis emas tu. So mase nak sarung tu kawan along yang ade kat tepi tolong gigitkan dulu buang tag tu.

.Puan Emak dan Incik Ayah.
Pihak yang telah memberi along greenlight untuk kawen. Untuk saya masih lampu merah. Sangkut lam traffic jam lagik. Ahaha.

Then after majlis hampir selesai. Aku n kak nini, kak a'ai, teman along p KLCC utk shoot gmbr. Adik pon ikot. Memula tak aspect sampai masok lam KLCC tu, ingat stakat kat park dia jek. Sekali abg photografer soh begmbr kat lam KLCC, dia kate baru ade life. So tugas aku, jadi tukang pgg kasut, pegang beg, tukang teman. Yang sebenarnya aku yang lebey excited nak bergmbr. Tapi segala tukang2 tu berbaloi sbb mak pon dapat enteprem nok!

Tiada kata yang dapat menggambar-kan. Taking pictures adalah cool n so much fun.

.
.
.
.
dan
anda nak tau. (tanak tau xpe)
bercerita pasal hantaran,
along telah memberi kepercayaan kat aku utk wat sendiri sirih junjung.
Uhhuu. First time oke buat. Memula decide nak tempah ajek, pastu survey mahal la plak sdgkan klu wat pakai letak2 je. So lastly along decide KITE BUAT SENDIRII. Bekalan bunga ------->gerai depan Batu Caves. Gheeee~. Google sikit amek idea, along pilih design mane yang dia bekenan. Then...

tada da SIAP. amacam oke tak? saya amatur oke.
Sedang bertungkus lumus. Kredit kepada adik sbb tlg kukuhkan struktur sirih junjung. ikotkan, sirih junjung tu mudah tertonggeng sbb bebola bunga yg kat atas tu maha berat sbb span basah telah direndam dgn air. Then mase kering idea, makcik ade tolong cikit.

Agak2 ade tak yg nak tempah. Ahaha.
.
.
dan lagi gambar semasa majlis~


So, itulah serba sedikit cerita pasal majlis tunang kakak aku. Alhamdullillah. Majlis berlangsung dengan baik. Tiada adegan ex bf dtg mengamok hulur parang dan hentikan majlis (oke imaginasi). Aku doakan semoga majlis kawen plak nanti akan berganda2 berjalan lancar. Dipermudahkan olehNya. Aku juga doakan semoga sistah-ku berbahhaaagiaaa dgn tunangnya (owh abg amin. ekeke) , dielakkan segala dugaan dr Nya (yelah darah manis), dan berkahwin dapat baby banyakkkk. Semoga dikekalkan jodoh coz we 1 whole family loikeee abg amin. Baik. Siyes. Klu tak takkan ayah bg greenlightkan. Hehehehe.

Oke. Pada yang membaca, insyaAllah saya akan jemput budak2 KC yang terchenta, kekwn dip degree. Haha. Nape ayat cam majlis kawen aku jek. Beriye lebey dr yg nak kawen ni ape ke he?


::oke::
::babai::


bebeh, if nak tgk lebey byk pic nti akan diupload di fesbuq


8 comments:

Oda Willy said...

soooo much fun!!!!!!!!!!

akak bila nk clear tfaric jam nie??hehehe

husna.Rahman said...

hehe..nti kakak akak kawen kene dtg tau...
awal tahun depan..heee

akak, haha.. ni MRR2 la, jam terok oke :)

budak ciput said...

kak.. jom join contest!! :)

husna.Rahman said...

alo pah, masok tak penah menang pon..

pah anjur la 1 contest

akak join

tp ipa kene bg akak menang

oke??

hehe

Anonymous said...

meriah nyer mjlis.. xsabar tggu owner blog nie nyer majlis lak...hehe

Husna Adilah said...

wahhhh selamat dah seorang ahli keluargaaa...

usna tak sabar nak tunggu lagi soranggg~ :D

ngehehehehhe nantikan kemuncullannya ngan encik atii~ :D

bile? :D

husna.Rahman said...

sue: owner blog ni keje pon belom mane nak cari duit nak kawen..

hehe..

husna.Rahman said...

dyla: nti kakak akak kawen dtg yek...

awak nak sambung master ye?

huhu...

baguih2...